Tuesday, November 17, 2009

saya bijaksana, cuma buktinya tidak ada.

aku paling benci peperiksaan.
dari zaman belajar, sampailah sekarang yang aku mengajar;
aku masih paling benci peperiksaan.

bagi aku,
peperiksaan tidak ada relevan.

langsung.

okay. mungkin ada sedikit.
tapi ah.
bagi aku, ia tetap tidak relevan.

sesungguhnya,
sistem pendidikan kita tidak licin.
berbelok2.
berlekuk2.

haruk.

tapi hendak marah, bagaimana? tuan2 menteri di malaysia tidak pernahnya dilantik di kalangan mereka yang pakar. jadi mereka tidak faham. mereka fikir mereka faham. tapi tidak.

tidak mahu aku namakan sesiapa. tapi aku contohkan sedikit sampel untuk memberi klarifikasi pada hujah ringkas aku;

situasi 1:
-----------

usia: darjah 2.
jawatan: bendahari kelas sekolah agama / sekolah petang.

spesifikasi jawatan:
kutip 50 sen dari setiap ahli kelas untuk disimpan supaya bilamana ada kecemasan seperti kekurangan kain pengelap tingkap atau penyapu, wang kelas boleh dijadikan medium tukarbeli.

hal sebenar:
setiap petang aku beli aiskrim mahal. kadang2 keropok basah / keropok lekor seringgit (yang ketika itu sudah begitu penuh seplastik), kadang2 cucur udang dengan sos cili manis, kadang2 patung kertas yang boleh ditukar2 bajunya supaya dapat meramaikan kawan2 yang hanya mahu disogok.


situasi 2:
-----------

usia: tingkatan 4.
jawatan: ketua biro kebersihan asrama.

spesifikasi jawatan:
memastikan setiap dorm mendapat bekalan alat cuci di setiap pagi sabtu yang diwajibkan tanpa kecuali pada semua penghuni asrama untuk aktiviti gotong-royong; dari deterjen sehingga berus dan penyodok.

hal sebenar:
aku seludup kawan2 yang mahu pelepasan; dalam erti kata lain, teman2 yang sama pemalas, di dalam bilik stor biro kebersihan dengan alasan membantu kerja2 ketua biro yang pada dasarnya hanya membantu meloloskan mereka dari undang2 atas nama undang2 itu sendiri.

-----------

ya. cuma dua sampel. tapi cukup untuk aku buktikan,
tanpa relevan,
sesuatu itu adalah sampah.

seperti aku ketika zaman hingus itu.
perlantikan yang bukan bodoh2 semata2 di mulut. pertabalan bersiap surat bukti mengatakan aku ini adalah seseorang yang boleh dipandang kredibilitinya sebagai sesuatu. bukankah macam bangsat? mendapat amanah demi diperkosakan?

kita diajar korup dari kecil.
kalau bukan diajar pun, kita dibiarkan.
potong jarilah kalau hendak kata tidak ada cikgu yang perasan.

hendak buat macammana?
tukang didik pun sama korup, dua kali lima.
siap diupah limau madu dua biji pada kita2 yang jaga line dia.

betul. tidak mungkinlah langsung tidak dilaksanakan kerja yang dibagi. tapi kalau hendak dibanding; alahmak. terlalu jauh korupnya dengan pelaksanaannya.

maka apa maknanya perlantikan? apa perlunya pertabalan? apa hendaknya penamaan?
for show.
semata2.

untuk wayang.

jadi, bila namanya pun sudah wayang, apa perlu diharap ketulenan dan keikhlasannya? jelas dan terbukti, semua itu adalah suatu perkara yang tercipta untuk menambah buta pada si buta:
kita.

seterusnya, apa jua yang berkait sama yang dilantik, yang ditabal, yang dinama, semua jadi hilang ertinya.

aku selalu tanyakan ini ketika bual2 sama orang2 tua dan bijak pandai:
kenapa tidak dimestikan ketua sesuatu -- datang dari suatu yang dia tahu?

contoh:
kalau hendak jadi menteri pendidikan, biarlah seorang cikgu (pilihlah taraf mana sekali pun) yang mentadbirnya.
kalau hendak jadi menteri kesenian, biarlah seorang yang seni (pilihlah jurus mana sekali pun) yang memantaunya.
kalau hendak jadi jurulatih bola tangan, biarlah seorang yang pernah merasa cemas permainannya mampir ke depan.
kalau hendak jadi ketua tingkatan, biarlah seorang yang pernah ke sana sini disuruhpaksa gurunya melunaskan arahan.

ini tidak.

-----------

di sini, dan banyak tempat,
seseorang dipilih demi teori yang dihafal2 akrab dalam hati.


"oh, cgpa 4 berlipat? boleh! esok jadi ketua penyelidikan"

tak mahu peduli kak nab yang (walaupun cuma ada spm itu tapi ) sudah lebih 10 tahun membuat analisis terperinci tentang setiap bahan?


betul. memang bagus.
budak pandai adalah bagus.
budak cerdik adalah bagus.
tapi ini hidup, bodoh.
kau tidak boleh pakai manual.
kau perlu jatuh bangun dan jatuh semula;
belajar dari pengalaman dan ritual.

-----------

lebih teruk;
di sini, dan banyak tempat,
seseorang dimandatkan dengan jawatan DAHULU, kemudian BARU dimulakan pembelajaran.



"ah. kamu sajalah jadi ketua perhubungan awam syarikat. takkanlah tidak boleh buat. kalau ada masalah, boleh rujuk encik syaukat"

alang2, kenapa tidak dinaikkan saja encik syaukat yang jauh lebih tahu? kenapa perlu diambil masa yang hanya akan disia2kan untuk menelaah dan mempelajari sesuatu yang bukan pun total dan tepat?

salah. memang bangang.
kaedah mengutip sememangnya bangang.
kerana yang dikutip biasanya bangang.
maka kenapa ya diambil?
alasan yang cikgu aku beri ketika dipilihnya aku adalah:
"awak pandai pengaruh orang. gunakan ini peluang"
"tapi saya tidak tahu"
"alah. jangan risau. senang"

-----------

paling jijik,
di sini, dan banyak tempat,
seseorang dipangkatkan demi susuatu yang materi seperti ukuran lurah, potensi langkauan prospek keuntungan (individualistik atau berkumpulan).



"kita memang perlukan orang seperti kamu. berketerampilan dan mudah didekati. tidak segan dan boleh dibawa ke mana2. inilah yang kita mahu!!"

salah. memang serabai.
tapi wujud.

-----------

yang paling bongoknya,
kalau orang2 yang ini (yang aku contohkan tadi) --
terlepas jadi cikgu2.
atau sesorang yang dibolehkan untuk secara pandai2 mengolah ini itu tanpa reti yang jitu.

pergh. memang aku panas.
kerana akhirnya,
orang begini cuma akan membuat penyataan yang lima ribu kali lebih menanahkan.
tujuh juta tiga ratus ribu kali lebih melepuhkan.
rimas.
kerana sebodoh2 kita,
sudi kita akui kebodohan kita.

orang begini akan mahu menang.
dan sentiasa mahu menang.
orang begini tidak akan mahu mengakui dia adalah perogol hak.
orang begini mungkin siapa2 sahaja,
yang penting dia adalah bodoh yang mutlak.

dan orang bodoh tak akan mahu mengaku bodoh.
mengakui diri itu bodoh adalah membuka hina sendiri.
maka seeloknya terus dipamer kebijaksanaan lagi;
sebagaimana jelas pun mereka itu ada sifar kualiti.

apa signifikan bebelan aku ini hari?
tidak banyak.
cuma aku sedikit penat.

lelah menjadi pengangguk pada kebodohan, ketidakberdayaan untuk bersuara pada mereka yang lebih berkuasa atas aku; waima aku ini yang sebenarnya empunya badan.

sepertinya kita ini di zaman purbakala;
hendak menyampai akal pada sultan, kita pula dipenggal sembilan.
tidak selayaknya.
tidak setarafnya.

zaman sekarang,
kalau engkau tidak ada kertas bodoh
bercetak huruf2 berbintil2 mengatakan darjah kepandaian engkau,
pergi mamposlah sama idea zuhal engkau.

lihatkan begini:
penyataan "200 getah gelang kalau dipintal dengan betul, boleh menampung barang seberat 20 kilo" bila dilafazkan oleh seorang cendiakawan akan dipuji2 hebat dengan terang. namun bila diujar seorang yang cuma hari2 bercangkung bermain dam haji di kedai kopi akan hanya mendenting bunyi timah kosong dipalukompang.

perlu benar kita akan kertas sehelai itu.
yang kelakarnya, perlunya ia BUKAN pun untuk kita.
tapi untuk mak abah sekeluarga.
untuk menjamin kerja.
untuk dipamerbangga.
untuk apa sahaja.

bagi aku, kertas itu cuma bukti kau penghafal yang ulung.
cuma itu.

sedangkan pakar2 dan ksatria2 jurusan masing2 masih merujuk buku dalam sehari2, apa perlunya kita paksakan anak2 mencetak setiap satu-persatu kata yang aku sendiri boleh jumpa di mana2?

anak2 murid aku paling tahu, bila datang giliran mereka untuk memberi persembahan oral, sebelum sempat masuk slaid ke tiga, aku akan pengkes dan tanyakan soalan2 yang jauh dari apa yang dicarinya.

kenapa?

kerana kau mungkin tadinya meniru dan menampal setiap yang kau dapatkan itu.
kerana kau mungkin cuma membaca, merebus dan meminum air didihan buku.

kerana tidak mungkin, kalau benar2 kau selidiki apa yang kau patut selidiki, kau tidak tahu apa yang aku tanyakan.
tidak ada logika kalau tajuk tulisan engkau 'mari bermain wau' --
kau hanya cari cara2 bermain wau.
kau tahu kau tidak bodoh.
kau tahu kau perlu tahu apa itu wau, dan jenis2nya.
aku tahu kau tahu kau tidak bodoh.
malas, mungkin; tapi bukan bodoh.

entri hari ini adalah untuk memberitahu aku bosan.

aku jelak dengan sistem pendidikan yang menggalakkan anak2 kita berfikir di luar bongkah normaliti, tapi ironinya kita ukurkan dengan jawapan ketat dan khusus tanpa ruang mereka menjadi diri sendiri.

aku geli dengan guru2 yang konon2 mahu mendidik anak bangsa, tapi satu haram pun dia tidak reti melainkan apa yang dihafalnya.

aku muak dengan budaya 'berlakon pandai' kita.

bosan.
jelak.
geli.
muak.

tapi ya lah.
aku siapa?

seseorang yang cuma bercangkung sambil bermain dam haji di kedai kopi
yang hanya mendenting bunyi timah kosong dipalukompang.

selagi itu,
apa sahaja dari akal aku ini
pasti akan ditendangterajang.

30 comments:

joegrimjow said...

jap ek nak cari entry yg seakan sama

joegrimjow said...

http://joegrimjow.blogspot.com/2009/05/kerajaan-kami.html

da jumpe
;-)

ku da tuka url
http://blog.joegrimjow.com

azhari azmi said...

thumbs up! semoga ade di kalangan pembaca blog ni yang akan ada kuasa satu hari nanti. perubahan boleh tercapai!

Ili Khalil said...

baru tanda kertas pekse ke cik kak.

fatihah said...

a blow right to the target.
+100 for kak fynn.

nurul said...

betul kak fynn... saya memang setuju 100%. yup dulu masa saya sekolah memang dapat top 3. most of the time. tapi sebenarnya tu semua HAFALAN. kalau siapa2 tanya saya apa yang saya belajar utk sejarah dulu, for example.. mmg jujur saya kata tak ingat. belajar semata2 utk exam. bila masuk universiti ni, ingatkan sistem belajar utk exam ni takde dah. rupa2nya same je. lepas exam lupa segala. bila lah agaknya sistem ni nak tamat. =)

Aisyah Sharif said...

ada betul, ada salah.

tapi main point, peperiksaan mmg xde fungsi, sy stuju.

sbb 4 kali periksa dalam setahun pun xboleh jamin sy akn hafal formula yang perlu. xboleh jamin sy tahu adaptasi pelajaran dlm hidup sharian.

tp ttg korup 2, hati masing2.

byk orang dipilih kerana respect.
respect bkn mudah nak dpt. perlu dibina sikit2.

even pengemis jalanan pun orang boleh respect kalau dia bagus. tapi mmg xmudah nk bina. semua org kne mula bina hormat dari takuk 1.

mcm 1ribu lebih orang yang follow blog akak sbbkn respect.

mula drpd 0 kn?

sy pcy smua org pemimpin 2 sbnrnya baik2 orgnya.

dilantik kerana hormat orang.

pasti ada sesuatu yg dia buat yg mana timbulkan kagum org, kemudian hormat. barangkali dulu dia rajin. mungkin juga dulu dia suka menolong.

tp, norma hidup. cepat sgt kelabu mata dgn duit.

akhirnya, rosakkan kbaikan yg ada dlm dri diorg. pkara yg mula2 mnjadi asas knp mereka dipilih. pkara yg mula2 bina hormat org pd diorg.

tp nk buat mcm mana. kuasa dah dihulur. walaupun hormat dah hilang, tak ada authority nak tarik balik jawatan.

tapi, orang main dam kt kedai kopi pn boleh ada kuasa kalau pengikut dia ramai..

mcm akak.

kalau 1 ribu lebih orang ni sebulat suara dan hati bersuara. mesti akan kdgran.

tp, kalau xde periksa, xmencabar. semua xada haluan. yg malas belajar, smp bila2 xkn ada azam. sbb xada goal.

xsmua org rsa ilmu 2 perlu. jd, kalau periksa xada, lglah diorg rsa xblajar pn xpe. lglah ramai org melanguk kt rumah,tengok tv. bukan cari pengalaman pn.

periksa 2 perlu. tp xspnting. masalah dia cuma, orang TERLALU mementingkan periksa. itu je.

a.t.O.k. said...

benar.memang semuanya benar.
bercakap berbuih mulut,
tapi dunia itu hakikatnya.
kau x boleh menolak.
hanya perlu ikut segala yang disuruh.
sebagus mana ceramah dan bukti hujah,kalau kau bukan seorang yang digelar menteri, ludahkan saja bebelan itu.
x memberi erti.

Precious said...

Termenung panjang ...

Anonymous said...

sy anak melayu yg dapat A utk kertas bahasa Mandarin bagi 3 sem yg berturut.

sy tidak bangga. Kerana hari ini, sy dah lupa perkataan2 mereka.

sy belajar utk exam. demi kekalkan mata dihadapan pelajar2 lain.

sy mahu banggakan ibubapa. sy tak fikir ianya utk sy.

kerana sy tau, org ramai mengukur sy kerana segulung kertas tak bernyawa.

Unknown said...

ramai yang dah sedar...tapi masih takut untuk berdiri...takut kena penjara..

SNA said...

kak fynn tau~
psatuan plajar kitorang bru je wat pencalonan baru untuk mesyuarat tahunan akan datang..
sriyes yang tercalon tu banyaknya, kroni je..

amek budak yg konon boleh wat keje..
siap dilobi utk jadi exco sukan,
padahal, bila time riadah/sukan tu, si yang tercalon tu dduk tepi padang aje...

org yg lobi dia tu, boleh plak forward yahoomessenger kt student2 ktorg,
'undilah mereka yang faham islam'

nk cakap tu, baik-baik sikit la kot,
mcm dia sahaja yang faham islam~

saya lobi kawan sy yang memang atlit sukan sedari dlu,
tau apa kata-kata senior?
"kita datang mesir ni nak belajar, bukan berhibur-hibur n lari fokus dari 'study'"

ohh, kemudian, tahun itu, dia yang pegang jawatan dalam persatuan..kawan-kawan dia pun pegang jawatan yang pelbagai..
senarionya, tak mahu orang lain dapat jawatan sbb dia rasa dia baik, dia hafal quran, jadi dia terer and boleh btanding mana-mana jawatan.
pegang bola pun setahun sekali, nak jadi exco sukan?

dia boleh pegi meninggal dengan apa jua alasan dia untuk naikkan kroni dia..
gila tak boleh blah~

dan saya mmg gile berani mati sbb letak ID sy kt sini..haha

madumerahjambu said...

saya sampai sekarang tak pasti dengan apa yang saya nak.
belajar hanya untuk dapat keputusan cemerlang.
gembirakan keluarga.
kalau tak dapat cgpa bagus kena bebel.
dan sampai sekarang.
belajar untuk cgpa yang bagus.
dan sekarang saya akan habis belajar tak lama lagi.
saya tak tahu kerja apa yang saya boleh buat.
*mengeluh*

biELa said...

yay...ada jugak cikgu yang tak setuju akan adanya exam ini

wuuhuu!!!

cikgu paling best!!

Anonymous said...

*thumbs up*

:)>-

aina syaqilah said...

seluruh dunia mengamalkan diskriminasi.
hanya bijak pandai yang didengar
kita semua manusia, takwa pembezanya
tapi sudah jadi aturan dunia
ada kedudukan, semua jadi

kakak, walau jelak dan bosan, teruskan saja kehidupan. tuhan itu memahami

:)

aina syaqilah said...

baru ingat. saya pernah bincang hal ini dengan kawan kawan.

tapi akhirnya kami diam, sebab kami takkan didengar.

tetap setuju dengan i-SYA. kalau tkde exam, tk smue orang akan tahu betapa penting ilmu. walau itu ilmu teori yang mungkin dilupakan.

saya percaya sekurang kurangnya 25 % amalkan apa yang dorang belajar.

sebenarnya, pengalaman adalah guru terbaik. apa yang berlaku dalam hidup, itulah pelajarannya yang perlu kita analisis.

tapi sayang, tak ade kertas soalan yang menanyakan apa yang awak dapat setelah melalui pengalaman itu.

sarah hashim said...

kertas peperiksaan adalah bukti orang itu penghafal ulung. Betullll. 100% agree Fynn. Paling sedih, byk parents ukur kebolehan anak2 yg umur 4 to 5 y.o berdasarkan markah peperiksaan. Pathetic. Sedih juga org diberi jawatan yg dia pun xda ilmu ttg area itu. Fynn u voiced out my thoughts. run for president! :P

Anonymous said...

tak ramai reti berfikir

Tun Af'fi Sofyan said...

antara berpuluh classmate.. cgpa aku, paling teruk. tak pernah aku mengeluh. sbb cita2 aku sederhana.
perduli apa, orang nak beza2 kan aku dgn angka.. klo dia lebih, 1 pointer. bkn bole nek tren free. bukan dapat makan mc'd kurang pat ringgit. mmg aku bodoh dlm teori. tapi, hakikatnya. servival tu bermula dari jatuh banyak kali.. kemudiannya bangun semula...

aku tak rasa si pandai tu.. mampu keliling malaysia.. klo duit tak ada. dia cuma terer guna otak yang dah sedia cerdik..
tu je..

so, gi mati.

aku tak suka, IQ dinilai dengan angka.. ini kehidupan.. kemon laa...
bukan answer booklet. yang suka2 nak conteng.. dan jadi seperti yang ko tulis. TAK. tak langsung.


so, biar la.. mereka nak hina aku yang bercita2 sederhana ni. yang pointer cukup2 nak merasa.. duduk kat universiti cane.

kepada kawan2 yang tipikal.
SILA DENGAR,
ini fynn jamal cakap.

"SAYA BIJAKSANA, CUMA BUKTIKNYA TIDAK ADA"

*senyum senyum*

Azzam?? said...

weiiiiihhh... jangan main tuduh.... aku dilantik jadi coordinator amanah weihhh... jangan main2...

*gelak sorang diri*

Anonymous said...

bukan ada musa muhamad ke nama dia yang jadik menteri pendidikan?? dari USM kan dia tu???

tetap jugak macam tu...

aiShah_sOfeaTJ@katoJie said...

salam..
benar kak fynn..pepriksaan-hafalan..tapi tidak semua pelajar begitu...sejujurnya saya bukanlah seorg yg suka menghafal...sy baca, faham, dn olah dgn bahasa dn kefahaman saya sendiri. biarlah bahasa sy bukan la di tahap band 6, tapi saya puas dgn style sy yg tersendiri. dan sememangnya benar, segulung kertas yg x bernyawa itu bukanlah segalanya. orang kita dewasa ini sudah tidak buta...sy punya kenalan, punya cgpa 4..dn sememangnya dia seorg penghafal yg hebat.. namun, pulangannya hanyalah segulung kertas itu..masih terkial2 mencari hala tuju..sedangkan rakan seperjuangan yg resultnya x seberapa..sudah punyai kerja...mudah saja. semuanya berbalik pada kita.. kita tentukan-untuk hafal atau untuk memahami. Pape pun, peperiksaan bukanlah segalanya..kemahiran juga paling utama.. ~ wallahualam

Cik Lizi said...

'penghafal yang ulung...'

.
.
.

^_^

steve-bo said...

mungkin suatu hari nanti aku akan menjadi guru yang bakal merubah persepsi kau

Anonymous said...

pendapat saya sama seperti fynn.saya lemah menghafal.saya suka berfikir.seperti math.saya benci exam.saya lebih suka belajar daripada kehidupan seharian.saya juga seorang pendidik.sebelum jadi pendidik,saya benci kerja saya.bos semua sama.layak hanya pada kertas.bukan pada pengalaman.tapi sekarang saya suka bos saya.dilantik menjadi ketua selepas berpuluh tahun menjadi guru.dari sekolah cuma ada 3 kelas sehingga sekolah ada berpuluh kelas.senang dan mudah untuk berinteraksi dengannya.faham akan keadaan kita sebab dia pernah jadi seperti kita.tahu cara menyelesaikan masalah.dia ada kelayakan dari segi pendidikan.dia juga punya kelayakan dari segi pengalaman.ini yang kita mahu.lebih mudah sebenarnya bekerja dengan orang yang berpengalaman daripada bekerja dengan orang yang punya master phd, tapi tiada pengalaman.hanya menyusahkan orang lain.tapi kita tak punya hak untuk bersuara.entah sampai bila kita akan macam ni.

Zrq daniel said...

Remark yang diberikan mmg berbisa, I wish I could write like you

Anonymous said...

fynn,semalam saya ada menulis untuk fynn di ruangan komen ni.hari ni saya mau tulis lagi.fynn tau result upsr keluar siang td?ada ketidak puasan dalam hati saya.ya benar,saya bangga 30 orang murid sekolah saya mendapat 5A.apatah lagi kami di sekolah swasta.sebelum saya jadi pendidik,pada saya siapa yang mendapat semua A pasti pandai.tapi hari ni,saya rasa ada kekurangannya.kita sebagai pendidik boleh ramal tahap pencapaian pelajar kita kan.bayangkan dalam situasi begini.ada 2 org pelajar si A dan si B.A memang pandai selalu dapat A dalam ujian.tapi B agak kurang jika dibandingkan dengan A.bukan B tapi selalu dapat C dalam ujian.sebaik habis UPSR BM 1 para ibu bapa minta cikgu cekkan dahulu jawapan anak.jawapan diperiksa.seperti biasa.Pelajar A masih mendapat A dan pelajar B masih mendapat C,mengikut peratusan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.tapi pengakhirannya,apabila keputusan diumumkan,kedua-duanya mendapat A.sedangkan jarak markah terlalu jauh.terfikirkah Fynn, macammana markah C boleh terus menjadi A?bila difikirkan tidak adil pada pelajar A yang belajar bersungguh,dan kelebihan kepada pelajar B yang agak kurang minat belajar.Yang untung,sekolah dan bahagian pendidikan negara kita.akhirnya tiada kualiti yang kita dapat.

Anonymous said...

aku pun pengajar yang baru belajar. aku tak pernah anggap diri aku pandai tu sebab aku masih gigh belajar..
bila cakap pasal pendidikan di negara kita memang menyedihkan. Kadang2 kita hafal nota2 yang sama yang dah terlalu lama padahal kita tau ilmu sepatutnya makin bertambah. Kena lah update selalu tapi kita masih ditakuk lama dan ketinggalan jauh ke belakang dan langsung xde effort nak cari ilmu tambahan.
Apa yg paling menyakitkan hati bila terpaksa tutup mata bila pengajar2 yg berjawatan lebih tinggi ambik jalan mudah untuk luluskan pelajar yg lemah tanpa perlu di uji terlebih dahulu... tidak semestinya melalui exam dan hafalan. Bagi aku yg penting pemahaman. kalo kau boleh ceritakan apa yg kau paham dan aku boleh paham apa yg kau ceritakan, itu dah memadai..
Kdg2 aku rasa cuak tapi aku takkan give up...

~Ati_Hime~ said...

same lah saye pun benci peperiksaan..benci sangat..hish