Wednesday, April 23, 2008

kepada sekalian anonymous.

1) aku lacur diri tanpa harga, sebab aku ranap
2) ketika kecil aku pernah didera arwah pakcik
3) makanan kegemaran aku adalah roti bakar
4) aku pernah terfikir untuk terjun di tengah2 sesak, untuk mati berkecai
5) aku hafal setiap nombor telefon dalam mobile aku
6) SPM aku hancur
7) Abang aku jual dadah, ganja, ice dan heroin
8) warna paling aku suka adalah merah darah
9) aku selalu terjaga tengah malam dan menangis
10) aku kaki mencuri seluar dalam kawan2

aku boleh tulis macam2, dan kau yang membaca bisa percaya bulat2. boleh quote dan tampal di web kalian, mula menyebarkan kisah teori kenapa setiap penyataan aku itu tertulis di puisitepijalan.

dan kau takkan tahu kebenarannya.

menulis di blog adalah satu kebebasan yang buta2. betul, di sini tidak ada cikgu hamidah menanda tatabaca engkau, tidak ada abah engkau untuk mengetahui kisah2 kelab malam engkau, tidak ada kawan kelas yang akan menyebarkan perihal seks bebas engkau.

tapi itulah. bila sudah terlalu bebas utk berlepas mulut --

*diam*

sekadar pseudokan nama, mengaburkan butir diri, di internet, engkau jadi lancang celupar berhebah. memang hebat.

heh, kalau berani, jadi aku lah! terang2 menulis di bawah nama sendiri.

aku tulis entri ini untuk sang pembenci. yang lahir tanpa alat perembes air kencing, mungkin, kerana tidak mahu memberitahu dirinya siapa.

hello, tolong berambus.

teringat juga pesan shuxx yang minta aku memberi pendapat ttg kejadian yang jadi pada teman2 Hujan di jb tempoh hari.

jawapan aku: pembenci itu bersepah2. takkan bisa dibunuh, kerana mereka seolah tentera virus yang tak mahu mati. bunuh satu, seekor hidup. berganti2.

(masuk ttg hujan *spesifiknya noh* sedikit)

mereka benci noh kerana tanpa segan silu dan tanpa kebijaksaan diplomatik para politikus, noh menyelar budaya minum arak dan homoseksual dari atas pentas2nya. ditambah konon2 terlalu itu ini begitu begini.

maka dia dibenci hina segala.

kalau dia mau rokstar kah, apa kah; setakat hari ini, masih dia mencium tangan aku setiap kali berjumpa. memberi salam, mengucap hello di setiapnya, di mana2. maka, lantaklah alegasi itu.

tapi kalau alasan homofobik dan anti-arak itu dilelong2 sebagai tidak sensitif, ini ucapan aku: kepala bapak kau.

15 tahun dulu, di sekolah agama, ketika ustaz aku perihalkan yang di akhir zaman nanti, zina akan terjadi di tepi jalan dan tidak dipedulikan, aku cuma gelakkan. aku kata: takkanlah ada orang sanggup begitu2 di depan orang?

itu dulu.
noktah.

malas cakap banyak. kuat sajalah, noh.

noh adalah salah seorang pemuzik yang aku sangat hormat. berapa orang yang CUBA nak sembahyang penuh dewasa ini? kalau ada pun, bila keluar ke klcc, lepak sama kawan2, terbang. jama' taqdim apa, jama' takyah ada la.

tapi noh, ke mana pun dia pergi, pukul berapa pun gig yang dia janji, sembahyangnya tetap. aku hormat dia. engkau tak rasa orang begitu sudah mula lenyap atas bumi ni?

jangan silap faham, bukan pula dia sembahyang terang2 depan orang. biasa dia hilang begitu2 sahaja. jumpa balik, dia di dalam, tgh solat. sama dgn adik renjers aku lagi sorang, si fadhlee. cinta sekali aku pada adik2 aku itu.

sejuk hati.
aku bila lagi?

apa anak2 kita ni masih hidup di zaman 90an, yang di dalam gig masih perlu dan kool untuk minum arak dan hirup dadah? dude, itu zaman aru ketika dia masih di koffinkanser. ini zaman gig bersih la bodoh.

tolong ada otak sikit, boleh?

kembali pada tulisan bohong2 di internet. sesiapa saja boleh tulis apa2. aku boleh cipta blog baru, khas untuk track engkau2, dan mengutuk sepuas2nya.

- weh betina, kenapa kau mcm perempuan miang haa? komen gedik2 mcm kedarat jantan?
- hei budak, kenapa kau curik tulisan aku haa? kau nak tiru tulisan aku, kau dapat apa?
- hoi bahalol, kenapa kau tak reti nak jdi normal kat web haa? asyik nak flirting saja?
- woih brengsek, kenapa kau tak berhenti2 mintak nombor telefon org aa? kau tak paham ke kau tak menarik?

sekian, contohnya.

penat la. penat. kalau benci, luahkan dengan kekuatan keberanian. cakap engkau siapa. terus terang. kalau tidak ada kudrat, diamkan. tunggu orang lain kata untuk kamu. maksudnya engkau bukan fikir hal itu seorang.

maaf. terlalu penat dengan para anonymous.
nak lock, malas. sebab tak semua kawan saya ada id blogspot.
kadang2 mereka nak komen juga.

aku benci org2 seperti itu.
apa kau fikir menjadi tak bernama itu menjaga hati?
tak mahu bergaduh?

dan kalau kau rasa kau ada rasa percaya pada 10 perkaa di atas itu, sesungguhnya kau brengsek kerana tak kenal aku.

benci.
kan dah kena marah.

33 comments:

Amira Zafirah said...

go kak fynn go !

Mr_Aries said...

entry yg sangat lek lek cool walau baru singgah buat waktu yang sangat julung kali. mintak izin utk masukkan dalam list aku. bleh?

y u z said...

waduhhh hangat berapi!

bila kita kata - yg penting niat kita Tuhan jua tahu, terus masih ada yg letak label "ah lagak tak senonoh begitu dgn baju tersingkap harus hancur dalam kubur diranap tulang-belulangnya!"

hello, yg pandai sibuk2 mencerca itu lagi maksum dari Muhammad SAW kah? sedang ustazah di sekolah saya pun bila meminjam barang sukar amat nak dikembalikan atau terus MIA dan tak ketahuan. sedang dia sibuk menjenguk studio saya bila masuk waktu Zohor, konon jgn biar anak2 leka dan lengah solat. mentang2 aku ini tudungnya singkat banyak dari dia dan lebih liberal dgn anak2 yg selesa bekerja di studio sambil meladen muzik.

siapapun yg cuba menghakimi - lantakkan. itu cuma salak anjing cuma dia belum letih. selagi dijawab lagi itu dia suka menyalak dan melolong lagi. what the ***K!

tri said...

baru aku terasa hinanya aku.. akanku lagukan ia nnt.. k.

terangkan lagi keterangan tu fynn.. hidupmu akan dipulihkan.. 'light will guide you home' petikan lagu fix you - coldplay.

SayaBudakPemalas said...

cayalah sis!! pedulikan mereka yang terlalu sensitif walopun saya tak kenal kak fynn :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
marhaen vintaj said...

satu saja, bila mana menghadapi semua ini,
ah, persetankan, tuhan itu lagi ketahui semuanya.

Anonymous said...

betollah kak fin.i've been in australia for a while,and mat saleh2 kat sana kagum dengan agama kita yang lain dari lain.so sad melayu2 kat sini nak ikot org sana.menghalalkan gay ,arak eveything.


and the saddest part is,kutuk each other.that's sooo saddd.

Hanafiah Ghazali said...

itu namanya bodoh tolol adik beradik bodoh sombong satu kaum dengan bingai cacai.. kerja mereka-mereka ini memuji yang haram memfitnah yang wajib mengutuk mengeji konon mereka terbaik.. elok disula campak dalam kandang buaya.. apa Islam tu tak kool ke? tengok Raihan, kool giler sampai buat show kat Albert Hall, tak payah bising-bising... satu dunia dah round dah jual album padahal dulu budak marketing warner sorang pun taknak jual album diorang..

ainfazrin said...

sesetengah orang ni mmg tak sedar yang kerja hukum menghukum ni semua kerja Orang Atas.

silap diri sendiri pun tak terhisab, sibuk nak pertikai orang lain.

kesian yang tak bernama.tak kenal diri sendiri selama ni rupanya.

anyway,awesome entry, kak fynn! =)

Anonymous said...

i'm so sick of these people playing God. meng'anonymous'kan diri and serang hendap tu lagi pengecut and macam haram. tapi ye la..people like this, they won't budge. ooppsss..."people"? i mean, "creatures" like them won't budge. so anggap je la menatang2 tu sebagai makhluk2 hodoh dan bodoh yang kurang dapat perhtian.

[siti] said...

1. anonymous are cowards. enuff said.

2. I've heard bout Hujan, and Noh's homophobic's statement. Wallawei.. nowadays if u dun say yes to homo, salah ek? apa mau jadi.. lagi mau fak fak tgh2 show kan. konon sbb cintakan indie scene.. but do they ever tot that.. let say the authority banned all indie gigs for these stupid fak thing, is it still the authorities fault? for not allowing u to fak performers during gig. tu semua ikut hati tak ikut otak.

*i'm not a Raingers, nor do i love indie bands (my passions are over photography, fine arts and writings).. but still... the JB incident need not happen again la. jangan burukkan reputasi indie scene.

3. i dun believe in that 10 ke 11 perkara tu eh? cz u didn't memorize my hp number. miahahahaha.

just my few cents.

Hanna Rabittah said...

hehehhe. hamek kau encik2,puan2,akak2,gay2, pakcik2 anonymous.

nurulafiqah :) said...

cyalah kak fynn..
saya menanti nanti sesorang membuat ulasan seperti ini.
afta baca macam macam dekat blog sapa sapa ntah.
sebab mereka yang kata hujan macam tu, dah buang tebiat nak mampos agaknya!!
cool-supa-dupa entry oke?!

the loco's said...

bagus...
aku harap miss fynn dapat sadarkan mereka..
aku harap kepada sekalian anonymous...
sedar2 la...
miss fynn sedang mengamuk...

*peace*

Eamy said...

merayau2 di internet

selalu terjumpa tulisan yg sama

kamu pny tulisan di plagiat sukahati

bodoh!

benci si pemplagiat!

itu kata hati org lah..kamu?

xder hati sendiri kah..

hidup fynn!




*peluk cium ukt kamu

Eamy said...

merayau2 di internet

selalu terjumpa tulisan yg sama

kamu pny tulisan di plagiat sukahati

bodoh!

benci si pemplagiat!

itu kata hati org lah..kamu?

xder hati sendiri kah..

hidup fynn!




*peluk cium ukt kamu

Anonymous said...

orang yg bersalah sll guna anonymous & nama tak tentu hala.
mungkin benar juga meraka takda "alat perembes air kencing". haha.

& yang pasal hujan. kalau mereka bilang noh bad attitude, yg tunjuk jari tengah tu "so-good" attiutde sgt kh?

Itu lah dia akhir zaman. Yang haram dia cuba halalkan, yg halal dia provokasi kan.

p/s: btw, it "syuxx" bkn "shuxx". Hehe ^^V

http://dfi.speakerz.net/2008/04/21/hujan-get-fcuked-in-jb/

Anonymous said...

uhh.. this is what i call jealousy..!!

nah ney bukan nak jilat punggung sesiape or anything such.. tetapi.. bila orng dh jealous ngan kejayaan ataupun or kebolehan seseorang... mulalah segala caci maki dikeluar kan.. segala fitnah2 diludahkan... segala kata-kata kesat dilemparkan...

anonymous... baguskan ade bende tue... jadi mengutuk-mengutuk dari jauh dan menyorok punggung pengecut mereka itu...!!!

neway to kak fynn...
biarkan mereka hidup didalam tempurung kecil mereka dengan pendapat mereka sendiri dan hiduplah dengan kepercayaan dan pendirian sendiri...

weirdwEEda said...

marah benar..hehe

Anonymous said...

manusia akhir zaman..
hanya golongan bodoh meng-halal-kan perbuatan gay,les,bla2...

apa kaitan meng-fuck hujan dgn menyelamatkan indie scene??
ALASAN BODOH!
bego,tulul,bangang.

BIAR HUJAN MAKIN LEBAT!
HIDUP HUJAN!

-MiNt- said...

yay fynn!!
Ingat pergi menunjuk "fcuk" ke hujan tu baik sangat..
Memula tu agak terpengaruh juga,tetapi lpas mmbaca entry fynn,jd makin suka sama hujan!!
yay!

Anonymous said...

hai kak fynn, dah lama saya tak jenguk blog kak fynn ni. kali ni bagi komen tak guna account blogspot. :)

saya dah banyak ketinggalan. sempat jugak membaca beberapa entri yg lepas.

memang susah bila ada mangkuk hayun mcm ni. kita harap blog dpt menjadi tempat privasi kita, tapi mangkuk2 yg mcm ni selalu spoil.

sb inilah saya berhenti berblog. terlalu pening kepala dengan mangkuk2 bernamakan anonymous ni.

pedulik kan homo2 tu. kita tahu siapa yg dipihak benar.

Anonymous said...

terlupa pulak nak letak nama lps komen td. tak psl2 jd anonymous jgk. :P

- izza

Anonymous said...

gay is the new pink. isn't that what they've been cheering around now?

amer zaman said...

aku mengenali kau melalui layar tanchap.

kau unik

kalau betul apa yang kaukata tentang noh, aku mulai hormat kepadanya.

SaifulBashrie said...

yeah stuju seratus peratus...

sory im new reader in ur blog..world peace..hiyakkk...

hari5ahaja said...

1st blogstar yg aku jumpa-tidak rosak akidah.tq

Jamie said...

I love the way you think (: And it's true. Haters hate for the sake of standing out. Some kind of strange modern instinct to want to stand out for some sort of recognition.

Anonymous said...

Kak Fynn, best giler lar blog akak yg ni. Perkataan2 yg akak gune sume pedas2. But biar ar kan? Biar sape yg anti sgt ngan hujan 2 rase pedas sikit. Ntah ape yg dorg jealous sgt ngan hujan pown x tau lar. Akak backup dorg habis-habisan, mewakili sume RAINGERS kat m'sia ni. Wa caya sama lu. Kalau akak senang2, jumpe ngan 4 mamat yg best 2, kirim salam kat dorg yek? Especially Noh. :)

Hanis Zalikha said...

hello fynn. i like your blog. cara you express yourself. straightforward but deep. this blog was nominated for anugerah belog best from one of my dear readers, and you deserve it. congrats :)

CoklatChips said...

Style..

Mohd Faheem Md Yid said...

Dear Kak Fynn,

I am Faheem, a Malaysian, living in Dublin, Ireland. I dont really understand what happens in Malaysia after I watch 'moron's video in youtube regarding the matter. Come on guys, here in Europe, European always says the best attitude and politeness is Malaysian. Good job for you guys who really bring message through your songs, concerts and gigs.

What I can do far from Malaysia is always PRAY THE BEST for all people who strive for ALLAH and His Religion (Islam) especially to you, HUJAN, the crew and The Ummah.

He will always help people who 24/7 remember about Him. (This is His, The Almighty promise)

Good Luck!!!