Monday, April 14, 2008

rasa bodoh yang membahagiakan

pada usia aku 17 tahun, aku dipulaukan kawan2 yang telah bersama2 dari umur 13 tahun.

tahun lepasnya, aku telah dilantik menjadi ketua biro asrama. atas alasan aku seorang yang selalu naik namanya di meja disiplin, terlalu banyak masalah.

dan di tahun terakhir sekolah menengah, satu operasi spotcheck besar2an telah diadakan. telah aku cuba menjadi pemberi amaran pada kawan2. ketika operasi itu pun, ramai yang aku selamatkan.

seorang teman pengawas telah mengantulkan barang haram pada guru. dan dia jual nama aku pada kawan2 yang lain, mengatakan aku menjadi anjing guru disiplin.

aku tidak terkejut.

tapi, kawan2 yang sudah kenal isi hati aku, keluarga aku dan hidup aku percaya si bangsat itu bulat2.

sepanjang tahun, sehingga SPM tamat, aku tidak punya sesiapa.
aku hilang kawan2 begitu sahaja.

ambil sembahyang di surau dikeji2 "anjing". belajar di prep dimaki "babi". pelbagai bahasa asrama yang tipikal dilempar pada muka aku. seluruh tingkatan kecuali 12 pelajar yang memang tidak mahu masuk campur memboikot kewujudan aku.

aku sekadar diam.
dan senyum.

siksaan mental berterusan sehingga habis SPM. sedikit2, ramai sudah mula lupa2kan. sudah membiarkan. melainkan teman sama2 nakal yang telah aku kira sebagai adik beradik itu. mereka tidak sudi langsung menegur aku.

yang lain2 merasakan diri mereka lebih mulia, mula melayan aku sedikit2, dengan fikiran "aku maafkan saja dia ini".

padahal di situasinya, memang aku tidak lakukan apa pun.

ketika hari keputusan SPM keluar, teman rapat aku mula bertegur2. mungkin lama sgt tidak ketemu. mereka sudah mula menanam "ah. maafkan saja dia ini".

selang beberapa bulan, ketika reunion pertama, mereka bertanya.

A: sebenarnya kenapa kau sanggup jual kawan2 engkau?
aku: bila?
B: jgn buat2 tidak tahulah. alah. sudah lepas. marilah cerita2.
aku: ye lah. bila?
A: mlm operasi.
aku: bukan aku.
C: jgn bohonglah.
aku: sumpah demi tuhan.
A: habis siapa?
aku: si Z.
B: bohong.
aku: kenapa?
C: kalau bukan kau, kenapa tidak katakan?
aku: pernah kau tanya?
A: kau tak pernah cakap!
aku: 5 tahun berkawan, berkongsi lauk di dalam mulut, mandi bersama, tidur sebantal. kau lebih percaya orang. buat apa aku gaduh2.
B: habis, selama ini?
aku: kalau kau tgh marah, aku kata apa kau takkan mahu dengar, kan?
A: kenapa...?
aku: biarlah. sudah lepas.

sudah lepas.

dan di Pantai Batu Layar itu, mereka menangis2 meminta maaf. aku mengalirkan airmata setitik dua juga. memujuk mereka, katakan "tidak ada apa2".

bodoh, kah?

di satu peristiwa lain, ketika aku baru 10 tahun, along curi penyembur cat berwarna biru laut dari rumah jiran. diambil basikal aku lalu disembur dengan warna itu, kelihatan begitu cacat bercapuk2.

aku melalak2 sedih, sayang kerana basikal itu aku jaga seperti seorang kawan. kerana di usia itu, hanya aku yang masih memakai basikal bmx kecil, tak seperti org lain yang sudah ada basikal tinggi. aku tidak sampai hati mahu minta baru, aku tahu abah sedang menyimpan wang utk wang mak sakit.

abah yang baru pulang dari kerja terus menghambat along. dia tahu itu kerja anak lelakinya.

ketika abang aku itu dibelasah, aku berlari ke depan along, aku katakan aku yang suruh along catkan basikal aku. kerana aku benci dan malu dengan basikal itu.

akhirnya aku dibantai seorang.

bodoh juga, kan?

apa mungkin sama peristiwa2 membodohkan diri itu dengan sekarang? bila aku tahu menanti pulang si matahari yang sudah jauh dari kesudian menyinar aku ini suatu yang amat terang memalukan diri sendiri?

kau mau tau apa sebenarnya aku rasa?

aku rasa bangga, kerana di dalam hati, aku tahu aku punya kekuatan yang orang takkan bisa mengerti. kekuatan yang dipandang sebagai koboohan. biarlah. panggillah apa saja, aku bangga punya rasa yang aku rasa.

walau kawan2 sekolah aku tidak ingat kekejaman mereka dulu.
walau along aku tidak pernah ingat sebatan yang aku sambut untuknya dulu.
walau matahari sudah tidak mahu ingat pada cinta aku dulu2.

aku bahagia begini.

6 comments:

marhaen vintaj said...

fynn..
kamu buat aku menitik air mata lagi.
*tabah

kdang kala berdiam diri dan membiarkan sahaja adalah jalan terbaik, agar hati tidak terlalu memberontak kerna dihasut minda dan pikiran yang terus terusan mengukir ingatan...

y u z said...

yang selalu penuh merasa Cinta,
jarang akan menerima Cinta...
sepenuh yang mereka telah relakan demi senyum bahagia orang lain.

terus tega fynn!

Eamy said...

sy

masih disini

setiap hari

membaca kisah kamu

merenung setiap patah kata

menghadam setiap peristiwa

Anonymous said...

Sesungguhnya kita tidak perlu meminta orang mengingati ape yg kite telah buat, ape yg kite korbankan..
seperti apa yg ibu bapa kite telah buat untuk kita..
Allah tidak suka hambaNYA yang begitu...
Cukup dengan kite berdoa agar ape yg kite buat mendapat Rahmat dan Keredhaan..
Memang sedih mengenangkan nasib kite begitu...
Tetapi Allah takkan mensia-siakan setiap ibadah yang dibuat...Ikhlas dan Redha...
Balasan yang baik tetap ade..cuma dengan cara yang berlainan..Percaya pada ALLAH..
Kisah yang baik untuk dikongsi bersama tetapi asyik mengingatinya..tak baik itu...

*EMM*

WNA said...

sedih :(

kamu sangat tabah fynn.

Anonymous said...

pwto me... semua pengalaman pahit, buduh, huduh dan keji di masa lampau itu membuat macam mana kita di hari ini...

dalam kata lain... without all those experience you wont be as strong as you are today kan kak fynn...???

walaupun sume tue pahit.. tapi ia mengajar kita supaya kita lagi bagus dan matang...