Wednesday, February 27, 2008

berbual bersama hamster baru.

hello, nini.
hello, samat.

*diam*

kamu tau aku sedang apa sekarang?

*diam*

betullah. mana kau tau? nampak sangatkah? aku sudah pakai cermin mata menutup separuh muka, mana kau orang nampak? curi tengok ye?

*diam*

mana ada. aku ok la.

*diam*

malas beli. buat membazir duit aku saja. bukan kau orang main pun. setakat nak main jalan2, aku beli tisu jamban, ambil kadbod dalam tu. terowong juga. kasi kau lalu2 situ, mahu tak?

*diam*

jangan la tanya kenapa. aku mcm ni pon kau org mintak macam2 ke. kalau aku sedih, takkan kau sampai hati nak bergembira. duduk jelah kat situ. aku kasi makan dah kan?

*diam*

ni? mata aku masuk abuk kayu kau. tu yg mcm ni.

*diam*

alah. dah biasa. dulu pon aku sorang2. jgn la kau bohong aku. kalau aku keluarkan kau orang, kau lari2. bukan nak main dengan aku, kan? dok la situ. kongsi la sedih aku.

*diam*

mana ada sedih... aku saja je ckp.

*diam*

sikit la... kau orang sibuk ke? sori aku ambik masa ajak berbual. aku sunyi la. kau orang sesuai ke berdua? ye la. nini, kau putih. samat, kau itam. baka lain2. nak kawan ke korang?

*diam*

manusia lainlah.

*diam*

sori2. aku hembus tempat lain. ok dah? kenapa? kau lemas ke?

*diam*

tah. sedap tu tidak. tapi layan. aku harap aku mati kering. haha.

*diam*

biarlah. ingat mata masuk abuk sekejap je ke? apa peliknya. aku tengah borak ni kan. mesti la aku ok.

*diam*

kau jgn baik sangat dgn aku. sebab bila kau besar aku nak kasi kau orang pada bobby. kalau bukan kau orang, anak2 kau orang kot.

*diam*

buat apa kesian. kau bukan kawan aku. aku beli kau orang mahal. biasalah. aku memang dari dulu beli kawan2 aku. pastu aku jual. tak pun aku bagi kat orang.

*diam*

bangsa2 lain selain orang la. kucing. ular.

*diam*

kadang2 kot... manusia sekarang kena beli. kalau bukan pakai duit, pakai status, pakai barang, pakai apa2 kepentingan.

*diam*

tu gambar kawan2 aku.

*diam*

bodoh!! pandai2 je. dia org tak boleh dibeli. dia orang kawan baik aku dalam dunia. sentiasa ada bila aku minta. selalu setiap masa bersama.

*diam*

hari ni... dia org banyak hal kot...

*diam*

kau baru 3 hari kat sini, jangan nak sakitkan hati aku ek!!

*diam*

kau orang kalau berbual ckp pasal apa aa?

*diam*

jgn rapat sgt... nanti kau orang akan aku pisah2kan juga satu hari nanti. ye la, bila nini dah nak ada anak, kau akan makan anak kau orang.

*diam*

sekarang boleh la cakap...

*diam*

saja. aku malas kemas. rumah kau orang ok, dah la. kau orang sibuk rumah aku kenapa?

*diam*

kalau aku kemas, siapa ada. kalau aku masak, siapa makan. kalau aku nak baring, aku masuk bilik.

*diam*

tanak aku. kalau masuk sekarang, mcm biasa aku tak bisa tidur juga.

*diam*

adalah...

*diam*

ha ah. main abuk kat dlm bilik.

*diam*

kuat sgt ke?

*diam*

sori... aku dari kecil memang selalu terjaga tgh malam. sebab aku selalu mimpi mati.

*diam*

tengoklah. kadang2 mak aku dulu. kadang2 bayang bapak aku. byk masa, aku sendiri.

*diam*

tak tau. aku rasa aku gila kot...

*diam*

haha. tapi orang ingat aku saja cari perhatian jek.

*diam*

tau. mestilah aku tau apa aku nak.

*diam*

aku nak hidup berdua. aku nak merasa cinta mak abah aku.

*diam*

sebab nampak sangat indah.

*diam*

dia dah takde. tinggal abah. tp dia dah kawin lagi.

*diam*

baik sgt. aku harap dia masuk syurga. mana ada mak tiri macam dia dalam dunia.

*diam*

bukan aku cari sebijik macam dia orang. cukuplah untuk aku seorang.

*diam*

susah.

*diam*

sebab dia orang semua kata benda yang sama. aku ni tak stabil.

*diam*

duit cukup... tak stabil otak. garang. posesif. tak sporting. tak kool.

*diam*

abih, kalau dah dipandang orang lain, ajak keluar, borak2 mcm dia borak dengan kita, takkan aku tak boleh cemburu?

*diam*

sumpah aku tak macam tu!!

*diam*

orang cap aku sombong kau tau tak. perasan cantik. konon best. aku 'duli apa. sebab bagi aku, siapa pun orang yang nak kat aku, aku nak kat seorang saja.

*diam*

buat apa aku layan orang lain... kepala aku ingat dia sahaja...

*diam*

susah la nini... aku memang macam ini.

*diam*

ramai. dari semangat nak kat aku, sampai berserah. tahap fed up.

*diam*

memang la sayu. tapi buat apa aku siksa orang.

*diam*

ni tadi aku potong sengkuang kau.

*diam*

pernah? banyak kali. fikir, la tapinya. semua orang selalu fikir camtu. tapi tah la. aku dah serik kot.

*diam*

sampai bila? sabar, mmg la benda bagus. tak senang tau.

*diam*

aku rasa, aku ni tak cukup bagus kot...

*diam*

kalau camtu, kenapa orang tak pernah cukup dengan aku? aku tak pandai jaga orang ke? aku tak cukup elok ke...

*diam*

ye lah ye lah aku ngaku. bukan pasal abuk. puas?!!

*diam*

memang saja siksa diri. apalah sangat sakit badan itu nak dibanding dengan hati aku.

*diam*

sekarang bolehlah kau orang nak jadi kawan aku. kau orang takut aku kasi bobby masuk kandang kau, kan?

*diam*

aku fikirkanlah nanti2. kalau aku rasa tak peduli, aku kasi. kalau aku rasa tak sampai hati, aku beli burung.

*diam*

terima kasih.

*diam*

sekurang2nya kau orang nak berbual.

*diam*

orang dah takde. semua ingat aku sibuk. bila aku telefon, mereka dah banyak perkara.

*diam*

nak... tapi tanak dia orang rasa terpaksa. aku nak dia orang yang mahu.

*diam*

dulu boleh..?

*diam*

aku tak kool kot. haha.

*diam*

oh, sori2. ok aku lap. ala, apa salah gelak sambil2. buruk ke?

*diam*

nampak sgt ye aku tukar topik?

*diam*

sakit la... susah sgt. rasa nafas berat. mata asik basah. setiap inci pandang mesti nampak memori.

*diam*

aku doa aku tak pernah pergi pantai tu. jadi aku tak kenal sapa2. aku tak tahu apa makna hidup bahagia itu.

*diam*

sayang. sangat sayang.

*diam*

kita takkan rindu benda yang kita tak pernah miliki, kan?

*diam*

ok. sori kacau kau orang. aku nak baring kat dalam.

*diam*

tengoklah macammana.

*diam*

kau peluk aku, kata kau ada dekat sini, tepuk2 aku kasi aku rasa kau ada dekat aku. boleh?

*diam*

kalau tak boleh, biar aja aku begitu. ye?

*diam*

selamat malam. aku harap kau orang mati esok.

*diam*

sebab dunia ni kejam. *senyum* aku sayang kau orang sudah. tak sanggup aku biar kau siksa macam aku.

*diam*

ye lah. aku cuba. selamat mlm.

**tutup lampu kalimantang**

4 comments:

marhaen vintaj said...

dulu aku ada jugak, kucing tu,
selalu aku berbual dengan dia,balik kelas atau lepas nangis.

macam biasa, aku kena tinggal, dia dah jumpa geng dia, kucing bulu putih itu, dan aku pun ditinggalkan.
skrang aku ada member baru, aku beli, sploh ringgit, nanti nanti laa aku buat entri tentang dia.

weirdwEEda said...

dulu...
aku ader hamster jugak,tapi..hamster tu lari,maybe dia tak tahan idup dengan orang mcm aku,dia bosan tgk aku slalu menangis kot..
lepas tu...
aku ader kucing..aku sayang sgt kat kecik tuh,bagi makan,tmpt tgl,kasih sayang...dia pun lari tglkan aku..maybe dia bosan gak idup ngan aku sebab slalu paksa dia cakap dengan aku kot..
dulu..
aku ader kawan..ntahla mane dioarg pegi..maybe... :) maybe jugak...

Hanafiah Ghazali said...

koko; aku panggil dia
kutip masa tengah makan kat gerai moon western
dia datang lepak atas kaki; comot
balik rumah mandikan; comel
empat2 kaki macam pakai stoking
ada bilik sendiri; ada permainan; ada tandas sendiri
pertama kali turun tangga; tergolek
pertama kali bawak dia keluar rumah; kereta lalu mencicit lari masuk
tidur bersama; pernah terberak atas tilam
dia dah bagitau tapi aku tak larat bangun; bukan salah dia
balik kampung dia duduk sebelah
main2 gurau2 sikit lepas tu tidur
bukan susah nak tidurkan dia
sudah boleh memandu tanpa risau
tapi dia bunting
dihantar ke rumah kawan
atas sebab tertentu; pastinya bukan kehendak hati
itulah perjalanan terakhir bersama
dia faham; bising rayuan dia
maafkan tuan, koko.

SayaBudakPemalas said...

kak fynn,saya juga bertemankn binatang dlm hidup saya. saya menangis bila kucing yang dibela hilang/mati. orang kata saya emo. kawan2 tak pernah faham.

rasa macam berkawan dengan binatang lebih menenangkan jiwa.