Sunday, December 13, 2009

ini entri sound-orang-secara-spesifik.

untuk kali ke seratus lima puluh juta,
tolong jangan rasa aku ini milik engkau dan engkau dan engkau.

sheeshhh!!!
ingat kau siapa?

geli, lah!

sekadar baca puisitepijalan, kau rasa kau kenal aku.
kenal abah aku.
kenal along aku.
kenal achik aku.
kenal tri aku.
kenal kiwi aku.
kenal debot aku.
kenal manusia2 dalam hidup aku.

sekadar dengar lagu2 puisi aku, kau rasa kau tahu aku.
tahu jiwa aku.
tahu cinta aku.
tahu benci aku.
tahu marah aku.
tahu sedih aku.
tahu bahagia aku.
tahu perasaan2 dalam hati aku.

sekadar.

perhatian:
aku tuan aku.
bukan siapa2.

kelakar.
setakat kenal minah yang kawan dengan liza yang berkawan dengan aku, kau rasa kau lebih tahu tentang aku berbanding mereka2 yang tidak ada siapa2 kenalan dengan aku.
setakat bersaudara dengan razip yang bersaudara dengan mamat yang berkahwin dengan maimon yang berjiran dengan aku, kau rasa kau ada hak untuk lebih tahu tentang aku berbanding mereka2 yang tidak ada siapa2 hubungan dengan aku.

weh.
aku bukan britney spears.
dan weh,
aku tak ada produk pun untuk aku rasa tanpa pembeli, aku akan mati.

aku tak ada hal kalau semua orang sini benci sama aku la.
itu semua nombor.
aku lebih peduli lima enam orang yang peduli berbanding sepuluh ribu yang ada terkinja2 demi menunjukkan dia tidak ketinggalan dengan apa yang hip dan terkini.

macam aku tidak tahu.

saudara2 dan saudari2,
aku tidak punya cd untuk dibeli.
aku tidak punya market untuk dipenuhi.
puisitepijalan bergerak bukan kerana promosi.
jadi,
tolong.

tolong jangan fikir aku takut hilang populariti.
sebab semua itu ilusi.
seperti masa.
seperti perasaan laparkenyang.
seperti bahagia.

janganlah hendak kata
kerana kau pedulilah yang kau sibuk2kan tanya sana sini tentang apa jadi.
janganlah hendak kata
kerana kau sayanglah yang kau sibuk2kan selidik sana sini tentang apa jadi.

kerana bagi aku,
pucuk pangkalnya,
kau menyibuk.

kalau hendak dibuat seminar tentang aku, sukahatilah. buatlah.
tapi, gunakan akal itu dan tanya.
logikkah untuk ketuk pintu rumah keluarga aku dan menonongkan hidung bertanyaselidik tentang apa2?

soalan aku, kau hendak apa?

berapa kali perlu aku tuliskan di bola mata engkau yang apa sahaja aku tulis adalah samar dan tidak khusus. kenapa, aku ulang dengan hiperbola, KENAPA kau tiba2 cuba hendak menjadi bijak dan meneka2 tentang apa yang mungkin tentang apa yang logika?

tidak bolehkah kau fikir kalau2 telahan kau tidak mengena, manusia yang kau tanyakan itu akan tercalar jiwanya?

aku bengang lah!!!
BENGANG!

puisitepijalan milik AKU.
tulisan aku.
air jiwa aku.

aku akan tulis BILA AKU HENDAK TULIS.
aku akan cerita BILA AKU HENDAK CERITA.
aku BUKAN bertuliscerita UNTUK ENGKAU ENGKAU ENGKAU!!

*sebak*

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang sekarang ini sedang baca, dan bersenyap, dan mengeluh dalam hati "haih, kuat fynn... tuhan ada..."

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang bila mendengar orang bercerita tentang puisitepijalan, mereka cuma bersenyap dan berpura tidak apa2.

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang bila bertemu aku, akan cuma bersenyap dan senyum dan memerhati aku apa adanya.

*sekejap*
*diam*

rasa mahu nangis tahu tidak.

*diam*

kau siapa untuk canangkan pada dunia kau kenal aku?
kau siapa untuk bercerita pada dunia kau tahu aku?
kalau keluarga aku sendiri tidak kenal aku,
kalau keluarga tri sendiri tidak tahu aku,
perlu apa kau rasa kau kenal dan tahu aku?

dan kalau pun perlu untuk kau tanya, mungkin kau akan mati kalau tidak tahu hal sebenarnya,
hanya satu manusia yang betul2 kenal aku. tidur bangun bersama. makan berak bersama. kotor mandi bersama.

suami aku.
tanyalah dia.

mahu diherdik engkau yang sudi untuk bertanya.
tapi kalau benar mahu tahu, pergilah tanya.
tanya.

sebelum kau tanya2 orang tentang orang,
kau tanyakan diri engkau dulu;
apa kau tidak ada malu?

*diam*

anak2,
perkataan untuk hari ini adalah:
poseur

sebutannya: po - zer.

american heritage dictionary:
"one who affects a particular attribute, attitude, or identity to impress or influence others"

collins english dictionary:
"a person who strikes an attitude or assumes a pose in order to impress others"

wordnet 3.0 dari princeton university:
"a person who habitually pretends to be something he is not"

----------------

salasilah perkataan ini datang dari perancis, digunapakai dalam konteks sosiologi; secara spesifiknya berkaitan tabii.

dalam thesis ini hari, aku kecilkan skop kepada trend membaca puisitepijalan. aku dapatkan informasi ini dari ramai anak2 di luar sana; puisitepijalan ini ramai pembaca. alhamdulillah. malangnya, ada yang ke sini BUKAN atas dasar suatu yang ikhlas dan tulus.

ada di kalangan mereka2 yang membaca adalah pembaca bolong yang membaca hanya kerana puisitepijalan adalah sumber bacaan yang hip dan kool.

"aku baca tulisan fynn"
"semalam aku nampak dia pergi sunway pyramid"
"boifren ai pernah main futsal sama tri"

dan lain2 yang tidak berkaitan.
bukankah lebih indah kalau dibincangkan yang lebih ada makna:

"aku tak berapa setuju apa yang fynn kata tentang hidup. bagi aku..."
"betul, lah, memang ada karektor begitu dalam sehari2, kan?"
"aku rasa abah fynn dengan bapak aku sama sifatnya"

ITU yang aku lebih mahu.
pengisian.
intipati.

haih...

maka, tuan2 dan puan2, suka saya labelkan mereka2 yang bolong yang hanya membaca kerana puisitepijalan adalah sumber bacaan hip dan kool ini;
sebagai pozer.

dan kasihan, kalaulah mereka tahu yang sebenarnya puisitepijalan sangatlah tidak hip dan kool.
yang tempat ini adalah untuk mereka2 seperti aku; loser dan bladiful;
mesti mereka menyesal singgah sini.

sorry, love.
wrong place to be, i guess.

*diam*

sekarang,
aku rasa,
aku tahu kenapa britney spears gila.

kalau nampak aku yang sudah botak terkam orang sambil hayun2 payung,
jangan tanya kenapa.

78 comments:

MOMMY CGG said...

salute!

kali nie entri kecewa dari ko

Anonymous said...

terlalu deep kadang2 menjengkelkan. cuba jadi org biasa tak payah nak bukak kamus carik ayat2 rare dan comlex kononnnya.
tgh bercakap harian pun mcm tgh bace puisi.
tak terasa poyo kah ?

ini soalan. jgn marah ya. anda yg meletakkan diri anda utk dikenali,sifat manusia, mmg suka menilai dan menegur. bohongla klu anda xnak puisi anda dipandang,dipuji,bakat anda dihargai. klu betul xmahu puisi dalam bilik saje lah.

Halimah Halim said...

kakak..

kadang-kadang hidup memang susah nk jangka kan..

even kadang-kadang kita sdri pon xkenal dri sendiri, tapi orang lain dengan bangga dia kata kenal kita sedlam-dalamnya..siap canang serata alam kata diri kita macam-macam, padahal tindakn kita xsperti yang dicanang..

susah jugak nk puas kn hati semua org, kene tolak tepi hati sdri, tapi bila kita dah xberkira, orang lain pulak berkira, siap kasik caci cerca..

hidup ini indah bila bersama insan yg indah, tapi cela bila org yg sepatutnya indah penuh hipokrasi dalm hati..

semoga akak selalu tabah..jangan risau,,itu maknanya Tuhan sayang sama akak..Dia xkan menduga hambaNya, melainkan yang terpilih sahaja..(^_^)..Sabar ya kak..

fynn jamal said...

anon:

soalan ini sudah lama saya jawab. saya tulis sini kerana ada satu dua yang BETUL2 perlukan saya di sini.

sekali lagi, saya tidak promosi, tidak minta dikenali. saya tahu kamu dan beberapa ramai lagi manusia di luar sana tidak percaya. tapi itulah haknya.

puisi dalam bilik saya ada lebih 70% masih di situ. puisitepijalan cuma cebis2 yang saya rasa boleh dibiarkan di tepi jalan.

saya kesalkan ini:
saya tidak mahu follower. saya cuma cari persamaan di antara kita2.

masalahnya, tidak ramai yang mengerti itu.

saya tidak kisah kalau ramai yang membaca kerana saja2. yang saya bisingkan, kalau sibuk mencari ahli keluarga saya untuk mengetahui siapa si minah dan si timah dalam cerita saya.

kenapa?
tidak bolehkah sekadar baca?

bila ditegur yang saya tidak suka, saya pula dimarah kenapa bercerita.

bukankah itu kelakar?

Aishah Nur Hakim said...

anon..
kamu tak pernah rasa hidup yang sentiasa berpuisi dalam hati?

kalau kita tak faham orang,
baik kita diam.

kot.

huh!
(sory kak,menyampuk)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ah.
Ini yang buat aku membaca di sini.
Bukan kerana apa.
Kerana mencari sesuatu yang buat aku berfikir.
mencakna diri.

Kak Fynn,
aku sedang berdoa dalam diam
Buat kamu.
Yang terbaik milik kamu, insyaALLAH.

Biarkan pozer tinggal pozer.
Biar.
Kerana ada mereka yang lebih memahami.

Diam.
Senyum.
Peluk.

Aku pergi dulu.

Azzam?? said...

weeihhh... gilerr ahhh... aiii.. aritu kan.. i lepak main guitar dengan abg three(sebutan special yg kita tau)

hahahahahahahhahahah

honeylemon said...

kak fynn..
teruskan menulis
persetankan sape y suke menyibuk tu
kak fynn punye blog..means this is kak fynn punye teritory
saya suke cara kak fynn
kuat dan berani
saya xde itu sebab itu saya suka ke sini

i salute u kakak..

Syuhada said...

Kalau sudah hidup sehari-harian selesa dan rasa bahagia utk sentiasa berpuisi, atau berpuisi itu sudah menjadi satu titik platform untuk sesetengah orang menghargai apa yang dia rasa, atau mungkin untuk meluahkan apa yang tersimpan dalam hatinya dia, TAK ADA APA YANG MENJENGKELKAN SAMA SEKALI. Cuma yang menjengkelkan adalah orang yang rasa jengkel pada orang lain TANPA SEBAB-SEBAB YANG RELEVAN DAN BOLEH DIGUNAPAKAI.

Lyne Bahtar said...

owh how i wish i cud write like that!!
dulu ada sekor nih mcm stalker kiter.. tukar link byk kali pon die cari gak..
bace ape yg kiter tulis pastu pretend to know me better than i know myself..
hishhhh~

nuridrin said...

haih. susah mencari sempurna kalau yang pertama yang kita perasankan adalah cela.

peduli apa kak fynn?
yang penting kecil dan sedikit itu penuh.
dari dulu beramai itu memang payah.
tapi tak ada daya menghalang kan?
maka, menulis lah di sini.
terus menerus.
sebab, ramai yang mencantum jiwa dari perca-perca,
dek kerana tulisan jujur begini.

manusia ada akal.
biar fikir sendiri. Tuhan sudah bagi sama hebat akal2 tersebut.
biar tahu dengan tidak saja bagaimana nak mengguna.

*peluk*

aina syaqilah said...

kadang kadang sifat selfish tu perlu juga kakak.
peduli lah ape orang mahu kata.
kalau kita hidup mengikut acuan yang orang lain mahu tapi hati sendiri terseksa, tak guna juga.

saya start baca blog kakak masa followers kakak 200 orang. mungkin agak lambat. tapi saya dah baca seluruh entri.

kadang kadang apa yang kakak tulis memang samar. saya juga kadang kadang susah nak tangkap. tapi saya biar tinggal jadi persoalan. sebab lama lama saya akan paham sendiri.

kalau saya jadi kakak, saya pun marah. tapi manusia begitulah adatnya. ada yang begini, ada yang begitu.

yang penting, tuhan sentiasa ada di sisi

smile smile :))

Azureen Azlan said...

kak fynn, i love ur writing. ada inti pati. sgt puitis dan kdg2 memotivasi kan. menyedarkan.

kita xboleh harap semua org utk jd spt apa yg kita mahu. krn mereka adalah mereka. tp kita boleh bentuk diri kita. so, just be urself n keep it up the good work ya :)

sarahmeay.snm said...

Kak,sebenarnya mau diam. Tapi....


Si anon tu entah2(DIULANG,ENTAH2) org yg cr keluarga kakak utk tau siapa timah. Mungkin saja. Itu pasal dia hot.

Peluk.
Cium.
Rindu.
Lebiu.

orang tua berdarah sakti said...

akum...

org tua melintas..

kenapa ya..perlu ditakwil puisi peribadi si fynn..intipati hati yg diekstradisi cuma utk yg mahu mendengar..yg mencemuh..ruangnya di tempat yg berbeza..ini bukan wacana ilmiah..(lain la kalu si fynn mahu menjadi the next Anwar ridhwan)

aduh aku org tua, bosan bila telagah menjatuhkan begini..

ada perkara yg lebih penting utk difahami..setiap org ada caranya..

HORMAT itu bukan sekadar kata..


fynn..tutuh shj apa yg fynn rasa sesuai..selagi tak mencarik hukum agama..

org tua melintas..salam

kokaina said...

sabar kak fynn. teruskan menulis. kak fynn sendri lebih tahu.

salute!

gdsjht said...

kalau aku, lagi suka tak ada orang minat kau. supaya aku, tak perlu kongsi kau dengan orang lain. nak simpan dalam laci, sorok, cium tiap tiap pagi.

gadishebat. said...

dorang macam langsung tak pernah nak faham bahasakan?
and ada stgh org look at you as a trend.mereka akan jd cool kalau 'kenal' fynn jamal.

sabar jelaa kakak.
i dont know much about you also.
tapi i try to understand u and your life sbb kakak buat zna kuat bila i need you.
all your entries buat manusia berfikir.

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang bila bertemu aku, akan cuma bersenyap dan senyum dan memerhati aku apa adanya.


thats y @ 3 venus,zna cuma senyum tgk kfynn.

syg kfynn.n i misyu seriously,

Zaza said...

aku yakin si anon akan kena habis habisan lepas tulis komen macam tu. tak percaya? tgk brapa ramai yg akan back up kau dan hentam anon kaw2! aku suka baca tulisan kau. sbb real, mmg brlaku dalam hidup sehari hari. tp follower2 kau yg buat aku makin lama makin annoying. haihh. cuma aku harap, walau apa pun yg mndatang kau jgn berubah. teruskan mnjd fynn yg sudah di transformasi sebaik2 wanita itu, insyaAllah. tolong jgn buat aku kecewa :)

AIYER said...

syabas. mmg org2 yg poser patut terima spesifikasi. biar sedar sendiri. sy d cni sntiasa menyokong. biarlah sapa2 pon xknal. kita xmau populariti. nnt mkn diri. teruskan berdiri. andai rebah, bangkit lg lg dan lg.

joegrimjow said...

fynn ooh

umur manusia pendek
klu kamu mati esok
tamat la sudah karya kamu
sudah xde yang baru dari kamu

so

benda libat emosi ni
letak jauh2
ketepikan (wlpon susah)

keep writing good poem
anak2 i nak baca nanti

Waney said...

sila tabah kak fynn.
teruskan menulis.
entri kak fynn membuka minda saya untuk berfikir dengan lebih luas.
dan lebih mendalam.
dan lebih banyak perspektif.
persetankan apa yang mereka kata dan tanya.
hanya kita yang kenal diri kita siapa.

:)

Ibu Ammar said...

begitulah ragamnya manusia..

izzy. said...

persetankan sahaja kak fynn.
hidup ini hidup kita. biarkan mereka bertanya biarkan mereka tertanya biarkan sahaja mereka terus berkata biarkan biarkan. esok esok penatlah tu. macam kak fynn cakap, Tuhan tu sentiasa ada.

the loco's said...

dunia...
bukan suka tgk orang senang.
ada saja xkena depan mata diaorang.

Farah said...

a POSEUR will always be a LOSER.


Well,apa kata kalau kita tukar nama Anonymous tu jadi
....ANNOYINGmous??
lol :p

Anonymous said...

Wahai sang Anonymous, like fynn said; Ini rumah aku. kalau tidak kau kenan, bina rumah sendiri. aku ramai tetamu. hormatkan. Tak faham bahasa?

Tahu tak ? Kadang kala, menjadi orang yang tidak faham apa itu "deep" lebih menjengkelkan.

Apa guna kamus dicipta oleh mereka yang pandai ilmunya kalau tidak dibaca dan digunakan ia ?

See, main lontar sebutan poyo, tapi, tau tak maksud poyo yang sejujurnya ?

Kalau sudi, sila rujuk kamus dewan edisi ketiga kalau tidak tahu. Oh lupa, kamus kan tempat untuk cari ayar2 rare dan complex kononnya.

Kalau dipuji kenapa ?
kalau dipandang apa masalahnya ?
kalau dihargai, berdosa ke ?

Like u said, sifat manusia mmg suka menilai dan menegur

Mereka memandang, mereka memuji, mereka hargai, sebab mereka menilai.

Bukan percumakan publisiti.

Sila faham dengan apa yang aku cuba sampaikan.

Bukan hendak sibuk atau mem"poyo"kan diri, tapi terasa kelakar dengan komen kau.

Boleh aku ketawakan ?

Hihhi

Anonymous said...

senyap.
sentiasa senyap.
menjadi silent reader.
itu yg sebaiknya.

azhari azmi said...

haha. best. tapi kau sure faham yang ade golongan manusia yang kalau kau sound pon, mereka tak ambik peduli.or mereka semakin menjadik. so nothing's gonna change but at least kau sound la. hopefully banyak la yg terase dan take note. seriously, kau mmg betul lah bile kau ckp most people ambik tau tentang something sbb diorang nak rase yang diorang tak ketinggalan dlm arus perdana. jujur nak tau tu memang zero lah. anyways, slamat maju jaya!

Ayyman Rahim said...

"kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang sekarang ini sedang baca, dan bersenyap, dan mengeluh dalam hati "haih, kuat fynn... tuhan ada..."

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang bila mendengar orang bercerita tentang puisitepijalan, mereka cuma bersenyap dan berpura tidak apa2.

kawan2 puisitepijalan yang jujur adalah
mereka2 yang bila bertemu aku, akan cuma bersenyap dan senyum dan memerhati aku apa adanya."


Saya bukan nak kata saya ni pembaca pusiitepijalan yang jujur. Tapi sedikit sebanyak, ada yang macam saya juga. Cewah.

atn.yusry said...

dalam banyak banyak yang comment entri ni, saya taktau mana satu yang betul betul ikhlas dan ada disana untuk awak, kakak.

tapi kakak ada untuk diri kakak. pasti.

su said...

'reporter' = kalau semua pemuisi yang kaw baca mahu ditemuramah watak2 dlm puisinya, p jadik reporter. itu releven.

anon = 'cuba jadi org biasa2 x perlu complex2?' sebagai silent reader di sini aku rasa kau terlalu complex untuk difahami. Jangan suka mengarah org menjadi apa yg kau mahu dia jadi, manusia itu mmg subjektif.

just my 2 cents

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

"..kalau nampak aku yang sudah botak terkam orang sambil hayun2 payung,
jangan tanya kenapa.."


ok, yang ini kelakar..hehehe..
sabar ye kak..
sentiasa berdoa untuk semua dugaan..Aminn..

ceritasahaja said...

persetankan saja
kita berkarya utuk kita
dlm ertikata laen
pegi mampos lah depa nk habaq pa..
anon:engkau sebagai pembaca jd pembaca je la kalu agak2 bley terima diam kan aja duduk tepi.kepada anon wahai manusia..pikir lah.

pozer?

byk sgt.dlm dunia niy kak.

bg aku yg kecik dan barangkali xtaw apa2 pun..puisi xkira di mana[hati+puisitepijln sekalipun]ak rasa itu adalah satu karya..bg fynn dya ad cara untuk meninterpitasikan karyanya melalu caranya sendiri..kita xminta untuk menjadi dikenali sekadar biasa2 saja bukan?
bak kata org luar "da nk terkenal ko pew hal"
xminta di minta tndatangan bila keluar cuma d hargai..dlm pelbagai cara.jgn nk kecoh kalau engkau sendiri xtaw apa.



salam.

azma612 said...

ini halaman orang,hormatkan...
jika tidak setuju pada bait kata yang terluah,diamkan sahaja.
jika mahu luah,silakan.
dengan hemah dan tidak mencuit hati dan perasaan insan2 disini..
kak fynn,terlalu ramai manusia sebegitu di bumi Tuhan ini..
perhatikan shaja apa adanya.. =)

Anonymous said...

oh memang baca kat sini sebab aku seorg yg selalu terjatuh dalam depression dan trasa diri loser pun..huh.baca(dan dgr puisi2nya smbil menangis)utk fahami diri sendiri bila dlm keadaan tu(sorg2) dan puisitepijalan pada aku macam merungkai apa yg aku rasa dgn lebih baik-padahal kak fynn tulis bkn utk aku pun.

ringo said...

setiap orang mempunyai pandangan masing-masing.pandangan bodoh dari anonymous itu juga dikira sebagai pandangan,walaupun bodoh. kau berhak nak bersuara tapi hak orang nak terima atau tidak.
kepada Kak fynn,pendam sahaja.terus menulis.

Anonymous said...

em, macam tu, macam itu jenis orang sekarang ini .....
tidak tahu erti amik berat dan menyibuk

ah ! pegi mati la ....kak fynn usah dipikir sangat , angap saja macam nyamuk...nyamuk - kasi tepuk dia mati...
bukan dia bagi nasi, bukan dia kasi hape2 pun, skadar mengkondem, menyakiti secara halus...

anggap saja macam nyamuk -kasi tepuk, dia mati...
tak payah layan...kang dia bosan kang, dia cari la mangsa isi padat...annoying! ..

jangan dilayan ya kak fyn yang manis...

PEMINAT MU YANG DIAM-DIAM

Anonymous said...

ala kak fynn..
kak fynn kan strong..
dun wuri..
kami2 ada..
:)
kak fynn betol ke nak tutup adam?
kami2 sedey..da takda tempat lepak..
;(

-scha yang malas nak login-
http://schabungaaulia.blogspot.com

Anonymous said...

kak fynn..
saya bukan anon yang di atas tu..
saya scha...
saya malas nak login..
arrrgggghhhh..
jangan salah anggap...

-scha yang betol2 malas nak login-

kepada anon di atas..
kau kolot molot comot!

Ismail Boulala said...

baca dan diam. itulah terbaik =)

zaid said...

Blog kau. Suka hatilah kau nak tulis apa. Siapa kisah itu org bodoh. Saya bukan nak komen pasal entri nih, tapi pasal point iaitu "ilusi".
Ya, mmg betul hidup mmg ilusi. Hidup didunia adalah mimpi yang akan berakhir dengan mati. Untuk sedar hakikat ini setelah mati tidak bawa apa-apa kebaikan. Rugilah para atheist yang anggap material wujud dan tuhan sebaliknya kerana yang wujud cumalah perasaan atau bahasa inggeris di panggil "perception". Dalam mimpi kita rasa boleh terbang macam burung tapi betul ke kita boleh terbang mcm burung?(sedangkan tengah lena dibuai mimpi atas katil) Semua itu permainan minda. Semua benda yang boleh dirasa dgn kelima lima deria kita sebenarnya persepsi yang dirasakan oleh otak melalui isyarat elektrik yg dihantar. Cuma nya mimpi ini ada kronologi dan undang2nya iaitu ilmu fizik,kimia dan biologi.Carilah tuhan !

Terima kasih fynn beri peluang aku komen. Jadikan blog kau untuk para pemikir dan falsafah.

Aimi Syahirah said...

teringin nak jumpa kak fynn.
seyes.
:)

A girl named AJA. said...

aku tak kenal kau, kak. cuma aku suka persepsi kau. matang ;D

*bole aku pggl kau akak kalau aku pown tak tahu sape kau,

kosong said...

aku faham bagaimana leganya rasa apabila perasaan dilontar dalam bait2 kata yang indah
puas..
kalau sedang kosong jiwa, aku juga suka melontar dalam bentuk kata
sapa kata pemuisi mahu cari publisiti
rumah aku tempat berpuisi, aku private untuk diri sendiri
mana datang publisiti??

wei, anon yang atas sekali
ko pergi cuci kaki
buat rumah sendiri
ko memang tak tau apa erti berpuisi
atau kau memang buta hati..

aspirin said...

hihi..ramai backup,aku pn nk gak la, sbb aku pnah rase mcm kak fynn rasa...
dan sbb ade bijak pndai kata manusia2 yg dengki kita adalah ASET bg kte...huhu
kerna bilamana umpatan dengki dari die adalah aliran pahala tuk kte...huhu

Anonymous said...

hurm..saya rasa banyak manusia yang hipokrit sekarang...depan berlagak baik..tapi..kat belakang..memang kutuk habis-habisan..

sejak akhir2 ni, n3 awk banyak berbaur dengan perasaan geram, benci, emosi..

sila ketepikan semua pandangan org yang menyakitkan hati awk..

dia saja ingin lihat kejatuhan awk..

org bijak, tidak akan beradu tenaga dengan org bodoh..

so..jgn membodohkan diri melawan dengan penuh emosi..guna akal..stay cool..susah..tapi tuhan ada..

Moga awk sentiasa kuat..

Anonymous said...

alahai seko2 pun nak tunjuk gaya bahasa yg konon cool

kecoh

biELa said...

normal laa kak fynn. orang kadang-kadang suka cerita tentang orang dekat orang supaya orang itu akan suka/benci kat orang.

"kenapa?
tidak bolehkah sekadar baca?

bila ditegur yang saya tidak suka, saya pula dimarah kenapa bercerita."

potongan komen akak yang paling best. sebab saya pun selalu kena marah bila saya luah yang saya tak suka.... :)

marhaen vintaj said...

fynn;
*angguk.

dan aku rasa jengkel selalunya bilamana mereka mereka selalu berkata,
"aku dah kenal lama dah dengan dia, DAH FAHAM SANGAT DENGAN PERANGAI DIA"

*gelak.

lama itu berapa lama?
sedangkan aku masih mencari aku, orang lain pula yang lebih tahu tentang aku?

*emo...

LyA SaFaR said...

yup...

tol aper yg tertulis kat atas....

saya pon pernah jd mcm tue...

aper salahnyer kita luahkan aper yg kiter rasa selagi kiter x shoot pada org yg sebenarnyer kita geramkn...

kenapa org nak men2 teka2..sedangkan x taw pon tol ke x?

bek diam je kalau x taw...

cik anon kata atas...cuber faham dah fahami,,,,,....
setiap org ader gaya tersendiri,yg menampakkan keunikan sesorg...

Anonymous said...

haa.yes.sume cube kuarkan bahasa puitis,cukuplah.kak fynn tgh serabot ni

Anonymous said...

ha'ah.
konon-konon bahasa cool.
geli tau.

ha ha ha ha ha ha ha.

aku nak jadi anonymus sebab cool.

Anonymous said...

akak. saya sangat kagum dgn agak. maaf kalau akak rasa annoying. tapi, saya bukanlah kagum sampai hendak tahu details cerita hidup akak. saya kagum dan teringin sangat nak jumpa akak. bila kwn cerita, dia selalu singgah di Adam's, lagi buat saya suka. entah. cuma rasa nak jumpa akak, salam tangan dan cium dan nak katakan, be strong akak. nmpk mcm menyibuk ke? hehe. sorry. it's just, saya rasa kagum. kagum dengan akak. dengan tulisan akak even akak memang tak pernah sempurna. saya mcm dpt inspirasi dari akak. dan, saya selalu berkongsi tentang entri akak dgn kwn kwn utk ajk diorang berfikir sekali. sebab bg saya, tulisan dan pemikiran seseorang itu didahulukan dr yang lain. saya takpernah peduli dgn cemuhan org terhadap akak. sebab, saya berfikir dahulu. yg baik ambil, yg saya rasa taknak, takambil. sekali lagi, maaf kalau tiba tiba nanti ada kwn saya yg nak ambil gmbr dgn akak. sebab sy yg suruh. haha! dia takpernah tahu even selalu singgah di Adam's. saya jeles lah. :D

-faten

Anonymous said...

sudah2lah topeng2 melayu.

Bainun Shafri said...

suka hati lah kalau orang tuh nak tulis dengan cara apa pun.
biar lah org tu cakap kalimah berbunga bunga ke, bukak kamus ke kau susah apa. jeles? mungkin.

if you're assuming tht this human being who writes in her blog is one publicity addict. then u're mistaken. she's looking for perspective not fake wannabe critics who critisize just cause her blog got HIP AND FAMOUS.

the one thing tht people nowadays fail to do is to read, listen and understand.

macam yang telah dikatakan. baca senyap senyap.
"orang bijak cakap bila perlu" kalau nak berkongsi pikir la dulu.

i'msosupernotcool said...

fynn jamal ni sape weyh?
aku x kenal pon..

esumi-lynn said...

salam kak fynn. mungkin saya salah seorang pembaca yang kak fynn katakan bolong tu. tapi saya cuma rasa happy sebab kenalan saya ada kaitan dengan kak fynn. sebabnya, saya suka penulisan kak fynn yang tulus. yang tak kisah apa nak dikata. kalau saya yang bolong tu, i'm sorry. didnt mean to be one.

the artist and i said...

terbaik.

aku jarang komen diblog ini.






(musim sesetengah 'Melayu' nak kacau blog orang kot. aku pun kena.)

arenis_ilyana said...

aku xknl sape itu fyn jamal..
y aku knl hanya puisitepijalan..

peduli kate org..
manusia y lemah hanya tau mmburuk2kan org..
mereka xsdr dan tau diri mereka itu sbnrny lebih buruk..
biarkn saja mereka y xsdr diri tu..

lol:p

beL cLoud9 said...

kelakarla u si anon..hehee

Anonymous said...

tbe2 tergerak nk comment.

a'ah,sume org kt sini memang xbole ckp normal kah?

and ALL OF U keep saying others as poser.point ur finger kat dahi sendirik.

baca sudah la.poser.

FATENEDAN said...

cuma nk ckp:

stuju sama 'org tua berdarah sakti'

naisssssss!!

Anonymous said...

so true.
kenapa mesti semua nak bercakap gaya fynn?
bole tahan lawak. maybe cara korang memberi komen kot.

haha.

ps : baca diam2 kan lagi relax. aman. :)

Anonymous said...

saya dah lama baca blog kak fynn. selama ni pun jadi silent reader juga. di event event tertentu, saya pun jadi pemerhati dari jauh. terpanggil untuk komen. ade benar kata kata anonymous anonymous. ramai di ruang ini ketika komen ada meniru serba sedikit atau terpengaruh dengan tulisan kak fynn. tiada yang buruk cuma kadang kala ada positif dan negatif sahaja. cuma kadang kadang setuju dengan komen anonymous nakal.

kak fynn dah jadi idola penulisan. ;D

puitis tapi mudah untuk dicerna. ;D

Sidratul Muntaha said...

fynn
aku ni reader ko
nka kaat follower
aku follow bilede entry jer
aku rasa,jiwa kau tgh kacau..sedih pun
sbb tu
n3 ko skunk sume sedih2 belaka
takper,aku suke sbb ape ko publish perlambangan jiwa
aku jugak selalu sedih n derita mcm ko
tpi ingt tuhan selalu
bile sedih..ngadu dgn dia dulu
pastu dgn yg lenlain
dah abis menceceh bru publish dlm blog..
pastu dah tutup
ape org nak kata?!!
lantak ler..
manusia,ade rasa and keinginan
klu ko rasa cemeh?cemehkan mereka lagi..
dah-dah!!
ko kan kuat...
abis menangis..ko bgn blik fynn..
jgn trus jtuh.
biar ko abis kata- kata,jgn kau mati jiwa.

Anonymous said...

erk! teruknyer anon ni..kutuk sesama sendiri..palah..semua nak emo..nape eh..?

klaka pun ade..hehe..

dah namenye "comment" skatilah org nak comment ape..itu pandangan dan maybe teguran..atau nasihatlah..atau kutukan or watevr la kan..tp..think dr sudut +ve ye pembaca2 sekalian..

malas nak ckp lebih2..org melayu ni, taleyh tegur..t memberontak..pastu..ckp sibuk lah jg tepi kain la..inilah..itulah..pastu..kutuk sm sendiri..

pening2..*adakah sy emo..?

nway..nice blog..

durian! said...

sape fynn? style sangat ke?

dulu aku ingat fynn jamal ialah anak Syed Ahmad Jamal. aku google juga. tapi bukan.

manusia ingin tahu, fynn.

entry ini tak sepatutnya ada.

kau baik. tapi bila jujur sangat, kau jadi jahat.

fynn jamal said...

durian:

aku orang biasa. aku pun tidak faham ttg semua commotion ini. seryes tidak style langsung.

aku macam manusia biasa yang lain. ada jahat. ada baik. banyak yang jahat.

dan aku rasa lebih baik tunjukkan yang jahat. senang cerita. susah lah cik durian. penat nak puaskan semua orang.

*senyum*

AIYER said...

bialah ape pon org nk ckp, aku sntiasa perlukan kakfynn.kan kakfynn?? -dib-

LaDy_ZeRa said...

wlaupun kak fynn kate puisitepijalan x kool, but i sincerely think that U'R COOL!

keep writing sis, im sure there's lot of sincere reader here..

Anonymous said...

kak fynn
maaf kerana sesetgh ayt kak fyn jelas menunjukkan saya
saya khabarkan pd kwn saya
'hei lihat blog ini sungguh kagum!'
saya bkn mahukan mereka kata saya tahu semua!
saya ikut trend.tp saya mahu mereka buka mata.
itulah sebenarnya erti hidup bg saya.
kesemua yg dicoretkan oleh kak fynn saya amat kagum.
saya lebih mengenali hidup ini kerana kamu fynn.
ampun dan terima kasih kerana kamu saya masih punya jiwa yg sempurna.

cimöt said...

really love ur writing...sumthin' different..unique..
emmmm...really love it...

Anonymous said...

hanya jiwa yang kenal siapa jasad yang dipinjamNya. kau kenal siapa kau, jadi persetankan siapa yang fikir dia tahu kau lebih dari suami kau. sekurang2nya kau punya suami yang sekepala sama kau buat luah apa yang sedih, gelak apa yang kelakar. kau punya syurga pada dia, maka kau jadikan dia yang ke 2 selepas Tuhan. persetankan orang lain yang kononnya "Fynn Jamal? Yup, I know her coz I allways read her blog." kerana aku pasti orang yang begini masih keliru mencari identiti diri...


salam ikhlas dari:
Nurul

fikrahuddin said...

first time singgah... kelakar lak baca kisah penyibuk 'batu tepi jalan'.. kepade yg berkaitan, sabar2kan diri...

Hiissh said...

Hayun batang golf..lagi ngam macam bini tiger woods hehe.. just a joke k.

nurul said...

kehidupan satu cerita indah untuk dikongsi walaupon ia pahit.kipidap kak fynn!

berkongsi lagi dan lagi.

bukan semua orang boleh menulis secantik ini.

kak fynn satu dalam 1000.dua dalam 2000

Unknown said...

Anon : Perlukah mendengki atas sesorg , buka akal dan bukannya menjatuhkan ssrg diluar kotak fikiran kau saja dn aku rasa budak 2 3 tahun lagi matng dari anda