Wednesday, April 11, 2012

tunjuk jalan malaysian style

borak2 tentang malaysian ways of speaking with the gwailos.
sehingga termasuk bab bagi direction jalan.

tahukah anda rakyat malaysia sangat cerdik dalam memberi perincian jalan yang akan diambil?

perkara pertama:
jarak perjalanan.
-------------------

1) LAGI JAUH JALANNYA, LAGI PANJANG SUKUKATANYA.

contoh:
ok, kak. yu go streeeeeeeeeeeeeeeeeeeeieeeeeeiiiight sampai trefiklait.

makna tersirat:
jangan gelabah kalau 10 minit x jumpa lampu isyarat.

nota utk tipikal lady driver:
JANGAN nak u turn je kije. cuba bawak bertenang.


2) BILA SEBUTAN ADALAH TIBA2, SIMPANGNYA TAK NAMPAK SANGAT.

contoh:
teroooooooooooooooos-- amik-kanan.

makna tersirat:
lagi laju sukukata, LAGI la kena awas kanan kau.

nota utk tipikal lady driver:
tolonglah jgn ASAL kanan, kau amik. ada beza antara lorong dgn jalan. kalau lorong, abang tu akn ckp lorong. kengkadang-- laluan basikal pun, kalau kanan, kau boleh nak consider. adehhh...


perkara kedua:
kredibiliti pemberi jalan
--------------------------

1) TAHU; DAN DESTINASI TAK JAUH.

tanda2:
jawapan pantas dan ringkas.

nota utk tipikal lady driver:
respon biasanya dimulakan dengan "ooooooohh, senang je"


2) TAHU; TAPI DESTINASI JAUH

tanda2:
jawapan pantas tapi berjela.

nota utk tipikal lady driver:
respon biasanya dimulakan dengan "errrrrr.... caaaaaane nak ckp ek?" sambil memandang kawan dgn isyarat "susah nak terang kat budak ni"


3) TAK TAHU; TAPI GIGIH MENCUBA

tanda2:
memberi respon "errrrrrrrr" yg panjang kemudian mengulang2 destinasi penanya. "puchong eh? puchooooooooooooongggg... errrrrrr...."

nota utk tipikal lady driver:
blah. kau dah le blur, tambah dgn org main hentam. jahanam.

4) TAK TAHU; DAN TAK PEDULI

tanda2:
muka berkerut kemudian jeling sambil buat xdengar.

nota utk tipikal lady driver:
jangan nangis. tanya org lain.


5) TAK SABAR NAK MENJAWAB, KEMUDIAN ASYIK KETAWA.

tanda2:
jalan sunyi, jam tgh malam.

nota utk tipikal lady driver:
ye. itu hantu raya.

haha.
ok.
jokes aside.

it's kinda sad cause these day we rely too much on technology. mmg best ada GPS, tp rasanya kalau emergency xpe la. kalau tgh santai kan lagi seronok sesat2, berhenti tgh jalan, turun tingkap, buat muka comel dan tanya arah.

kalau dulu, kadang2 boleh dpt nombor telefon abang2 balik kenduri yg hot, kot. siap tolong escort sampai destinasi --kalau terrer main mata buat muka cheeky. haha.

rugi, siyot, korang hidup zaman robot ni.

serius. one of these days, plan a getaway dgn kawan2, roadtrip pergi mana2 negeri. find your adventure and live.

just FRIGGIN live.
;)

2 comments:

Lady RaRa said...

haha. made my day.


aku tak ada GPS.

Farah Rosni said...

selalu kena jadi tukang tanya dan tempat pertanyaan. haha. memang tak best zaman robot. kite pun takada GPS.