Monday, November 2, 2009

suamiku kekasihku raja aku.

katil permaisuri.
tulisan dan lagu: tri soundhause.
---------------------------------

setiap baris katamu
kau susun rasa cintamu
dan bisikanmu itu
buatku layu jatuh ke bumi

di katil permaisuri
di sini ku ingin mati
bersamamu
malangnya aku hanyut ke laut

kau si bidadari
si jantung hati
maafkan aku
buat kau pergi

dan kini tinggal pagi
yang masih mengasihani
pada diriku ini
buatku hidup sabar menanti

kau kan tetap ku nanti
harap kau datang lagi
walau hanya sekali
walau di hujung nafas terakhir

kau si bidadari
si jantung hati
tidak ku sedar
saat kau pergi

kau tetap di sini
di hati ini
hinggaku mati
kau kan ku nanti

.....

http://www.reverbnation.com/tunepak/1964735

.....


aku cuma mengharap di setiap kali aku rodokkan pandangan pada kisah2 dalam kaca layar;
bila mana seorang lelaki itu memuja seorang perempuan
dengan petik gitar buruk bernyanyi sehancur2nya dengan tiada inginan selain melampiaskan
suatu perasaan yang sememangnya peroi bertempiaran.

aku cuma mengharap di setiap kali aku sembahkan linang pada kisah2 dalam hikayat;
bila mana seorang lelaki itu mendewi seorang perempuan
dengan ketat kepal berpegang sama jantung yang seperti terberjalan tanpa perlu keizinan
untuk berdegap dengan sendirinya demi sang perawan.

aku cuma mengharap.
bersekali dengan berjuta cubaan yang sentiasanya menjanjikan jatuh yang lebih menjunam dari lubuk neraka.

aku cuma mengharap.
kerana harapan itu sudah cukup manis untuk seekor bangsat seperti aku yang terlalu selalu menderu celaka.

lalu terimakan kasih ini
beserta tunduk yang jujur
berpadan sumpah mati.

kerna kau sudi mengutip jiwaku.
dan memanusia setiap mimpi2
seenteng mana mungkinnya.

puisi2 yang mengunyah wajaku.
tidak ada lagu lebih indah.
tidak ada. tidak ada.

.....

engkaulah itu,
lelaki yang dalam kaca2 layar dan hikayat2
yang mendayu2 dengan hati berdarah2 di sebelah tangan.

dan aku ini perempuannya,
yang sedang menghiris dada untuk dibagikan pula
sebagai balas pada kekasih yang secantik awan.

.....

suami,
kekasih,
raja aku;

tri,

semoga kau tahu,
aku masih lagi menangis di setiapnya.

17 comments:

Qib said...

penghargaan dan sebuah kasih sejati seorang isteri terhadap suami. :)

AinNur Haris said...

ada waktu-waktunya..dugaan itu indah..(percayalah)..

semoga terus tabah.. (-,-)

Mami Naufal said...

alangkah.
bertuahnya jika dicinta sehebat dia.
bahagianya jika dipuja setulus dia.
aku juga punya cinta.
bicaranya ikhlas, luahannya jelas.
dia cintamu.

namun
walau tidak sehebat dia.
walau tidak seagung dia.
aku juga punya cintaku.
yang tiada yang lain.
cinta suamiku.

p/s:nice n3, fynn~

Prinzessin said...

indah....

smeoga terus kekal bahagia,kak!

FAA said...

semoga kakak n suami happy untuk hari2 akan datang. ;)

joegrimjow said...

sweet ok!


apsal komen kat atas ni seolah berlaku buruk?

fynn jamal said...

joe:

mereka mendoakan yang baik2.
mereka sudi tumpang sedih saya.
:)

PAP said...

moga cinta sejati lagi sucu ini dibawa sampai ke mati.
lagi molek jika ada si kecil yang menghiasi hidup kamu berdua kan?
bila lagi akan muncul si kecil itu?
aku doakan kalian kekal bahagia selamanya.

balqissy said...

kak fynn. dengki saya dgn kamu.
^.^
sayang dia. sayang kamu. kami dapat rasa.

moga hilang yang buruk2. pelangi, datang kamu pada mereka.

Nbl Fzr said...

eem. maniis

Nbl Fzr said...

moga dlm gelap ribut terlihat kau sinar tujuh berbeza

ainuneyes said...

pahit...
manis...
masin...
masam...
pedas...
kelat...
payau...
rencah kehidupan kan kak...
semoga yg terbaik untuk kak fynn dan abg tri..
dugaan ini berhikmah..
itukan janji Allah..
wink~

Unknown said...

salam kak fynn.

bila baca entri-entri kamu buat saya benar-benar ingin mencari seseorang yang bisa kongsi bersama suka duka dan jerih perih hidup..
meskipun ada sayu di stu, tapi cukup romantis kak!
Moga di dunia dan di syurga nanti selamanya bersatu pasangan bernama tri-fynn ini.



mahu dimuatturun lagunya di reverbnation, tapi sengaja kamu disable kan ya!
cepat, enable kan!
:)

fynn jamal said...

syed putra iqmal:

ye lah ye lah.
bukan tidak mahu dibiarkan untuk diupload, tapi itu recording belum bersih. malu hendak beri.

tapi kalau nak, ambil lah
:)

kalau ada yang keji, cakap saja kakak pukan penyanyi. okay?

*senyum*

Unknown said...

ah persetankan kata orang.
sungguh lagu itu ilkhlas.

ehem.
bagaimana nak diambil
lalala~

Moon~~ said...

kenapa macam ada sumthing sedih yg jadi?

the-amalina said...

satu yang hebat.