Tuesday, October 1, 2013

benci-- tapi bebel. tak buat apa.

tahukah anda kos melahirkan anak di amerika adalah 24 ribu USD?
itu kalau lahir normal tanpa komplikasi.
kalau perlu belah perut, perlu vakum, perlu apa sahaja selain kaedah teran dan sambut--
akan ada tambahan harga lagi?

nota kaki: ni jenis beranak selesalah. jenis yang kalau kat malaysia kita boleh dapat sekadar dua ribu lebih2 tu.
dekat sana-- 24 ribu.

tahukah anda akan terma "medical tourism" di mana pesakit dari negara2 besar akan terbang ke negara2 yang menyediakan sistem perubatan murah berbanding negara mereka sendiri?

tahukan anda--
malaysia adalah antara negara yang dilawati?

aku tahu.
sebab fakta tentang amerika itu diceritakan kawan kerja aku sendiri.
dan fakta tentang medical tourism tadi telah aku saksikan ketika membuat follow up jantung juna tempoh hari.

point aku--
aku rasa--
sebelum kalian DENGAN RAJINNYA menulis tentang negara kalian bersulam segala jenis kejam dan keji--
belanjakan SEDIKIT gaji kalian--
merantau.

kejap pun jadi.
biar nampak apa cantiknya batu yang menghujani kepala selama ini.

kalau pun malas hendak keluar dari tempurung,
pasang unifi.
zaman ini--
katak pun boleh jadi pandai.
itu pun--
KALAU katak memilih mau pandai.

negara itu gempak.
negara ini bagus.
negara sebelah hebat.
negara kita nak mampus.

tak habis2 bandingkan mak bapak kita dengan mak bapak orang.
tak berhenti2 nak menangkan keluarga orang.
cakap macam kenal benar dan tahu sungguh perangai orang--
sampai keluarga sendiri dibenci2 dimaki2 disepak-terajang.

apa lupa ke?
kun--
fayakun.

umat zaman firaun kalau tengok bangsa kita--
komfem kena peleceh.
kita lembik, banyak bunyik, kuat merengek, kije nak menceceh.

kuat lah sikit.
tuhan dah janji orang dianiaya ada dia.
tak nak percaya ke?

berapi belakang keyboard.
maki boss, sound adik-beradik, kutuk kawan baik.
depan2?
reti pulak buat muka tak ada apa2.

betul,
tuhan takkan ubah nasib satu kaum--
kalau mereka sendiri tidak bergerak untuk merubahnya.

tapi cuba fikir--
menulis dengan selongkang bahasa dan selombong nista--
cuma2 dan begitu2 sahaja--
apakah ITU sebuah usaha?

selak semula buku sejarah dunia--
apa pernah ada peperangan dimenangi dari hanya menggalas kata2?
mandela, gandhi, hamka.

dengan berbuku2 falsafah PUN tak merubah apa.

KITA--
yang boleh ubah kita.

"kau salah pasal kau patutnya..."
"dia bangsat sebab dia patutnya..."
"si anu bodoh kerana dia patutnya..."

"patut orang" sahaja dicerita.
dia sendiri hak anak bini ke laut.
dia sendiri kelepet duit claim.
dia sendiri meleceh due date kerja.
tapi peduli apa.
ORANG yang patut.
dia tak ada patut apa.

jangan terlalu pentingkan diri sendiri dengan mahukan perubahan dalam satu malam.

we fix ourselves,
our kids will be a better generation.

macam menanam pokok juga--
kita yang benihkan durian--
belum tentu KITA yang merasanya.

haih.

kalau KITA pun dah melekeh rumah kita--
esok lusa tergadai ke orang.
nanti berdagang tak berumah kita--
baru reti mengongoi pulang.

ini tanah kita.
tumpah darah dan ketuban mak kita--
di sini.

kau fikir kau seorang sahaja yang tak suka lumutnya?
yang geli dengan kulat di dinding rumah kita?

soalannya;
berapa ramai cuma membebel memperbetulkannya--
menuding2 siapa tukang kayu dan tukang bersihnya--
dan berapa pula yang terus mengambil alat kelengkapan--

seraya terus tanpa cerita gigih membersihkannya?

No comments: