Sunday, April 1, 2012

arjuna hati bunda

selamat berkenal.
ini--
anak bujang aku.

:)

---------------------------------



kawan2,
sebelum ada yang tersilap tafsirkan, biarlah aku terus terang.

sebanyak mana aku sembah minta pujuk dan rayu, tuhan belum rezekikan aku dgn zuriat sendiri. tak perlu beri apa2 respon kasihan-- aku sudah lama redha dengannya.

orang tua2 kata,
orang yang paling suka budak--
biasanya tuhan tak bagi anak.
sebab kalau semua wanita berzuriat sendiri--
anak2 yang tak berbonda berbapa--
siapa pula yang hendak menjaga.

one man's trash is another's treasure,
kata orang putih.
dari kesusahan orang, wujud kesenangan yang lain,
kata orang kita.

dan untuk aku meraung ketidakadilan--
rasanya tak ada perlu.
mungkin rezeki aku tidak ada di bahagian zuriat.
tapi aku punya suami yang paling memanjakan.
aku punya keluarga yang paling mengamankan.
aku punya kerja yang paling menyenangkan.

dari zaman aku bujang, sampai sudah bersuami.
dari zaman ada wang, sampai hidup di stesen minyak.
aku sentiasa rasa cukup.

setiap kesusahan aku adalah peringatan tuhan tentang kesenangan yang menunggu aku.
aku cuma perlu sabar.

:)

aku tak punya niat menyembunyikan hakikat siapa bayi ini. jauh sekali melarikan hak bonda dan ayahanda sebenarnya. maka aku perlu khabarkan pada semua terang2 dari hari satu. maka tidak timbul apa juga jenis kata.

kalau orang selalu kata "anak itu pinjaman dari tuhan",
aku kata "anak aku adalah pinjaman dari orang yang meminjam".
dan aku begitu bersyukur kerana aku memahami potensi peminjam tadi merasakan perlu untuk mengambilnya semula.

aku serahkan bulat2 pada allah subhanahu wata'ala.

kawan2,
anak ini akan membuka matanya kalau diizin tuhan jun ini. aku dan tri cuma tahu hadiah ini bermula semalam pagi; maka semua ini masih terlalu lekas untuk kami. dua bulan untuk mempersedia semuanya. untuk berkenal2 dan terus dibawa ke sini.

aku perlu doa kalian semua.
moga dipermudah.
moga tak ada yang menyusah.
insyaAllah.

*pause*

dan sebagaimana sesetengah kamu sudah mula bertanya,
anak ini akan mahu tau asal-usulnya.

menjadi seseorang yang punya suara (walau tidak besar mana), teguh aku lantangkan di sini-- tidak ada dosa menjadi dia. kita adalah generasi ibubapa terbaru. kita boleh didik anak kita untuk tidak mempermain anak2 yang tarafnya begitu.

dan dosa bagaimana pun ibunya dulu--
akan terlahirnya zurat sendiri--
tersuci segala dosa walau besar mana.
dengan syarat bertaubat takkan mengulangnya.

aku suka untuk menyampaikan apa yang ayah mertua aku selalu bilang:
orang2 yang masuk penjara seumur hidup kerana dosa apa pun juga,
kalau setiap hari djaga solat, dihafal quran dan terpelihara dari dosa2 lama--
ke syurga dia.

kita?
belum tahu mana akhirnya.

kawan2,
anak2 aku ini. bersih.
aku minta berhentilah kita mengata2.

supaya lebih mudah untuk ibu2 dan bapa2 seperti aku menjadikan mereka milik kami pula.
bila masyarakat berhenti memomokkan dunia dan menafikan hakikat kita punya ramai anak2 tersilap langkah--
anak2 begini takkan dibunuh dan dilempar ke tong2 sampah.

berilah peluang pada kami.
berilah peluang pada anak2 kami ini.

bagi kami--
mereka anak kami--
untuk kami--

cuma dilahirkan bukan dari rahim ini.

assalamualaikum.
lekas2lah 6-6-12.

16 comments:

♥naematulsaadahismail♥ said...

semoga dipermudahkan untuk kak fynn dan suami.. rasa terharu pulak.. jangan risau kak fynn..Allah itu adil.kakak ipar sy dgn abg pn dh hampir 17thn kawin,xpunya rezeki. tengok2..tahun ni ada orang nak beri pinjam zuriat mereka.alhamdulillah..doa semoga dipermudahkan..jangan lupa bf kak fynn..agar arjuna kak fynn tu jadi muhrim...happy for you :)

puteri cahaya said...

*senyum*

aku doa kau beroleh anak yang soleh yang menyenangkanmu dihari tua kak. ^^,

Rara Nasiha said...

tak perlu mengata. anak itu tak ada dosanya. apa-apa rezeki kat dunia ini pun anugerah Allah. siapa kita untuk menidakkan kewujudannya. moga segalanya dipermudahkan :)

Fadhillah Din said...
This comment has been removed by the author.
asunDalbolong said...

syukur.semoga tuhan merahmati kamu sekeluarga.

Ai Adachi said...

alhamdullilah..ada ruang buat anda menjadi ibu.

aini said...

waalaikumussalama fynn.dipermudahkan semua dgn izin-Nya.
ikhlas

rosealley said...

alhamdulillah fynn, anak itu bertuah, teringin jugak, tapi...takpela, insyaAllah ada rezki

ck slmh said...

tahniah.
semoga dipermudahkan urusannya.
amiin.
*happy for you*

.tufah. said...

alhamdulillah.
semoga kak fynn dan keluarga sentiasa dalam rahmat Nya. InsyaAllah anak bujang akak tu bakal jadi anak yg soleh :)

ctpayong said...

Dia (Allah) Maha Pengasih Maha Penyayang.

Perancangan Allah itu jauh lebih sempurna.

Semoga segalanya Allah permudahkan buat kamu, amin.

aina syaqilah said...

dia suci. tak dapat diragui. kakak mungkin tak diberi rezeki dari segi zuriat. tapi kakaklah wanita yang murah rezeki dengan sifat penyayang. jazakallah khairan kak fynn :)

JayFarhana said...

seronoknya fynnnnnnnn :') selamat jadi parents yg terbaik, fynn & tri. me+along pun belom lagi, Ah, takpe lah. berdua pun bahagia. blum tuhan nak bagi lagi :)
kot ada orang nak bagi pun nanti, nak jugak! heee
mesti dah tgh beli brg2 baby kan :D best!!! see u in June, insyallah :D

syamimiazhar said...
This comment has been removed by the author.
syila_iskandarian said...

Ya Allah kak fynn.. very well said... dah terlalu lama rasenye saya tak dgr kata2 mcm nie... I used to think that this world is too old and bleeding.. sifat2 kemanusiaan seperti dh lame terperam kat tong sampah. Tq kak for making this world a better place to live.

Anonymous said...

kak fyn idola sy..kite serupa n senasib..ank angkat sy pon da msuk 6bulan..alhamdulillah..thnks kak bg inspirasi buat kami