diam-- dia lemah.
lantang-- nampak salah.
mesra-- dia sundal.
pasif-- suami gatal.
kahwin-- "bila beranak?"
tak kahwin-- pasti digelak.
berzuriat-- xcukup sempurna.
tak berisi-- lagi dikata.
berhijab-- tak cukup labuh.
tak tutup-- lagilah heboh.
setia-- dimadu lelaki.
curang-- dicanang keji.
terlalu cinta-- dimain2kan.
terlalu berjaga-- dimarah2kan.
sering nangis-- rimas selalu.
mata kering-- dipanggil batu.
orang mendosa-- yang salah perempuan.
bila pahala-- lelaki diagungkan.
buat betul-- pelbagai dipersoal.
buat silap-- sekampung berbual.
aduhai--
betapa kasihan;
betapa kasihan.
*pause*
kadang2 bila aku baca status2 chauvinist di fesbuk, aku rasa macam hendak komen dan maki selalu. aku tidaklah seorang anti lelaki, jauh sekali seorang feminis. aku cuma hendak keadilan dalam pertimbangan.
baca status2 'jantan konon2' ini buat aku hendak muntah.
beri nasihat itu ini pada wanita--
tapi dia sendiri melakukan perkara2 yang menjadikan perbuatan wanita yang dikata itu suatu fenomena.
contoh:
bersinis tentang perempuan bergambar tidak sopan.
SENDIRI ada gambar dalam kelab malam sama perempuan.
bertegas tentang aurat perempuan dan berkeras tentangnya.
SENDIRI cuma bergaul dengan mereka2 berkain atas peha.
apa cerita?
apa yang aku nampakkan,
zaman ini--
untuk menjadi perempuan yang diterima--
seorang perempuan perlu bertanya.
"abang hendak saya jadi apa?"
hakikatnya;
kalau tanya pada singa,
mestilah laparnya pada daging.
kalau tanya pada serama,
mestilah laparnya pada emping.
soalnya wahai perempuan--
"adik hendak jadi apa?"
kalau hendak jadi lauk,
masaklah tubuh sampai semerbak.
kalau hendak jadi ilmu,
lakarlah tubuh bertulisan berselerak.
kita yang pilih kita siapa.
*pause*
wahai perempuan.
semua jenis perempuan telah pernah aku jadi.
semua jenis perempuan--
DEMI diterima lelaki.
apa untungnya?
hati yang mati.
jiwa yang lari.
sudah2lah tu, wahai perempuan.
kasihankan diri kita.
sayangkan diri kita.
simpankan--
setiap kasih setiap cinta setiap rasa setiap manja--
pada seseorang bernama suami.
kerana--
selagi KITA tak terima diri ini;
selamanya kita saham yang rugi.
berhenti.
berhenti puaskan satu dunia.
berhenti--
dan buat APA yang kita SENDIRI rasa kita bahagia.
*pause*
kasihan.
kasihan seorang perempuan.
tapi menguntungkan.
kerana--
dibilang lemah, salah, sundal, gatal.
digelak, dimain, dimarah, ditujal.
kalau cuma dia senyum dan redha sabarkan--
berkecai semua--
berjemput ke syurga.
17 comments:
kau kan kakak. satu satunya manusia yang aku kenal (hanya dalam maya), yang berani meluahkan realiti.
nice...i loike!
Salam.
Hye kak Fynn..saya suka blog akak..beri inspirasi dan renungan bersama..
akak, saya nak minta izin akak. boleh tak saya copy entry "Kasihan seorang Perempuan" untuk letak di NoTE FB saya..bg saya kata-kata akak sesuai untuk renungan bersama.
anyway sy tunggu jwpn dari akak..thanks ;)
Aku selalu percaya perempuan lebih kuat dari lelaki.
Fakta saintifik dah ada. Bayi perempuan lebih survive jika terkena penyakit dari bayi lelaki. Jangka hayat wanita lebih lama dari lelaki. Paling penting, wanita yang lahirkan lelaki.
Aku tak suka kalau orang cakap perempuan itu lemah dan perlu dilindungi. Bagi aku, perempuan lebih kuat dari lelaki dan patutnya mereka berfikiran begitu.
Propaganda berpuluh ribu tahun, terbentuk wanita yang memikirkan dia lemah, sebenarnya bagi aku mereka umpama gajah yang dikunci kakinya, hanya tunduk menyerah bila dilibas tuan punya sarkis.
Sebagai lelaki, aku rasa malu dengan diri sendiri bila tengok lelaki buat begini dengan wanita. Dan aku selalu berkata - dunia akan lebih aman jika diperintah wanita. Mungkin ada mood swing tapi aku tak fikir wanita suka membunuh dan berperang, sebab dia tahu betapa peritnya nak melahirkan seorang anak tu macam mana.
salute !!! setuju sis ~
:) its inspired me !!!
hurmmm..kesian sama perempuan.
touched :')
Aku ini lelaki. Tetapi sebagai seorang yg punya hati,akal dan mata kepala aku memahami getirnya hidup sebagai perempuan. Sehingga kadang aku bersyukur pada tuhan aku dilahirkan sebagai lelaki. Memang kasihan seorang perempuan. Memang. Dengan kekasihan sayang dan kekaguman pada kehalusan itulah aku selalu berusaha untuk menjadi lelaki yang memang lelaki pada seorang perempuan. Tetapi perjalanan menjadi lelaki mithali bagi menikmati berkah haq untuk memimpin tangan seorang perempuan itu bukanlah juga mudah.
Cob Nobbler suka dgn kata kamu!! aku share kan yer, mohon izin.
kak fynn, spt selalu kamu tak pernah gagal membuat otak aku mencerna tiap baris kata kamu dan simpan dlm hati.
eh! tak sabar juga nak jumpa arjuna kalian. ;)
buat tu xkena, buat ni xkena.
xkena pada sapa? pada kita ke pada pandangan org lain?
kenapa kita susah2 nk kelam kabut nk pikir2 nk buat apa, nk buat mcm mana smata2 nk puaskn segelintir pengkritik aka 'haterz' kalau kita yakin kita berada dilandasan yg betol? jgn selalu mengeluh dan merungut. kita akan semakin lemah. bila org kata kita lemah, kita marah. merungut lg. mengeluh lg. pecer?
-akupunmanusia-
seriusnya, saya sendiri terasa dengan entri ni.
lalu saya konklusikan dalam entri saya sendiri.
http://cikputehsalih.blogspot.com/
terima kasih. :)
Kak fynn, saya 100% setuju but thats not just it..
Saya rasa quote stop puaskan dunia and do what u're happy with true..cume kadang saya rasa benda yang gembirakan kita tu mungkin benda yang menjauhkan kita dari Tuhan..So, basically ape yang saya nak cakap, TRUE kita kena stop puaskan satu dunia..kita takkan mampu nak puaskan semua orang. Kita hanya mampu be ourself and please, pegang pada apa yang AGAMA dah gariskan, thats the way to find TRUE HAPPINESS.. kan kak fynn :-) maaf mencelah dengan kata tak seberapa.. Allahu Ta'ala A'lam
rasa nak knal sgt fynn jamal ni personally :)
ya allah kakak.kakak betul2 membantu saya.thanks kakak.may allah blessed u.saya harap semua lelaki baca coretan kakak ni.supaya mereka tahu betapa kasihannya perempuan.:')
mohon share untuk simpan boleh kak fynn?
Post a Comment