Monday, September 14, 2009

nasi-hat sudah menjadi bubor-ak bodoh

kadang2 aku tidak faham.

minah datang pada jijah. cerita tentang suami kaki pukul. berkisah tentang duit tidak pernah cukup. bagai memikul biawak hidup. cerita sedih panjang lebar.

tapi yang peliknya, bila jijah cakap "laki kau tu memang tak guna, nah",
si minah boleh nak marah.

kenapa ya?

kau datang pada orang. kau nak cerita kau bengang dengan orang. tapi bila pendengar itu penuh emosi dan merasa benci pada orang yang kau bengang, kau pulak nak sentak.

kenapa ya?

kau dah hina maki orang kerana bikin ketidakadilan pada kau, tapi esoknya kau datang pada pendengar kau dan kata "takpelah aku ikut kata hati aku. aku cuba terima dia". padahal semalam pendengar kau terpaksa batalkan jadual hidupnya demi untuk teman kau dan memujuk kau sepanjang masa.

kenapa ya?

apa fungsi kau datang cari orang?
apa fasal kau gatal bercerita?
apa sudut yang kau nak orang pandang?
apa yang kau nak sebenarnya?

manusia begini aku panggil gedik.

sebab sejujurnya, aku rasa, orang begini cuma hendak perhatian.
dia hendakkan perhatian dari orang yang dia geram itu.
tak dapat, dia cari kita.
bila orang yang dia geram itu sudah layan sebagaimana dia mahu dilayan,
dia cakap terima kasih saja.

biasa, kan?

orang2 begini persis sang biru nila.
yang kasihannya,
si santan2 di luar sana.

bila ada yang benar2 mahu minta secebis jiwa kita, kita jadi skeptikal.
"betul2 hendak nasihat kah?"
"benar2 mahu pendapat kah?"

kerana itu, aku pandai2 buat konklusi. nasihat terbaik adalah "fikir diri sendiri".
aku pernah cakap dahulu, selalu juga diulang2: ramai kita yang penakut.

"jangan tengok aku. izah yang cakap makan sini sedap"
"kalau kita tak ikut cakap kau, mesti kita ada duit lagi"

padahal dalam hati, kau memang nak makan situ, kau memang nak try MLM. kau cuma tunggu orang lafazkan. jadi apa juga tanggungjawab yang ada, akan terbeban pada orang lain sahaja.

penatlah.
aku fitrahnya memang kasihkan manusia.
cubit peha kiri, sampai ke peha satu lagi terasa.

"kau cari hal dengan kawan aku, kau cari hal dengan aku."
"aku takkan biar apa2 buruk jadi pada kau."
"kau kawan baik aku, apa saja kau rasa, aku ada"

tapi yang kita lupa adalah ini:
yang sayang manusia cuma kita.

*senyum pahit*

cuma kita.

*diam*

tidak salah hendak meluah cerita; kerana membiarkan ranap membotol dalam dada sesungguhnya memang bahaya. tapi tolong. biarlah berpada.

ish. sebelum ada yang salah fikir entri ini untuk diri dia, biar aku kecilkan niche market aku:

------

satu:
aku benci perempuan sudah kahwin cerita buruk tentang suami. hal seluar dalam pun mahu khabar pada orang. ini memang bangsa status-aku-lebih-tinggi-dari-kau atau aku-feminis-maka-layan-aku-selayaknya. aku harap kau tahu malaikat mengiring setiap langkah kau dengan cela.

sample situasi:

mimi: kau untung, ida. abu tu bagus.
(ini normal. permulaan biasanya ayat2 positif)

ida: ah. laki kau pon ok.
(ini adalah respon tipikal. selitkan senyum sekali)

mimi: laki aku... dah la mengongkong. atas katil pun tak pandai puaskan isteri.
(sesungguhnya tidak relevan)

ida: ha. ha. ha. *diam* ish lapar la.
(kekok yang jelas)

mimi: abu macammana?
(note: ini kurang ajar)

ida: jap. fon vibrate. panjang umur.
(pura2 angkat telefon dan bangun untuk cari resepsi)

------

dua:
aku juga benci manusia yang dah cerita itu ini, dah luah geram benci pada kita; dan kita (menjadi kita yang penuh dengan setiakawan ini) turut sedikit2 tersinggung sekali, kemudian tengok esok lusa dia dah baik bersama, kita pula yang ternganga.

sampel situasi:

mimi: aku takkan balik pada dia. ali setan. ali babi. ali anjing.
(bayangkan asmida)

ida: apa dia buat...
(menunjukkan peduli)

mimi: semalam ali ugut aku. dia kata dia nak bantai aku kalau aku tak bagi duit.
(meneruskan cerita)

ida: biar betul! dia kata nak berubah? blablabla
(berkobar2 dan mula rasa jijik dengan ali. telefon dan beri amaran jangan lagi dibikin lagi)

esoknya nampak mimi senyum lebar, baru balik dari makan mewah sama ali.

mimi: dia cakap dia takkan buat lagi.
(penuh denial)

------
tiga:
aku turut benci manusia yang datang dengan muka kusut, mahu minta nasihat seperti benar2 minta diuruskan, tapi bila kita cuba beri pendapat, kita pulak yang kena sekolahkan.

sampel situasi:

mimi: ali suka marah2 aku. dia suka maki2 bila marah.
(perasaan penuh sayu)

ida: tapi kau bukan ada jantan lain, kan...? selagi kau jaga diri kau, kau cakaplah pada ali kau sedih ali layan kau macam dia tak caya kau;

mimi: tak boleh ida. kita perempuan kena blablablablablabla.
(panjang gila dia punya cerita)

mimi: ok ida? kau kena faham. kau dengar la cakap aku.
(tepuk2 bahu ida)

pulak dah.

apa pengajaran hari ini?
tutup aib kau.
simpan.
kalau hendak sangat luahkan,
cari medium kau.

tulis lagu, blog, lukis, main bowling, pergi go-kart, panjat dinding batu.
apa sahaja.

sebab kau takkan tahu cerita kau.
kau dah kutuk2 hina2 maki segala,
tiba2 kau sedar kau sebenarnya masih suka.

macammana?

yang terbaik,
kalau pun hendak meluah,
cakap bahasa puisi.

pendek2.
tergantung.
terbiar untuk diteka2.

sekurang2nya kau tidak perlu tanggung malu di kemudian hari.
serius.
sedap sangatkah air ludah di tanah?

haih.



ps: aku tidak perlu jelaskan betapa entri ini bukan untuk siapa2. dan tolong tak usah beriya pandai2 khabarkan kawan kau kalau mungkin entri aku tulis untuk kawan kau. sebab bukan.

ps lagi satu: terima kasih azzam yang menyumbang case study hari ini :)

27 comments:

Along said...

"Alonggg, alongggg, tolonggg...aku dgn boifren aku...gaduh lagi..."

Selepas dua jam.

"Thanks, Long. Thanks for being there 4 me tau."

Selepas 2 hari.

"Aku sayang dia lagi,long."

Selepas 2 minggu.

"Kau takde boyfren long, ko apa tau? Kau memang nak aku single macam kau je la kan?"




Kuatkan lah along, Tuhan.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Urgh~

Manusia begitu buat aku acapkali menyimpan maki dalam hati~ lidah digulung hati tegar masih mahu mencaci sepenuh hati~

terlalu banyak ditolong, tapi akhirnya dia bersikap retorik lagI~

sakit~

petak daud. said...

Ya.Puisi yang tergantung memang penuh teka teki.Indah.:))

iYda Juhar said...

salam. dah lame tak singgah komen kat sini. singgah pon jadi silent reader jerk. konon bizi la kan. hehee

ermm. ye lah. pompuan ni penuh ngan emosi. sebijak mane pon dia,bole lagi dikalahkan dengan emosi.

pompuan ni kalu emosi nya kurang stabil, mula la cari perhatian, mahu ngadu, mahu luah perasaan, mahu orang tahu. sedar tak sedar kekadang bole terabai diri.

orang yang rapat ngan famili, maybe cari famili la bile bermasalah. orang yang ada kawan, akan cari kawan bile bermasalah. orang yang tak de sesape, mula la nak merapu.

kekadang tu bukan tak tau nak hadapi masalah tu macam ne, tapi saje je nak jugak dengar orang yang kasik nasehat. ape tu ye? tuntutan emosi la kot.

kekadang tuh bukan tak tahu, kita semua ade Tuhan tempat untuk ngadu. tapi tu lah,manusia juga yang kite cari dulu. maybe tu dah fitrah manusia la kot kan.

*penat

ayat ayat kamu enak dibaca :)

Rafeeqa Ruslan said...

Kawan datang, nangis nangis kat saya, kata boyfriend curang depan mata, saya pun kutuklah boyfriend dia. Suruh dia clash. Saya kata kalau couple pun dah camni, kahwin apa lagi. Dia cakap dekat orang lain, saya penyibuk, rasa diri bagus sangat. Merajuk betul kak.

Aishah Nur Hakim said...

dan yang paling jelik bila sepatutnya kita sedang menyelesaikan masalah sendiri dan sangat menyakitkan melihat perempuan membiarkan diri dia diseksa lelaki...oh..dan bahagian menjual aib suami itu tak dapat dimaafkan kan kak

y u z said...

fynn,saya selalu makan hati dengan diyana bila adegan-adegan begini timbul.

tapi itulah,adik perempuan pun sorang itu je!

madumerahjambu said...

suka entri ini..
=)

sera_a said...

betul lah k.fynn..

you put things into picture. before this, selalu tertanya kenapalah kau ni, bila susah cari org, bila dah bahagia lupakan org. yg lebih x best tu, dia bahagia dgn org yg dia duk sedih2kan tu. pastu bila sedih lg dtg balik. as a good friend, xkan nk halau balik but how far can you put up with that kn?

Hafiz Hamid said...

ade juge mcm ini ye? x pernah tahu pun..

Anonymous said...

perfectly written.
bila baca macam pernah lalui. pernah jumpa kawan yang macam ni.

jangan kutuk laki sendiri boleh?
muak.
last2 kau balik dengan dia jugak.

akubisikdisini said...

orang-orang yg sebenarnya cari nasihat..tp taknak dgr nasihat..dy nak dgr ape yg derang nak dgr..lebih-lebih soal rasa..soal sayang-sayang nih..sorry to say..ramai yang jadi bodoh..kawan2 da nasihat puas2..puas dah bagi segala logik, segala fakta..tp lepas 2-3 hari..atau satu dua minggu..baik balik pada kekasih yang katenye hari tu..suke tengking2..suke pukul2..kuat cemburu..kuat mengongkong..bla..bla..bla..aku rase situasi yg begini ramai yg da buat..cume besar atau kecik je halnye..atau perasan dgn tak perasan jek..lebih-lebih mase kite mude2 dulu..umor awal2 20an lu..hee..yelah..hal-hal rasa nih ramai yg buat kita jadi bodoh dulu..

kita nk bercerita dgn org..jgn sembarangan..biar yg terpilih..yg kita rase kita boleh hormatkan ape yg dy kate..jgn kate mmber tak paham kite plak kan...kalu camtu citer gan kucing sudahh...

edadot said...

hye kak fynn.
That's why la bila org datang mengadu ke sy, sy mcm tak lah nak condemn mana mana pihak. Contoh mcm ni, si ecah dtg mengadu2 tentang si ayah nya. Tak kan kita sbg pendengar nak mengutuk si ayah kan. Kalau saya pun sentap jgk tiba2 sesiapa nak kutuk si ayah saya kan. Habis2 pun bg cliche calm word ja la kan. So, mungkin la, mungkin, si ecah hanya nak tempat mengadu. Nak someone to hear her heart out. Mungkin. Bergantung la kan pada situasi.

Ah tapi orang2 yg buka pekung hal dalam rumah tangga tu memang pelik la. Kejadahnya ya dop?

Anyway, i miss u fynn. (hehe tetiba)

aten chan said...

betul2.sampai sekarang ni da serik,kalau org ngadu,dgr dan diam je.xpyh susah2 bg nasihat.otak tenang hati pon senang.

Amak said...

nukilan ni, aku rasa nak copy paste nak kasi kat sesetengah kawan aku baca.

si kosong said...

heh...
fynn...suka entri ni..
tapi benci....maaf,jangan salah faham..bukan benci seni kamu..
cuma benci sebab apa yang tertulis adalah apa yang jadi pada aku..

datang mengadu..datang bercerita..dan datang berjanji..selang beberapa hari..dia senyum balik..bawak khabar sang kekasih da berjanji x bt lagi...!!

peliknya aku x benci dia..
hairannya aku x marah dia..

jujurnya aku marahkan diri sendiri...aku maki diri sendiri...aku rosakkan diri sendiri..

dan macam biasa...aku masih mcm dulu...senyum je..

budak_gemok said...

salam..sgt samok blog kamu..
serious ayat kamu mmg unik dan fantastik wala..

tusky said...

normality yang kita susah nak elak.. untng mereka ade kita
tp untung ke kita ade mereka?

tuti said...

kawan saya : tolong la i rasa dah nak mati dah ni. (teresak2 sbb gaduh dengan kekasih hati untuk kali ke sejuta)

saya : ok2. im coming. (terus datang walaupun tahu tiada solution untuk masalahnya)

selapas sejam lebih bermuka simpati melihat dia menangis

saya: sudah lah tu. u asyik nangis pasal dia. buat apa lagi tunggu. (nasihat yang sama kali ke sejuta juga)

kawan saya : jantan tu babi. bodoh ke apa. i ckp kat dia u ni bongok ke buat i mcm ni blablabla.

saya : nada memujuk. itulah. u asyik nangis je pasal dia. dah la tu.

tiba2 cool down,
kawan saya: itulah. i rasa kali ni nk betul2 clash lah... tp xboleh laaa.. dah sayang. i dah lama dengan dia. 2 tahun.

saya:.....(berapa tahun lagi saya begini????)


besoknya,
kawan saya (masih bengkak mata) :
yang u nak makan apa?(telefon kekasih hati yang bodoh, babi dan bongok)

kawan saya: i nak kuar dengan jantan tu sekejap. nk bincang.
(yeah right)

saya pulang kebilik. dan redha. sebab besok, i love u n u love again lah mereka.

mungkin, saya yang patut ignore.
atau mungkin, kawan saya cuma nak tempat mengadu. yang lepas kekasih hati dah kembali, saya akan jadi nombor dua semula. mungkin saya patut doa supaya mereka xbaik2 lagi. supaya saya sentiasa no. 1. mungkin.
dan akhir sekali mungkin,
thats what friends are for. no??

balqissy said...

tak suka juga orang jaja cerita buruk orang lain. tak kisah lelaki or perempuan. -_-

sya said...

pernah terbaca dalam buku why mars n venus collide by john gray...dalamnyer ade kate perempuan nie mmg suke bercerita dan meluahkan, kadang2 masalah itu tidak perlu diselesaikan oleh pendengar, proses meluahkan itu sendiri dapat meredakan gelodak di hati (sedikit sebanyak), walaupun kadang kala mmg sakit hati dan geram dan tak paham ape yang ko nak... mungkin dats how nature works... anggap sajalah org itu sendiri tengah bingung dan tak sedar ape yang die lakukan

paperheART said...

sedap sangatkah air ludah di tanah?

i like. bukan ludah di tanah. but how you conclude it.

selamat hari raya
maaf zahir batin.

dust said...

part last sgt suka..
tulis puisi, ayat gantung2..
selalu buat. biar org teka2.
lantak lah nk pk apa.
janji terluah apa yg dirasa..tanpa perlu sakitkan hati sapa2, n bukak bekung di dada.

alih2..aku dpt title jiwang sbb buat ayat gantung2..jiwang ke??

joegrimjow said...

situasi 1 mmg ada ke?
apa2 pon
pUAS

ardzmarn said...

masa mula baca tadi waktu petang tengah lapo... ingatkan pasal resepi... nasi dan bubor...

Lee Jun said...

kita tolong- dengar masalah dia, kemudian kita pun dimarahnya sekali. sakit hati kan?
biasanya- aku tak layan lagi orang macam tu. serius! dia buka mulut je, aku terus tunjuk muka tak minat dan fed up. bila dah selalu aku buat macam tu...sampai satu tahap, dia tak pernah cari aku lagi. dan dia kempen kat orang lain, aku ni manusia yang takde perasaan..blablabla...dan takde gunanya cari aku untuk sesi kaunseling segala.


fuhhh! "selamat"!


bukan apa. telinga aku ni cuma boleh tadah orang yang betul2 susah je. yang gedik menyusahkan diri sendiri memang takde space. hehehe.


btw, moral of the story
bersederhanalah dengan semua orang. tidak terlalu ambil peduli. tidak juga terlalu berjauh diri. bukankah manusia itu selalunya unexpected?

Unknown said...

sangat terkesan..=]