Thursday, August 13, 2009

bantu rumah kita

http://youth4a.bettermalaysia.com/speaker-profiles/

jauh langkah aku.
sampai ke situ.
segan pun ada.
layakkah aku untuk ini semua.

kadang2 rasa macam kelakar.

bila imah jerit engkau orang kosong, bolong dan rentung,
ada pula si jijah pegang jari kau untuk disanjung.

bukankah itu bikin engkau jadi keliru?

kau jadi tidak pasti.
siapa engkau yang sebenarnya dalam hati?
apakah engkau manusia elok?
atau apa mungkin engkau peruk?

cikgu suruh engkau lukis gambar dengan tajuk "rumah saya".
kau ambil pena warna-warni dan lorek kotak dengan segitiga sebagai atap. bubuhkan matahari dan seekor kucing di depan pintu oren.
kau ambil kertas itu dan hulurkan pada cikgu itu, dan dia kata "bagusnya ina! cantik sekali".
tapi kau dengar saiful ketawa besar sambil mengejek: "ha ha rumah dia senget".

pujian cikgu itu untuk jaga hati, mungkin.
kejian saiful itu untuk sakit hati, mungkin.
yang mana yang betul?
yang mana buat tenang?
lukisan itu indah atau gondol?
mampukah bohong beri rasa menang?

kemudian kau khabarkan sedih jiwa pada bunda di rumah. "saiful ejek saya". bunda bilang, "tidak apa. kita jangan buat begitu, tuhan marah". kita diam. dalam hati, kita harap tuhan balas dia.

soalannya sampai bila?

dia sakitkan hati kau, kau minta tuhan balaskan.
kau gembira dia dapat habuan.
dia sakit hati kita puas, dia munta tuhan ganjarkan.
dia gembira kita dapat balasan.
pusing pusing pusing pusing.

dunia penuh dendam.
jijik.

*diam*

apa2 sajalah.
yang penting, aku akan cuba jadi jujur pada hari ini:



------
This dual-language forum, for youth and by youth, intends to showcase young Malaysians who are making Malaysia a better place to younger Malaysians who are looking to do the same.

Accomplished Malaysian youth from various sectors will provide insight, guidance and networking opportunities to Malaysians only a few years younger than them, in the hope of building relationships and bonds that will result in a stronger, more united group of young people empowered to continuously improve Malaysia.

The forum also hopes to bridge the widening gap between Malaysians who study in different countries overseas and local students by providing a shared opportunity to exchange views and better understand diverse perspectives.

Venue:
Sunway University College, Main hall
Auditorium 7 – Level 2, South East Building

Date:
Sunday, August 16t
h

Time:
9.00am – 6.30pm

------


aku betul2 ikhlas hendak tolong selamatkan kita.
we need a better life.
a better place.
a better feel.

something better.

tuhan kata sesiapa saja boleh bawa perubahan. aku harap keji2 aku, ada juga moleknya.
semoga aku diingat demi ikhlas yang aku ada.
sedikit mana pun ia.

12 comments:

joegrimjow said...

tak boleh datg lagi
ishhh

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

-_-"

huwaa..teringin pergi kak~

Unknown said...

word of the day

"bila imah jerit engkau orang kosong, bolong dan rentung,
ada pula si jijah pegang jari kau untuk disanjung."

haish

marmarn said...

scoring points for passion and persistence between the lines and the highway lies the danger and the safety :)
try honesty!

Sue Anna Joe said...

Paling rock. Hancur anak muda, hancur. Hahahaha.

All the best dearest, harap-harap lebih banyak lagi talk-talk macam ni anda akan lakukan!

ISMI HAFIZAH RASHIDI said...

:( sy pg dbp
wargh! mane satu nk pg niii

sarah meay.snm said...

boleh pergi ke? kena bayar tak?

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

pusing-pusing-pusing..
tak mahu tapi terpaksa.terkena sekali tapi tak apa,kot?

memang dunia penuh dendam.hesh..

arfasyrf said...

lawati blog ini.
hanya bingkisan tak seberapa yang ingin sekali berkata-kata bagaikan pujangga..

notakakibesi.blogspot.com

Anonymous said...

kena bayar tak?
kalo kena,how much?
nak sangat tgk kak fynn perform.
suka kamu.

fynn jamal said...

smua percuma.

Jing Pei said...

I must say that I am extremely happy to have you on board. You represent a voice that we do not hear much from day-to-day...