pagi2 lagi aku dapat berita tentang seorang kawan disoal-siasat di balai polis kerana isu tengku mahkota johor. semak news feed aku dengan status2 yang terselit bersamanya tentang kejahatan polis yang bersuka2 menarik siapa2 sahaja seolah2 demi kepentingan dan kesukaan polis semata2.
hari ini aku tak mahu cakap tentang tengku mahkota--
tapi tentang norma anti authoriti di kalangan remaja.
dari sekolah lagi kita sudah dibiasakan dengan fenomena membenci authoriti.
dari muda, kita merasakan ianya adalah normal untuk menyalak pada rakan2 pengawas kita.
memanggil mereka anjing.
membuat kerosakan pada harta benda ketua2 biro kita--
BILA MANA anjing2 itu TIDAK mengikut apa yang dikenan rakyat.
(dalam kes ini-- rakan2 sebaya).
hakikatnya, kita benci undang2 sekolah. tapi, hendak bertumbuk dengan guru HEM, tak mampu-- tanpa digantung, tanpa masalah. jadi, kita lepaskan amarah dan dendam itu pada kawan2 seangkatan yang dipertanggungjawabkan untuk mengawas murid2 yang salah.
menjadi seorang yang asalnya antara budak paling wanted kemudian dipaksa naik ke antara jawatan tertinggi tidak mudah sebenarnya. kau terpaksa puaskan DUA dunia.
satu--
dunia di mana kau aman dgn kawan2 yang dari mula sama2 cabut kelas, curi makanan dewan makan, fly keluar asrama, lari dari sekolah terus panjat bas.
dua--
dunia di mana engkau secara berulang2 dituntut menjaga amanah ketika hari perlantikan.
pergh.
ingat senang?
ingat senang jadi penyangak on second chance seperti kami?
seperti mana2 manusia, aku juga mau lari dari dunia yang tak membawa apa2 faedah selain keseronokan itu. aku teringin menjadi sesuatu yang boleh membanggakan diri aku seraya memberi abah sesuatu untuk dibanggakan.
soalnya--
apakah begitu anjing niat aku untuk menjadi yang lebih elok?
apakah begitu bangsat kalau aku merasakan aku perlu mengubah hakikat aku itu seorang budak yang hidup dgn rugi dan teruk?
tapi ah.
membenci authoriti itu terlalu kool.
menjadi anarki itu rebel yang seksi.
hari2 tulis di meja ACAB.
all cops are bastard.
maka semua jenis authoriti termasuk kawan2 sendiri adalah musuh paling kita benci.
KECUALI pengawas2 yang ikut cakap ketua rakyat.
ah. janganlah pura2 tidak mengetahui.
dalam SETIAP sekolah pasti ada seekor queen bee.
satu figura yang walau pun bukan siapa2--
tapi memegang sekolah macam bapak dia yang punya.
orang yang SEMUA perkara dalam sekolah--
dia tahu apa, siapa dan kenapa.
dan queen bee ini teragung.
mereka adalah hero rakyat.
semua orang akan merujuk padanya.
seolah2 dia yang menjaga kepentingan semua.
dan balaci2 kiri kanannya adalah sidekick yang memperhamba padanya.
kerja2 kotor, kerja2 mengerjakan--
adalah kerja mereka.
pengawas2--
KALAU mau selamat--
IKUT cakap queen bee.
jadi balaci.
dengar suara rakyat, katanya.
ikut pendapat kawan2, pesannya.
KITA dari mula sama2 cabut kelas.
KITA dulu curi makan sama2 di dewan makan.
KITA fly keluar asrama.
KITA lari dari sekolah terus panjat bas.
pilih.
jadi tak amanah--
atau kau musnah.
*pause*
ye.
benci authoriti mmg paling in.
menjadikan anda superkool dan tampak berani.
TAPI.
kalau kau tanya aku.
sampai ke hari ini.
memilih untuk amanah dan menerima natijah membuang sifat tidak bertanggungjawab aku itulah yang menjadikan aku berjaya sampai ke negeri orang.
memang.
memang rasa perit.
nak wudhuk orang menyalak.
nak solat, sejadah kena sepak.
buku sekolah ken conteng.
pergi mana dipanggil hancing.
takpe.
berbaloi buang kawan2--
kalau harganya adalah menjadi lebih fokus dan teratur dalam hidup kita.
tak apa.
kita jadi orang.
ketua2 rakyat?
masih semput mencari kerja yang silih berganti.
samseng masih tak buang.
jenis tak mampu menerima perintah.
bangsa dengan bos pun hendak diherdik.
akhirnya?
anak2 sendiri terbuang tak terdidik.
haih.
*pause*
jauh aku pergi dari topik asal.
entah.
aku cuma antara mereka yang sudah muak dengan status2 anti polis yang bersepah di depan mata.
awal2 pagi tadi aku sendiri pergi ke teman aku itu dan bertanya. aku minta dia jelaskan sendiri. sebab di news feed cuma dibagi ayat2 seperti "alaaa kasihan dia", "polis babi", "polis celaka" oleh mereka2 yang menggunakan kes2 seperti ini untuk memburukkan nama.
membiarkan orang membuat spekulasi adalah menganiaya.
aku terus terang.
ibu bapa mertua aku polis.
kami hidup di nilai.
apa kami tak patut terasa?
aku bilang sama dia. dia memang gah dalam dunia internet sebagai pembuat lawak parodi. dan permasalahan yang timbul adalah lawak internet yang tidak kelakar. secara semulajadi, dia akan jadi antara terawal yang ditanya. bukan kerana dengki dengan jumlah like di youtube. tapi kerana itu genre dia, dan polis hendak mengecilkan target suspect.
ada ramai lagi yang hero youtube. mohdlutffi contohnya. takkan polis nak tanya dia? dia bukan pelawak internet yang menimbulkan tanda tanya. atau hanis zalikha. buat apa polis tanya dia? dia cuma active blogger.
maka.
merujuk pada pelawak parody yang menjadikan lawak menganjing sebagai genre dia--
salah ke?
dulu masa kes sosilawati macha sana sini kena masuk utk soal-siasat-- tak ada pulak yang maki polis "kenapa tanya2"?
kan?
soalsiasat adalah perlu supaya boleh jadi bukti yang orang yang disoalsiasat itu tidak terlibat dan boleh dilepaskan.
ya. mestilah ada gertak dan ada sentak.
kita pun kalau nak dapatkan kebenaran dari adik-beradik kita yang rembat duit saku kita-- macam itu juga.
kalau tak curik,
sampai matilah adik-beradik kita takkan pecah dan mengaku apa.
sebab mmg tak buat.
kan?
jadi,
sebelum aku tutup entri yang ini,
aku paste jawapan mangsa tertuduh.
(aku guna perkataan 'mangsa tertuduh' sebab itu yang disebar2kan):
"ha'ah. itulah. ahmad mula mula baca artikel ni semalam pon tak setuju jugak. sebab dia buat polis nampak jahat gila. padahal polis yang ambil statement ahmad semalam baik gila kot. cakap elok elok je."
*ahmad bukan nama sebenar*
kalau tak percaya, pergi rujuk sendiri perbualan aku di wall beliau.
takde keje aku nak reka2.
sekarang.
benak aku dah lega.
kau orang nak benci--
bencilah.
aku tak kata polis semua baik.
aku juga tak kata semua benda yang rakyat cakap tu betul.
sekian;
a proud daughter of a military officer,
a proud daughter in law of dua polis diraja malaysia.
ye.
polis cawangan nilai yang masuk surat khabar itu.
3 comments:
Tahun 2000- Ayah saudara saya separuh mati dibelasah polis yang tersalah cekup orang jahat.
Tahun 2002- Saya kena ragut. Duduk mencangkung. Duduk menggigil tepi jalan. Blur. Polis lalu dijemput masuk kereta, diambil statement di balai, dijamu teh panas dan dihantar pulang.
Tahun 2005- Polis outrider yg mengiring kereta VIP di tgh2 jalan sesak waktu balik kerja tendang teksi ayah sebab lambat ke tepi beri laluan. Kemik teksi yg baru saja lepas servis.
Tahun 2007- Kucing mati kena lenyek depan rumah. Polis ronda lalu, tolong kebumikan kucing sama-sama.
Jahat baik manusia tak terletak pada pakaian seragam.
payah jadi orang yang memakai uniform nih. tapi redah jer.
jenis2 org(haterz) yg post ayat2 power,berani n kesat ni adalah org yg berani tnjuk kuat bila ngan kwn2. bila sorg, jd bisu. dlm lrt byk org2 mcm ni. sbb tu ak mls kuar umah. mls nek lrt. malas!
-akupunmanusia-
Post a Comment