kecoh berita pencuri tabung masjid dibelasah sampai tercabut
nyawa. macam2 jenis komen yang pada niat asalnya mendukung "siapa kita
untuk menghukum pencuri itu?" dan "hanya tuhan layak, dan bukan
kita" tersasar menjadi kenduri mengumpat dan mengutuk di ruangan komen.
itu memang pesen kita.
anak kena dera di taska:
"memang anjinglah siapa yang buat anak dia macam
tu"
"kalau dapat ke aku akak taska ni, memang aku cili (isi
jenis alat kemaluan di sini)"
"perangai macam (isi jenis alat kemaluan di sini),
memang ahli neraka la kau".
peragut kemalangan ketika meragut:
"pada muka. hambik kau. patutnya kepala pecah bersepai
baru puas hati aku"
"aku bukan nak kata apa la. tapi kalau jatuh depan aku,
memang aku sambung pijak je"
"(isi jenis alat kemaluan di sini) punya peragut. tuari
makcik aku pun kena. dengan orang macam ni la ni"
kita marah lelaki2 yang membunuh pencuri tadi.
walau tanpa niat (insyaAllah harapnya memang tak ada niatlah
mereka mencabut nyawa pencuri itu), kita begitu marah dengan semua yang
terlibat.
kita perli / keji / maki / kecewa dengan lelaki2 yang
bertindak bagai tuhan itu.
kita buktikan dengan segala jenis bahasa di komen2 dan mana2
ruang yang terwujudkan.
kita bebel:
"kau bukan tuhan".
sekarang,
dengan serendah2 diri aku minta izin--
untuk pegang tangan kalian--
dan bawa ke depan cermin.
tengok muka kita yang terbiaskan.
mulut kita.
jari2 kita.
ya. kita bukan lelaki2 tadi yang membunuh sang pencuri.
tapi tulisan2 kita?
kata2 cerca kita?
prejudis kita?
walau tidak ada yang mati jasadnya--
tanyalah:
"sudah berapa banyak jiwa yang mati kerana kita?".
pandang cermin dalam2.
tanya:
"apakah aku tuhan?"
alfitnatu--
ashaddu-
minal qatl.
fitnah itu--
lebih dahsyat--
dari membunuh.
1 comment:
huhuhu,,btol kak fynn,,takot nk bkak fb atau mne2 blog skung,,kalau dah cth 1 tajuk pasal mne2 artikel,,waahh,kemain komennye,,rancak nak mghukum org,,masing2 dok sibuk jadi juri dunia..yg menfitnah nye lain,,yg dok tukang bace n replynye lain,,makin berjoget2 dowg menaip komen memasing dok tnjuk sape btol sape salah,,,kite ingat lagi ayat pak usup "org yg paling jahat drp penyebar fitnah adalah org yg suka mendengarkan mereka"so kesimpulannya tak ade penyebar fitnah kalau tidak ade org yg mndengarnye,,,
Post a Comment