Tuesday, February 26, 2008

hijau membunuh.

semalam balik kerja jam 9.30.
bukan mensyarah. itu, jam 4 lebih sudah tamat.
aku skarang kerja di pwtc, penulis sambilan.

semalam balik kerja jam 9.30.
saja balik lambat2. rumah aku kosong. aku takut hantu. aku takut dengar suara aku sendiri. aku rasa aku dah makin gila.

mcm dalam cerita butterfly effect, aku kena tulis apa yang lalu kat kepala otak, sebab kadang2 aku terus lupa apa jadi semalamnya.

sepatutnya aku tak menulis. sebab makin ditulis, makin dibaca, makin diingat, makin serabut.

semalam balik kerja jam 9.30.
bawak kereta tapi melayang. jalan klcc yang penuh dengan kereta, tiba2 aku rempuh tiang2 oren dengan sengaja. aku harap kena langgar.

tapi dua abang naik motor yang terkejut dengan aku yang buang tebiat itu; terbang, terjatuh depan mata aku.
aku berhentikan kelisa tengah jalan.

dari jauh aku dengar abang tu maki2 aku. aku datang dekat, tengok takde darah. motor calar sikit.

derang pulak yang tanya, "adik ok?"
derang nampak mata bengkak aku yang tak berhenti menangis tiap kali takde orang itu.

aku ckp sori.
derang pulak risau.
ajak minum dulu, tenang fikiran.
aku kata takpa.

baju mereka ada chop syarikat.
kesian. balik kerja juga ke?

kereta penyibuk makin ramai. aku kabut. parking ke tepi, harap sekor2 pergi. abang motor sudah gerak semula.

tuhan, orang kata kalau mati muda, tuhan sayang lebih.
kau tak sayang aku ke?

semalam balik kerja jam 9.30.
aku tanak balik rumah.
aku nak balik pada apa?

kamu, kenapa biasakan saya dengan cinta hijau kamu,
kenapa tidak beri ketika saya mahu lari?
kenapa tidak pergi ketika saya sembunyi?
sekarang sudah terlewat.

hati saya sudah mengukir kamu.

saya renangkan ribut taufan.
saya pekakkan cerca kawan.
saya senyumkan maki dunia.
saya tegak dirodok hina.

tapi kamu tidak tahu itu. atau sengaja kamu membatu.
berapa lama dunia ini mahu kejam pada aku.

mencinta kamu yang menggilakan:
hijau pokok
hijau baju
hijau kereta
hijau kodok
hijau topi
hijau tiang
hijau rokok

kamu dimana2,
menghiris hati saya.

11 comments:

Anonymous said...

er..
are you the one who read poem on layar tanchap?

yang pasal ibu tu?
sayu hati mendengar puisi tu
aduhai

ok, kak..
gud luck.

Anonymous said...

aku kasihan sama kamu. cantik, bijak, punya kerjaya hebat. tapi kamu terlalu sunyi. aku kenal kamu tapi kerana perkenalan itu aku benci kamu.(maafkan aku kerana berkata benar, aku rasa kamu juga benci diriku). tapi dlm hati aku kagum dgn kamu, suka dgn mu, berharap mempunyai saudara perempuan seperti kamu. aku rasa seperti ingin memanggil kamu tggl dgnku seperti dulu. walaupun sukar tapi at least kamu tidak sunyi atau takut. kerana aku tahu rasanya, rasa takut itu.

regards
sang pencinta yang tetap kagum sama kamu......

fynn jamal said...

rajuna:
itu saya.

anonymous:
tolong beritahu dan jgn siksa saya.
siapa kamu?

dan seingat saya, tidak pula saya pernah tinggal sama sesiapa, kecuali teman karib saya, ainul fariza.

ainul... ini kamu kah?

[siti] said...

kamu sudah jumpa azrul ya?

baru td azrul bercerita. Hampir hari2 berada bawah satu bumbung.. rupanya itulah orang yang mau dikenali.

*punye susah nk set appointment.. last2 jumpe tak sengaja*

emme~ said...

sissy..

be strong yeah..?
tuhan ada sama hamba2nye..

jgn gundah..
jgn gulana..
kelak memakan diri kamu..

*rolling eyes*

Edna Sinn said...

kakak...
apa yg kakak cari sebenarnya..???

rockafellaswrote said...

haih,complicated betul fikiran kamu je,begitu abstrak.

doa pada Tuhan.cari ketenangan dengan-Nya

fynn jamal said...

qasiyh:

cari bahagia.
noktah.
jgn tanya lagi, kerana saya tidak ada jawapan.

y u z said...

setiap hari...setiap hari,fynn..
saya masih kembali ke sini.
menjadi pembaca sunyi,menghayat setiap bait dan tuntas kata seorang Affina.

jika mahu dibilang - sabar fynn.
...barangkali jelak sudah kamu mendengarnya.

jadi,Ya Allah Ya Tuhanku - semoga Nur Affina Jamaluddin masih dalam lindungan kasih sayangMu. Amin.

jaga diri ya.

Edna Sinn said...

bahagia itu ada...
mungkin kakak tidak jelas merasainya...

P/S..doa kan insan pujaan saya ini slalu bahagia...

Anonymous said...

fynn..kamu sepi dlm keriangan.aku juga begitu,pantang bersendiri..aku menangis.tapi tak satu org pun tau itu.