jumpa pensel tepi jalan. kau berkenan. kau tengok takde pon yang cari pensel tekan2 tu. kau ambik. tapi satu hari pensel tu hilang.
macammana kau boleh rasa sayang kat pensel tekan2 tu, sedangkan pensel bodoh tu bukan kau punya? bukan duit engkau. bukan milik kau pun dari awal. cuma kau ada nasib pegang mende alah tu selama beberapa ketika.
*diam*
aku benci internet. sebab banyak benda yang kita buleh jumpa. contohnya, tulisan kebencian orang pada kita. gambar orang tengah keseronokan bersandar2 bermanja2, di belakang kita. tanpa kita. komen2 bangang yang tak relevan tapi dicandu orang. yang katanya sekadar untuk kelakar2 saja.
aku benci internet sebab aku tau aku tak patut klik dan memakan diri, tapi aku buat juga. sebab aku suka siksa diri sendiri.
pensel tekan2 tu bukan milik aku. biarlah orang jumpa dia dan pakai.
aku pun dah ada pen dakwat basah.
apa aku sebok?
apa punya entri ni? sungguh takde makna. haha.
kalau dulu kan, serabut mcm ni aku telan berpapan pain killer yang doktor kasi untuk buat jiwa aku tenang. telan berpapan2 pastu tidur. wah sedap betul tidur lepas tu. (tak termasuk kesiksaan muntah dan bengkok tulang tak bisa berdiri lepas tu la)
tapi aku sekarang dah besar. selain dari aku dah nekad tak mau mati kafir.
sembahyang pon bolos, ada hati nak bunuh diri. tapi aku bukan niat nak mati pun, cukup masuk drip UV, doktor kasi penenang mcm pentadine ke. sbb aku rindu tidur aman mcm tu. kadang2 rasa nak je ketagih dadah, tapi aku takde duit nak beli. kredit card pun ada satu dua yang sangkut. nak start beli dadah pertama pun belum tentu lepas.
apa aku ckp ni!!
layan juga tak siksa fizikal. kalau dulu penat cari iodin, keringkan luka badan. takpun cari balm surutkan lebam hentak kepala. sekarang siksa mental lagi best. lebih seronok. sebab aku buleh rasa lebih jahanam, maka tulisan puisi lebih dalam.
pasal itu kot ramai poet yang destruktif. tapi malangnya aku tak segila mereka yang minum arak untuk hilangkan kacau. sebab dosa jadi darah daging ni aku tak berani.
ubat kat johor. balik la, fynn... minda kau dah tak buleh tahan dah... kesian la sikit kat diri engkau. kau tak jemu ke hidup mcm takde tuhan ni...
nak tulis kat blog, tiba2 takut. nanti terkecil hati kawan2 yang baca. nanti terasa pula. sebab aku bukan selalu betul pun. hidup mengejar bayang2 hitam. mencari salah orang, itu memang aku. semuanya salah orang. tak mahu pun salahkan diri sendiri. semua, orang yang salah. tak reti pandang cermin ke aku ini?
aku perlu buat sesuatu.
tapi apa?
darah bugis terlalu pekat, sifat baran menjalar bagai raksa dlm tubuh. ah, mula mau salahkan keturunan lah tu. tulisan pun terlalu kasar, sampai ditegur kawan pembaca. "babi" itu dah jadi biasa dlm perbualan. mcm sebut "apa kabar". tak manis, fynn.
haih...
apa nak jadi.
kebebasan menulis buah fikiran harus dicantas. suara hati harus didiam.
aku tanya pada amy, "kenapa masih mau ditunggu saya ini? perempuan gila yang tak habis2 memberi dajal dalam jiwa anda? sedang teman2 pun ada masa tidak tahan, kenapa terpacak lagi?"
dia cuma kata "sebab saya tahu satu hari nanti kamu akan ubah"
siap dikata lagi "balik pada kawan2 kamu itu. mereka kawan2 yang benar"
celakalah kejadian2 dari kecilku, yang memaksa aku hidup dalam kebencian.
kalian tanya, "bagaimana cik fynn berjaya tulis puisi yang begitu mendalam, ya?". jawapan amat senang, kawan2, sebab aku tidak hidup dalam satu hidup. aku punya dua.
satu) hidup yang kau hidup bersama.
dua) hidup yang aku hidup sendiri. dalam mimpi ketika mata terbuka.
aku di dunia khayal, mungkin. mencari bunga matahari di atas bangunan2, menjejak arnab2 putih berlari2 di tepi jalan.
hello, fynn. kenapa menangis? kau dikejamikah? atau kau masih mahu menyendiri?
aku nampak segala yang negatif saja, kan? padahal terang2, kau suakan keindahan di depan mata, kenapa gagal juga sang mata menafsir yang cantik2?
aku patut optimis mcm mrs lovett, tapi aku pilih untuk jadi sweeney tod. sang pendendam.
affina: nama saja cahaya pemaaf, tapi perangai mcm separuh iblis. hati penuh api.
yang kelakarnya, yang aku pedulikan itu bukan keluarga sendiri pun. bukan abah ibu emak along achik adik pun. sekadar kawan2. yang punya hidup sendiri. yang sepatutnya aku sorakkan kebahagiaannya.
aku patut biar kau terbang. kan aku sudah ada potret kita2. cukuplah. apa lagi yang aku pinta?
kurangkan amarah kamu, fynn. kawan biasa2 saja. kamu tidak patut kejam begini. kamu kan sudah biasa berbiasa2? kamu pun sibuk, fynn. mereka ada hak untuk bahagia fynn.
ada hak untuk hidup.
dan hidup mereka bukan semestinya melingkar sekeliling kamu.
*diam*
aku suka pensel tekan2 yang ni. sebab dia ada pemadam kaler hijau. tapi kau bukan aku punya, wahai pensel.
jadi jangan siksa aku lagi boleh tak...
7 comments:
haha.
makin lama dibaca,makin dekat rasanya roh kita.
fynn,blog saya dah bersawang,tajuk akhirnya - "writer's block".sebenarnya,saya kaget mau menulis.sebab nadanya,akan menyumpah cikbedah-tipah yang suka menjegil bila saya terlepas laku [ikut kamus tatacaranya lah],membebel kisah adik yang di kampus tak serik2 mau berpacar dan fail duatiga subjek peperiksaan,menghayati jerih abah yg pening sebab si anak itu makin panjang pengajiannya [langsung menambah belanja ribuan RM jelang awal semester]......dan macam2 lagi.sungguh,saya sudah hilang sahabat.malah tak bisa berpacar.hati sudah kelam.terlalu dalam luka hingga takut hendak berkongsi lagi - takut ditinggalkan kerana rupanya,senyum dan gelak yg mereka lihat detiap hari banyaknya yg dipaksa-paksa.
kenapa kita sanggup bahagia demi tidak mau melihat orang lain tersinggung?tapi siapa yang akan tahu dan selam apa yang sebenar kita hadapi.
kamu untung,fynn.sekurangnya ada amy yang masih setia.tapi saya?
dem.kenapa sebak membubar di dada? :'<
yuz:
sangat sama!! apa kkita ini disusun dalam folder yg sama oleh Rabbi? haih. apalah nasib, kan.
ada amy? mmg ada. tapi kalau berjumpa pun sekali dalam dua tiga minggu, itu pun harus di buat temujanji seawal dua tiga hari, bagaimana pula.
yuz, kenapa kita mcm org gila haa. kenapa tiada yang mengerti kita.
kita ini terlalu pelikkah utk mereka?
dan yuz, tulislah. sudah lama saya tunggu tulisan kamu.
kalau menulis guna pensil tekan mudah terpadam la kakak..makanya pen dakwat basah lg dijamin sirim..hurmm..oppotunity cost fynn..dalam idup kene memilih..cuma kene bijak dan sy tau kamu pasti yg mana bijak buat kamukn?..adei..rendu~
conteng:
saya rindu kamu sangat..
hanya kamu yang faham jiwa saya..
haih...
hye fynn its syaz, tatau u ingat i ke tak but u helped for my kolej project hari tu.
hey i just wanna say that you're very outspoken and you have great passion in music from i have watched on youtube and your spontaneousty makes u diff. you're loud and bein loud sometime makes ppl hate us . but haha...its our mulut right? who cares.. so boo to the haters.
well, same-same is boring right?
i just want you to know that some ppl are behind you all the time and support you all the way.
and one more thing i know that you're a good friend of RANtaians but i cant help it that there are so many teens out there who are poseur wannabe think that its cool to have their pics taken with their RANtai shirt. and berlagak dgn DSLR and claim that their arts are piece of magnificent padahal takda apa2 pun. so im like "even fynn slalu perform kat RANtai takda pulak aku tgk default gambar dia pakai baju RANtai". and the fact that indie clothing line sedang mcm mushroom dan mcm hampeh skrg ni. print ayat2 ntah apa2. like street signal print out ayat "weh mak aku kata mak kaw ronggeng". hw could these ppl claim they love mom and print out that. making fun of insan yg bernama mama,ummi,ibu. piece of shit i see that.
i pun takdala best mana. tapi isu ni byk photographer otai2 dh memekak.
haha. i pun tatau apa i merepek and tatau why im writing this to your post.kalau i menyemak sorry.
but hey, i love you babe.
keep on rockin.
syazsy
hey syaz!!
would i EVER forget you? will not. still thankful for the part u gave me on u piece. :)
thank you for thinkin im THT cool. in 20, only one would think such a way. well, btul la, kita org gila je yg paham kita2. :)
hope u are one of the crazee ones. maka kita dlm satu kelab yg sama.
haters out there, kenapalah tidak mahu suka sama kita. penat dah kan?
mmg ramai wannabes out there, tu la dia. but who are we bebel, dah la mmg dibenci, add to all this outspoken thoughts, lagi la menyampah kat kita. ah pi blah la.
its hard. last2, we just senyum sorg and say to ourselves "siannye korang".
cause like always, we are the ones who see the bigger picture.
love u too, syaz! :)
pen dakwat basah itu mugkin xkan terus menjadi milik kita...mungkin ia cuma ada utk mengajar kita menulis...
Post a Comment