Friday, January 8, 2010

insomniac

mata kembali degil untuk terlekat.
malam kembali panjang melampau tempohnya.
sunyi kembali berbual lebih dari kadar bisikan.

maka aku tahu,
jiwa aku sudah kembali kacau.

terasa masa menyuntuk dan tanpa peduli terus menerobos linear masa yang biasanya konsisten. tanpa rutin dan ritual yang kongruen, mana2 orang akan rapuh. seperti mana seseorang yang cuma bersangkut pada kayu sebatang di tengah2 laut garang, aku diumbang-ambing tanpa kasihan.

yang mana, lautnya cuma perasaan.

sekuat mana aku jerit2kan pada langit hitam, atau warna apa pun langit itu dua tiga menjak ini, aku sesungguhnya sedang tanpa keruan. tidaklah aku kukuh mana. jentikkan cuma sebiji kacang, nescaya pejus seluruh tubuh ditelan kerak bumi.

mungkin aku sedang lemas dengan oksigen yang tidak lengkap tanpa atom yang membawa bau kekasih aku itu. aku tamak, dan aku tidak cukup.

*memandang kosong siling di atas kepala*

kenapa yang terlihat cuma kekosongan? mana agaknya kepul2 awan2 dan bujur2 susuk burung2 berterbangan? mana pergi deru angin yang biasanya menyanyi lagu angan2? mengapa yang ada cuma langit kosong yang seolah mati tak berkawan?

*diam*

perlu lapah apa yang tersisa ini dengan senyum simpul.
tapi gimana?

kalau dipegang pun terasa yang ke-akhiran kalinya.
kalau dikucup pun terasa yang ke-sekian kalinya.

namun aku pasti,
semua ini akan mendidik aku sesuatu.
apa pun jua.

tapi sesuatu.

mungkin;
ada sedikit mungkin,
aku lebih kuat dari apa yang aku tahu.

10 comments:

ape2 jer said...

kekuatan sendiri yg kita tidak tahu byk tersimpan cuma mgkn belum tercetus

haja said...

kakak,
sunyi dan kekosongan itu hanya mahu kita sedar akan kekuatan kita yang sebenar..

setelah dilalui akan kita tahu kekuatan kita lebih dari yang kita tahu..

perlu kental
kerana aku telah belajar..

syukur

SNA said...

saya sedang pressure sorang2 sekarang ni..

kak fynn sihat?

Cheese Monster said...

nice. patut mira buat entry ttg fynn.. nice ti meet u.

dialicious said...

mmg awak kuat pun..tuhan takkan uji seseorang tu lebih dari kemampuannya

Ahmad Faiz said...

"nescaya pejus seluruh tubuh ditelan kerak bumi"

pejus tu apa kak fynn? asimilasi dari mana2 bahasa ke? maaflah,saya bertanya kerana ingin tahu

Azzam?? said...

lek arr doww... jangan sedih2! tak lama tu... pejam celik nanti you'll be back dah berdota ngan kitaorang balik =D

si buta warna said...

.k.o.s.o.n.g.

Unknown said...

kak fynn ok ker?
harapnya ok...


peluk...terasa ingin memeluk...

Hapam John said...

rasa tak kuat itu datang dari jiwa
yang terlalu banyak soal dengan hidup

kadang-kadang terlalu banyak soal, kita jadi bingung, jadi lemah
sebab soalan-soalan yang menerajang hidup kita
luar dari lumrah yang kita pingin

ah ! kaki yang menghentak paksi bumi, lincah dipentas,
masak terlalu takut untuk berdiri?

kakfynn yang manis..suara getar berahimu dalam membuka jiwa ini
bukti
tanda jiwa mu yang kental.

yakin .


**sudah lama , tak membuang msa kak fyn membaca email saya...hehehe