Tuesday, April 10, 2012

tentang abah, surau dan bantai balunnya.

pada satu isya'.

ketika sedang seronok dengan ritual kami anak-beranak berkumpul di depan televisyen sambil berbual2 kosong, abah yang segak berbaju melayu berkata:

tadi kat surau masa usrah, dierang timbulkan hal surau kita tak ramai orang muda.

aku sengih. respon:
habis. abah jawab apa?

abah dengan selamba:
kita diam je le.

aku senyum senget. tak macam aku, abah berat mulut sedikit. dia persis suami aku. jahit mulut depan orang. tak cukup mulut kalau dengan keluarga sendiri.

pemalu.

tapi bagusnya, pemalu2 dia, tebal muka. ketika dia diberitahu teman2 surau yang mereka tak mahu berkawan dengan abah kerana abah askar dan pastinya orang kerajaan, abah tetap kering sahaja ke surau dan senyum pada semua.

senyum abah manis.
dan dia selalu tidak kisah tentang apa2.
lama2, orang tak kisah pun datangnya dia.
haha.

WIN.

*pause*
abah mmg susah nak salahkan orang.

kalau anak dia kena pukul cikgu,
--kita kena tibai sekali.
kalau anak orang terajang anak dia,
--kita kena balun lagi.

abah akan cakap:
takkan orang cari pasal tak bersebab.
sama ada dia benci kita pasal kita memang layak dibenci.
atau dia benci kita pasal kita terlalu bagus tahap tak puas hati.

kalau layak dibenci-- padan.
kalau terlalu bagus-- biarkan.

masalahnya--
kerana aku selalunya mangsa kepada kawan2 kaki buli--
aku benci abah kerana tak pernah memahami.

takkan aku salah?
AKU yang kena tibai.
kalau aku nangis sebab sakit,
AKU jugak yang kena barai.

watefak?

sepanjang waktu membesar,
aku tak faham dengan abah.

sehinggalah satu hari aku terdengar borak abah dengan ibu kedua aku selepas kematian bonda.
ibu-- seperti biasa meminta abah jangan terlalu keras dalam mendidik kami semua.

abah kata:
kalau kita kesiankan dia,
kita kena ajar dia--
jangan kesian dengan diri sendiri.
sebab orang takkan kesiankan kita.

:)

sebab itu aku jarang rasa kesusahan dan keperitan hidup aku satu benda yang patut direngek2, agaknya.

sebab--
apa aku dapat?
merengek2 kat status, kat kawan2.
aku takde anak. wowowowo.
aku selalu sakit. wowowowo.
aku tak cukup duit nak bayar rumah sewa. wowowowo.

setakat nak lepaskan perasaan--
lepas tu?
anak dapat?
sakit terus baik?
duit terus muncul?

orang kuat merengek adalah merimaskan.
dan aku tak suka jadi orang rimas.

satu)
sebab aku menyampah org yang tau bunyik tapi usaha sikit. aku panggil mengada.

dua)
aku takut abah sebat.
hahaha.
SAKIT WEHHHHHH!!

last time aku kena bantai masa umur aku 21.
pasal kantoi pakai baju seksi nampak lengan.
pastu bergambo dengan kawan2 masa pesta muda-mudi di kolumpow.
TIGA MALAM aku kena bantai.
malam pertama muka.
malam kedua badan.
malam ketiga-- pakej.
lembik.

nasib baiklah aku bukan jenis sosyel menggogok air kencing setan.
paling jauh jahat aku--
baju aku tak cukup kain,
dan hobi aku sebagai seorang kaki moshing.
gig lompat2 sana sini.

PHOWWW.
kalaulah aku memang minum harak,
mau mati aku kena, agaknya.
perghhh..
bayangkan pun aku dah seram.

askar, bero.
sampai sekarang ni pun gagah lagi.
*terdiam*
WOIIIIHHH bayangkan je aku seram.

*sengih*

apa pun, tak sabar nak balik pada peluknya.
nak pulangkan secebis jiwanya yang aku bawa ke mana2 ini bersama.
nak meleset, nak bercerita, nak bermanja.

nak balik--
pastu tunjuk kat abah muka aku dgn hijab,
sambil mengelek cucu--
lalu berkata:
TADAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!
amacammm tekejukke..??
<-- gaya johan.

hahahahaha.
i am who i am because of my abah.
for those who keep on saying how i inspire them,
let it be known,
it is abah who made me this fynn jamal.

dia ajar aku jadi jujur--
cakap jangan menipu,
sebab menipu adalah hobi yang paling penat.

dia ajar buat pilihan sendiri:
baik betul atau salah--
dan bertanggungjawab atasnya.

dia ajar aku jadi manusia.
:)

oh aku lupa habiskan cerita tepan tv tadi.
lepas lama aku termenung,
tiba2 abah sambung semula:

nak cakap pasal apa tak ada orang muda?
kita yang datang ni pun--
dah tua baru nak merangkak cari tuhan kita.
sama je semua.

berderai ketawa aku.

11 comments:

aenmatderis said...

wah.
cool dah berhijab.
mesti comey!

:)

wanita mutalib said...

fynn.
tq.

Ahmad Arba'in Ali said...

Saya ada isu dengan abah. dah lama. memang kami berdrama mcm dah tiada apa-apa. tp memang saya tak dapat lupa kan. benda-denda yang abah pernah cakap dan buat pada saya. selalu terlekat di telinga. sakit sampai sekarang. sakit. tapi abah jadi idola. bila semakin usia tua saya lihat,dalam diri saya ada abah saya. pada wajah saya juga ada abah yg tanpa misai dan kedut wajahnya.

ch0mbi said...

cukop syahdu bila kenang memori kena balun dengan abah.

"aku ni jahat sangat ke sampai kena tibai sebegitu dashhhyat?"

tragik. tapi itulah yg abah nak ajar walaupun tak cakap terang2 lagi bersuloh.

^^

Cik Ina Do Do Cheng said...

Fyn tahu tak, dalam banyak-banyak orang keja kerajaan yang beruniform, askar paling cik ina salute dan hormat.

Nisa' Matan said...

kak fyn. kita sama. aku sanjung insan yang nama nya ayah. tersangat. aku pun anak perempuan ayah.

aienda said...

yeah..
agreed with your ABAH.. sadly ai da takde abah yg bole jadi tmpt manje2.. huu.. sedey.. but the most important, i do take his advice n it's sure gimme more inspiration..

ohh I MISSED MY LATE BAPAK.. ehe.. =')

aljambz said...

Dah berhijab ni mesti lagi maneih ni.

Alhamdulillah.

Semoga Dia perkuatkan kak fynn untuk istiqomah.

Ayyman Rahim said...

Awwww. Kak Fynn ku sudah berhijab :)

Khairina 'Izzati said...

salam.
kakak. saya officially head over heels, in love with your writing, your work, your life & you yourself.
may Allah bless you and your family.

*sekadar komen picisan. :)

NadyaBubble said...

Berhijab ? Alhamdulillah :)