setiap kali airmata aku berlinang kerana cemburu melihat manusia kiri kanan berpelukan sama anak kecil di celah erat mereka--
aku terfikir;
PASTI ada juga airmata yang berlinang kerana cemburu melihat aku bercinta kasih sama suami sepanjang masa.
kemudian aku cubitkan pipi sendiri yang sedang tersenyum--
fabi ayyiaa laa irabbikumaa tukazzibaan..?
maka apakah dua nikmat tuhanmu yang engkau dustakan?
:)
tuhan itu paling adil.
orang dapat pintu, kau dapat tingkap.
bukan pintu dan tingkapnya patut dikira--
tapi udara yang lalu lewat ruang itu--
yang membantu kau bernafas di hari2mu.
orang mungkin ada sesuatu yang paling kita mahu.
namun tanyakan--
apakah lebih lazat sesuatu yang kita mahu itu--
berbanding sesuatu yang sentiasanya ada bersama kita--
cuma kita selalu rasa tak perlu?
*senyum*
amanlah dengan apa kita ada.
asyik sangat tidak perasan--
nanti dah tak ada--
baru tau macammana gila.
kan?
:)
anak boleh cari.
boleh bikin.
boleh beli.
suamiku yang kacak yang suka main geletek2, terkejut2 dan sembunyi2...?
yang bersorak setiap kali aku tambah nasi?
yang tak alihkan bahu walau dah melelh aku punya air liur basi?
TAKKAN ADA.
ps: tahniah, long. tahniah, kak ayu. tambah lagi anak sedara. susut lagiiiii kocek mak ngah raya tahun ini. hahaha.
1 comment:
benar.
sabda Nabi Muhammad S.A.W:
"pandanglah orang yang di bawahmu dalam hal dunia, supaya kamu tidak meremehkan nikmat kurniaan Tuhan padamu."
Post a Comment