menemui adik2 dan kakak2 perempuanku yang aku kasihkan,
harap2 pesan2 aku hari ini menyentuh hati kalian dengan cara
yang paling halus dan tidak disalahfahamkan.
dewasa ini ramai yang mula menerima hakikat ada di kalangan
kita yang sedikit jauh dari jodoh. tidaklah ia sesuatu yang memalukan
berbanding suatu masa dahulu. sedikit2, masyarakat mula belajar yang semua ini
adalah ketentuan tuhan jua;
maka rata2 sudah reti redha dan menerima.
namun kalau sudah namanya perempuan--
kita tidak lari dari mengambil zuriat orang untuk
dibesarkan.
adik2 dan kakak2 perempuan yang aku hormatkan.
izinkan aku memujuk kalian untuk mempertimbang kalau2 sudi
mengambil anak2 yang bukan cuma panjang dua jengkal. pandang2lah anak2
perempuan kita yang sudah mumaiz dan terlepas fasa comelnya.
kurangkan ketaksuban mencari bayi semata atas dasar
kemanusiaan. hujah aku: masalah mahram.
selepas usia anak 2 tahun, tidaklah lagi dapat
dianak-susuankan sang anak tadi. maka betapa sukarnya anak perempuan berusia 6
tahun, contohnya, seusai didatangkan haid-- berurusan dengan bapa angkatnya
nanti2.
bayangkan betapa janggalnya dia di rumah yang seharusnya
dirasakan rumah sendiri.
kasihan, kan?
maka,
harap dipanjang2kan pesanan ini.
pada perempuan2 yang sudi mengambil anak2 sudah sedikit
besar ini, dijemput ke mana2 rumah kebajikan yang kalian mahu. atau boleh juga
PM aku-- pandailah aku rujukkan ke sahabat2 seperjuangan nanti.
anak2 lelaki besar pun ada yang memerlukan kasih sayang ibu
dan bapa. lain, kawan2, membesar seluruh hidup dengan kawan2 semata2.
izinkan mereka merasa dicinta.
buangkan rasa ragu2 akan sifat mereka. soalan2 seperti
"mampukah mereka kasihkan aku?", "jahatkah nanti
perangainya?", "pencurikah dia nanti2 agaknya pula?"--
kerana sedangkan anak SENDIRI pun boleh jadi hantu--
maka siapa kita hendak persoalkan begini dan begitu.
kita sebagai ibu dan bapa cuma mampu lakukan apa termampu.
aku adalah perempuan yang terpaling hancur dan bersepahan
jiwanya suatu masa dahulu--
menjadi seorang bundalah yang menyantumkan aku--
setiapnya--
satu-persatu.
hidup, ayuh berbakti.
mana tau,
satu dua pertolongan yang diikhlaskan--
diganti puji dari ilahi.
No comments:
Post a Comment