Tuesday, April 1, 2008

kepada estrella.

kepada estrella:

menjadi seorang pensyarah adalah suatu karier yang sgt biasa. lebih2 lagi menjadi seorang pensyarah yang sekadar mengajar aturan asas seperti syntax dan grammar. nama lain yang lebih terkenal adalah cikgu.

kenapa saya suka menjadi pensyarah?

satu: kerja yang mudah. tidak susah. sekejapan.
dua: gaji yang tidak mahal, tidak sedikit.
tiga: punya bilik sendiri. bukan kubikel.
empat: cuti banyak. gaji tetap masuk.

yang paling sebenarnya, saya cinta mensyarah kerana saya sukakan orang.

melihat perawakan dan sifat2. tambahan pula semua pelajar saya adalah dari serata dunia: afghan, rusia, morocco, arab saudi, segenap pelusuk. budaya kita berbeda2, dan budaya itu suatu yang cantik.

di situ, di hadapan kelas, saya di pangkal mata anak2 murid saya. setakat ini, tidak pernah sekali pun saya lihat anak murid saya terlelap / tertidur / berbual. mungkin mereka takut sama saya, tp saya rasa, mereka benar2 suka sama saya.

tiada apa yg lebih membahagiakan selain merasa begitu memberi makna kepada orang lain.
dan di depan itu, saya segalanya bagi mereka.
(selain dr info utk periksa final. haha)

kenapa saya suka mensyarah?

mungkin juga kerana saya suka membebel. suka melawak. suka bercerita. suka dipandang kerana fikiran saya.

entahlah.

betul. ramai pensyarah lain yang tidak selesa dengan pensyarah berbaju kurung dan converse rock. acapkali dipanggil ke bilik dekan, dimarah ditegur kerana terlalu berbeza. tapi di setiap itu juga, tiada modal selain perwatakan saya yang tidak tipikal. keputusan murid2 saya sentiasa bagus. jadi mereka tidak bisa berkata banyak.

itu yg penting.

bagaimana anak2 murid saya bisa jatuh hati sama saya?

kerana saya tidak pernah terlalu keras untuk silibus. saya bicara politik, pengetahuan am, agama, segala. dan saya bualkan bukan dari sebelah pihak. tidak pernah terlalu ekstrim. tiada hipokrasi. kerana, seperti yang selalu saya bicarakan pada mereka, tiada manusia sempurna.

sedang dalam agama pun ada mazhab2nya, siapa kita untuk melabel2 sesama manusia.

tidak susah menjadi seorang pensyarah, estrella.
yang pahit adalah politiknya.

sama seperti politik sekolah rendah bila semua orang mahu menjadi pengawas. semata kerana rasa gah.

saya sedar saya bukan manusia sempurna. ada pasang surutnya. ada gila sewelnya. tapi yang sentiasa saya pastikan, di dalam kelas itu, saya akan seragamkan profesionaliti saya.

kerana saya pendidik.
dan mengajar adalah passion saya.

masalahnya:
saya tidak mampu mendidik diri sendiri.

*senyum pat posen*

8 comments:

y u z said...

hehe.

*sambil baca dan tilik diri sendiri*

silibus cuma garis pandu,bagaimana mahu memutar bicara dan cerita janji anak2 senang dan faham - InsyaAllah.

bila kita ikhlas,semuanya akan jadi indah.apapun tahniah kerana keputusan anak2 didik bagus2. tahun ini first baby saya - SPM batch yg pertama 100% sudah ditatang sejak 2006 mereka di tingkatan tiga.musim 2007 kelulusan utk subjek saya sudah cecah 99%.musim 2008 ini?huu...

*gigit jari*

marhaen vintaj said...

manusia dinilai dan menilai, itu lumrah.
mengkritik dan memberi komentar, siapa siapa pun tahu dan mahir,

tetapi membaiki diri, membangun diri, dan membina diri,
semua itu bukan perkara yang mudah...

melihat bibir bibir mereka menutur bait kata,
seolah olah seperti menuguk secawan kopi o tanpa gula,
mengusik perasaan namun sedikit pahit. huh~

aiXat.MR said...

mahu jd pensyarah juga lah..

katahatianakrazali said...

haish best nya kalo jadi student sis kan...

meh meh jdi lecturer dkt MMU Melaka under Faculty of Engneering...ngehehehe....=)

haneejane said...

kamu buat saya senyum fynn.
sudah lama saya tidak tilik rupa saya sebagai cikgu.
fynn, jadi cikgu sekolah rendah seronok!
saya juga cikgu grammar.
salah tetap saya cubit. tapi entahlah mereka boleh menerima cara saya.
saya pukul, saya marah, saya merajuk. tapi mereka tetap dekat dengan saya.
saya suka jadi cikgu!

Anonymous said...

kagum sama kamu...
apa saja yg kita buat, yg ptg niat...ikhlas itu penting..

pandai masak pun kalu tak ikhlas mesti tak sedap kan?
Betul tak? Cuba masak dgn muka masam mencuka, marah2.. compare masak dgn senyuman sampai ke telinga...60cent..hati riang gembira...hehe...

Rase dia totally diff kan..
So keep it up!!

Shaira Amira said...

kakak.. mcm mana nk check kalau saya diterima masuk ke UIA?

hakir rahman said...

suka lihat muka anak-anak murid,lebih suka lagi bila tahu bahawa yang disampaikan bisa mengubah mereka kalaupun tidak banyak, sedikit pun jadilah.