Tuesday, April 17, 2012

arjuna beta

lagu yang tiba2 masuk dalam kepala, dengan baju kerja, pasang web cam, record.

nanti aku bersihkan susunannya.
*pause*

bukan aku.
tapi suami aku.

aku tukang melodi.
aku buta instrumen.
atau rabun.

lagu untuk anak2--
dari seorang bonda.



arjuna beta
-------------- 

tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur 
datang petir menyambar 
jengking dan ular-- 
bonda takkan berundur 

nyamanlah arjuna beta 
mimpikan yang indah saja 
nanti bila kau buka mata 
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi 
jalan betul, anakanda, tak jelas mata-- 
ambil yang sarat duri 

hiduplah arjuna beta 
biarkan jasad yang luka 
selama tuhanmu ada 
takkan engkau tercela 

ngeri tak terbayang mata 
bonda takkan ada sentiasa 
nanti moga kau tak lupa bonda memujukmu, anakanda 

hiduplah arjuna beta 
biarkan jasad yang luka 
selama tuhanmu ada 
takkan engkau tercela 

nyamanlah arjuna beta 
mimpikan yang indah saja 
nanti bila kau buka mata 
semua tak serupa

1 comment:

Anonymous said...

Beautiful