Saturday, January 30, 2010

aku tamak

manusia memang tamak.
dan aku adalah tipikal manusia.

aku tidak pernah cukup dengan apa yang disempatkan. aku kejam kerana tidak malu untuk memahukan lebih dari apa yang dipatutkan. aku tidak malu kerana tidak mahu sedar diri, dan terus meminta2.

tapi tuhan tetap baik.
tanpa prejudis, tetap dengan rahmannya, selalu dia berikan aku peluang walau untuk kali ke berapa puluh juta kiraannya.
tetap selalu mempeluangkan aku.

kalau diikutkan, akulah manusia yang tidak layak beroleh apa2.
kosong.
bolong.
rompong.

haih...

maka seharusnya aku senyum dan bertahan dengan apa yang ada. meredhakan apa yang diberinya. membiarkan dan gagah untuk berasa aman dengan apa yang ditentukannya.

tapi seperti biasa,
aku sebagai manusia,
tamak untuk setiap kalinya.

*diam*

atau mungkin.
aku sudah merasa yang terpaling miskin, pada detik ini.

kekayaan aku pada bahagia yang aku perca2kan dan serpih2 yang ada, yang asalnya cuma baki2 suluhan senyuman dan gelak ketawa suami tercinta. seperti mana selalu, aku tekankan, bahagia aku adalah definasi aku, dan tidak perlu kau banding2kan sama ronyok peruk kamu; kerana sesungguhnya itu cuma akan mendatangkan benci.

terang; aku sudah muflis.

*senyum pahit*

apa khabar nyawa aku di kejauhan? apakah dia masih teguh sudi dicinta aku? apa dia rindu sama nakal isterinya yang mencomot setiap pagi dia? apa ada mungkin dia diam2 menitiskan airmata?

ah. cinta lelaki memang terlalu sakti.

*seka airmata*

pasti penat menjadi lelaki. kasihan sekali. menanggung komplikasi sang wanitanya, menahan segunung perasaannya, menjadi gila dan pulih semula. berganti2 tanpa henti. semata2 untuk perempuan2 yang seperti aku sifatnya.

entri hari ini aku dedikasikan untuk lelaki2 yang sentiasa memberi.
yang jarang dipandang sebagai perwira kerana pilihannya untuk sepi.
untuk lelaki2 yang utuh cintanya buat perempuan2 komplikasi.

buat suami yang paling aku cinta,
maafkan aku kerana tamakkan kamu, wahai arjuna.

kerana aku manusia biasa.
tamak.
dan aku wanita;
maka berganda.

cuma orang bodoh sanggup hidup jauh dari suaminya.
never more.


i've learnt my lesson, sayang...
can i go home now...?

please...

31 comments:

Para Jamaludin said...

ouh. jauh dekat kita dengan orang yang kita sayang, insyaAllah akan okay, lillahitaala.

hope kokping ok walau x ok. ok?
(maaf,saya dah mula ckp mcm kel)

LORD ZARA 札拉 said...

aduhai kak fynn sayang~

cepat pulang kak~

=]

.o r k e d. said...

x slh la kalau nk tamak dgn hak kita sdri (:

kechixx said...

:)
jauh di mata dkt di hati:)

Frodo Baggins said...

>>____<<

huhuhuhuhu
pulanglah sayang ((jawab bg pihak))

myien♥♥ said...

come back home as soon as u can... i bet ur husband misses u as much as u do!

Farah Rosni said...

hesh. kitea rindu awak la kak fynn.

misteriaku said...

oh nak nanges plak dib in da haus nih..huhu.. sabar kokping. ktorg bertiga akan doakan kok ping sntiasa sehat n cpt plg ke sini.. ouh. nk nanges lagi.lagi n lagi. T-T

PAP said...

sudah lama tak menulis bicara pada kak fynn.

cinta sejati itu anugerah tak ternilai.

cinta sejati tak terpisah dengan halangan dunia walau jauh dekat ia tetap utuh.

cinta sejati tak akan luntur walau sedikit tak kira apa jua situasinya.

hanya yakin pada cinta sejatimu.

Dr.Alia said...

sayangkan isteri tinggal-tinggalkn~
bukan saya yang cakap, itu bidalan :P

[takpa kak fynn, comel apa kalau main rindu-rindu dan berjauhan..sekejap je pun!]

teruskan jadi kuat! fighting~!

haidan said...

alahh sedihhh jugak :(

kubiey AkhmAL said...

layaknya tempat seorang isteri itu adalah disisi suami...

terima kasih kak fynn.. this is inspiring...

support padu ..semoga tabah..insya allah/...

bukan bidadari said...

kak fynn
semoge diberi pinjam kekuatan dr DIA.
Sy br mghantar kygn sy ke Johannesburg.
sakit kak fynn.
sy faham.

ELLy said...

indah!
jelez sy.=~

rObOt said...

alahaii....T_______T
sebak tau kak fynn. sedih sgt rasenye.huhu

anith said...

kakak kan kuat.!
anith tahu =]

Weed and Bandages said...

lelaki juga complicated.

adrenalin said...

setuju. fitrah manusia.
insyaallah, akan dipermudahkan. xlayak sy tuk suruh kamu bersabar kerna sy xtahu susah kamu apa, tapi percayalah, Dia akan sentiasa ada.

Hamizah Horman said...

kuat kan semangat kak...

cpt pulang pada abg tri ye...

sHEmA_sHImoT:D said...

*seka airmata*

bertahanlah..;(

keSENGALan teserlah.. said...

sang suami pasti menunggu si isteri dgn tidak sabarnya..
pasti hidupnya terasa kekosongan..
cepat pulang kak fynn...

s.u.e.r.i.e said...

fynn, kuat fynn.. kuat

ahmad fauzi said...

selesaikan mana tak selesai
yang sayang PASTI setia menunggu
")

ken said...

pertama kali ku baca sajak seorang isteri yang begitu menghargai cinta dari suami/lelaki.

Aku benci suami kamu kerana dia sangat beruntung....

ayunie said...

Napa ntah, bila baca entry kali nih tetiba mata bergenang. Baru jauh dengan suami setakat bentong-shah alam dan jumpa 2-3 kali seminggu dah tak tertahan rindu. Rasa mau berenti kerja dan pindah teman suami kat sana. Inikan pula jauh nun di sana, di negeri orang. Akak, kalo ikutkan saya pun tamak juga. Suami saya, Saya punya sorang.....Saya paham serba sedikit apa akak rasa

missaussie said...

bertabahlah walaupun hakikatnya payah!

pakcik said...

bila lelaki benar2 jatuh cinta...
dia akan bercinta kerana rupa
dia akan bercinta kerana sangka
dia akan bercinta kerana terpaksa

bila lelaki benar2 jatuh cinta...
dia akan menjadi hamba
dia akan menjadi buta
dia akan menjadi gila

dia memandang zahir
dia meneka takdir
dia inginkan kesempurnaan
dia lupakan kepayahan

bila mana zahir tiada untung
dan takdir selalu murung
ketika itulah bakal diungkit
segala payah, susah dan sakit

cinta itu hakikatnya memberi
tanpa ada hajat tersembunyi
ikhlas dan redha itulah kunci
kerana ilahi cintamu terbukti....

pakcik said...

bila lelaki benar2 jatuh cinta...
dia akan bercinta kerana rupa
dia akan bercinta kerana sangka
dia akan bercinta kerana terpaksa

bila lelaki benar2 jatuh cinta...
dia akan menjadi hamba
dia akan menjadi buta
dia akan menjadi gila

dia memandang zahir
dia meneka takdir
dia inginkan kesempurnaan
dia lupakan kepayahan

bila mana zahir tiada untung
dan takdir selalu murung
ketika itulah bakal diungkit
segala payah, susah dan sakit

cinta itu hakikatnya memberi
tanpa ada hajat tersembunyi
ikhlas dan redha itulah kunci
kerana ilahi cintamu terbukti....

Anonymous said...

best bace satu persatu cerita ko. tp biase la. otak lemah dan kurang ilmu mcm aku ni cube nak paham ape yang cube ko sampai kan. cube paham tp ade yang tak boleh paham. ko punye ayat buat aku yang xboleh nak paham pun jadi nak terus membace jugak. hebat la!

Ape pun aku tau ni blog perempuan dan aku lelaki. kadang2 mmg rumit aku nak paham walau lelaki sendiri yang bercakap dan nak bercerita. so harap kadang2 ko jangan la tulis yg rumit nak dipahamkan orang jenis macam aku. haha..

klau aku pk, suami ko la yang mampu paham ayat2 ko ni kan? haha.. dan bile suami ko bace kompom die tau ko rindu die. ahaha sialan ape aku cakap ni. malu aku.

Ape pun aku cemburu dengan ko. ade rindu dan di rindui. malah hebat berpikir dan berkata2. Tp ape boleh buat... dah aku jenis lebih suka pelok bantal dan tgk berita utama tv3. cume kadang2 tu je la orang putih kata surfing internet.

haha ko paham ke ape yg aku repekkan? tak yah ambil pot. ape pun byk aku kene blaja klau nak tahu lebih dalam cerita2 blog ni. Teruskan menaip!! mungkin satu hari nnti kawan2 aku bermuka pelik klau kate2 aku lain dari sebelum. huhu.. dan aku jawab.. korang bace la blog fynn jamal. haha.. chow k!

lame lime said...

hmmm..hai kak fynn..sya x slalu sgt baca blog kak fynn..tpi stiap kali sya baca..stp kali 2 jgk sya akn terpkir..stp kali 2 jgk hati kcil sya trsentuh...sya xkenal ngat ngan kak fynn..maaf..tapi stp kali sya bca blog kak fynn...sya rsa mcm sya nak pluk kak fynn n kata...sabar laa..dunia mmg xadil...tpi kta ada Allah bersama ngan kita...walaupun stu dunia bnci kita...wlaupun stp cebis debu yg wjud mgkritik kita...tapi Allah ttap sygkn kta...Allah ttp jaga kta...kak fynn kna kuat ek..kuat la demi dirimu..kuatla demi kekasih ati mu yg satu...(maafkn sya klau sya ada tersilap bhsa)

Anonymous said...

kakak fynn.
bertabah la.
sy sentiasa mendoakan kakak fynn berjaya.

rasa nak nangis.

~salam sayang dari Muar,
Be~