Wednesday, February 6, 2008

konsep kawan

pendek kata begini:

kau cari kawan yang sedang susah. kau kongsilah roti terakhir yang kau ada sebab kau pun memang sedang susah.

selagi kawan kau tu belum senang, kau akan rasa sgt seronok. persahabatan tu rasa sangan tulus.

lepas tu, dia akan jumpa kawan lain.
atau hidup dia semakin okay semula.
atau kawan baru dia lebih kool dari engkau.
atau kau semakin membosankan.

masa tu kau rasa diri kau macam tahi.

ini konsep kawan yang aku taakul dari kecil sampai sekarang.
sebab tak ada istilah kawan sampai mati.
aku reka benda tu semua untuk damaikan kepala gila aku.

semua tu tak wujud.
cuma sunyi kawan yang setia.

semua sama macam mak aku!
semua reti tinggalkan aku aja.
semua pandai buat aku rasa bahagia melangit, lepas tu hancurkan aku macam takde harga.

pergilah semua. aku tak perlu pembohongan ini lagi.

18 comments:

rockafellaswrote said...

betul ke tiada istilah "berkawan sampai mati"?

habis kenapa kamu buat sy percaya berkawan sampai mati itu ada?

bukankah hubungan ini yang kita banggakan dan agungkan2?

kami tak pernah sesekali tinggalkan kamu, cuma kamu yang berperang dengan perasaan kamu

bukan setakat cinta itu agung, tetapi berkawan itu lebih agung.

Anonymous said...

sesungguhnye...kawan sampai mati itu ada fynn...
percaya lah...
cuma mungkin...anda belum jumpa.. atau sudah berjumpa..tapi kawan itu tidak diberi peluang...

*mungkin saje*

fynn jamal said...

rockafella:

istilah2 yang digula2 semata untuk menyejuk hati sendiri, mungkin.

saya sendiri mahu percaya ia wujud, tapi entahlah.

terus dibangga, kah? terus agung, kah?

telah saya kata, saya perempuan gila.

benar, persahabatan itu jauh lebih agung.

tapi soalan saya lagi, kenapa saya masih sunyi?

fynn jamal said...

cha:

sudah jumpa..
mungkin sudah terlupakan juga.

FATENEDAN said...

fynn,kamu maseh yang kami banggakn..yang kami sayangkan..yang kami tak pernah terlupakan..maaf kakak,lama tak menjenggah kamu..aku sdg sibuk menyusun jiwa yg ribut..kita2 maseh kawan sampai mati..jujurnya aku rendu kamu..kamu sunyi kerna jiwa sdg kacau..sama spt aku kini..jgn terbiar lama rasa begini..kita2 akan kembali spt dulu..ok?syg kamu..

Hanafiah Ghazali said...

umur kini 32, orang tua. kawan paling lama; sejak kami berumur 6 tahun. kawan yang selalu berjumpa kini; sejak berumur 13 tahun (satu kumpulan) dan 18 tahun (satu kumpulan lain). kawan paling rapat; sejak kami 13 tahun. kawan sampai mati; sudah 2 orang (mereka pergi dulu sebelum saya). kenapa kamu sunyi? mungkin ada soalan lain di hati dan kamu bukan sunyikan kawan-kawan. cuma satu pesan orang tua ini, jangan jumud jangan taksub jangan agungkan kecuali Yang Satu.

dot said...

akak. jgn lupa kata2 ini, sedangkan lidah lagi tergigit.
norma hiduplah konflik bersama yg terdekat. mungkin sementara, tp mungkin mengambil masa. sebagusnya biarlah sementara yeh?
kadang2 kita tak nampak yg rakan2 itu sentiasa ada ketika kita seorg sbb kita sendiri xpernah mencari bayang mereka. kadang2 kita yg menjauhkn diri tanpa sedar. apa2 pon, ku harapkan yg terbaik utk akak. sekali lagi, moga ini hanyalah sementara. :)
oh ku suka anda.
:)

*huggss*

[siti] said...

ade org kate
kekasih datang dan pergi, tp kawan tetap tinggal bersama..

tapi tak semua kawan mcm tu

ade org kate
kawan datang dan pergi, tp kekasih akan terus menemani kita

tapi tak semua kekasih mcm tu

jadi konklusinya? tiada. kerana hubungan sesama manusia ini sgt abstrak. tiada yan akan kekal. hingga mati mungkin ada, tap itulah hentian akhirnya.

Yang teramat pasti tanpa sangkalan, Tuhan tetap akan berada bersama kita.. walau kawan mahupun kekasih datang dan pergi..

Shaira Amira said...

subjektif
subjektif
subjektif

kak fynn..dari dulu sampai skang, x pernah ada istilah best friend atau friends forever.

sepertinya saya takut dgn term itu.

fynn jamal said...

conteng:

benarlah lidah itu sering tergigit. benarlah gigi sentiasa harus dimaafkan. benarlah semua itu tak disengajakan.

tapi di akhir hari, lidah itu tetap sakit, kan...

fynn jamal said...

hanafiah:

umur sudah 26.
kawan dari kecil - tiada.
kawan dari sekolah menengah - satu.
kawan universiti - tiada.
kawan kerja - tiada.
kawan kecy - sudah sunyi.

siti:

iyalah. benarlah. tak terpersoal kasih tuhan itu. tapi banyak masa kita mahu bualan yg interaktif, kan..

shaira:

i have my vote in that.

sang gela:

saya suka sama tulisan kamu di blog. mahu sekali tahu siapa kamu.

Shaira Amira said...

biarlah kita sendiri, nanti kita akn blajar sendiri.
sakit sendiri,supaya nanti bisa bangkit dn berjaya sendiri.

tidak mengandalkan diri kepada siapa pn. itu lebih seksi.

[siti] said...

ya ya
apa yang saya belaar waktu study comm dulu
"we cannot not communicate"

bila kita berteman, interaksi bersama teman.

adakala kita mau monolog sama diri sendiri saja.

tapi bila terlalu lama bicara sama hati, mula rasa sunyi.

sunyi itu adakala bagus, adakala bisa jadi pembunuh.

*just my few cents*

Edna Sinn said...

2007 menyaksikan 5 kawan shaye tikam belakang...
sgt kasihan...
kemudian jumpe se-geng rakan2 ni...yg shaye fikir boleh dikawan-kawan...
sgt salah sangkaan...
shaye difitnah mereka...
konkLusi dr pengalaman,saya cuma boleh berkawan dgn chenta shaye dan kakak shaye...tiada laen...x perlu punya ramai kawan cukup skadar kenalan...

rockafellaswrote said...

maaf mencela, tp sy tidak gemar kata2 shaira amira, persabatan itu tiada kekal??

mengapa?sebab selama ini kamu selalu ditinggal kawan?

tetapi, tunggu bla kamu jumpa rakan satu kepala,persahabatan itu nanti ngko akan banggakan!

fynn, kalau rasa persahabatan itu tiada yang abadi, maka teruskan.

haneejane said...

fynn, ia ada. tapi belum jumpa.

paperheART said...

semua pandai buat aku rasa bahagia melangit,
lepas tu hancurkan aku macam takde harga.


aku rasa macam tu... setelah bertahuntahuntahun tunggu untuk jumpa kembali... the very next day aku dibuang. terus. berkalikali di hempas.

tapi aku sayang. aku sayang persahabatan. biarlah macam ni, tapi kalau kau perlukan... aku ada kat sini ni haaa... buat la. kalau susah, dtg la balik.

Anonymous said...

stuju 100%
sume orang pon nak baik bile ade masa alah.. masalah kite dorang tak pernah nak dengar... penat kan jadi sampah...sumpah menyampah..