Showing posts with label servis awam. Show all posts
Showing posts with label servis awam. Show all posts

Thursday, November 7, 2013

champion

spekulasi.

bab spekulasi--
kita memang champion.

segala macam kes lepas2 diungkit. macamlah semua orang sama.

ingat saja2 mak bapak aku nak bantu ni bagi anak pada orang?

DUA BULAN mereka cuba bertahan. kalau betul mmg berniaga-- hari dia lahir dah dijual ke orang.

nak bagi sumbangan.
ye.
aku faham.
kita memang suka bersedekah.
tapi habis sekali transfer--
BERAPA ORANG yang betul2 akan transfer semula?

pecah hati ibu bapa tadi membaca. pecah hati mereka2 yang pernah mengalaminsituasi sama.

ingat saja2?

jangan pisahkan adik-beradik.
cakap memang mudah.
tapi tak mampukah kita cuba untuk faham--
mak bapaknya mau adik bongsu ini TAK PERLU merasa susah mereka.

anak sulung mereka sakit.
itu sudah satu hal.
anak2 lain berderet2.
perlu sekolah. perlu makan.
itu juga satu hal.

BERAPA KALI kalian nak transfer duit?

cakap macam kami ini saudagar.
cakap macam kami ini mengambil untung.
allahu akbar.

cuba cakap pada bonda musa alaihissalam: "kau tak percaya rezeki anak? kenapa kau sanggup biar dia hidup tanpa mak bapak?"

tak nak tolong tak apa.
dalam beribu orang di sini--
aku yakin pada jodoh maut yang allah sudah tulis--
akan ada salah seorang dari kalian yang sudi.

akaun dia aku sedang usahakan.
sabar.

kalian tak pernah minta bantuan.
maka ramai kalian tak pernah rasa malunya tebalkan muka minta kebajikan.

aku--
dulu minta ehsan kalian untuk jantung juna--
sampai HARI INI diungkit.
tak boleh salah sikit--
segala hal duit derma juna yang disebut2 utk bagi aku sakit.

kalau aku tak fikir ana
cakap atas keyboard.

kita memang champion.

Monday, October 7, 2013

aku ada

salam adik2 perempuan kak fynn yang sedang hilang arah tuju dengan perut yang semakin ternampakkan--
sini,
kami ada.

PM kak fynn.
jangan fikir yang bukan2.
jangan tambah dosa lagi.

kak fynn uruskan.
ramai ibubapa yang sedang tunggu your little miracle dengan penuh cinta.
dan kak fynn dah pastikan mereka bukan jenis ibubapa yang cuma mau anak untuk menutup mulut orang.

apa pun tarafnya--
kak fynn pasti mereka akan mengasihi dia sepenuh jiwa raga.

PM kak fynn.
jangan buat kerja gila.

pergi mampuskan mulut orang.
ibu yang melahirkan tercuci dosanya apakala dia melahirkan.
tak ada pengecualian.
tak ada malaikat tukang minta surat pernikahan.

andai benar2 bertaubat takkan mengulangnya semula--
terbersih.

PM kak fynn.

spread this, dear brothers and sisters.
biar kak fynn bertanggungjawab dan membantu menguruskan.


help me save lives.

Friday, September 20, 2013

pilih anak

menemui adik2 dan kakak2 perempuanku yang aku kasihkan,
harap2 pesan2 aku hari ini menyentuh hati kalian dengan cara yang paling halus dan tidak disalahfahamkan.

dewasa ini ramai yang mula menerima hakikat ada di kalangan kita yang sedikit jauh dari jodoh. tidaklah ia sesuatu yang memalukan berbanding suatu masa dahulu. sedikit2, masyarakat mula belajar yang semua ini adalah ketentuan tuhan jua;
maka rata2 sudah reti redha dan menerima.

namun kalau sudah namanya perempuan--
kita tidak lari dari mengambil zuriat orang untuk dibesarkan.

adik2 dan kakak2 perempuan yang aku hormatkan.

izinkan aku memujuk kalian untuk mempertimbang kalau2 sudi mengambil anak2 yang bukan cuma panjang dua jengkal. pandang2lah anak2 perempuan kita yang sudah mumaiz dan terlepas fasa comelnya.

kurangkan ketaksuban mencari bayi semata atas dasar kemanusiaan. hujah aku: masalah mahram.

selepas usia anak 2 tahun, tidaklah lagi dapat dianak-susuankan sang anak tadi. maka betapa sukarnya anak perempuan berusia 6 tahun, contohnya, seusai didatangkan haid-- berurusan dengan bapa angkatnya nanti2.

bayangkan betapa janggalnya dia di rumah yang seharusnya dirasakan rumah sendiri.

kasihan, kan?

maka,
harap dipanjang2kan pesanan ini.

pada perempuan2 yang sudi mengambil anak2 sudah sedikit besar ini, dijemput ke mana2 rumah kebajikan yang kalian mahu. atau boleh juga PM aku-- pandailah aku rujukkan ke sahabat2 seperjuangan nanti.

anak2 lelaki besar pun ada yang memerlukan kasih sayang ibu dan bapa. lain, kawan2, membesar seluruh hidup dengan kawan2 semata2.

izinkan mereka merasa dicinta.

buangkan rasa ragu2 akan sifat mereka. soalan2 seperti "mampukah mereka kasihkan aku?", "jahatkah nanti perangainya?", "pencurikah dia nanti2 agaknya pula?"--

kerana sedangkan anak SENDIRI pun boleh jadi hantu--
maka siapa kita hendak persoalkan begini dan begitu.

kita sebagai ibu dan bapa cuma mampu lakukan apa termampu.

aku adalah perempuan yang terpaling hancur dan bersepahan jiwanya suatu masa dahulu--
menjadi seorang bundalah yang menyantumkan aku--
setiapnya--
satu-persatu.

hidup, ayuh berbakti.
mana tau,
satu dua pertolongan yang diikhlaskan--

diganti puji dari ilahi.