rumah kosong. kucing2 sudah berada lebih 300km jauhnya. didi tidak lagi pulang. arm dan ocham bersama ezane sdg berjimba menonton wayang. fatin tiada mood.
aku di rumah kosong.
lewat ini lebih lima org teman2 punya masalah bapa yang gatal. bertahun, berdekad mengharung badai, menongkah dugaan, tapi tewas juga pada gadis muda alias janda alias perempuan miang (pilihlah mana2)
kenapa?
kecurangan itu memang sgt keji. tapi pernah ada yang tanya, setakat teman bualan di internet itu curangkah? sekadar bual2 kosong tentang awan dan telur goreng di sms itu curangkah? bagaimana pembahagian meritnya?
jangan tak tahu, lelaki2 ganyut sekarang ramai yang celik IT.
dan di banyak kes itu, sang perempuan yang menangis di sinki, mencari silap diri. sang perempuan juga mengunci diri di belakang pintu, tak mahu anak tahu, tak mahu dirisau kerisauan hati yang dikira cukup untuk membeban dirinya seorang.
ah sang perempuan.
bajingan sekali lelaki2 sebegitu, yang sudah dilumrahkan dengan penjualan diri secara murahan. tak pernah, tidak sekali pun, lelaki2 sebegitu dipersalah terang2an.
"perempuan kalau peramah adalah hampir kepada sundal"
"lelaki kalau peramah itu lelaki manis"
"biasalah lelaki ramah, saja mengusik"
"perempuan peramah itu begitu murah, semua disapanya"
seksis.
"stok bini" berbeza dgn "stok awek"
dasar kejam.
kenapa lelaki2 berperangai seperti itu tidak peduli dipandang jijik? ye benar, ada perempuan laknat dan curang di luar sana. tapi bahana yang diterima jauh lebih dahsyat dari respon kepada sang suami miang.
perempuan2 curang dihambat keluar, dimaki jiran, dicaci saudara.
lelaki2 dayus sekadar digeleng kepala dan tetap, sang isteri pula dipujuk, "sabarlah, piah..."
sikap lelaki2 miang ini aku berani katakan takkan luput. kalau dari muda sudah mula, tak usah haraplah mahu diubah.
haih..
aku bertuah kerana punya abah yang begitu tinggi fahaman cintanya. seperti dia meminta pencen awal semata untuk tidur hari2 di sebelah katil arwah mak yang sudah berbulan tidak bisa bangkit. seperti dia dengan ibu sekarang yang tak pernah mahu berjauhan walau sehari. makan di luar pun dia tidak suka, semuanya "mana ibu, ngah?"
cantik. padahal abah jauh lebih kacak dari bunda yang biasa2 saja. tapi asalkan ada masa lapang, dia suka melepak di makmal hospital bunda, berborak tentang kayu jati, tentang kebun cili, tentang perkara2 bodoh yang tidak relevan.
masih aku ingat, ketika kecil dahulu, ketika arwah mak masih ada, selalu mereka hilang. pakcik2 sentiasa tanya, "mak abah awak mana, ngah?" terpaksalah kami cari, dan biasanya jumpa mereka di belakang pokok sedang gurau2, di dapur, sedang main2 simbah air.
definasi cinta abah itu jelas.
cinta itu memberi kasih, berkongsi sayang.
*diam*
siapa kata aku baik? aku rapat dgn ocham dan arm. bila pada haknya aku harus memberi fokus pada amy. malangnya dia tiada, sibuk dengan kerja. kelakar, aku pula disuruh terus menyibukkan diri dengan kawan2. mungkin dia kasihan aku sunyi.
umur sudah mahu masuk 26. cepatlah jodoh, aku sudah malas hidup begini. aku mahu si kenit berlari2 di dalam rumah. menjerit2 bila bergaduh adik-beradik. memanggil "mummy, he's bullying me!" atau "mummy, tengok la abang!"
ah, indah.
aku ada satu rahsia mahu khabarkan. yang aku kira, bila sudah tertulis di sini, tak mungkin ia jadi satu bicara tersimpan lagi. sukatilah.
"we fear you are not able to conceive"
satu frasa yang sampai kini takkan mungkin aku seka airmata tiap kali dingiangkan di telinga.
tuhan, kenapa yang kita paling mahu takkan kita dapat? kenapa aku? tak cukupkah aku diambil hak merasa kasih sang bunda? kenapa aku tidak diizin merasa menjadi satu?
itu di masa mendatang, mungkin ada rezeki. telahan sang doktor mana pernah seratus peratus tepat, bukan?
positif, fynn. optimis!
aku harus kuat, kerana tidak ada hidup yang sempurna. ini dugaan tuhan, dan dia hanya menduga mereka yang mampu memikulnya. jgn respon dengan kata pujukan, kerana aku tak perlu itu. aku mahu kamu yakin, aku pasti akan gagah menghadap kesunyian yang aku sedang biasakan ini.
mungkin... di masa depan nanti, yang mana aku menangis di sinki bukan langsung kerana kecurangan suami,
tapi mungkin sekadar kerana sunyi.
11 comments:
fynn, kenapa sunyi tu sakit?
kenapa rindu tu sakit?
kamu jawabkan.
saya sudah penat mencari jawapan.
Bapak saya selalu cakap,
God give you something, God take away something.
Mungkin kita perlu cari pemberian Tuhan tu kan?
dan pemberian itu mungkin puisi saya.
cukuplah, kan..?
kak fynn, Dia selalu tolong hambaNya yang x putus2 cari iktihar. samada cpt or lambat je kak fynn.
fynn.. fyn..
kamu terlalu mainkan jiwa
Allah beri roh untuk manusia nikmati
bukan disesali disakiti
namun aku bangga dengan abah kamu
sebagaimana bangga dengan abah aku
mereka bukti lelaki tidak semua begitu
btw 'piah' is my nick
"positif, fynn. optimis!"
dah lame kite tunggu u cakap bende ni.tau takkkK!!!
kalau kakak kawin awin nak jadi flowergirl dgn fatin boleh? sbb masa kaka tiri awin kawin awin jadi org gaji ja. :)
Oh wait. Ini puncanya mak 'nasrul'? okay. *huggggggggg*
the fact that you think you're alone and feeling lonely, you're not alone. i mean you're not the only one.
im feeling the same way too. "cepatlah jodoh", yea i like that.
but kadang2, lagi kita mengulanginya lagi jauh dia pergi. selalunya begitu. dan yes i agreed that, we always do not get what we want.
my aunty always says, "syaz,God is always fair and no matter what happens to you either its a good or bad,he has reasons behind it. he knows what hes doing.dont you be scared because he's always there." and i said, "why do we have to go through obstacles if he loves us?".
my aunty simply says,"because he loves us." now that part i really dont understand and am still searching the answer.
but hey, if we get what we want all the time then life wont be colorful and adventurous.
"kalau tuhan tarik, dia akan beri yg lain". penah dgr tak?
like me i have scar on my forehead. a girl having a scar on her forehead is really awful. thats what i think. but hey, i realize that,
"kalau tuhan menarik, dia beri yg lain".
and im gettin used to my forehead already.
i bet theres a reason of why he gave me the scars which i havent found the answer yet.
LOL.
sepi mmg kejam. kdg kala bagai membunuh. tp sebenarnya, ketika sunyi itu, DIA sedang mengisi waktu kita dgn sesuatu yg lebih baik.
*dari novel RADHA.
Post a Comment