Sunday, February 24, 2013

pseudo


hanya kerana sesebuah profile itu mempunyai gambar,
bertulis banyak di ruang info,
aktif di ruang2 komen dan bersepah perbualan di bahagian wall--
TIDAK menjadikan profile tadi seorang manusia yang valid.

berjaga2.
kerana mereka berkemungkinan tercipta dari udara.
satu watak pseudo yang direka khas untuk dunia cyber.

semua orang boleh jadi semua orang.
lihat sahaja manusia yang merekacipta twitter dan facebook 'fynn jamal'.
entah siapa.
bukan main rajin dia aktif dan meluluskan komen2 manusia yang jujur datang mahu berbual bicara.

jangan percaya semua benda yang yang terlihat di alam maya.
just dont.

some people just love to see this world burns.
sebab apa?
sebab saja.
suka.
orgasmik tengok manusia bertelagah sesama mereka.

kita boleh berhentikan semua ini.
ya.
kita.

benar, kita tak mampu sekat manusia dengan komen2nya.
betul, semua manusia sibukkan hak bercakap mereka.
tapi kita ada kemampuan untuk delete komen2 tadi, dan ban pengomen2 begitu semua.

selalulah memilih a greater good.

aku seru para admin dan pemilik wall2 yang aktif.
aku minta sekalian perapi blog.
choose not to let fights and quarrels happen.
choose to delete.

biarlah orang hendak kata apa.
biarlah kelihatan kita macam celaka.
tapi cubalah untuk selalu menjaga ruang2 yang berada dalam tanggunjawab kita.

perhatikan bahasa2 yang diguna.
tengok2kan jargon dan kaedah debat mereka.
biar orang masuk rumah kita rasa damai.
biar rasa manis walau tak kenal sesama yang beramai.

kita tak tahu siapa yang datang ke ruang kita.
keep it that way.
no matter how often people come over our cyber home,
ALWAYS remind ourselves--
this person--
is STILL a stranger.

jangan percaya profile semata2.
jangan.
just dont.

serigala berbulu kambing biri2--
peribahasanya.

entahlah.
apa untungnya para admin dan pemilik site / blog membiarkan manusia2 bertengkar sesama mereka?
seronok?
dapat apa?
aku pun tak tahu.

haih.

entri ini datang dari frustrasi seusai aku membaca komen2 manusia melayu islam yang menghentam seorang saudara baru.
sedih.
macam biasa--
tak ada isu lain--
makan babi, mau hak bumiputera, propaganda cina.

sedih.

sedih sebab terlalu jauh melalut sampai ke tahap perkauman.
sedih sebab terlalu merapik sampai ke tahap hina cantiknya islam dan pegangan.
sedih sebab yang memberi pendapat / komen / luahan rasa gambar profilenya ada yang berhijab molek, ada yang berbaju melayu berlatarkan masjid.

TAKKANLAH mereka yang selayaknya dipanggil da'ie di kalangan kita ini menggunakan bahasa2 keji dalam perkara sesensitif ini.
among all--
MEREKALAH yang paling seharusnya fasih ilmu memelihara silaturrahim terutamanya dengan mereka yang paling baru belajar tatih ke tuhan kita.

entahlah.
aku masih mahu bersangka baik dan memberikan semua manusia the benefit of the doubt.

kawan2.
jangan percaya profile picture dan info buta2.
aku pun boleh ganti default picture aku dengan gambar lelaki berkopiah dan copy paste mana2 hadith kemudian berleter tentang perangai melayu seterusnya melencong bab PRU.

berkemungkinan serigala bertopeng kambing itu sebenarnya racist prick yang mahu kita terus merasa tuan berbanding bangsa lain.
berkemungkinan juga ia adalah bangsa mereka sendiri yang menyamar menjadi orang kita demi meraih cheap sympathy.
macam2 kemungkinan.
apa pun jua--
wall dah merapu merapik melalut ke benda2 paling tak relevan.

haters tak bodoh.
pembenci tak bangang.
the best way to win audience is by us PRETENDING to be our own haters-- saying things to GAIN others' support.

macam parti A cakap orang parti B gantung banner anti parti A. padahal sendiri gantung.
pancing kesian, namanya.
skill bangsat, orang kampung cakap.

haih.
ingat, kawan2.
pilihlah kebaikan yang lebih besar.

kalau ada orang di ruang komen kita yang mula memberi punca2 untuk pertelingkahan-- delete.
kalau ada kawn2 keliling kita mula bukak mulut mahu cakap buruk2 sekalipun-- blah.

kau sibuk nak positif things come in your way.
tapi kau lumur diri dengan pelbagai negativity every second every day.

macammana?

7 comments:

Amalina said...

macam dalam tv show catfish kat mtv..heh

Angah Mimi said...

sgt2 setuju...

Anonymous said...

salam,kak fynn ada twitter ke?

Unknown said...

benar kak fynn.

Unknown said...

Nice one sis (Y) May Allah bless us :)

Anonymous said...

is this also ur blog fynn? http://fynnjamal.blogspot.com/

boni kacak said...

kalau ada orang di ruang komen kita yang mula memberi punca2 untuk pertelingkahan-- delete. <-- yang ni saya sangat2 setuju.. daripada melarat.