Sunday, April 15, 2012

anak melayu dan kerja

borak2 dengan kukubesi manipulasi tentang budaya anak2 bangsa membebel tak ada kerja di bumi bertuah ini. menjadi aku-- seperti biasa-- takkan ada jawapan pendek.

menurut pemerhatian aku, rata2 memberi alasan yang lebih kurangnya berkisar dengan dua perkara:
1) gaji tidak memadai
2) bangsa asing mencuri kerja anak bangsa

maka jawapan aku adalah berikut. didasarkan dari observasi trend yang aku nampak-- memandangkan aku hari2 menghadap anak2 kita di universiti.

KENAPA ANAK2 TAK ADA KERJA.
-------------------------------------

pertama:
expect gaji besar SEBAB nak maintain hidup mewah masa belajar.

anak2 kita lemak. dengan ptptnnya, dgn duit mak bapaknya. dah biasa pakai iphone ipad tab apa jua jenis canggih manggih. dah biasa hujung minggu wajib tengok wayang, makan chilli's di klcc, pergi mabuk, pergi joget, goyang2.

SEMUA pakai duit yang bukan usaha sendiri.
ada ptptn PUN tergamak telefon mak abah mintak duit.
cakap tak cukup.
ADA SAHAJA alasan tak cukup.
mentang2 kita satu2nya yang duduk jauh.
mintak sana mintak sini.

langsung tidak fikir mak ayah ada adik2 di rumah. bil api air internet. buku sekolah adik. kereta bulan2. tanggung kadang2 rosak enjin.

SEMUA tu tak penting.
kecuali kau punya lepak kawan2 hujung minggu.

maka.
bila gaji yang di offer bakal majikan kecil, dia senak. "eh mana mampu hidup? ini kl. SEMUA barang mahal. takkan mampu-lah"

soalan:
APA MAKNA MAMPU?

bagi aku, mampu adalah cukup makan. memadai nasi dan lauk satu. jadi.

nasi ayam penyet hari2 siap air batu campur dengan keropok lekor dua ringgit bukan 'mampu'.
itu 'perlu'.
perkara2 yang dibuat selain dari 'apa yang mampu' boleh kita kategorikan 'tidak perlu'--

cuma kita tak mampu untuk kata 'tak perlu'.

anak2 kita-- makan maggi sanggup; demi main kamera beribu. ekjas enjin beribu. kejadahnya. kalau begitu, bukan ikat perut namanya. itu tahan perut dengan sengaja.

ada masa, gaji boleh tahan PUN ditolak. sebab sabtu kena kerja. MANA BOLEH! sabtu nak rehat. PADAHAL. sabtu dan ahad lepak ke pagi dgn kawan2. ke sana ke mari. pergi redang, pergi PD. nanti isnin kerja penat. tak ikhlas. mengaruk. terus cari kerja lain. siapa susah?

*geleng kepala*

kau la susah, bodoh.
tak ada kerja yang sesuai dengan nafsu kau.
siapa susah, kata dia.
pergh.

kedua:
expect dilayan macam tuan.

sebelum aku pergi jauh, aku terus-terang. aku paling menyampah bila orang gunakan alasan majikan lagi suka orang luar. majikan lagi seronok menggaji lain bangsa. tak patriotik. tak peduli rakyat sendiri.

aku benci kerana aku terasa.
sebagai majikan dan sebagai pekerja luar--
dua2 perspektif aku sudah rasa.

i) sebagai majikan.

keluarga kami mengusahakan kedai makan di mana pekerjanya alhamdulillah bukan sekadar beberapa orang. buat masa sekarang, SEMUANYA bukan bangsa kita. PERNAH gajikan orang melayu. namun-- ah. panjang kalau mahu cerita.

namun secara ringkasnya, kalau menggaji orang sendiri, majikan bersedialah dengan perangai liat kerja. manjang minta cuti sahaja. atuk sakit. nenek demam. isteri muntah. SEMUA ahli keluarga yang punya angkara yang bikin mereka perlu pulang ke kampung. orang lain sakit, MACAMMANA dia yang dapat mc? cuti minta sehari, lepas seminggu baru datang. apa cerita?

balik cuti, kerja macam tahi. dia pekerja tapi DIA yang berdecit2 ketika buat kerja. hempas sini, hempas sana. macammana? ini bukan sekadar fenomena di kedai2 biasa. pengalaman aku bekerja sini-sana memberi aku peluang menyaksikan semua ini di depan mata.

maaf aku kata. orang melayu punya etika, tempat kerja macam abah dia punya. TAK BOLEH kena tegur. kalau bukan salah dia, jangan langsung cuit pasal dia. melenting terus habis semua benda. paling nahas kalau memang bukan salah dia. mampus.

ingat mudah sangatkah menggaji pekerja asing? dengan permitnya, nak urus rumahnya, nak bagi dia bawa anak isterinya. dan memanglah bukan semuanya baik. kalau nasib dapat yang palat-- teruk juga. tapi dalam sepuluh, nak jumpa satu memang payah. sebab orang begini memang dalam kepala tak ada lain kecuali mau menyimpan sampai mewah.

ii) sebagai pekerja asing.

sekarang aku kerja luar negara. AKU pekerja asing bagi rakyat sini. dan aku-- seperti pekerja2 mertua aku, pasang cita2 mau menyimpan sampai mewah. aku ikut resam mereka.

bila kita jauh dari tempat selesa sendiri, kalau duduk luar dari negara separuh bumi, takkan ada apa yang hendak kita hendakkan. kita tahu setiap perkara kita beli takkan kekal. kerana nanti hendak pulang, takkan dihangkut setiap almari, setiap tv 90 inci.

hidup merantau mengajar aku hidup fokus pada satu perkara. menyimpan, menyimpan dan menyimpan. nak cuti pun buat apa. baik kerja. lagi rajin, lagi cepat naik. konsep hidup yang paling mudah, tapi paling semua orang tak mahu terima.

maka soalan aku, apakah salah majikan2 yang memilih untuk menggaji pekerja yang taat pada kerjanya? apakah bodoh majikan2 yang memilih pekerja asing berbanding bangsa sendiri yang malas dan bongkak pula?

kerja memang banyak di bumi kita.
masalahnya anak2 kita yang merosakkan setiap satu peluangnya.
tak usahlah kata "tapi aku tidak begitu"

cuba tanya MANA2 kawan kita.
BERAPA LAMA amanah dengan kerja sendiri?
masuk tahun pertama--
ke laut semua janji.
mula malas.
mula lewat2 makan tengah hari.

masalah yang aku nampak di kalangan kita adalah sifat buruk "hendak lekas kaya".

malas--
tapi hendak kaya pantas.

ketika kawan kita rajin berniaga kecil2an, kita cebik2kan.
sekarang dia untung 5 digit setiap bulan,
baru terhegeh2 nak buka bisnes sama.

dengki.
busuk hati.
nak apa yang orang ada.

macam kb.
kau rasa dia boleh sampai tahap dia kalau takatnya bikin iklan "hai saya buat fotografi, like la saya" semata2?
bodohlah kalau itu yang kau fikirkan.

bakat satu hal.
rajin satu hal lain.

macam yuna.
kau rasa dia boleh sampai tahap dia kalau takatnya main lagu di youtube "marilah like saya dan jadi fan saya yeww" semata2?
bodohlah kalau itu yang kau fikirkan.

muka kena tebal.
ke hulu ke hilir,
proposal kena kebal.

memang la orang tak nampak.
yang jelas, cuma bila dah berjaya.
nampak orang punya kereta besar sahaja.
tak fikir masa anak2 dia dulu cuma makan megi, bini dia teguh pekakkan telinga-- SEMUANYA demi keyakinan pada usaha yang akan membuahkan jaya.

semua itu--
anak makan megi, bini kena maki itu--
ada orang peduli?

haih.
entahlah.

kesimpulan dari apa aku rasa--
anak2 kita lemak.
mengada.
memang nak kena ajar.

tak fikir:
nak enjoy, kena kaya.
nak kaya, kena kerja.

kalau dah miskin--
buat cara miskin.

KERJA.

13 comments:

Anonymous said...

salam kak, yang part ni saya sokong
sbb sy pun amalkan camni :) . ada sorang dua kwn yg xbuat laguni sbb depa ada sugadedi... hhahah.. tp ini peringatan utk sy dan lain2 supaya jgn dok pikiaq mau hidup mewah tapi xmau kja keras sikit. timakasih kak.
"nak enjoy, kena kaya.
nak kaya, kena kerja"

~Ati_Hime~ said...

terima kasih atas post nih..aku pun kecewa dengan anak melayu sekarang sebagai contoh di tempat kerja sekarang. Kecewa sebab kerajaan bagi dia msk belajar, biaya elaun dia sampai dia habis belajar, habis belajar sudah pasti dapat kerja (walau dekat mana pun kau kene campak)tak macam bekas pelajar mcm aku..sendiri biaya mintak ehsan mara..habis belajar belum tentu dapat kerja sebab terpaksa compete dengan degree grad,student pandai,blablabla...dia senang dapat kerja lps beberapa bulan menganggur..TAPI bila dah dpt kerja BUAT PERANGAI..pakai alasan yang tak masuk akal..tulah life comes easy for them..take things for granted.

Nasihat aku pada adik2 yang hidup senang,rezeki datang bergolek depan mata:kalau malas, BERHENTI KERJA sajalah. Buat apa pening2 buat alasan semata2 nak lari dari tanggungjawab?

ღKekunangpelangiღ said...

Terasa bahang hari ini walaupun lepas hujan. :p

iPai said...

terbaik ..

kau merumuskan environment aku alami dgn jelas .. thanx !!

Anonymous said...

ckp senang la.

cik.Sheqa said...

saya terlalu setuju dengan post ni.
yang lebih mnyedihkan, tak taulah anasir mana yang bawa penularan tidak mahu berkerja dan tidak pandai bersyukur tu.

Anonymous said...

terasa..

-akupunmanusia-

Hannah Johary said...

Love this entry. Minta izin share boleh? :)

Anonymous said...

SUKA SGT DGN BLOG POST YG NI!
mula2 baca mmg setepek kena kat muka.ya,sy fresh grad.baru kerja 6bulan.tp kadang2 malas.bukan malas sbb ape.sbb tekanan.dan juga mungkin sbb ni my very first job.so mcm kejutan budaya.ada ke?tp mmg betul semua point yg dilistkan tu.semua nk gaji byk.tp malas.saya la tu.thank you kak utk blog post yg ni.motivasi diri sendiri. :)

sy bersyukur jugak sbb dpt boss yg akan motivate balik kita kalau dia marah kita dan itu bukan salah kita.senang ckp boss yg ayat manis la.so xde la rasa tak best sgt.

peace! :)

Anonymous said...

Sangat bersetuju!
*pernah nampak depan mata
orang2 mcm ni.haihh..

tzkn said...

terima kasih.baru sedar diri.terima kasih.

outbound training di malang said...

kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Kegagalan tidak seharusnya membuat kita rapuh .,.
tapi justru itulah cambuk kita menuju kesuksesan.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,

Bug said...

Salam... akak... nak share this post boleh tak? Please.....