Showing posts with label common sense. Show all posts
Showing posts with label common sense. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

re: telekung paddle pop

ok. sebab menimbulkan banyak permasalahan,
biar aku tukar situasi.
harapannya--
nampaklah point aku, ya?

1)
masa aku sekolah asrama,
ada 3 orang kawan perempuan aku yang solat menggunakan telekung dengan kain pelikat. atas warna putih, bawah corak kain pelikat.

warna coklat dan hijau
warna biru dan purple
warna hitam dan kelabu

aku ingat. sebab aku selalu pinjam.
buat main jadi ninja.

selama 5 tahun di asrama--
tak pernah timbul isu telekung mereka mengganggu solat kami.
aku kena cepuk pasal main ninja ada lah.

2)
setakat aku hidup di malaysia, tak pernah lagi walau sekali yang aku tidak nampak para lelaki solat hanya dengan warna putih.

terutama ketika solat jumaat dan solat raya.

abah aku sendiri--
pakaiannya custom made,
berwarna-warni.

aku tak pernah lagi dengar mana2 laki2 di malaysia yang pertikaikan warna baju melayu sesama mereka.

mungkin--
orang laki2 tak pernah peduli material sebegini..?
mungkin--
cuma orang perempuan yang terlalu banyak runsingnya..?

entah.

maafkanlah aku yang masih jauh dari sempurna ini.
sekali lagi,
aku bukan ahli igama.
aku bercakap dari hati yang sama2 sayang sama kita semua manusia.

tidak ada benda yang terjadi tanpa ketentuan tuhan,
tanpa izin dia.
maka mungkin ada sebab kenapa diluluskan setiap kejadian--
baik yang elok2 dan cantik2--
juga segala permasalahan dan perselisihan.

termasuklah kisah lembu betina tadi.
termasuklah kisah sahabat hendak membunuh lelaki dhab tadi.

aku pun masih merangkak.
aurat pun merapu.
bahasa pun merapik.

kita sama2.
bertatih ini boleh jadi sunyi bila tak ada yang sudi menyambut kalau tersembam muka.


sama2 kita bersama2.

telekung paddle pop

ada orang share printscreen di newsfeed aku.
keratan soalan dia pada seorang ustazah.
"apa hukum pakai telekung warna2".

sebelum aku panjangkan,
besarlah harapan aku kalau apa yang aku borakkan sebentar lagi dilihat dari aspek seorang manusia yang masih dalam perjalanannya ke arah yang lebih elok.
aku bukan agamawan.
dan aku wallahi tidak ada niat hendak menegur mana2 tokoh agama.

cuma aku perlu luahkan ini semua.

jujur.
namun tidak relevan sama siapa2.

minta maaf cakap--
tapi kita terlalu suka menyukarkan keadaan. mencari komplikasi. munyusahkan benda yang dasarnya tidak pun berselirat mana.

"ustaz, apa hukum beli tupperware pada kawan saya yang berniaga MLM?"
"ustazah, macammana pandangan ustazah tentang suami nak kawen lain tapi isteri tak bagi tapi kawan dia cakap dia tak kawen pun lepas tu isteri kawan suami dia pulak cakap dia dah kawen?"
"al-fadhil, apa pendapat al-ustaz al-fadhil berkenaan hukum membeli starbucks untuk disedeqah kepada anak2 yatim?"

haih…
*geleng kepala*

percayalah.
kadang2 aku rasa baca sesi soaljawab di page ustaz2 dan ustazah2 lebih kurang sama sahaja frustasi yang aku dapat dari membaca komen2 di web gossip artis.

kecewa.
"takkan MACAM NI fikiran masyarakat aku?"

ambillah pengajaran dari kisah bani israel dan nabi musa as terdahulu. demi mencari seorang pembunuh dikalangan mereka, allah meminta dikorbankan seekor lembu betina.

benda boleh settle.
lembu. betina. sembelih.
tu je.

tapi taaaaaaak.
nak kaler apa.
nak umur berapa.
macam2.

kalau tanya sekali harung takpe. tanya satu soalan. pastu dah jawab-- tanya lagi. pastu jawab lagi-- eh dia bagi soalan lain lagi.

dah satu hal nak kena cari lembu betina-- tak tua tak muda-- warna kuning tua-- orang suka tengok-- tak pernah bersawah-- tak pernah membajak-- tak cacat-- tak ada belang. dah lah susah carik. bila dah jumpa-- tuan lembu taknak jual pulak. "kalau nak beli", kata dia, "harga dia macam seluruh kulit dia disalut emas".

dah satu hal.

aku tak cakap "jangan banyak tanya". tidak. tapi aku nak tegur. korang menakutkan orang di luar islam. yang tidak faham sebenarnya agama ini mudah dan memudahkan.

korang menakutkan orang dengan soalan2 korang.
macam PAYAH SANGAT nak buat baik.
macam MAHAL SANGAT kedudukan korang yang lahir2 tuhan izinkan jadi muslim yang baik.

berbalik tentang telekung tadi.
apalah salahnya orang nak solat dengan telekung warna aiskrim paddle pop pun?
dia NAK SOLAT.
kenapa kau dengki sangat dengan telekung dia?

alasan "mengganggu solat" yang korang pakai dalam soalan korang itu--
wallahi bagi aku kedengaran merapik.
ye.
merapik.

aku tak taulah macammana kau nak solat nanti bila kau ada anak.
sebab dengarlah cakap aku.
waktu solat LAH waktu anak kau nak bergayut kat telekung kau, melalak nak susu, main dekat2 dengan plug acah2 nak cucuk pakai jari.

kenapa kau tak tanya hukum anak kau ganggu solat kau?

aku betul cakap ni.
korang busuk hati.
dengki.

sibuk nak cakap orang sibuk nak menunjuk.
habis yang kau menunjuk pandai itu macammana?
dia nak menunjuk-- itu dia dengan tuhanlah.
dia nak berlagak-- itu dia kena jawablah.

tapi ITU PUN kalau betul dia menunjuk-lagak.
kalau dia MEMANG berkenan tang itu?
tanpa niat lain selain "dah lama teringin"?
entah. atas whatever reasons pun--
kenapa susah benar nak redha dengan mungkin ada kebaikan dalam perbuatan dia?

husnuzzon la.

dan kalau pun telekung dia ada labuci bagai-- KENAPA kau solat nak menung tengok kerawang dan renda2 dia? KENAPA tak tunduk dan pejam mata? KENAPA tak jaga bacaan solat sampai kedengan ke lorong telinga kau sendiri demi usaha mencapai khusyu' yang paling tinggi nilainya? KENAPA tak alih ke hujung saf lagi bertentangan belah sana?

KENAPA kau lebih pedulikan telekung dia?

orang belikan anak kereta-- kau menyampah.
orang ada telekung mahal-- kau marah.
orang tu dah ada-- biarlah dia.
APA kau punya masalah?

orang2 macam kau patut keluar dari negara.
tengok budaya orang.
tengok cara orang.

kalau tak ada duit, takpe. cuba rajin2kan diri solat jemaah kat masjid2 antarabangsa. macam di PJ, di UIA, di USIM. banyak lagi. kenali mazhab2 lain selain apa yang kita biasa.

aku rasa sampai habis waktu kau tak solat.
dok memikir kenapa warna telekung perempuan afrika tu warna-warni macam kereta berarak citrawarna.
dok runsing kenapa sister dari amerika tu solat tak pakai telekung pun-- siap tangan terkeluar tak pakai sarung apa.

susah macam ni.
susah.

jangankan orang yang belum islam--
aku yang islam 'tak cukup' INI PUN kadang2 takut dengan korang.

iktibarkan dari kisah rasulullah dengan lelaki dhab suatu masa dahulu. dia mendatangi rasulullah saw dengan senjata sudah hampir mahu membunuh baginda. para sahabat dah panas hati tengok kekasih allah diperlaku demikian-- TERUS mahu membunuh lelaki dhab tadi. rasulullah saw halang.

instead of melawan dan melampias baran,
baginda bercakap dengan hemah--
menjawab segala persoalan--
terislamkan lelaki dhab tadi.
dan dan.

beberapa ketika selepas itu--
lelaki dhab yang pada asalnya mahu membunuh rasulullah saw kerana benci--
mengislamkan ribuan kafir.
antara pengislaman terbesar di zaman baginda.

*hela nafas*

niat.
niat para sahabat itu baik.
mau menjaga rasulullah sebaik mungkin.
tapi bayangkan kalau dibunuh terus lelaki dhab tadi--
RUGI beribu2 saudara baru yang dikembalikan dia pada agama allah.

kawan2,
sedarlah.
nampaklah.
tahulah.

tuhan itu maha kasih.
maha cinta.

jangan buat orang benci tuhan--

kerana kita.

Friday, November 29, 2013

re: keturunan

merujuk pada percanggahan melampau di dua entri lepas:

objektif tulisan:
tidak ada istilah keturunan tidak baik.

makna tersirat:
kita TIDAK mewarisi dosa dan pahala keluarga.

konflik:
"aku boleh terangkan satu persatu kisah yang datang dari nasab tidak elok."

isu:
aku menghina rasul2 dan memfitnah susur-galur keturunannya. mendakwa buruknya datang para rasul-- seumpama.

*pause*

this is getting more and more frustrating.
macam a stand up comedian terpaksa terangkan punch line.
sebab audience tak nak fikir the in depth meaning.

i'll have this laugh alone, then.
ok.

contoh 1:
nabi ibrahim dengan bapa baginda.
perihal tidak elok: bapanya kuat dengan berhalanya.

contoh 2:
nabi yaaqub dengan kembar baginda.
perihal tidak elok: kembarnya cemburu dan iri sentiasa.

contoh 3:
rasulullah dengan bapa saudara baginda.
perihal tidak elok: bapa saudaranya berulang kali mahu membunuhnya.

banyak lagi.

bagi AKU lah,
apa yang bapa ibrahim as, kembar yaaqub as dan bapa saudara rasulullah saw itu memang tidak elok.

namun jelas dari ketidakelokan itu terus wujud rasul2 yang terbilang dan terpuji sifatnya.

allah mengetahui isi hati aku.
untuk segala fitnah dan keji atas tuduhan melulu--
aku maafkan.


selamat jumaat.

patut

by now, berita budak tak dan 13 tahun dah jadi janda semalam dah penuh newsfeed kita.

pada yang masih samar2, biar aku cerakinkan dengan mudah.

tapi sebelum itu, BESARLAH harapan aku untuk TIDAK siapa2 post artikel yang membubuh nama mereka di sini. itu memang polisi aku di sini. harap faham. aku naik penat pantau jenis2 rajin kopipes artikel yang secara berhati2 aku kupaskan demi pegangan aku "benci perbuatannya-- bukan pelakunya".

jangan dok rajinkan diri sebar nama orang.
anak sendiri kita tak tahu.
ingat tu.
"takkan mati seorang hamba selagi dia tidak melakukan dosa orang yang dikatanya"

maka jaga.

secara mudahnya:
1) anak perempuan berusia 12 tahun dirogol remaja berusia 18 tahun berjemaah dengan dua lagi kawan perogol tadi.
2) bapa perempuan membuat laporan polis.
3) ibu bapa perogol berkali2 datang merayu agar laporan digugurkan dengan memberi janji perogol akan dikahwinkan dengan anak perempuan ini.
4) bapa anak perempuan tadi bersetuju. dan mereka disatukan.
5) tidak sempat setahun, mangsa dan perogol kini sudah bercerai talak tiga.

nota penting:
1) di malaysia, SEGALA kes yang melibatkan seks dengan minor / underage -- secara undang2nya-- akan sabit kes rogol. rela atau paksa: rogol.
2) keluarga perempuan kata keluarga lelaki. keluarga lelaki kata perempuan. secara amanahnya kita tak patut tuding siapa salah siapa betul.

sekarang,
nampak tidak keburukan "niat baik" masyarakat?

masyarakat kita berniat baik.
segala berkaitan 'seks' itu taboo.
tak mau dibudayakan.
benar. aku faham. aku tau.

tapi kita hidup dalam denial.
kita tutup katup benda2 begini--
sebab MALU.

anak aku dirogol.
AKU yang kena malu.
orang akan cakap AKU tak pandai jaga anak.
orang akan cakap AKU kasi anak keluar rumah.
orang akan cakap AKU mak bapak tak bagus.

anak aku merogol.
orang akan cakap AKU tak pandai jaga anak.
orang akan cakap AKU kasi anak keluar rumah.
orang akan cakap AKU mak bapak tak bagus.

jadi--
untuk padam kelam semua ini--
kita diamkan.
kita senyapkan.
kita buat tak nampak dan abaikan.

sampai bila nak macam ni?

dalam dua bulan ini SAHAJA, aku uruskan ENAM kes remaja bunting HASIL dari rogol.
allahu akbar.
menitik airmata aku bila aku tak mampu pujuk mereka buat kes polis.
charge those son-of-a-guns.

"siapa nak percaya saya, kak?"
"macammana saya nak mula cakap kat mak saya, kak?"
"abah saya akan bunuh saya, kak"

pergh.
allah saksi aku--
mangsa2 ini BUKAN pun yang sosial mana.
jenis percaya kata kawan kelas yang ajak dia group study di kedai makan biasa.
jenis manis bertudung.

dan ah.
kalau dia tak sempurna pun auratnya--
ayat dan hadith mana mengatakan siapa yang boleh dirogol perkosa?

aku terlalu kecewa pagi ini.
membaca kisah2 masyarakat yang begini--
yang mengorbankan hak seorang anak kecil yang ternyata masih belum faham bagaimana dunia besar ini berfungsi--
demi masyarakat penuding yang kerjanya mempertikai apa yang kita patut berdasarkan mereka punya definisi.

berapa banyak sebenarnya mangsa rogol yang masih diam tak bersuara?
berapa ramai sebenarnya perempuan2 yang masih bisu walau telah dianiaya?

masyarakat terlalu megah dengan patut mereka.
"patutlah kena rogol-- tengoklah kain sekolah senteng dia"
"patutlah kena rompak-- tengoklah gelang emas dia"
"patutlah kena tipu-- tengoklah berkat tidak perniagaan dia"

nanti2 malaikat dalam kubur cakap begini:
"patutlah menggigil-gigil nampak aku--
sepanjang hidup mulut busuk hati berbau"


baru kau tau.

Thursday, November 28, 2013

dah duduk negara orang, kalau kau tegur negara kau, jangan balik.

kalau nak tengok contoh wartawan bodoh,
kalau nak tengok contoh fikiran anti-anaknegeri-hidup-negara-orang;
tengok video wartawan emosi menghentam mallika sherawat sebab bercakap bagi pihak wanita tertindas.

i have to say--
society can be so amazing.
amazingly obtuse.

ada masanya-lah.
dan tak semua.
(kena cakap. nanti orang ADA SAHAJA yang salah baca)

ambil situasi mallika sherawat.
dia kini sudah antarabangsa.
job di LA-- siap jadi heroin video clip bruno mars.

kemudian dia bercakap tentang sesuatu dari perspektif dia.
spesifiknya: dia merasakan india is a regressive state for india.

sesuatu yang aku rasa tak ada dosa mana.
sedangkan dalam karangan SPM pun kita perlu beri pendapat dari our point of view.

tapi just for the sake of it:
masyarakat terus--
"pergilah balik LA. buat apa balik india"

*tepuk dahi*

kadang2 aku rasa masyarakat kita pun sama lebih kurang juga.
ada masanya-lah.
dan tak semua.
(kena cakap. nanti orang ADA SAHAJA yang salah baca)

aku menetap di negara orang.
terpuji.
cukup.
duduk.
diam2.

aku tak boleh bercakap, bercerita, berfikir tentang negara aku sendiri di khalayak.
sebab kalau aku banyak bunyik--
masyarakat akan terus--
"pergilah duduk kazakhstan. buat apa balik malaysia"

pendapat aku bagus CUMA bila aku setuju dengan semua orang.
di bila tidak--
aku meroyan.
aku merapu.
aku meraban.

tidakkah masyarakat tahu berapa TINGGI peratusan rakyat malaysia yang sudah berambus dan tak hingin balik tanahair sebab merasakan negara kita tak semegah negara orang?

aku--
suami aku--
anak aku--

nak balik.

sebab ini tanah tumpah darah kami.
dan selagi ada bebel--
bersyukurlah.

aku masih tak nampak untungnya negara orang.