Friday, September 11, 2009

pop ular

apakah puisitepijalan benar2 sudah jadi rumah telapak kaki ramai kita2 di sini?
apa betul numerik yang sudah melebihi seribu dalam kiraannya itu pengikut aku?

dari dahulu ada ramai yang pertikai bilangan rakan dunia maya sang pemuisi cabuk ini.
aku sudah lama dalam dunia bayang2; dari zaman myspace perlu diolah koding secara manual, dari zaman friendster asyik difitnah akan ditutup, dari zaman channel #kampung dan bukan ym ber kamera web.

lama.

orang seperti aku diselar gila lampu pentas. apa yang orang fikir agaknya. atau apakah memang benar2 ada pertandingan senarai kawan teramai yang aku tidak tahu?

sebenarnya seorang aku tidak peduli pun dengan semua itu. sebelum puisitepijalan, aku sudah lama menulis di livejournal. ketika itu blogging masih pelik. ketika itu tulisan aku masih persis anak2 tidak cerdik.

aku tidak pernah peduli
aku tidak pernah rasa mesti
kerana yang aku perlu cuma menulis.

cuma itu.

aku pindah ke sini, ke blogspot ini, dalam dua tahun lepas. berbual seorang diri. menceritakan perihal hari. aku umpamakan menulis di sini dengan satu perbuatan merekod perjalanan hidup aku.

bukan sekali ada manusia yang mengkhabarkan pada aku yang aku bukan lagi sang aku sepertimana dikenal dari sejarah itu.

aku senyum.
aku tahu.
aku tidak pernah semalam dulu.

kita semua tidak pernah seorang semalam.
tidak mungkin kita larat mengulang2.
kalau diberi izin tuhan untuk kita kembali hidup untuk hari semalam, apakah kita akan lakukan setiap rutin yang sama?

seindah mana semalam, kita akan hendak memperelokkan dia.
kerana kita manusia.
dan kita tidak pernah cukup.

maka ya.
kita tidak pernah semalam.

lalu soalan aku, apakah ada relevan nombor beribu juta senarai kawan2 kamu.
sedangkan kawan di realiti pun tidak tahu apa nama kau punya ibu.

nombor adalah nombor.
sama tidak relevannya dengan konsep kategori.
kenapa perlu dibahagi2?
tuhan sudah lama pesan manusia diciptakan sama.

kita lupa untuk ingat itu semua.

"malik begini kerana dia virgo"
"oh anak pertama. pasti begitu"
"ore kelate sumo gilo"
"cina penang memang bawak laju"

pengkelasan memang tidak relevan.
tidak relevan.
tapi masih wajib untuk terus terjadi hari2.
dan penyumbang kejadiannya adalah manusia biasa seperti kita2.
seperti kau.
seperti aku.

bila kita hendak berhenti berbual perkara tidak relevan?
bila kita berhenti berbual.

*senyum*
kan?

entri aku hari ini bukanlah untuk mencari klarifikasi sama ada puisitepijalan ini benar2 punya penganutnya. tidak langsung.

ada dua orang manusia yang terlalu baik hati yang mencalonkan rumah separuh roboh aku ini ke mata dunia. terima kasih. kejap. terima kasih tidak cukup. betul. tidak akan cukup.

tapi itulah yang aku mampu.
terima kasih.

sibuk disuruh aku iklankan, untuk disokong pencalonannya. aku sesungguhnya malu dan segan. aku bukan jenisnya menghadap orang dan mengajak naik ke pangkin. kalau runtuh nanti bagaimana?

*diam*

ada seorang manusia juga, yang sedang secara tanpa dia sedar, sebenarnya beri aku semangat untuk terus hidup. walau tanpa suruhan "bangkit" dan "jalan terus" yang tipikal, diri beliau yang jujur dan tidak malu menunjukkan rompongnya telah bikin aku dan tri terkesima.

serabut bagaimana kita,
ada sejuta lagi yang lebih berserabut dari kita.

:)

kawan,
itu yang kau ajar aku dari setiap inci geri engkau.
tri kata kau cikgu yang bagus.
kau mengajar tanpa buka mulut.
maka yang ada adalah sesuatu yang telus.

terima kasih.
kau benar2 laut.

tak siapa tahu kau siapa.
termasuk aku.

*senyum*

aku untung. aku mungkin tidak kaya duit.
tapi berapa ramai yang boleh yakin ada ramai yang ikhlas kasihkan dia;
sebagaimana kalian kasihkan aku?
aku sebenarnya kaya.

untuk setiap kalian,
terima kasih.

lalu inilah dia. aku menulis entri yang biasanya tidak ada mungkin aku tulis di hari2 biasa. entri ini adalah untuk memenuhi permintaan manis lili dan itsfreelol: entri ini adalah promosi diri sendiri.

haha.
serius.
aku malu.

...

serius ni.
malu la weh!!

ps: ada ramai yang promosi dengan cara memberi habuan itu ini. siapa undi dia dapat top up la. dapat t shirt la. aku ada apa... kasih sayang banyaklah. haha.

senang cerita macam ini.
ada rezeki, ada.
tak ada, tak yah raya.

hahahahaha.

------


tentang apa weblog popular 1malaysia itu:

tukang mula: denaihati.
yang dikata: dia nak cari siapa orangnya.
yang nak dibaginya: duit.

yang jadi masalahnya:
dia punya syarat2 penyertaan gila banyak.
seryes.

http://denaihati.blogspot.com/2009/07/contest-weblog-popular-1malaysia.html

aku pulak jenis malu.
maka tulis sini sikit2 ini jadilah ye.

dah terbalas budi belom?
ngehehehe.

27 comments:

.:nani:. said...

kamu tak perlukan percalonan...apatah lagi sebuah patung oscar..kamu tidak perlu semua

tulisan kamu tulus, jujur dan diri yang penuh kasih sayang seorang manusia yang merasa..

kamu sudah mendapat kasih sayang seluruh alam kerana kamu sayang jiwa manusia tak kira siapa mereka..

award penulis kasih sayang..kamu sudah dapat..invisible, tapi kamu sudah dapat berlori2 dah..

bayangkan orang2 yang membaca tulisan kamu lalu berdoa..

"terima kasih Tuhan, ada orang yang memahami. rahmati la dia.."

bayang betapa byk award yang Tuhan kasik kat kamu kerana menolong satu jiwa insan setiap hari..

itu sudah cukup.

saya bangga dapat kenal kamu secara dekat..


(Tapi, kalau dapat award tu apa salahnya kan? fofularr akak sorang nih! hahahaha) =)

Frodo Baggins said...

ala belasah jerrr lah .. balun jerr .. yah memalu. kerr nak calonkan aku??huakakkakakak ..


choppp, bahasa ada mungelah.


hikhikhiki


aku follow blog ni kerana promosi seorg kwn, tapi aku jarang tinggalkan pesan ... xoxoxo


tp untuk sekali ini. kejarrr itu fulus!!!!! muhahhahaha


larixxxxxxx ~~

sHEmA_sHImoT:D said...

tak perlu utk kau dpat award itu kakak,sbb kau mmg dh pon di hati setiap yg mengikut kau.aku sndiri hari2 menunggu bait tulisan fynn jamal,sbb setiap katamu adalah semgt dan pelajaran aku utk hari itu,;)

Anonymous said...

terima kasih ptutnye pd kmu kak fynn.
sbb dh buat sy sedr tntg hidup.
mungkin tk banyak, tp ada.

jd, terima kasih!

:)

♥نعمة السعده اسماعيل‎ ♥ said...

tulisan kak fynn boleh membelai jiwa
teringat penah gtalk dgn kfynn.
xperlu identiti utk bina belog
cukup sekadar jadi dri sndri..

keep it up kak fynn,,
*senyum*

Along said...

jom bali, fynn!

Hafiz Hamid said...

ini dh mcm rumah sy, kakak!!

AinNur Haris said...

SAYA sokong..!! SAYA sokong..!!

hehehehee.. :)

teruskan menulis ye fynn.. dapat tak dapat duit tu, fynn tetap menang di hati kami..dan tak pernah kurang skit pun kasih kami..

Precious said...

Fynn memang pemalu abis. Tp saya tetap berkata title 'weblog popular 1malaysia' itu miliknya. Jom ramai2 wat n3 mencalunkan dia ... Tak cukup setakat berkata, dia layak! Kita kena buat n3 mencalonkannya. Jom jommm!! Untuk fynn!!

Sue Anna Joe said...

Kalau/bila menang, jangan lupa belanja. Terima kasih.

munira anis said...

nak cakap ni saja:

sayang kak fynn.
oh,akak masih ingat anak kecil yang menangis dalam emailnya selepas keputusan spm dulu?

dia dah nak jadi cikgu,kak.=)

Anonymous said...

kak fynnnnn !
sekarang mungkin boleh untuk nak top, tapi, dunia ini, bentuknya spehere, kadang2 ada kat atas, dan kadang2 ada kat bawah. jaga2. usaha yang penting.

---
gudluck kakak,to abg tri jugee.
sukses bussiness yaw!

rObOt said...

kamu penyeri hari-hari kami ;)
xyah malu-malu kak fynn, u deserve it!deserve

Unknown said...

fynn..
i love to read ur bog everytime im on9..
madah mu sungguh sateratic..
kadang tak faham tapi 2 kali baca bru jelas maksudnya..
ur word is power...

sarahmeay.snm said...

comel. memang patut mungkin kakak di calonkan. memang patut kakak dikenalkan pada dunia. tulisan,perkataan kakak banyak mengajar sebagaimana kerjaya akak sekarang. ;)

lebiu kak.

Ayyman Rahim said...

U go kak! :D

cahayaMata said...

penulisan kmu berbeza dari blog2 yang pernah AKU terjah..
stiap bait ayatnya ikhlas dan jujur dr hati..dan gaya pengolahan ayat menampakkn kamu sudah lama dan matang dalam bidang ini.
siapa yang membacanya pasti terasa begitu..
benar kata2 commenter yang kat ats2 2...
btw...keep it on..

wanita mutalib said...

saya juga mahu mminjam telinga kamoo buleh?

^_^

salam kenal fynn..

jijah montel said...

fynn.. award sekadar award.. tapi kamu tetap saya sayang..

aspirin said...

akk bnyk ajar kitorg tentg SOUL,MIND and SPIRIT....
jadi x salah la klu akk yg menang nnt...
sbb pnulisan akk mmg "makan dalam"..hihi
so.... x ksh akk menang ke x...
fynn jamal "cikgu" sy dlm diam...
bleh kiranya sy pggil akk cikgu??huhu

izzi said...

kak fynn.

saya pengikut awak sejak zaman arnabnakal lagi.

with or without the award, i would still follow you. :)

fynn jamal said...

yang:

ohmai!
dari zaman yin fen ke zaman matahari ke zaman haszrilfitri.

LAMA.

*hugs*

kayza said...

hai,kak fynn....
i luv to read ur blog....
penulisan kamu jujur...
kalau tidak ada pencalonan seperti itu pun, kamu memang telah dihargai..
dan numerik itu memang tidak menunjukkan apa2 kerana mungkin itu bkan nilai sebenar pembaca blog kamu..sebab mungkin juga ada manusia seperti saya yang dulunya mengikuti blog akak secara invisible n diam2 tanpa jd follower(oopss,..sudat terpecah rahsia).....ngee..gud luck kak fyn..terus menulis k....

Encik Puaka said...

nama saya bawang.
saya baca tulisan kak fyn dari zaman kite remaja dan bergetah


*skarang pun masih bergetah*


loving loving loving.

mrberett said...

harap-harap yang menjadi follower di blog kak fynn ni semuanya pembaca setia..bukan yang cuma menumpang popular dari backlink

si gurl said...

saya akan teruskan dan tak pernah henti ikut blog kak fynn

*seronok :)

wiila said...

sayer ker lili itu... sbbb name saya pon lili .. hik2 tapi lili lain.. la .
(x nak jadi pengikut sebab fyn jamal dh banyak pengikut n peminat...tp jadi pemerhati pon ok cukup .. haha. asalkan mesej/ maksud sampai yer x. )