Monday, August 10, 2009

semalam dan dua perkara

semalam tengok festival filem 2009.

aku tak pelik yasmin menang itu ini. orang malaysia kan suka tunjuk baik hati.
orang dah tak de, tak baik kalau tak bagi.
perhatian untuk sesiapa yang hendak dihargai:
tunggu mati.

adiknya naik pentas untuk terima anugerah dan duit beribu2 yang tidak ada makna itu. tapi, persis kakaknya, adiknya berbahasa molek menyampaikan satu dua kata. aku tidak tahu dalam hati dia, tapi secara lisan dan tubuh badan, langsung tidak diunjur apa2 bahasa kecil hati atau jauh hati berkenaan apa yang pernah terjadi.

yasmin dari dulu ralat hendak menang di festival filem sendiri. asyik menang di rumah orang tapi tidak di rumah sendiri.
jadi apa makna malaysia angkat dia selepas dia mati?

aku pernah cakap pada kawan, aku tidak akan pelik nanti akan ada siaran prima yasmin setiap sabtu. kita sudah bikin hal itu dari zaman ikan masin lagi. p ramlee dulu; sampai sudah jadi macam minta sedekah. turun naik jumpa sini sana, hendak naikmartabatkan filem kita. apa dapat? orang2 besar panggil dia kurang seposen; atau bahasa eloknya sudah tidak berapa stabil. enam jahanam lingkup, lupa terus ibu mertuaku, haram tidak mahu peduli anakku sazali.

tiba2 dia mati, dan2 ada itu ini.
teater p ramlee setiap sabtu.
jadi tan sri, anugerah ini itu.

eleh. propa.
kalau betul caranya, kenapa nasir, anaknya, pernah terpaksa angkut sampah?
nasib baik ada wartawan mulut lancang buka mulut dan bikin artikel.
kalau tidak, orang langsung tidak tahu.

p ramlee lagenda konon. pirah.

//edit: yuz kata bukan nasir yang angkut sampah. sazali. terima kasih, yuz.
tapi nasir pun kerja orang susah. berniaga tepi jalan kena hambat//

tidak ada satu minggu pun dalam malaysia ini yang tidak ada siaran filem p ramlee. tidak ada. tapi orang pejam mata. "dulu tidak ada hitam putih, jadi susahlah dik. kita pun tidak tahu macammana hendak kira royalti ini".

tuan2 dan puan2, aku realistik. aku bukan membayangkan sesuatu seperti elvis atau beatles; yang harta royalti sahaja tidak habis sampai empat generasi. tapi entahlah. macam tidak logik. anak lagenda tidak merasa untungnya.

dah kecoh cerita ini, barulah tawarkan ihsan. apakah ada maknanya?

*diam*

aku borak panjang dengan tri. aku syukur bukan aku seorang yang merasa apa aku rasa. dia, seperti aku, muak dengan perangai kita2. banyak sangat takutnya.

kan?
kita memang penakut.
hendak2 dalam bikin keputusan.
nak suka sesuatu, kena ada kawan yang setuju.
pakai baju putih bunga2 merah jambu, kawan cakap "tak kena". sanggup tukar.

atau contoh paling klasik:
kau suka sama fahmi, tapi kawan baik kau tidak berkenan sebab fahmi dikatakan ada misai. geli.
"ee.. nak ke misai bergobos tu? eww"
*kau tampal senyum perit gila, dan gelak2 sedikit sambil berkata: "ngee... ha ah la. aku pun tak suka..."; padahal kau tidak pernah kisah pun.

jadi kau cuba tutup cerita dengan penyataan:
"aku saja je... main2 lah"

main2 konon. podah.

tidak kah itu bodoh?
buatlah keputusan engkau; bertanggungjawablah pada apa2 jadi.

prinsip aku berkenaan itu jelas pada kawan2 aku. biasanya, tahu2 saja, aku dan seseorang sudah ada sesuatu. betul, perlu hidup bermasyarakat. perlu sepakat. tapi bukan sampai hilang mandat dalam keputusan yang dibuat.

orang sibuk suka filem yasmin, kau pun terus julang dia. semua saja betul.
orang sibuk kutuk filem yasmin, kau pun terus humban dia. semua jadi badigol.

aku belajar dengan tri masa awal2 aku hidup dengan dia. habiskan cerita dengan "tapi dia baik..." dan ingatkan balik apa baiknya, kemudian sebut. sebab dia kata tidak ada orang yang jahat sentiasa jahat. tidak ada orang yang baik sentiasa baik.

aku paling ingat dia kata:
"jahat macammana pun seseorang itu, bila makan kedai, dia bayar."

betul juga, kan?

kita perlu sedikit optimistik. buka kita punya paradigma yang kolot dan terperuk. terima kiri kanan setiap mauduk.

aku suka yasmin punya kerja. ada bahagiannya. di mana2 ruang aku tidak kenan, aku cakap juga. sebab mana ada orang sentiasa suka. sebab mesti ada orang selalu tidak suka kita. tapi aku tahu yasmin bukan orang macam kita2 yang senang melatah. jadi, orang tidak segan hendak luahkan kritis negatif, apalagi yang positif. sebab dia bukan orang yang kalau ditegur, terus menjawab dengan keburukan si penegur pula.

contoh:
"kau ni memang betina miang, kan? suka ambil jantan orang?"
"eleh, mak kau pun sama. aku tahu bapak kau kahwin dengan mak kau sembunyi2 belakang bini pertama"

tapi tidak boleh marah, juga.
biasalah sifat defensif ini.
semua orang begitu.
termasuk aku.

aku tak mampu jadi macam dia.

adik yasmin semalam ketika ucapan: kakak yang saya kenal, tidak pernah tidur tanpa meminta dia diampunkan tuhan atas setiap perbuatannya, sekali dengan dosa2 orang2 yang tidak faham siapa dia, kerana kita semua sekadar manusia.

masa itu, airmata aku sudah bertabur atas zarah2 wap di keliling aku.

*diam*

aku cuba lama gila untuk tidak buat entri tentang yasmin. aku malas hendak mengulang2 cerita orang. membincangkan yasmin dalam entri / perbualan sehari2 / kelas adalah trend. aku lebih suka buat muka tidak ada perasaan. entah. sikit2, aku ada rasa sayu dalam hati.

sayu sebab apa, aku tidak pasti.
entahlah.

aku tahu aku terlalu banyak dosa. yang terzahir, yang terkambus.
tapi aku juga tahu ada masanya yang aku suka berbuat kebaikan.
yang apa2 perbuatan baik, walaupun besarnya macam biji sawi, akan tetap jadi alibi aku.
aku ada keyakinan yang paling tinggi dengan janji tuhan yang dia itu maha pengampun; cuma soal yang ada adalah sempat atau tidak. itu belakang cerita.

yang aku sedihkan adalah ini. bila aku mati nanti, apakah manusia akan sibuk membikin thesis tipikal "tuhan tidak akan terima budak ini" pada jenazah aku?

siapa tidak pernah buat dosa? apa bezanya dosa engkau sama dosa dia?
dosa melancap lebih mulia dari dosa sepak kucing?
dosa memburukkan orang lebih bagus dari dosa perempuan joget?

bagi aku, mati dalam keadaan berusaha memperbaiki lebih cantik dari mati dalam menerima apa saja apa adanya. kalau aku baru tersedar dua saat tadi, dan aku pasang niat aku hendak jadi yang lebih elok bermula saat itu, namun tiba2 dilanggar lori; tidakkah manusia percaya sama magnifisinya tuhan yang maha mendengar, maha pengampun dan maha memahami?

tuhan bukan mak abah kita yang lumrahnya boleh tersinggungkan.
tuhan bukan macam manusia, yang ada hendak terasa2.
tuhan bukan jenis yang sekali kita faktap, sampai bila2 dia ungkit.
tuhan memang ada murkanya, tapi setitis air mata sesal yang ikhlas mampu memadam api neraka yang menjulang.

manusia sibuk melaung2 kasih pada tuhan.
tapi dalam hati, bersoalraguan.

buat apa?

kau minta pada tuhan sesuatu. jauh di dalam, kau goyang sendiri.
nak ke tuhan bagi? boleh ke tuhan beri?

kenapa?

*diam*

aku tahu siapa yasmin ketika aku masih budak2. umur 18 atau 20 aku tidak ingat. tapi masih dalam kategori belum kenal dunia sebenar. aku cari sana sini informasi tentang dia melalui saudara2 yang bekerja dalam seni iklan. di mata aku, yasmin kelihatan seperti mana2 makcik moden yang berkerjaya hebat di kolumpow. tapi iklan2nya terlalu cantik untuk tidak dipeduli; seperti puisi dalam bentuk gambar2 bergerak. aku suka sama dia.

maka ketika nescafe kickstart siri pertama mencari peserta, aku turutserta. impian aku kalau dapat wang hadiahnya, aku hendak jumpa yasmin ahmad dan beri duit itu pada dia. aku hendak satu projek iklannya, dan aku hendak taja dia dengan wang itu. syaratnya; aku diizinkan duduk sama dia dari mula sehingga habis setiap prosesnya.

tidak perlu ditanya, impian aku yang menyimpang dari objektif ditolak.
aku pun memang tidak pasang harap.
dah, kau tanya apa impian aku kerja aku. itulah. haha.

tapi ketika aku ditemubual untuk pra-eliminasi melalui telefon, aku digelakkan suara di hujung talian.

futnot: ketika ini yasmin bukan siapa2 lagi, cuma seorang manusia yang mencipta iklan2 hebat, selain artikel2 ouch-tapi-betul di surat khabar. jadi mempunyai adorasi terhadap seorang yang belum orang kenal adalah pelik.

"impian apa ni dik?"
"impian saya la"
"minat sangat ke sama yasmin?"
"ye la. saya nak orang nangis macam saya nangis tengok kerja dia"
"ee. awak tahu tak dia itu sebenarnya lelaki?"

aku memang terkejut pada masa itu. lebih terkejut kerana biasanya golongan sebegitu akan memilih kehidupan yang terpencil dari orang. yasmin tidak. dia tidak menidak, dia tidak mengiya. siapa suruh tidak tanya.

apa point aku?
kalau kau pernah buat buruk, lupakan sajalah hendak bikin elok.
kalau kau pernah tampar orang, kau belanjalah dia makan tiap sabtu malam, penampar yang satu itulah yang akan disebut2 sampai mayat kau bengkok.

kenapa haa?

kau siapa untuk jadi penyampai suara tuhan yang si polan itu milik neraka? mana kau tahu? tadi malam tuhan datang dalam mimpi? kalau pun kau kata ada mimpi nabi, yakin mana kau dia itu benar2 bukan iblis keji?

manusia.

nampak Timah dah berhenti menyundal, kita cakap "eleh".
nampak Timah bercakap dengan kawan kerja, kita cakap "kan aku dah cakap; kalau dah sundal tu sundal juga".
nampak Timah jadi pendiam, kita cakap "alah, tuari ada sekali aku nampak dia borak dengan Azam. dia berlakon je lebih"

selagi timah2 itu belum pindah rumah kau, duduk hadap muka kau, suap makan kau, selagi tu pendosa2 seperti timah itu belum baik di mata kau. besar pangkat kau nak orang mintak sign untuk hidup.

haih...

*diam*

semalam tengok filem murah bernama pensil.

m.subash telah kembalikan cinta aku pada industri penghikayatan. siapa belum tonton pensil, kau memang berada dalam kerugian yang nyata. serius. dia sekarang di satu tangga lebih atas dari yasmin.

kalau kau rasa air tangan yasmin ahmad itu magis, kau betul. sebab kebanyakan scene yang dia bikin (walaupun) fiksyen dan direka2, pengolahannya realistik.
it's not a bad thing.

tapi kamon. aku jujur tidak pernah lagi jumpa sesiapa yang ada mak abah dansing tango pakai seluar dalam sempit dan batik kemban semata2, sambil disaksikan orang gaji. tapi dek kerana pelakon2nya mantap dan tidak menganggap situasi itu menjanggalkan, scene itu menjadi. itu yang aku rasa. kau tidak perlu rasa apa aku rasa.

rasa aku: air tangan m.subash adalah kehidupan hari2. noktah. kau akan nampak nenek kau atau abah kau atau adik lelaki kau dalam cerita2 dia. makcik bedah becok tidak semestinya ada sentil. manisah yang ramai peminat dalam kampung tidak semestinya ada bujur wajah macam erra fazira. joned sewel tidak perlu makan sampah untuk beritahu dia gila.

tapi aku tahu, m.subash perlu mati dulu baru malaysia akan angkat dia ke langit.

peduli apa dia itu dulu cikgu kimia.
peduli apa dia itu dulu penceramah motivasi.
peduli apa dia itu boleh menari klasikal india.
peduli apa dia punya pengarahan bagus.
peduli apa dia punya lakonan mengkesima.
peduli apa dia punya anugerah itu ini;

dia tetap biasa2 selagi belum mati.

*haih*

yasmin, kau mungkin ada celanya,
tapi ilmu hidup kau pada orang itu jariah.
dan selagi setiapnya dipakailama,
pahala kau moga2 ditokoktambah.

terima kasih kerana memberi kesan pada hidup aku.


ps:
siapa tidak ada kesempatan mendapatkan pensil;
tengok di sini. blogspot cik sharimie ini macam kilang drama filem.
http://sharimietv.blogspot.com/2008/10/pensil-2008.html


aku dah lama tidak terhenjut2 menangis ketika tonton filem melayu.
aku doa dia P Ramlee era aku.

m subash abdullah, terima kasih.




38 comments:

AinNur Haris said...

emm.. dua bulan lepas sudah membeli DVD Pensil.. tp belum berkesempatan menontonnya.. harap2nya bila terluang nanti Pensil akan berikan SAYA sesuatu..

yasmin ahmad itu manusia lagenda.. :)

[siti] said...

ya.. saya masih ingat huja keroncong di akustik night itu. malam kamu naik sheikh panjat2 kusi.

mmg ada soul. sbb itu Yasmin like it.

madumerahjambu said...

salam kak fynn..
entri kak fynn yang ini banyak buat saya berfikir dan merenung diri saya sendiri..
buat saya sedar yang kita manusia ini tidak sempurna..
tidak payah asyik mengata silap orang kalau diri sendiri bukannya elok mane..

Liq Lerman said...

setuju dgn apa yg di perkatakan..
org malaysia memang mcm tuh..
dulu kutuk yasmin bagai nak rak..
buat filem terlalu open
bila dia dah tiada
pulun la kata semua filem yasmin hebat2

orang malaysia tetap malaysia

y u z said...

maaf ya fynn,sekadar membetulkan.

Allahyarham nasir p.ramlee tidak pernah bekerja mengangkut sampah.tapi biasa berniaga di tepi jalan dan dihambat penguatkuasa. selepas itu baru ditawar bekerja di Istana Budaya sehingga hujung hayatnya.yang bekerja dengan alam flora itu sazali.

tentang yasmin,
saya enggan hirau betul tidak dia itu benar perempuan,lelaki atau khunsa.hanya saya rasa,tidak ramai yang lebih menghargai nilai budinya dia.

sibuk benar dengan kuman di seberang laut.ish.

sHEmA_sHImoT:D said...

kak fynn kamu memang berani melantangkan suara...
i like!!

"dosa melancap lagi besar dari dosa sepak kucing"

ayt paling dsyat aku pernah dengar;p

aisyahusein said...

kakak,
kite tengok pensil hari pertama dia keluar panggung. dengan adik kita yang tingkatan dua. dalam panggung tgv klcc itu waktu kami nonton, hanya ada enam orang. - kita dan adik, seorang emak dan anak perempuannya, dan sepasang couple. ok, tak tau lah kalau couple itu memang betol- betol nak tgk filem pensil tu atau ade projek lain lah akan (berdasarkan apa yang selalu kita nampak dalam panggung cite-cite yang tak laku, couple datang untuk buat filem sendiri) haha, ok baik sangka, dorg memang minat filem malaysia rasanya.


orang cakap, "aku tak men r tgk cite melayu kat panggung!"

tapi kite ape kire? tengok sebab nak tau orang kite bile lagi boleh berubah jangan buat sesuatu yang jengkel dan membodohkan org lain (merujuk filem razak mohaideen). dan ya, m subash sangat tinggi dan jauh dari itu.

bagus benar pensil tu, tapi orang kita kan tanak tengok cite melayu, so karya suci gaya ini abes terlepas pandang.

lagi satu,
kakak ini benar macam mak kite. tulisan nya sama dengan gaya cerita mak berhikayat. mak itu kalau baik orang, dia panjang2kan, tapi kalau buruk orang, dia diamkan. sebab itu, lepas mak disakiti, aku terus ke puisitepijalan ini , bagi ubat hati aku yang mak aku masih sihat jiwanya dan hatinya.

dan tiap kali aku rindu mak tapi aku tanak pulang sebab aku tanak derhaka sama ayah, aku akan datang blog kakak lama- lama. konon aku mencium emak tak mau lepas.
aku gila.


tapi aku tau kakak faham.


terima kasih bagi aku sayu, sekurang- kurangnya, aku pelihara biadap aku bila baca blog sini.

tengok, aku sudah banjir.

Along said...

well said, fynn.
:)

Sarah said...

The late Yasmin, a very great great great producer. She really have touched many people's heart. She is just really amazing.
Even her ads can make me cry. She's just great. Nothing more i can say other then Yasmin, a one great producer.

Will really miss her kan fynn

KAK RAINBOW said...

oooo adakah org malaysia mmg begitu. harapnya org malaysia dpt mengubah persepsi pendapat di takauk lama dlm era yg baru ini. sememangnya karya yasmin bagus2 belaka.

fynn jamal said...

cik yuz,

mungkin yang saya baca itu surat khabar tabloid kot. tapi saya memang ingat membebe; panjang ketika baca keratan itu; rasanya dekat 10 tahun lepas.

tapi agaknya saya tersalah pandang. atau wartawan itu temberang.

yang pasti, nasir pernah hidup melarat juga.

haih. sedih, kan.

~ChEnTa~ said...

beb.
yang angkut sampah tu sazali, anak angkat p ramlee.
angkut sampah kat kajang.
nasir meninggal disember tahun lepas.
dia tu susah bila part nak mintak royalti ayahnya.asyik turun-naik pejabat.

marmarn said...

am found u modest violet, in my journey of blog hopping :)
plethora of thoughts that mesmerized the emotions. u vomit such beautiful stanza of angers, hatreds, loves and humility. the reflections evoke the excruciating pain. u see the beauty of imperfections to succumb the perfections.
haishhh... suka benar nih!

petak daud. said...

Kalau orang cakap salah,ikut.
Kalau orang cakap betul,turut.

Bila kita nak jadi diri sendiri.?

Apa yang Kak Fynn cakap,betul.P.Ramlee dan Yasmin Ahmad,idola PETAK.Dan dari karya mereka lah,PETAK cuba mencipta filem pendek sendiri.Eksperimen untuk menjadi terbaik.

Bukan poyo.Dari mula PETAK dengar Balada Jiwa Perempuan Gila,idola dalam diri PETAK dah semakin bertambah.:))

Kalau sudi,tengok hasil tangan PETAK di blogspot ya.Ada satu dua puisi pendek lembik.:))

Sufy said...

hurm, berani la awk ni..gud2..tp betul la, owg msia memamg mcm tuu..da hilang d bumi baru nak hargai..hurm, yg lain no komen..

Anonymous said...

yang kelakarnye kan kak, bila yasmin dah takda, ada orang-orang yang tak pernah nak tengok movie karya yasmin pun sibuk2 nak ransack movie dia yang terawal hingga lah yang terakhir, pastu claim diri dorang tu peminat lah apa lah yasmin the legend lah and all.

sama macam MJ dulu juga. sana sini kedai muzik sibuk nak pasang lagu dia juga.

y u z said...

my dear fynn,

saya tidak salahkan kamu,saya dapat tahu pun sebab saya pernah mengajar anak-anaknya arwah nasir dulu; si zakaria dan zaidee.

kalau kita sedih kerana nasir hidup melarat, kita harus hirau nasib anak-anaknya yang tidak tertanggung kehebatan Allahyarham datuknya - p.ramlee.

saya pernah menulis mengenai mereka, ingin juga tahu pandangan dari fynn sebagai pendidik dan kawan-kawan lain di sini. sudi-sudikan ya. =)

http://ceritaceriticerutu.blogspot.com/2008/12/anaknya-pramlee.html

MOMMY CGG said...

cayalh fynn:)
i like:)
memang betulun..
apa nak kata lagi
malaysia sinonim dengan makan budi...tunjuk baik & hipokrasi:)
cakap dari hati..:)

teruskan menulis:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kak Yasmin hebat. Aku kagum dengan dia. dengan semangat dia. dia mengubah persepsi aku pada filem. pada masyarakat dan membentuk aku menjadi diri ini.

Pensil sudah ditonton. Pergi emnjauh pada mereka yang tidak mengerti tentang makna disebaliknya.

Zara.
http://shafaza-zara.blogspot.com

lisz. said...

pensil is just superb!
touching habes..

Marina Ina said...

Kakak. Baca pula tulisan saya tentang arwah.

Sekuel kakak.

=)

Fareeza Suhaimi said...

Salam. Seronok baca - did i mention this is my first time reading? yeah. Semua pendapat very fair, tak tokok tambah and tak judgemental.

Yasmin, semoga rohnya dicucuri rahmat. Semua tu kerja tuhan. Memang betul.

Pensil, memang antara filem terbaik yang dihasilkan walaupun orang tak kenal m.subash. Tengok last year masa zaman diploma (skang dh dgree) dgn kawan2 kt studio uitm berbekalkan bantal untuk tekup muke malu nangis...ni bukan nangis sikit2..nangis betul! Badrul, very inspiring. Disabled tak bermakna kene merayu meminta-minta. Rasa diri kita ni mengada-ngada nak itu ini, give up cepat sgt - cube tgk badrul. looking forward to watch m.subash's next movie. Tak lama lagi rasanya.

Kak Fynn, frm today onwards, i'll be your regular reader! Bestlah!
Cheers.

Farah Rosni said...

pensil. saya mennagis tgk cerita tu.

biELa said...

kdg2 kak fynn ada byk perkataan utk siniskan dunia..apa rhsia?

kalau boleh saya mahu semua org baca entri ini. sebab entri ini betul2 best utk mereka sedar.

Unknown said...

akak cakap

"dosa melancap lagi besar dari dosa sepak kucing"

word of the day

Ayyman Rahim said...

Ala, tak tengok lagi Pensil. Btw, yang Harith joget dengan Ida sampai tinggal seluar dalam tu agak terkejut sebab tak sangka ada cerita Melayu macamtu. Tapi come on, kita kena buka mata, takkan selamanya kita nak dengar cerita family rebut harta family semua macamtu. Klise.


Pasal Yasmin Ahmad, bukan nak mengikut trend, tapi agak terasa pemergian dia. Kita memang tak kenal dia dan dia bukan siapa-siapa bagi kita, tapi dia bagai ada dalam diri kita.


Kak, you hebat!
:)

ayobkelubi said...

setuju.

sehelai kertas putih, bila ada titik hitam kecik,titik hitam tu lah yang manusia akan nampak dulu.

selalu begitu.

SayaBudakPemalas said...

Skang ada cenel khas untuk Yasmin di Astro. Baru perasan 2 hari yg lepas.

Bila asek tgk filem2 dan kisah2 yasmin, rasa sebak taktau nape.

Kata dia, filem2 dia hanya utk tunjukkn kaseh syg dia pada ibu ayah.

Kata dia, stakat kata "org syg mak, org syg ayah" tak memberi kesan.

Kata dia lg, dia buat filem bukan utk dipertandingkan, dibandingkan dan dikritik tapi untuk membahagiakn ibu dan ayah dia.

mie said...

selalu baca blog ini.
jarang tinggal pesan.
hanya untuk muhasabah diri.
hrmm..
terima kasih kenalkan PENSIL.
tak pernah dengar pun sebelum ne.
tapi sekali tengok.
saya da banjir.
thanxx.

era said...

aku hanya knali fynn jamal di satu ruang di 8tv...
jujur...
aku mungkin poyo pabila aku seorg pmint ko sejak menontonnye..
namun..
aku x bedek..
bile aku ckp karya ko buat prkr
yg smue org tau jd lebih difahami lebih mndlm..

Sang Perwira said...

tah, tak tahu nak mula kan dari mana ke mana.

banyak benda yang sy tak puas hati pasal anugerah anugerah apa jadah ni semua. entah, rasa tak puas hati dan rasa memnuak-buak nak bunuh semua orang.

yang paling tak fair lah bg sy anugerah utk thn ni, pelakon harapan menang dpt RM10 ribu. padahal si pelakon harapan tu baru berapa tahun je dlm industri ni.

bebek sy yang dh leboh 50 tahun dlm industri, dan dapat anugerah khas pelakon veteran wanita, hanya dpt RM5 ribu.

patut ke?
rasa tak langsung. sebab dia dah umur 76 thn, lebih otai dr semua pelakon yang mcm si aflin shauki konon nya nk jadi mcm si p.ramlee.

sudah lah..

ni sy baru cerita pasal duit. belum lg sy cerita pasal kedudukan artis2 veteran yang di sabah masa hari tu.

ye, artis2 baru semua nya duduk di depan, konon nya market lah. artis veteran nya, semua nya duduk tang belakang sekali, entah mcm mna lah diaorg hargai, artis2 veteran kita ni.

bak kata nenek sy

"mentang2 kita dah senja, angsung tak hormat kita."

bila salah sorang artis veteren dah mati, baru lah nak hilang sebutir bintang, hilang apa tu apa ni.

bila p.ramlee dh tak ada, baru nk bg dato, tansri apa jadah tu semua.

padahal si mati bukan nya tahu.

dah lah, penat je ckp. diaorg bkn nya phm.

semua nya nak market lebih je.
so, bg sy, semua ni habuk je.

hesh, rasa mcm lari topik je..

Sang Perwira said...

kalau ada slah eja tu, buat2 paham dah lah yeee.

sbb keyboard sy ni, dh smpai tk nmpk hurup nye.

hehe

SNA said...

sy tgk pensil tu, mse thun sudah..

memang sy nanges mse part yg last tu..
ksian sgt kt dia..

tp kwn2 sy x suke tgk, dia kate,
crite melayu ni lembab..

bg sy, nilai n moral tu yg pnting..
bia la lembab cmne pn..

kn kak fynn~ :)

SNA said...

kak fynn,
saya tahu sesuatu yg kita kena faham,

HEBATnya kita, dilihat diakhir hidup kita...bukan di permulaan dan tidak ditengah-tengah...

untuk menjadikan kita, hambanya yang lebih bersyukur..biarlah akhirnya nanti, HEBAT kita tu, dilihat Tuhan..

[~maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan~]

lel said...

betul2
selalu macam tu
dah mati baru nak hargai
sampai bukak channel khas kat astro
macamlah dia boleh bangun dan cakap tenkiu
bagi award macamla dia boleh datang ambik dan cakap tenkiu lagi lagi dan lagi

skomelala :) said...

m.subash?
die bkn stakat cikgu die mcm ayah kpd kiteorg.
die taw psl hidup.
die taw ap org suke.die taw handle situasi.
die ta pnh amik kesah psl hina caci org ke die.
die minat islam then msok islam.smue student die suke.
tringat die kate. 'pelik knape org islam ta rmai beria-ia nk ke tanah suci tp die yg ta islam nk pergi sgt kt sne'
tringat bile tgk 1sr show pensil die bwk student die peg.then wlaupon die bkn islam die ttp pgl ustaz utk mrasmikan tayangan 2.
salute sme die.
kak fyn m.subash?
d real man d one and only.
tanx cz ad jgk org yg amk taw bout my sir pny film.
slalu bile suh org tgk smue pndh rendah.
cant waited 4 his next film..jgn lupe tgk k?
ad satu film about his own life ;)
now agk lege bile dgr dr mulot k.fyn. tanx ;)

johan adam said...

pensil mmg bes.
pe cite dgn c.i.u.m tu ek?

Anonymous said...

1. Yasmin Ahmad mmg sesuatu. Tak payah peduli siapa dia. apa asalnya. karyanya buat mata dah terbuka. tp, tu laa..dah tak ada, baru nak terhegeh2 dijulang setingginya..

She's really something.

2.Pensil.. Ya..sekian lama mahu menonton, baru terlampias niat. Sejak tanam azam mahu menonton, dah rasa yg Pensil juga adalah sesuatu. Realiti kehidupan.

Tahniah juga buat M Subash..