Wednesday, February 13, 2008

tuhan, matikan karektor aku di skrip dunia ini. aku tak relevan.

lain kali, tanya SAYA, nur affina yanti jamalludin, jika kamu ada masalah dgn perangai saya.
lain kali, pastikan saya tidak akan tahu jika kamu merunding orang tentang saya.
lain kali, jika tak suka dengan saya, laungkan saja depan muka saya.

ye, saya akan menangis, hati saya akan hancur.

tapi tak serobek sekarang, selepas mengetahui kamu berbincang tentang saya.
tentang jiwa saya.
tentang fikiran saya.

begini sajalah, maaf kerana kamu tidak selesa dgn perempuan ini. mungkin lebih senang hidup kalian tanpa aku memincangkan. maaf kerana jiwa poetik aku melalang perspektif kamu. maaf kerana aku tak mungkin menjadi sehebat teman2 lain kamu.

cananglah pada orang tentang kegilaan aku, yang sememangnya kamu tahu dari awal dulu. kabarkan pada semua hal2 saikotik aku, yang tidak kamu mahu tahu tapi dipaksa dan disuap ke mulut kamu.

oleh aku.

maaf, aku bukan orang biasa2 yang kamu jumpa. aku si pelik yang memusnah.

kelakar, sebab sehingga kini, yang aku bisa ingat cuma gelak tawa bersama kamu2. maaf, andai yang kamu ingat tentang aku cuma kejahanaman dan rasa buntu.

mungkin tidak ada dalam surat hidup aku untuk punya hingar. cuma sepi. cuma sunyi.

dan aku fikir, seharusnya aku diamkan. pada haknya segala kisah aku dibongkarcerita tanpa belas. tanpa balas. bagus, perikan pada semua. dan biar aku kisahkan suara hati pada langit, kerana yang semua yang tahu itu, tidak pernah bertanya aku semula.

entri ini tentang kecewa untuk kali ke berapa juta, kecewa kerana masih tidak dimengerti.
kecewa kerana masih begini.

terima kasih kerana ada niat untuk menjaga hati ini. tapi itulah, kuasa internet dan telefon bimbit sgt besar. benarkan, aku kata di entri2 dulu? teknologi ini lebih byk membawa celaka.

betapa bodoh aku kerana fikir mahu berubah untuk menyenangkan kita, untuk membuang amarah, menghilang rasa yang kalian bencikan.

kerana di akhir malam, memang aku yang kau tak suka.
yang lain, alasan semata.

tuhan, kenapa aku sedang menangis di sini? ini kan entri kebencian? hentikan rasa kasih ini, tuhan.. aku harus kuat seperti dulu. menjadi awan. menjadi kabus.

kerana itu mmg aku.
manusia sendiri.

6 comments:

rockafellaswrote said...

fynn fynn..
tetap perempuan gila
perempuan gila yang kami syg
buat hati tercinta keci

y u z said...

kita ini,orang yg mulutnya tak berlapik.tak pandai bergesel bahu bermanis mulut utk membeli jiwa.kalau ada yg sumbang di mata maka itulah yang akan dibahaskan sehingga mencapai maksud.

oh,biasanya ikrar persahabatan itu dimulai dengan 'sumpah' - apa2 yang tak puas di hati,tak kena di laku,tak tepat di janji maka curahkan,tembaklah tepat2 di muka jangan dipanjang2 di belakang.

hairan,bila saya ditembak maka saya hulurkan ucapan terima kasih yg tak terhingga kerana sudi 'menegur',langsung maaf dilafaz dan ikrar [lagi] supaya yg khilaf tak terulang.tapi,bila kena atas batang hidung si polan-polan-polan-polan itu[ahhhh kenapa manusia seperti mereka ini ramai wujudnya ya?] - ya;

1.aku mintak maaf.
2.terima kasih,bila kau tegur tandanya kau memang sahabat aku.
3.lepas ni,sudah2lah.jangan disebut diungkit lagi.

what the....???esok lusa tulatnya saya berjalan pulang kuliah sendiri,malam2 di bilik sendiri melayan dvd/menung/membaca sampai lelap.apa dah jadi???

ouh,saya dikatanya - mulut lancang tak pandai menjaga hati.macam bagus.potpetpotpet~~

haih,dah penat fynn.28 tahun dah,hairan dengan orang yg mengaku dirinya 'manusia'.

cheh.

sinaganaga said...

Kami menulis untuk bergembira. Jadi, kami tidak peduli apa orang lain nak cakap. Harap kau pun serupa. Humcha!

-Ketua Turus, Sindiket Sol-Jah.

fictionita said...

ha ah. i've always thought that technology is somewhat mean.

Hanafiah Ghazali said...

bukan itu yang kamu mahu fynn.

dan teknologi, seperti juga setiap perkara yang wujud ada baik buruknya, bergantung kepada jiwa dan akal.

ternyata kamu lebih waras dari mereka.

haneejane said...

fynn, mereka begitu untuk menyatakan mereka masih hidup dan mahu untuk dipedulikan. maka kita yang sakit untuk mempedulikan mereka.

kuat fynn. jaga diri.