Wednesday, February 20, 2008

oh perempuan kusut.

bagai sudah hilang pati sendiri.
aku dah tak mampu bercerita hal2 picisan tepi jalan.

entah. mungkin atas kesibukan yang sengaja aku selam, untuk lupakan kusut serabut hidup di metropolitan. ah, cliche.

ahad lalu aku tekad untuk semuka sama anak2 kecy. bukan atas kehendak jiwa, pada mulanya. arm berkali-kali bising kenapa aku mahu lari dari adik-beradik. habis dipujuk, dimarah. habis dimarah, dibiar.

aku kan degil.

ira pun ada memberi kata2 sayu meminta aku ada. lain, katanya, jika aku hilang. sebak juga. tapi entahlah. aku kira, berjauhan akan membuatkan mereka lebih bahagia. argh! kuat, fynn. kuat!!

fatin ym aku memujuk suruh pergi. dia terlibat dalam program anak angkat apa tah, di sepang. diceritakan pada aku, sebaik dia mengkhabarkan pada ira, project manager aktiviti kali ini, ira kedengarannya sangat hampa. fatin bisikkan pada aku, takkan sekali dua orang tenggelam?

aduh.

menjadi seorang aku yang tinggi empatinya, aku yang sedang tidak punya semangat ini menggagahkan diri juga ke sentul park.

hanya untuk menemui semua ada.
termasuk fatin.

ka-ni-ne.

sebakul dimaki, si fatin itu. pembohong penipu penyamun segala. sekali sama ira yang sama2 bersekongkol mengenakan aku. kata mereka, jika tidak, takkan aku mahu datang.

dalam hati aku berbunga2 juga. begitu dimahukan juga.
indah rasa ini.
dan dengan tiba2 lenyap semua rasa gelap yang aku cipta.

manis sekali apa yang aku sedang kecap ini.

tidak ada lafaz maaf, minta ampun, atau apa2 tipikal senario di dalam televisyen, yang mana bila kita mahu kembali ke pangkal jalan pasti ada gesekan biola dan strumming gitar yang menyiat hati.

setakat "cantik baju kamu!!"
dan "datang pun!!"

semua sudah selesai tanpa diungkai.
kalau tak selesai pun, tangguhkan dulu untuk serabut fasa seterusnya: yang bila2 masa aku mula menjadi perempuan gila itu.

temanya whitelove. aku beri nama itu pada pok arm ketika dia tanya. kenapa? sebab warnanya putih. dan kami ini cinta.

di sentul park, pakcik sekuriti meminta kami pergi dari kawasan persendirian itu. privasi, katanya.

terus, kami ke metropolitan park (kot) di kepong. aku panggil tempat itu bukit layang2. cantik sangat bila datang petang berangin. anak2 kecil yang dibawa sang ibubapa berlari2 dengan layang2 4ringgit berwarna warni. ada juga pecinta2 yang bermain tali layang2 dengan rasa romantis berdua. kekeh2 kecil berlawak antara mereka. macam tak kelakar, tapi biasalah, tengah panas, semua best.

bergambar seperti manusia gila. makan seperti tak pernah disuap. cerita jenaka tanpa henti.
haih, fynn.
apa kau tak sayu hilang mereka2 ini?

tuhan... jangan biasakan saya...
nanti saya jatuh ke tanah, saya akan hancur.

*diam*

maghrib datang, dan kami cabut ke rumah aku. sambung riuh. jam 12 baru seorang2 pulang meninggalkan aku di rumah kosong.

kembali ke square one.

seindah mana yang aku rasa, sebanyak itu juga aku tiba2 rasa fobia.
jangan, fynn.

untuk sekejap ini biarlah kamu bahagia sebntar.
hisap madu ini dan berlingkarlah di bawah langit kuning.
seperti gambar2 yang kamu tangkap bersama setiap seorangnya.

kamu tiada orang lain.
berbahagialah.

12 comments:

weirdwEEda said...

kamu perempuan kusut?
saya gadis serabut...kenapa hidup tak pernah ada belas kasihan..

haneejane said...

=) itu milik kamu.

Shaira Amira said...

manis juga rasanya bila sepi.

FATENEDAN said...

ka-ni-nehehehehehe..=p..kakak, sengaja aku mau suprais kamu..sbb itu aku mo benar kamu pergi..kamu merajok,somel..aku rendu itu..^_^..beginikan lebih baik..optimistik..=)..kamu cantek hr tu..huhuhu..

*body kamu idola aku skang..dem yuh..demmit!!pakoff!!..=p

y u z said...

bahagianya~~
jangan selalu sendiri fynn, syaitan senang meneman juga membisik kusut-serabut dan syak-wasangka.

sedang hakikatnya,mereka masih cinta.

bersyukurlah,Alhamdulilah.

p/s:sayang kamu juga! =)

fynn jamal said...

weeda:

kita patut adakan kelab untuk kita2. hahah. hidup mmg dengki pd damai kita.

hanee:

siapa tahu.

shaira:

betul. tapi ada masa, berkawan itu ok juga. tp itulah, org macam kita mmg tidak biasa. kan?

conteng:

kamu tetap kanine.

msyuz:

takut mahu bahagia. nati ronyok.

Darling Luna said...

mmg manis bile sendiri tapi lagi indah bile berteman :)

Anonymous said...

kan crita gini sene nak faham.. lalalala~ larikkk fynn kirim salam kat fatin ek.. uhuhu

norma daud said...

hai saya tak kenal kamu
tapi saya tgk gambar2 kamu & the geng
gambar x nampak kusut
so if u rasa kusut... find out the way
saya pun kusut,serabut,semamai,etc
maybe saya sendiri yg cari
ntahlah... nak kata tuhan kejam.. x jugak
maybe saya yg kejam kat diri saya
kah3x

p/s actually arini baru saya rasa nak baca blog kamu
all this while abang ocham, ocham and adik2 ocham yg selalu cita pasal blog kamu
so i just drop by and leave comments


kah3x

fynn jamal said...

nrmdaud:

ABANG ocham???
ADIK2 ocham??

biar betul.

saya mmg perempuan kusut. entahlah.
gambar2 yang diupload cuma 10. yg lebih 20 sayu buat apa ditunjuk?

mereka mmg manusia2 hebat, kecy2 itu.

siapa kamu?

Anonymous said...

oh ada nama saya! fatin agagagagga :DDDD

Farah Rosni said...

bahagia tu milik semua dasarnya.