Tuesday, April 15, 2008

redah redang

mlm ini, aku dan didi akan gerak ke terengganu.
esok pagi akan sampai ke pulau redang, hendaknya.

berdua.

bagus sgt. dua org hati ranap mencari bahagia di labuhnya sang matahari, di pantai kosong.

kenapa memilih hari kerja? kerana memang mahu pergi ke tempat kosong. sekosong hati kami. sesunyi rasa hati. berbekal cuma 300 yang dibayar di agensi, kami mahu lihat apa akan jadi.

kawan2 sudah ckp, kamu bosan nanti.
biarlah. memang itu hendak kami.

tidak ada kamera slr. tidak ada internet. tidak ada apa2 kemudahan. cuma bilik kecil untuk kami berdua. berbual tentang keranapan, kekosongan.

pasti sedih. pasti rasa hanyut. tapi biarlah. sama saja dengan rasa di kuala lumpur ini.

bahaya, semoga kau jauh.
kasihanlah kami yang sudah terpenyek ini.

harap sangat sebelum pergi ini dapat ketemu matahari, mengucup jarinya dan mengucap selamt tinggal. meminta maaf mengganggu hidupnya, memohon semoga dia terus bahagia di dunianya. dan semoga aku tidak pulang terus ke tanah yang sama dipijaknya di sini.

kerana kalaulah dia tahu, aku ini menghirup nafas dari setiap tapak yang ditinggalkan, dengan rasa puas dan sentosa.

ah, betapa loser.
betapa membahagia.

pernah hampir mati di laut, ketika kecil. hanyut. disebabkan itu aku tidak langsung bisa meredah ombak. terus mabuk. tp ah, peduli apa. harung sahaja.

mahukah matahari melambai aku malam ini?
perlukah aku khabarkan yang aku mahu diselamat pergi?

aku kira, cukuplah aku berpaut pada fantasi sendiri, membayang dia datang ke stesen nanti, mengucap pesan di telinga dengan lafaz penuh bermakna:

"hati2, mami. di tempat orang, jangan lupa-alpa."
"sms selalu ya?
"papa sayang mami."
membelai rambut, melihat ke anak mata dengan rasa peduli.

*diam dua minit*

HAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.
as if.

teman2 blogger yang sangat manis, doa aku selamat. aku akan hilang hingga rabu depan.
assalamualaikum.

8 comments:

weirdwEEda said...

yup..selamat pergi dan selamat kemabli dengan selamat..

nota.kematian said...

*senyum lebar lebar
*angkat tangan lambai lambai.

selamat semuanya...

Anonymous said...

Waaahhh...Bestnyer..
Bole join ngak..
Serabutan mau pitam dgn keje ini...

Amira Zafirah said...

awww. i'm gonna miss you kak fynn. have a safe journey okay.

p/s: jgn diharap sgt akan matahari mengatakan sesuatu yg indah. sprti sy berharap pd si dia. mlm sy akn ke asutralia, dia sms sy, katakan bnd yg wjib. lsg hti mkin ranap.

AzizulHafiz said...

salam singgah.. :)

moga anda gembira disana..

msYuz said...

~ akan rindu suara hati kamu!

=)

wendy said...

Aku doakan yang baik2 sahaja..
pergilah fynn..hiburkan hatimu yg lara itu..

syuxx said...

selamat jalan dengan selamat miss fynn. mesti akan rindu dgn segala tulisan kamu di sini.

just feeling the same like you miss fynn. harap agar si dia tahu betapa rindu nya pada si dia. tapi malangnya, dia macam buat tak tahu. *sighh