Tuesday, August 4, 2009

imej; dan refleksi yang sebenarnya

belajar

kau rasa orang fikir kau baik bila:
kau buat assignment tepat pada masanya; susah bagaimana dan mustahil bagaimana pun jua.
tapi di belakang, orang nampak engkau: budak skema / si lurus bendul.

kau rasa orang fikir kau kena pijak bila:
kau buat assignment tepat pada masanya, dan Laila datang cerita tentang emaknya sakit, lalu kau izinkan dia menumpang nama.
tapi di belakang, orang nampak engkau: bodoh. siapa suruh percaya?

kau rasa orang fikir kau gempak bila:
kau tak buat assignment, tapi nasib baik Anis percaya cerita emak kau sakit dibuat orang kat kampung, lalu tumpangkan nama kau pada kertas kerjanya.
tapi di belakang, orang nampak engkau: keling parya. cakap putar alam. kaki belit.

kau rasa orang fikir kau aniaya orang bila:
kau tumpang nama pada assignment Anis, tapi markah kau lebih tinggi dari dia.
tapi di belakang, orang nampak engkau: terrer giler dapat buat Anis yang skema itu percaya kat kau.

-----

kerja

kau rasa orang fikir kau baik bila:
kau buat kerja Ahmad, dan Ahmad yang dapat nama.
tapi di belakang, orang nampak engkau: mangsa baru untuk buat kerja mereka pula.

kau rasa orang fikir kau kena pijak bila:
kau buat kerja Ahmad, dan Rashid pulak minta kau buat kerja dia.
tapi di belakang, orang nampak engkau: merbahaya sebab boss akan nampak betapa engkau efisyen; bermakna kau akan pantas naik dari mereka.

kau rasa orang fikir kau gempak bila:
kau tak buat kerja kau, dan tiap2 bulan gaji kau tetap ada.
tapi di belakang, orang nampak engkau: kawan yang paling perlu dijaga. mereka perlukan kambing hitam untuk disembelih kalau datang masanya karier mereka di atas kepastian yang tiada. lagi teruk kerja kau, lagi besar point mereka.

kau rasa orang fikir kau aniaya orang bila:
kau tak buat kerja kau, dan Tipah kena buang kerja.
tapi di belakang, orang nampak engkau: kenal bomoh mana2; maka mereka takkan berani berkata apa2.

-----

hidup

kau rasa orang fikir kau comel bila:
kau gelak dengan 'hihihihi' sambil menutup2 bibir dari membahak ketawa.
tapi di belakang, orang nampak engkau: gedik. tidak ada maknanya kalau sambil menutup2 bibir, kau mencubit2 peha kaum bukan sejantina.

kau rasa orang fikir kau ganas bila:
kau gelak dengan 'hahaha' sambil buat muka "aku fak pompuan gedik".
tapi di belakang, orang nampak engkau: macam sundal. menggelabah tak memasal. kalau kau gedik tidak apa pula.

kau rasa orang fikir kau kool bila:
kau gelak sikit2, ketawa pun berpada2. kau lagi suka melihat dan mendengar dari membiarkan mulut kau terbuka.
tapi di belakang, orang nampak engkau: sombong. eleh, cantik sangat ke?

kau rasa orang fikir kau sundal bila:
kau buat muka ikut hati kau punya suka. kau ketawa bila kelakar. kau senyap bila sedih. kau bakar rokok dengan gagah, kau hembus dengan tenang. kau buat muka sial pada semua orang kecuali kawan2 kau sendiri.
tapi di belakang, orang nampak engkau: berlakon je lebih. orang nampak kau ketap bibir masa member kau cerita sayu. orang nampak la. muka je pecah rumah; hati dalam penuh pokok bunga.

-----

kau rasa orang fikir kau kyutt / manja / somel macam butang bila:
kau nak bayar dan kau senget2kan kepala depan muka suami aku,
kau banyakkan perkataan "alaaaaaaaaaaaaaaa" yang dileweh2kan,
kau pintal2 tudung hijau kau dan kau tumbuk2 meja kaunter dengan lemah lembut,
dan kau ulang2 memuncung2kan bibir seperti itik di kolam ikan.

tapi di belakang, aku nampak engkau: keciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik jek.

-----

moral hari ini:
kadang2, penat kita fikir siapa kita di mata orang,
rupa2nya jauh dari realitinya.
jangan pedulikan fikir orang.
tidak ada makna.

kalau ikhlas, itu lebih utama.
kalau orang salah fahamnya, nak kata apa?

dik non tudung hijau, tidak apa.
buatlah apa kau suka.
densingla sampai pagi...

ps:
kau datang lagi sekali,
aku comolot laki aku depan kau.
:)

26 comments:

adilahalim ; said...

omg kak fynn, selambe lah comolot! seriously dila gelak gilaa time bace part ending. haha,sian je minah-tudung-hijau tu. nak ngorat abg tri er ? ceh!

Ayyman Rahim said...

Ini best, ini pengertian yang sebenarnya :)

y u z said...

sambil menulis ini,mesti tengah ketap2 bibir dan gigi kan.

[geram...geram]

nakal fynn ni.

AzwaZynal said...

this one sgt besh!
saya suka blog anda!!
seolah2 punya perjalanan yang serupa tapi tak sama.
malangnya saya tak pandai menterjemahkan mcm fynn buat.
hahaha. :)

A. Asyraf said...

comolot blom cukup kot wat gadis-tudung-hijau 2 muntah.
ha9~

jiwa kacau said...

"kau rasa orang fikir kau kyutt / manja / somel macam butang...."

fynn...butang comel ke?? haha!!!

Elmi said...

wahaha siapa si tudung hijau tu ? bak datang , biar soh miraj settle. haha

Anonymous said...

kau datang lagi sekali,
aku comolot laki aku depan kau.
:)

~ending yg best....hihihi..hebat la fynn

antibiotic said...

hahahah....mcm sial ar, aku bce gelak2....
memg pndai bab sindir2 org akk ni...
aku ske...hihihihihi
kdai soto akk mne ea,aku cri x jmpe2 pn dkt2 uia 2...dpn nilai squre ke..??

CAHAYA MATA said...

hehehee..
lepas comolot dgn tri.. comolot dgn dia plak.. tgk hijau tak muka dia lepas tu..!! hahahaha..

:)

nadia burn said...

hahahaah terbaeeekk....

ili syazwani said...

comel la pulak bila ko jeles.

bekam said...

kasi sama dia pilem depan mata...

Para Jamaludin said...

para suka bait2 cemolot itu. haha.

para penat dengan hati orang. tuhan bagi hati sorang satu, jaga masing2 punya sudahlah. tuhan bagi akal sorang satu, fikir yang sendiri fikir aja cukuplah.

wa syg kau kak fynn. tapi tak cemolot sgt la. haha

anisz said...

salam singgah... misi mendapatkan 100hits

missyonne said...

hohohoh.

kakak saye jeles!

:p

winkwink ;p

♥ sOFIa ♥ said...

dia pakai tudung hijau je ke selalu?

ngahahaha :P

joegrimjow said...

kene jaga body supya sentiasa mantap di sisi tri
hehe

. p i s e y . said...

kamu hebat kak fynn =)

ahmad fauzi said...

fynn jamal cakap.

"kau rasa orang fikir kau sundal bila:
kau buat muka ikut hati kau punya suka. kau ketawa bila kelakar. kau senyap bila sedih. kau bakar rokok dengan gagah, kau hembus dengan tenang. kau buat muka sial pada semua orang kecuali kawan2 kau sendiri.
tapi di belakang, orang nampak engkau: berlakon je lebih. orang nampak kau ketap bibir masa member kau cerita sayu. orang nampak la. muka je pecah rumah; hati dalam penuh pokok bunga."

bedebek!
kena atas kepala
hahaha

sarah meay. snm said...

bila dia datang kasitau sarah
nak tgk kakak belasah dia dengan comolot abg tri
lalalala

fatimahnajihah said...

whahha best gile ;)

sHEmA_sHImoT:D said...

mmang hijau la gadis tudung hijau 2 kalau die bace ni kak fynn..giler lucu!

Doly Johan said...

fyn..aku pun kena seperti kamu..
aku dengan suami pergi kedai jam..
mahu betulkan tali jam..
awek kedai jam tu sikit punya manja cara nak ambil jam dari suami aku..
aku tengok dari jauh..
hati sudah panas menggelegak..
aku datang dekat suami aku pegang tangan peluk dari belakang..
tergamam awek tuh..
nasib aku tak paku kepala awek tu..

ainee si ketua pari2 said...

bongek je k.fynn ni bley lak ciomolot..
bhahahah!!

*ainee gelak guling2

xerutaN Dir said...

hahaha... i smell jealousy...