setiap hari aku bangkit jam 5:45 pagi.
persiap makanan anak dan suami-- 15 minit.
bersiap dan subuh-- 30 minit.
final touch-- 15 minit.
keluar rumah setiap pagi--
6:45.
menapak ke sekolah-- 5 kilometer.
sejam 10 minit.
macam2 aku nampak setiap isnin ke jumaat jam 6:45 - 8:00
pagi dalam perjalanan sejam sepuluh minit aku setiap hari.
aku pernah baca,
"hakikat dunia adalah ketika remang antara gelap pagi
ke terang".
aku akui.
benar.
di tempat aku hidup ini, segalanya halal.
tidaklah secara atas kertas-- halalnya.
tapi sudah sebati dan menjadi budaya.
setiap pagi aku adalah istimewa.
seperti menonton drama tv,
laluan aku hari2 akan membawa perlbagai cerita.
pagi--
adalah detik2 perempuan dipulangkan ke rumahnya.
dengan pakaian seketat2nya dan sesenteng2nya.
rambut termasai dek semalaman kusut dengan macam2.
dan lelaki2 yang memulangkan mereka melambai pergi
perempuan2 ini--
berterima kasih atas layanan malam tadi.
pagi--
adalah waktu2 lelaki2 kemabukan tersedar dari khayalnya.
dengan bengak kepala yang mendengu.
tertidur tanpa bumbung dek tumbang tak tersadarkan.
mencari tenang hati dari botol2 yang penuh dengan janji
mendamai dan mengaman.
pagi--
adalah masa2 anak2 remaja kembali pada rutin hariannya.
lebam bawah mata-- euforik seusai berdadahan dengan jarum
dan racun2 yang dibeli dari kerja mencuri apa2 yang dia jumpa.
hidup sekadar hidup--
hendak mati tak tahu bagaimana.
segalanya halal di sini.
zina segala macam.
arak segala jenis.
dadah segala nama.
"hendak--
tak hendak"
cuma itu pagar yang perlu aku tongkah dan rabak.
tak ada polis, tak ada jabatan agama, tak ada pegawai
kerajaan untuk bebel, saman, tangkap dan berkhutbah sampai pekak.
hendak--
tak hendak.
alhamdulillah.
dengan arak menggelimpang di semua kedai runcit,
aku belum pernah walau sekali teringin untuk beli.
kerana hakikatnya--
kalau KATALAH di sini aku menggogok wine, vodka segala--
bukan ada siapa2 pun yang akan memberitahu abah di kampung
sana.
bukan..?
point aku mudah.
setiap apa dalam dunia ini--
adalah pilihan.
you can choose to be good,
as much as you can choose to be bad.
semua hak masing2.
kalau dah memang itu pilihan yang dipilih--
kau rebuslah dia,
kau sebat rembat sagat dia--
itu JUGAK yang dia akan pilih.
cakap jangan minum arak.
tapi kalau dah nak--dicari jugak.
cakap jangan hisap dadah.
tapi kalau dah gian-- pandai2lah.
cakap jangan berzina.
tapi kalau dah mau-- bukannya susah.
kalau tak percaya, tengok cerita hindustan.
bukan main mak abah dia kunci rumah, gari tingkap.
tak bagi keluar.
EH dapat JUGAK dia jumpa kekasih dia.
sempat nyanyi golek2 belakang bukit siap sempat shooting kat
negara salji.
kan?
setiap kali aku baca khutbah2 ahli kekunci tentang apa yang
SEPATUTNYA, aku cuma mampu senyum dan geleng kepala.
"mak bapak PATUT lebih pantau anaknya"
"kerajaan PATUT ketatkan undang2nya"
"guru2 PATUT hadap 24 jam anak2 murid mereka"
'patut orang' sahaja dia kira.
'patut dia'?
simpan pajak gantung.
'patut' adalah suatu konsep idealis.
apa yang SEPATUTNYA.
kereta mahal patutnya laju. tak patut rosak tepi jalan.
baju designer patutnya tahan lama. tak patut tercabut
benang.
restoran mewah patutnya sedap. tak patut rasa tawar.
tapi aku tanya--
qadar dan qadar hak siapa?
kalau kau belajar 23 jam setiap hari dan cuma tidur 1 jam--
namun gagal dalam peperiksaan dek penanda yang sedang PMS--
apakah kau akan sembahyang laju2 kemudian keras2 tadah
tangan bercakap dengan tuhan:
"hey tuhan, apa dah jadi? bukankah kau patut bagi aku A
dalam kertas tadi?"
kau siapa?
kita perlu cuba jadi realist.
bercakap tentang apa yang hakikat.
bercakap dengan tidak ada bias.
kerana kita bukan tuhan-- kita umat.
kerja menjatuh hukum bukan kita.
kalau hendak bingit tentang apa yang patut--
baca sahaja karangan SPM anak2 kita.
apa yang dibebel tentang APA YANG PATUT--
sudah berlambak dalam tulisan mereka.
which leads me to ask--
apakah ramai di antara kita masih tersangkut di pemikiran
tingkatan2 sahaja?
ini malam aidiladha.
begitu besar signifikasinya dengan pengorbanan.
apa kata kita sama2 ajak kita semua--
buat APA YANG PATUT.
korbankan hati dengki kita.
sembelih rasa dabik dada kita.
syaitan kerjanya bukan cuma mengajak berbuat jahat sahaja.
di banyak masa,
dia suka bisik--
"kita baik"
"kita baik"
"kita baik"
tiap2 jiwa akan merasakan mati--
dan kami menguji dengan keburukan dan kebaikan--
dan kepada kami kalian dikembalikan.
ayat 35
al-anbiyaa'
kawan2,
selagi kita ada nafas--
tuhan duga kita.
baik kita di dunia ini--
tak menjanji apa.
akan masuk bab ikhlas, ria' dan bongkak pula.
ilmu agama bukan matematik.
kalau tidak--
pelacur dilepaskan ke syurga--
manakan logik?
let it go.
kasihlah sesama manusia.
syurga itu luas.
siapa penghuninya bukan hak kita untuk agihkan tiketnya.
selamat hari raya qurban.
dari kami orang jauh.
salam alaik, kawan2.
No comments:
Post a Comment