Thursday, January 14, 2010

zainol dan status fesbuknya

salah seorang dari peserta bengkel tanya aku, apa yang boleh kita tulis dalam blog? perlukah kita ceritakan hal2 peribadi? atau haruskah kita cuma berbual tentang perkara2 permukaan? seberapa benar boleh kita pergi?

aku jawab: ikut kemampuan.

mampukah kehilangan mereka yang tercinta andaikata kebenaran itu menjadi onar yang mengantara?
mampukah bermusuhan sama siapa2 yang membaca apakala kebenaran satu pihak mungkin kepalsuan pihak lainnya?
mampukah hidup bersendirian demi memperutuh apa yang dirasa?
mampukah terus dibencikan tanpa peluang mempertahan suara?

kalau ya pada semua di atas tanpa kecuali,
dipersilakan.

itu, semua yang di atas itu, adalah khusus kepada mereka dari fakulti yang menulis.
perlu ingat, bahana pada setiap perbuatan itu ada.
kalau bukan hari ini, mungkin esoknya.

semalam ketika bersenggang sama seorang kawan baik, ketika membincangkan jawapan2 yang aku dapatkan dari entri lepas, kawan baik itu tadi khabarkan pada aku dan tri: seorang kawannnya ditangkap untuk siasatan.

aku tanya kenapa?
dia kata kerana status.

status apa? aku tanya sambil memikirkan mungkin status seperti darah kuning, darah lanun, darah orang miskin, darah orang kaya, dan sebagainya. status yang itu.

bukan. status di facebook. kawan kepada kawan baik aku menulis sesuatu yang padanya kelakar, mungkin berunsur sinis (sekurang2nya pada dia itu sendiri). sesungguhnya bagi aku yang bodoh sentimen sosial ini, statusnya kelakar.

sesuatu tentang dia yang menaja tin petrol untuk membakar gereja.

entah. mungkin aku terlalu banyak menonton jenaka2 kering british, atau aku terlalu banyak bergaul dengan lawak2 kejam melaka dan johor, aku rasa lelaki itu (mari namakan dia zainol) cuma mengamalkan budaya sinister.

cuma zainol lupa. ini bukan tempatnya. dia patut berada di britain atau beberapa tempat di melaka dan johor untuk mendapat sambutan ceria pada ayat2 witty sebegini. lawak di malaysia tidak witty. lawak malaysia adalah seperti amerika.

for us, degrading and making a fool of someone is funny.
lawak ketuk kepala. lawak rempit. lawak kutuk orang. lawak tempang cacat. lawak jongang gigi.
itu funny.

itu sebab sherlock holmes tak laku di sini. tonton sama kawan2 di panggung, yang tak berhenti ketawa cuma aku dan teman2. yang lain? adalah sekali sekala ketawa. itu pun pada yang obvious. tidak kisahlah. tapi bila kami got the jokes, orang2 kiri kanan geleng kepala. "hish. tahapahapa ketawa benda tak kelakar"

wutdehel.

kembali tentang zainol. dia cuma ditahan sebentar. perkataan ditangkap itu mungkin salah untuk aku gunakan. disiasat.

tapi. ini mungkin aku. tapi, kalau betullah zainol memang bagi petrol pada mereka yang benar2 membakar (hindu ke, buddist ke, kristian ke, agama sembah pokok ke), apakah bodoh sebegitu bodoh sekali zainol untuk kemaskini fesbuknya dengan cerita itu?

adui~
kamon lah!!!

entah. aku tidak arif bab2 legal ini. cuma sedikit yang aku tahu. itu pun bila mana ia berkaitan dengan tulisan aku di puisitepijalan. akta2 yang telah aku hafal (baik yang terlekat dari zaman mentelaah sociology dan journalism dahulu atau yang aku dapatkan di mana2 buku aku terjumpa) andaikata aku dipanggil lagi.

zainol disiasat sehari dan dilepaskan. mungkin sudah disahkan dia cuma si bodoh yang berlawak bodoh di masa2 yang bodoh ketika semua orang sedang dalam kebodohan.

entri ini untuk berpesan. jangan jadi zainol.
dan kalau pun hendak memandai2, baca dahulu buku2 hak kamu.


dan tolong jangan campur aduk hak dan politik.

you should know your rights.
dont pick sides.
sides are for scared people.

perlukan orang kiri kanan untuk hilang rasa takut bersendirian.

tapi jangan jadi dungu.
orang pijak kepala kita, jangan sekadar disenyum2kan.
tapi jangan melatah.
orang terlanggar kaki, terus melenting bersenapang di tangan.

just know where you are.
kau takkan percaya berapa ramai yang lebih cintakan keamanan.

dan lagi satu.
jangan cepat percaya apa kau baca, apa kau dengar.
otak itu kembangkan.

anggap begini.
takkanlah sampai sekarang tidak tahu siapa bom perempuan itu.
takkanlah tidak terfikir kenapa orang semua seperti dungu.
takkanlah kebetulan sistem2 beraja tiba2 bergolak seperti air dibaling batu?
takkanlah masih tidak dijumpa siapa yang bakar gereja, arak lembu?

buka kamus.
buka google.
taip politik.

soalannya;
siapa pemegang tali, siapa pinocchio nya .
dan soalan lebih bagus:
kenapa kita yang menonton ini yang lebih sudu dari kuahnya?

kita yang beriya. orang yang petik apinya sedang sibuk gogok nescafe sambil terkencing2 ketawa tengok berita yang menunjukkan yang kita sama kita ini yang sedang sibuk berbunuh2. sampai mati. entah yang membakarnya orang putih yang menumpang kat sini. entah awang hitam yang saja nak mulakan riot seperti di tempat mereka sendiri.

kita memang sensitif tak kira tempat.
memang.
kita bodoh.

bila aku maki orang sendiri, aku jahat. nasib baik benci bangsa tak jadi murtad.
kalau tidak, habis aku.
kan?

fikir macam inilah. aku setuju dgn hujah kata tri;
kita ada aidiladha.
korban lembu sekali setiap tahun.
perayaan. buat makan2.
cuti.

ada orang hindu datang tetak kepala kita pasal kerat leher binatang suci dia?

hormat orang ada agama dia sendiri.
baru orang hormat kita.

*senyum sumbing*

apalah makna 'bangsa'.
semua itu patriotik tak bertempat.
27 tahun aku hidup bodoh percayakan konsep bangsa.

ah. bohong2 itu semua.

kita semua manusia.
satu.
dalam keluarga kecil kita pun, bukan semua baik.
bukan semua jahat.

mak abah kita rakan masjid, kita rakan masjid, ada abang seorang yang kaki minum.
satu keluargakah yang bangsat?

tidak, bukan?

haih...

sekali lagi;
jangan cepat percaya apa kau baca itu.
jangan lekas percaya apa kau dengar itu.
walau pun aku.

ada otak sendiri.
pakai.

23 comments:

P O P S T A R said...

so agree about the jokes here. making fun of people is the one people gonna laugh at here in our country. and yerp. ade otak. pakai.
:-)

Lyana Hisham said...

totally agree with u

Nini teDDylicious said...

kisah setandan pisang dan ada satu yg busuk.

maka, bukanlah seluruh tandan itu bala.

bangsa. hormat. agama. chaos.

**tak mahu komen lebih. sy sudah dihentam kerana isu ini..sy tak pasti jika yg lain pun dapat nasib serupa.

nazrin zaidi said...

*makan kacang*

*pakai otak*


nyam...nyam...

zainol...zainol...

Azzam?? said...

weiii... sherlock homes memang best dowww... hahahahaha

lawak malaysia mestilah lawak 'raja lawak'!!

Cik Ecah said...

lawak sarcastic untuk mereka yang spastic.. :P

azhari azmi said...

perkara yang berbeza digembar gembur. perkara yang kite kongsi dibiar senyap. isi borang pon da ajar. bangsa: ....., agama: ....., jantina: ......, status: ......, etc. etc. but yeah, it works that way. until the end of days perhaps.

fadziyah zaira said...

well said kak fynn!!!

Budak Pemalas said...

kalau tak buat salah kenapa nak terasa?

senang bagi saya, baca dengan akal fikiran bukan dgn emosi.

Anonymous said...

Terima kasih kakak for always remind peoples with your relevant thoughts.

I think peoples know how to use their mind very well just that they didn't know how to use it in a good way sometimes.

Hermm.

Para Jamaludin said...

suka. very much.

Nur idayu sukaimi said...

yes kak fynn betul :) setuju sangat2

Bey Shafri said...

sumpah betul. HAHA!

mocQachinno said...

btul kak fynn. sides are for scared people.

Anonymous said...

Relevan? relevan?

Gebang sana sini, jerit terlolong dalam kotak sempit, itu je kau mampu, kau kata relevan?

sudah la fynn, daripada kau bergebang dan nampak bodoh kat sini, racun fikiran muda mudi yang senang terpengaruh, baik lah kau pergi cari usaha untuk pulihkan mandul kau tu.

takut esok lusa, laki kau lari, hari ni mungkin la boleh bertahan.

myfr3ak said...

Sumpah suka sama ini entri! Nak sedarkan sikit otak-otak berkarat! Mungkin bagi mereka ini masih tanah melayu, sedangkan kita berada di Malaysia!

"Kalian bersatu, baru boleh Merdeka"

Khas buat insan-insan berkarat, tanya hati tu, kita berada dimana, Tanah Melayu ataupun Malaysia.

i'msosupernotcool said...

bullshit kn?

*kunyah snickers smbil tgok buletin utama..

fynn jamal said...

anon;

besar gila tulisan "picisan dan tidak relevan sama hidup kamu" di muka depan.

:)

ayeen:) said...

ahahah..tu je lah yang kita mampu buat..kalau bukan kita yang pangkah orang..orang yang akan pangkah kita kan??

:))

Muzakkir Syah® said...

Hello,I'm totally agree with you on this matter.In fact most of people that I know don't know how to cope with 'dark comedy'.They like jokes that is straight forward.I was LMAO
watching Sherlock Holmes and Snatch.Both film by the same director.Well said Fynn.

Anonymous said...

blog walkingg..
sumpah terkesima...!! indahnya bahasa, tercalit sedikit cemburu, knp aku tak pandai sebegini??

Siapabodo? said...

"kita memang sensitif tak kira tempat.
memang.
kita bodoh."

Mungkin lebih tepat jika "kita" digantikan dengan aku.

aku memang sensitif tak kira tempat.
Memang aku bodoh.

Ayat yang tepat untuk Fynn.

Orang Melayu lain tak bodoh...haha

Anonymous said...

nggap begini.
takkanlah sampai sekarang tidak tahu siapa bom perempuan itu.
takkanlah tidak terfikir kenapa orang semua seperti dungu.
takkanlah kebetulan sistem2 beraja tiba2 bergolak seperti air dibaling batu?
takkanlah masih tidak dijumpa siapa yang bakar gereja, arak lembu?


tambahan kak fyn

takkanlah sampai la ni masih tangguhkan bicara?
ahh, sekarang ini dunia terbalik adanya, takut kerana benar berani pula si pesalah ... bodohnya kita.