Friday, April 11, 2008

mencari naga.

"jangan suka salahkan diri sendiri, fynn"
-matahari.

suatu kisah:

aku baru berusia 11 tahun 4 bulan. teringin jaga mak di hospital besar. tiap2 minggu, dari kota tinggi, johor, sebaik sahaja habis sekolah hari jumaat, abah bersama aku dan adik akan ke kuala lumpur. emak ditahan sudah berbulan2. dan di setiap ahad tengah malam, kami pulang semula ke rumah. yang di setiap subuh isnin itu, akan aku terus ke sekolah.

pada malam itu, di bulan disember, ketika aku ditinggal seorang menjaga mak yang sudah tidak boleh bangun tanpa kerusi roda dek kanser, mak kejutkan aku di satu tengah malam.

"mak nak gi toilet, angah..."

aku yang masih anak kecil, tertonggeng2 membantu mak ke kerusi roda. mak boleh gerak sedikit2 saja. dengan mata yang tidak mahu dibuka, aku tolak mak kerusi roda itu menyusur jalan ke jamban.

entah bagaimana, sedar2, mak sudah tergolek. aku terlelap.

berderau nyawa aku. bantu mak bangun. bawa ke tandas, mak kata "tak apa. jangan sedih. tidak apa". aku menangis takut dimarah abah.

esoknya, doktor bilang, emak sudah tidak mampu bangkit lagi melainkan tangan dan bahu ke atas. dan doktor kata: bawalah pulang dia ini. kami tidak mampu buat apa2 lagi. tulang belakangnya sudah menghancur.

abah masih tidak tahu sampai ke hari ini.
mak pesan jgn ckp sama abah. mak suruh aku janji.

kau bayangkan apa aku rasa selama aku hidup sehinga hari ini.

......

tidak sampai berapa minggu, di bulan januari, mak pergi.

malam itu aku menangis2 tidak mahu tidur rumah. aku mahu tidur di hospital. abah tidak kasi. kakak mak sudah hendak pulang ke rumahnya. abah suruh hantar.

aku kata tidak mahu.
aku hendak tidur sama mak.

emak panggil aku. dia kata "pergilah. mak kan tidur sini. mak tak pergi mana2"

lepas dimarah abah kerana degil, aku ikut menghantar makngah. dengan hati tidak ikhlas. aku sandar di belakang van, diam. tidak mahu berbual dengan sesiapa. merajuk dengan abah dan mak.

sampai rumah sendiri, aku tidur dengan airmata.

tengah malam, telefon berbunyi. rumah terlalu gelap. atuk yang dalam meraba2 mencari gagang terpecahkan gelas minum yang ada di tepi tv. klise yang terang. satu rumah sudah menangis. semua tidak mahu angkat telefon.

moksu gagahkan diri menjawab panggilan.

tidak sampai 30 minit, doktor kami yang duduk di sebelah rumah datang dan membawa kami ke katil putih mak.

mak sedang nazak.

*ya allah, kuatkan jari2 aku untuk meluah cerita ini*

maaf, airmata sedang menderu sekarang ini.

itu kali pertama aku lihat seseorang sedang bertentang sama maut. dan kali pertama itu adalah ibunda aku sendiri. betapa kejam.

matanya melihat kami. dimatikan perjalanan pandangannya pada wajah abah. aku masih ingat airmatanya yang mengalir di tepi wajah, di celah kulit antara mata dan pipi, sambil melafaz cinta pada abah, meminta ampun kerana tidak dapat terus menemannya.

wajah abah adalah wajah terakhir yang ditatap. kemudian dia terus melihat ke atas siling, perlahan2. seolah kami yang berlalu. seperti kami yang pergi darinya malam itu.

dan aku takkan mungkin bisa lupa, di matanya yang sudah terlekat pada atas, dia merayu sambil menangis:

"abang, nanti dulu abang. abang tunggu Aya. jangan pergi, abang" merayu separuh menjerit.

kau bayang perasaan aku. anak yang sedang berdiri paling rapat padanya ketika itu. melihat ibunya merayu2 begitu.

abah tidak berhenti memujuk "abang ada sini, sayang... ada...."
suara abah tersekat2, matanya dipaksa dibuka walau dibutakan dengan airmata yang jahat tidak mahu berhenti.

atok moksu semua sibuk menyuruh mak mengucap.

aku di situ menyaksikan satu cinta yang agung dan indah terkubur.
naga sedang melimpas.
dan aku teringin naga itu.

mak pergi jam 1:50 pagi 15 januari 1994.

doktor2 dan jururawat2 di hospital semua kawan2 kami, kerana mak jururawat di situ.
dan tiada seorang doktor pun mahu tampil untuk mengesahkan kematian beliau.

semua tidak mahu.

"Mak Miah dah tiada, angah." CAKAPLAH!! aku boleh terima. abah boleh terima. semua boleh terima. cakap sahaja!!!

dr emelin gagahkan diri. pergi ke mak, membuat segala protokol dan mengumumkan kematian mak. dan dia terus pengsan.

kau bayangkan apa rasa aku di waktu itu.

......

kali itu, buat pertamanya, aku mandikan jenazah mak.

melihat dia dibersihkan. dikafan. dibungkus. mcmlah dia itu satu bungkusan untuk dihantar2 ke mana2.

ketika mencium dahinya, aku rasa lembik dan tak mampu. rasa mahu meminta orang bungkuskan aku sekali. bawa bersama. tapi aku terpandang abah yang sedang duduk terjelepuk di hujung rumah. tidak berbunyi dari malam tadinya.

aku bisik pada mak "angah akan jaga abah, mak..."

dan ketika mak sudah di liang lahad itu, tiba2 aku rasa tewas. terus mahu terjun masuk. orang2 kampung memegang aku yang sudah naik hantu. meraung menangis, bagai tidak punya agama.

apalah yang aku faham tentang redha.

"kenapa tanam mak...?"
hanya itu yang mampu aku katakan bila sudah lembik dipasak orang ke tanah.

......

abah kuncikan diri dalam bilik berbulan2 lama. cuma keluar untuk memberi duit kantin. dan membeli makanan untuk aku dan adik. along di asrama.

abah hidup macam mati.
aku hidup untuk melihat abah hidup walaupun macam mati.

adik masih budak. tidak mengerti. esok paginya sudah berlari main kejar2.

abah masih menangis walaupun sudah terlalu lama mak pergi.
dan hingga hari ini, selepas 14 tahun, tidak boleh langsung menyebut nama mak.

kerana dia akan terus lembik, menangis dan merindu.
macam aidilfitri tahun ini, bila aku tanya "abah, emak itu bagaimana orangnya?"
kerana aku tidak ingat banyak tentangnya, melainkan dia yang sedang terlantar di katilnya.

dan abah terus menggigil, pergi ke dapur, konon2 mahu mencuci tangan. tiba2 tercangkung2 menangis. cakap sudah tidak berbutir. mengongoi macam anak kecil.

dan berdua itu, jauh dari org lain, dia cuma kata:
"dia cinta abah"

tuhan... mana naga aku...?

20 comments:

hanee said...

terima kasih fynn.
seolah-olah peristiwa itu menari-nari di depan mata saya.

cinta untuk kita ada fynn. cuma blum ketemu.

bulan. said...

Tuhan syg kamu.percayalah.
*sudah tidak terungkap kata2.

nota.kematian said...

kehilangan itu sangat memedihkan memeritkan...

menghadapi saat mahu kehilangan seolah nyawaku turut ditarik sama...

perit, pedih dan sakit yang teramat...

weirdwEEda said...

kamu tabah fynn..teruskan ketabahan itu..

akucali said...

airmataku turut jahat mengalir deras. tabah ya kak fynn.

alip said...

membace kisah ini teringatkan pemergian ayahanda ku sendiri...

walaupun pemergiannya bukan ke ramahtullah... tetapi... ianya buat selama-lamanya...
sedih tetap ada...

setiap pertemuan itu tetap akan ada perpisahan... apa yang penting kita perlu hadapinya dengan penuh kesabaran...

ini semua cabaran yang dtng dr NYA... steady kak fynn!! masih byk yang menyayangi anda di sini...

adinda anne said...

belum pernah merasa,bagaimana peritnya satu kehilangan.

membaca kisah ini saja airmata ini sudah mengalir deras.
bila tiba saat saya yg harus menghadapi bagaimana agaknya?

kamu tabah,sungguh.
kagum dengan kekuatan kamu,kak fynn.
semoga kekuatan itu akan terus ada dlm diri kakak.

[siti] said...

1994... kita darjah 6 kan?

saya kini sudah besar. dewasa. ayah saya masuk hospital. saya menangis. dan menangis.

mungkin kerna saya tidak pernah rasa bagaimana hilang orang tersayang.. ayah dan ibu. dan tidak rasa mahu hilang mereka.

semua bikin hati saya kental menepis cinta yang menyakitkan. apa mahu jadi, sudah tiada pujuk lagi. ikut suka lah. yang penting ayah ibu masih di sisi.

pinta kamu beri sedikit kekuatan kamu pada saya bisa? meski teriring gila atau sewel, saya terima saja.

a l a n said...

fynn...nasib kita sama...kuat fynn

syuxx said...

aku seperti merasa apa yang kamu rasa kak fynn.
kita merancang, tuhan yang tentukan.

syah saliman said...

bagaikan aku ada disitu melihatkan kejadian itu berlaku *

kak fynn,Tuhan itu Maha Adil.
Dia akan memberi dugaan pada tipa-tiap manusia itu berdasarkan tahap ketahanannya.walau kakak rasa kakak lemah dan tewas,igt,pasti boleh lawan.kerana itu janji Tuhan.
tidak akan beri dugaan yang tidak mampu di lawan oleh hamba-Nya.

kuat ya kakfynn,naga kamu melihat kamu dari atas sana.
dan ramai yang sayangkan kakak di sini.

SYFNS said...

sy juga terasa mahu menangis
bila membaca entri ini.
kuat ya kak fynn. :')

ami___ said...

kak fynn, kita sama. cuma saya kehilangan ayahanda kepada kanser ketika berumur 13 tahun..

QUYA said...

kak fynn..kuatkan semangat mu kak..
kita punya kesah yg sama..
kecuali aku kehilangan bunda tika umur ku br 9thn..
pemergiannya secara mengejut kak..
dan tika itu,aku seakan akan hilang punca kak..
kerna dia segala gala nya kak..
doa kan kesejahteraan ke atas roh nya..

purplechoc said...

cinta itu agung.
*saya kehilangan kata2*

nature said...

Sungguh Besar Dugaan kamu...TABAH ya'

arkhaios said...

aku kelu.

Anonymous said...

menangis masa membaca entri ini,
cinta diantara mak dan ayah,
anak dan mak,
anak dan ayah..

sedih =(


-ribena bulat-

DR. ALIA said...

-ALLAH xkn mguji sstu yg x terdaya kita lalui..

-syukurlah, nanti pasti DIA tambah!

*senyum*

gandakan ketabahan ya!
[nk rse bkawan ngn kak fynn]

Anonymous said...

kak fynn!!

sedih baca entry ni.

*air mata mengalir*


..."dia cinta abah"...

sedih sedih



ND85