Tuesday, August 18, 2009

aku mandul. so?

entah kenapa aku jadi bongkah rapuh di masa aku baca ucapan2 tahniah tentang bayi dalam perut aku.
berderai seperti kompos kering.
berkecai.

mungkin atas sebab tidak ada bayi dalam ilustrasi realiti.

seorang ucap, senyum.
seorang lagi, diam.
seorang lagi, tahan.
seorang lagi?
lagi dan lagi?

bengkak lah.

ya.
bukan salah siapa2 pun.
syntax aku kabur.
semantik aku kotor.
orang kurang faham.

hadiah pertama sebagai isteri.
patut ditulis hadiah pertama semenjak bergelar isteri.
aku yang bodoh.

sebodoh aku berjauh hati dan mengecai sfera mata.
mereka niatnya manis, fynn, jangan jadi buta.

tapi minta kau faham;
aku penat hendak senyum di setiap "ada la tu anak, fynn. sabar saja";
bila faktanya tuhan sudah jadikan setiap manusia berbeza2 dan tidak semua akan mendapat anugerah yang sama.
bila aku sudah mampu terima hakikatnya.
bila aku sudah hendak jalan terus dan menerima.

benar.
kata2 semangat itu perlu.
tapi apa perasaannya bila kamu yang dikudungkan kaki dipujuk untuk percaya satu hari nanti akan tumbuh semula sepasang lagi?

salah.
kau patut bisik yang ada cara lain untuk berlari. kalau bukan dengan roda, mungkin dengan telapak tangan, mungkin semata dengan jari2.

berhenti beri harapan palsu.
sakit, kau tahu?
perit. rasa kena tipu.

sakit macam waktu kau tahu kekasih kau sudah memadu kasih dengan pasangan baru, kawan2 baik kau ucap "dia main2 saja. cintanya untuk kau. tengok la".
sakit macam waktu mak sudah layu menunggu hari, makcik2 datang cakap "esok2 baik la ni".

kenapa perlu bohong ikut sedap?
kenapa perlu biar orang mengharap?
kenapa perlu anggap kebenaran itu lebih membunuh dari bohong2 yang kau namakan putih?
kenapa perlu pandai2 bikin keputusan fakta mana yang akan buat orang lebih sedih?

kita perlu tahu di mana garisan yang memisahkan positiviti dan denial.
tidak salah begini, bagi aku.
tapi eh,
salahkah hidup dengan cukup, seperti aku...?

bila tidak ada harap, kau tidak menghadap.
maka bila dibagi, kau pasti akan tersentap.
seperti hadiah di hari2 biasa.
ternyata JAUH lebih indah dari hadiah di hari lahir kita.

kan?

persis yang disiapkan suami aku ahad lalu.
ada, kita suka.
tidak ada, tak apa.

tapi siapa tak suka PSP3000 white pearl?
bwahahahaha.

*senyum*

dah lah. aku terlalu bahagia untuk menyayu hati.
cuma dengar sini:
redha dan menerima bukan negativiti.
aku cuma sudah tidak larat menjahit mimpi di tiang tinggi.

sekali lagi.
berhenti.

56 comments:

sarah meay.snm said...

PSP3000 white pearl. whoa! gile jeles!
*mengecilkan mata*

sabar tau kak.
*peluk*

arfasyrf said...

be strong...

=)

Tini Rahim said...

*menangis*

sangat faham.

saya di kasut kamu juga.

*menangis*

ISMI HAFIZAH RASHIDI said...

:( sabar ya akak
akak sorang yang kuatt tau.

Tuhan ambil sesuatu dri kita untuk memberi suatu yg laen.

ttp syg akk (:

Haqim Zolkefli said...

i'm partially agree with u kak fynn. sebab seperti yang kak fynn katakan, white lies bermaksud baik. mungkin denial, tapi niatnya baik. ;) semua orang boleh terima white lies, tapi tak semua boleh terima setepek kat muka walau ditepek secara baik.

. said...

kak! rinduuuuuuuuuuuuuuuuu..

aKu NaKaL said...

erk... sungguh bermadu hempedu kata2 itu..

apepun, bagiku walau 1 kekurangan yang kita ada, akan diberikan 1 kelebihan yang begitu bermakna setimpal dgn kekurangan itu..

Hakikatnya kita didunia hanyalah hambaNYA yang dhaif, dgn dugaan yang diberikan itulah dapat mengukur sejauh mana kita bermohon kepadaNYA..

Seberat mana mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Usaha dan tawakkallah x)~

Elmi said...

kak fynn , sori. saya salah seorang yang ucap tahniah haritu. saya sumpah tak tau masa tu kak fynn. sori. :)

marhaen vintaj said...

ya... yang mengalami tak akan pernah sama dengan yang melihat,
kerna hanya yang mengalami merasai; rasa itu yang tidak ada pada yang melihat.

Marina Ina said...

kehapadan kak fynn:

kak. tentang mandul; jangan sabitkan benda yang belum pasti kak. tentang itu, saya pun ada tengok komen2 tersebut dkt status fb kakak, ada sorang yang mula cakap

: "kak fynn dapat baby, tahniah"

dan lain2 turut ucap tahniah tanpa sebab, walhal mereka tahu, bukan kakak yang buat statement mcm itu..

saya pun pelik..kenapa mereka memandai2 buat decision utk org lain. atau mungkin kakak terlalu disayangi dan terlalu dipeduli..

kakak tahu artis kan? bilamana mereka ada skandal dgn datuk2, kawin lari, dpt baby dan sebagainya, mereka dipersoal sebelum mereka sendiri membuat pengakuan?

konklusi nya kak:

1. kakak terlalu byk publisiti atau kakak setaraf artis, semua mahu buat hipotesis sendiri, siapa teka paling tepat, habis dicanang satu negeri.

2. terlalu byk publisiti sehingga tiada privasi sendiri. Sakit ni kak..sabar je..

3. kakak sekarang adalah SOMEBODY, bermakna, setiap laku kakak, ada yang memerhati..

4. Bila sudah popular dan dikenali, sukar nak kembali kpd fynn yang dahulu..

itu pendapat saya kak


yang benar.
marina.

HAHAHA..sorry kak, sibuk je komen pjg2..

Marina Ina said...

kak. tentang mandul; jangan sabitkan benda yang belum pasti kak. tentang itu, saya pun ada tengok komen2 tersebut dkt status fb kakak, ada sorang yang mula cakap

: "kak fynn dapat baby, tahniah"

dan lain2 turut ucap tahniah tanpa sebab, walhal mereka tahu, bukan kakak yang buat statement mcm itu..

saya pun pelik..kenapa mereka memandai2 buat decision utk org lain. atau mungkin kakak terlalu disayangi dan terlalu dipeduli..

kakak tahu artis kan? bilamana mereka ada skandal dgn datuk2, kawin lari, dpt baby dan sebagainya, mereka dipersoal sebelum mereka sendiri membuat pengakuan?

konklusi nya kak:

1. kakak terlalu byk publisiti atau kakak setaraf artis, semua mahu buat hipotesis sendiri, siapa teka paling tepat, habis dicanang satu negeri.

2. terlalu byk publisiti sehingga tiada privasi sendiri. Sakit ni kak..sabar je..

3. kakak sekarang adalah SOMEBODY, bermakna, setiap laku kakak, ada yang memerhati..


yang benar.
marina.

HAHAHA..sorry kak, sibuk je komen pjg2..

BudAk hijAu said...

kak fynn..nie ketentuan TUHAN.sabar k.

diorag xtau..biarkan mereka.

hari ribut said...

been there where you are.i understand the pain.
i was lucky there was a twist to my tale.
but i know how hard,how painful it was.

take good care

aspirin said...

emmm... lakukan ape yg rase btol, sume org tahu kau seorg yg tahu ape yg kau lakukan...
dan kau seorg yg tahu ape yg kau mahukan...
yg pentg "usaha" bnyk2...hakhakhak

amirnazrin said...

gratitute..hidup lebih indah bila bersyukur setiap hari.
hadiah di hari-hari biasa memang lebih indah dari hadiah hari jadi.

lel said...

sakit macam waktu kau tahu kekasih kau sudah memadu kasih dengan pasangan baru, kawan2 baik kau ucap
"dia main2 saja. cintanya untuk kau. tengok la".

sakit macam waktu mak sudah layu menunggu hari, makcik2 datang cakap
"esok2 baik la ni".

....................

sungguh!
memang ayat standard
dua2 sy penah dapat
katanya esok2 mak akan baik
tapi mak pegi sebelum esoknya
patut sy tanya balik pada org yg cakap tu
kenapa mak tak baik tapi terus pegi?

be strong kak!
kerana anda sememangnya kuat
semua org tau kan?!

Pintas A! said...

kak fynn.
tahniah.
lifting me up.
pelik kan.
org tak boleh terime yang kite sudah/sedang/boleh terime diri kite seadanya.
kite dah terime.
sudahlah. cukup kot tu.
:D
cheerios.
betol. ada cara lain.
hikmah nye. masya Allah.
jom. binakan darul syukran bersama. :D
rumash sy di seremban, dekat dah tu.

assalamualaikum,
terima kasih fynn jamal.
terima kasih.

Anonymous said...

cuba usahakan dgn biodex
ramai yang dah berjaya dapatkan baby
cubalah. insyallah.

Ili Khalil said...

aku paling suka perkataan redha buat masa sekarang.

its a big word.

Bijen M. said...

sudah dasar manusia dijadikan sebegitu rupa..
jika tak ada, tidak jadilah rencah kehidupan..
tidak akan belajar tabah dan lain2 lagi..

Anonymous said...

wow.cool ar dapat PSP3000 :)
btw,kak fynn jgn la sedih2.
banyakkan bersabar :D

fynn jamal said...

untuk semua yang terlepas ucapan tahniah itu:

SUMPAH kakak tidak marah. maaf ya. janganlah terasa hati dengan kakak.

biasalah. sudah tua. sensitif sedikit.

:)

meh peluk ramai2.

atn.yusry said...

redha je kak, insyaAllah akan ada rezeki lain.

.:pUbLiC_eNeMy:. said...

Sabar..teruskan senyum.. ^_^

hatrikirana said...

nk *peluk* juga...
wink...wink...
sory sangat pasal hr tu. x tau. mengucap tahniah tanpa ususl dan periksa...
x mrh dah kan? sayang kakak!!!

p/s: k fynn mana ada tua. berusia je...
'comel'

madumerahjambu said...

Semoga kak fynn lebih tabah menghadapi hari mendatang..
Tuhan sentiasa bersama kiata kan..
(^_^)

sHEmA_sHImoT:D said...

fynn saba ye..pasti semua yg berlaku ni ade hikmahnya..yang pasti masih ada jalan untuk merawat..tiap sakit pasti ada penawarnya..mohon pada Allah selalu dan jgn penah penat dan jemu...

janji tri boleh menerima dan tri sygkan kamu 1000% even kamu begini..moga dia boleh menerima kamu seadanya sperti sebelum dia menikahi kamu dlu..

aku tahu kau kuat fynn..fynn yg aku kenal dgn setiap tulisan adalah fynn yg memberi inspirasi pada yg lain..setiap org punya kelemahan..

fynn..tabah ya..jgn lupa ucapkan alhamdulillah tak kira diberikan bala atau kesenangan..tuhan itu MAHA ADIL..

;)

susudalambotol said...

kun fayakun, fynn :)

Huda Ramlee said...

akak,
bukan mahu menambah sakit di hati dengan mengatakan 'sabarlah kak fynn' tapi saya juga berada dalam situasi yang sama..
kalau dulu mungkin menangis kerana masih tiada benih penyambung nyawa antara kami..sakit bila orang sekeliling bertanya 'masih belum ada apa2 ke'..pedih bila rakan2 yang terkemudian kahwin sudah mabuk2 mengidam macam2..tapi, saya yakin keajaiban dari Tuhan yang tidak terjangka oleh kita..Kak Fynn, Tuhan punya agenda berbeza untuk kita semua..hanya perlu yakin pada Dia.

kuhen des said...

babe..

no such thing as mandul( kata dr.dalam ruangan sakit puan di paper harian)

cumanya..

Allah sedang memberi masa utk kita bonding each other before the parenthood zone - yang mana memungkinkan segala benda ;
tak cukup tido,
tak cukup rehat,
tak cukup kasih syg si bini dan si laki,
tak cukup r*men,
tak cukup masa,
tak cukup lepak,
tak cukup semua benda
yang selama ini kita hidup cuma perlu menjaga 'orang' yang mmg dah tau basuh berak,
dah tau makan sendiri,
cuma perlu dijaga hati dan jiwa kacau mereka sang suami.

but zuriat is different thing my dear..

kita akan mula dari garisan pengadil tembak pistol,
bukannya semudah sambut baton dari mentua..

so..

chill ;) Allah itu MAHA mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.

FARYN said...

fynn,
aku teringat lagi masa tu cakap tru phone ngan ko..masa tu ko tengah tunggu bus kat puduraya..with keci geng...

serius ko sgt humble eventho kita tak penah jumpa...

apa pun,jgn cepat mengalah...bersabar..rezeki tu akan ada juga nanti ;)

Anonymous said...

salam peluk, cium, rindu kat akak fynn.
sabar oke.

WNRD said...

Cakap-cakap semua memang mudah.
Diam dan mendoakan lebih elok.

Tunggu janji kita untuk ke orphanage house sama-sama. Tunggu saya kahwin.

;)

Asu said...

kak fyn, saya juga pernah alami benda yg sama.tapi jgn putus harapan, sy percaya rezeki Tuhan tu akan dtg juga bila tiba masa

iffa,
pembaca

Anonymous said...

sakit macam waktu kau tahu kekasih kau sudah memadu kasih dengan pasangan baru
.................
macam mana ketika aku tahu suami masih memadu mesra dengan kekasih2 lama semasa aku terima berita hamil?
.................
tuhan menduga manusia dengan bermacam cara fynn, aku selalu tidak punya apa2, perit sabar dan payah redha itu juga yang masih menghidup aku untuk syukur; ini ujian kecil kerana sudah terlalu banyak nikmat dunia Dia beri selama ini.
Tabahkan hati, paling lama pun sehingga hari kita dipanggil.

the artist and i said...

:) serious entrinya, tapi mengingatkan ke partner sendiri.

orang lain semua nak anak, dia tak mau anak.

dia cakap, "senang-senang awak cakap sajalah saya mandul!"

:) gila.

*punyalah dia tak mau anak..

soalan tentang anak memang kdg2 merimaskan. tunggulah waktu raya ni. argh.

Anonymous said...

kak fynn.

*peluk kuatkuat*

petak daud. said...

Kak kena kuat.

petak daud. said...

Kak kena kuat.

anis said...

doa utk akk akn sentiasa ada..
walau dlm diam..
walau dlm sepi..
hnya utk akk..

ingin peluk juga..
sayang kak fynn wlu blom prnh ketemu..

anis.

anis said...

doa utk akk akn sentiasa ada..
walau dlm diam..
walau dlm sepi..
hnya utk akk..

ingin peluk juga..
sayang kak fynn wlu blom prnh ketemu..

anis.

Anonymous said...

Sabar ya kak.

Pasti ada hikmah utk akak.
Pasti ada hikmah utk sang suami.
Pasti ada hikmah semua ni.

Allah uji sebab Dia tahu akak kuat.
And i guess all people out there know that.
Kan?

Take care.

Hidup ni tak ada yang mustahil.
Miracle ada.

Wish u best of luck ever!

+syayakira

Amak said...

berapa ribu fynn? suami aku asyik mintak aku belikan je. Maklum la dah TERberjanji. wahahaha!

Anonymous said...

This few days,
dunia fynn jamal sy terokai,
dari setiap baris ayat dan kata2.

kak fynn.
sy adore.
sgt2 brsyukur krn knl fynn jamal wlu di alam maya.

dugaan bkn bru hari ni akak trima,
jd sy yakin kekuatan itu masih ada.
bergenang air mata time tgk
" puisi buat ayahnda ".
very deep,trbyg abah sy.

Semoga Allah anugerahkan kekuatan buat k.fynn dan suami.

Hann Haidar said...

hidup ini 1 jalan, teruskan sahaja jalan yang disediakan untuk kita. Tuhan itu kaya.

biELa said...

kak fynn..muahh!!
sabau byk2 ek

tp mcmane nk sabar bila org cuma cari kita hanya utk marah kita..

*eh..terlari tajuk plak..hehe*

haz said...

sakitnya hati memendam rasa...

dia ada di situ

dekat...

tapi jauh...

banyak hati nak dijaga...

biarlah...asalkan hati-hati itu bahagia...

Fawa said...

kak fynn,

always remember that Allah has always got a better plan for all of us.
jangan cakap saya memberi harapan palsu and i know a little white lies does hurt sometimes.

it's good that u could accept this fate, tapi mak saya cakap, Allah ambik yang ini, Dia bagi yang lain, dia potong yang ini, dia sambung yang lain.

so, be happy :)

Ara said...

stuju dgn kuhen des...

well said.. ;)

leeashroe said...

be strong kak!

Anonymous said...

hey gud luck babe!!!

nuyuljana said...

moga Allah memberkati kamu.

:)

mrberett said...

tuhan itu menguji pada orang yang mampu...

tabah dengan dugaan ya.

Anonymous said...

akak,
*peluk*

ringo said...

jom tadah tgn ramai2

nuridrin said...

emmm. nak jadi anak tua sangat.
tapi sama macam janji dulu.
jauh tapi dekat.
semoga molek jalan depan kakak.