dengan umur yang mahu mencecah 26, saya masih buta politik negara.
bukan saya suka2 menjadi ignoran. tapi saya kira saya tidak punya relevan untuk mencampur diri. bagi saya, politik itu leceh.
kalau ada pun yang saya libat, sekadar politik kampus.
(itu pun atas peras ugut keputusan final yang tidak akan dilepaskan pada mereka yang tidak mengundi)
kejam.
apa yang saya tahu selama ini, setiap tahun, yang saya pedulikan hanyalah cuti2 yang dianugerah untuk kami pelajar2 yang haus masa lapang. ataunya, wang kompensasi yang mudah2 didapatkan dengan hanya mengikut beberapa prosedur.
siapa tak mahu makan percuma?
seorang teman yang agak rapat bicara sama saya semalam, setelah hampir tiga hari saya memilih untuk tidak menulis. kerana apa yang saya bisa buat adalah duduk di hadapan skrin, klik berjuta link, diam dan berserabutan.
saya hilang arah untuk menulis dua tiga menjak ini.
saya tanyakan padanya (memandangkan patriotisme beliau sgt membuai minda provokatif saya): "bagaimana ya, jika memang saya cintakan kapal umno, tapi tidak nakhodanya?"
futnot: sejujurnya, takut saya untuk klik "enter", 1) takut habis semua disoal selidik, dinama pembangkang, ditarik nikmat rakyat kerajaan, 2) putus pula persahabatan, seperti bapa saya yang hilang seorang sahabat kerana bapa saya tidak mahu bersama2 menyokong parti yang atas angin itu.
tapi dengan manis dia pujukkan: "cintalah sama sang perjuangan, bukan sama tuannya. manusia itu sifatnya akan mati. tapi fikirannya hidup sentiasa."
*senyum*
betapa benar.
iyalah, sedangkan saya pernah membebel2 sama abah kerana tidak berkenan sama caranya yang ketenteraan atas nama pendidikan anak2. abah, seperti ayah2 kamu, peduli apa. itu cara dia.
pokoknya di sini adalah: penerimaan kita.
abang saya lari dari rumah pada usia 16 tahun. adik perempuan yang muda setahun dari saya pernah cabut sebentar pada usianya 17 tahun. itu cara mereka respon pada ayahanda. lari dan bersembunyi.
abah saya, meski dipujuk rayu ibu tiri saya, haram tak hingin mencari. dia kata: "dia fikir dunia di luar itu indah? biarkan. nanti dia mesti balik"
dan setelah hampir setahun, abang saya pulang dengan muka seperti tembok.
saya pernah juga menghancurkan hati abah. putus cinta sama high school sweetheart yang 6 tahun tidak mudah untuk si dia. dia mahu saya terima 1) dia pernah mempunyai wanita sulit, 2) dia tidak gemar keluarga saya yang tidak tipikal melayu (anak beranak berbual seperti geng sekolah), 3) macam2 lagi yang tak perlu saya cerita. dia datang ke kuala lumpur, ambil gambar saya persis pengecut, dari jauh, buat fotokopi dan terus dilayang pada abah.
maka setelah 23 tahun hidup secara hipokrasi, akhirnya beliau tahu saya di sini tidak bertudung dan berpakaian seksi.
masih saya ingat gema suara abah di hujung talian, ketika itu saya di dalam kelas, menengking memerintah saya untuk pulang ke kampung. dia mahu hambat aku, katanya.
tanpa berlengah aku tempah tiket dan pulang.
untuk disebat selama 3 malam.
abah adalah segala2nya bagi aku, kalau aku lari, aku sama seperti mati.
penerimaan. satu cara didikan yang sama. tiga cara ditelan.
ah. siapa kata ini perkara terima ini enteng?
ini melibatkan ego, tuan2 dan puan2.
syaitan dilempar ke neraka kerana tidak mahu menerima Adam.
firaun diberi bala kerana tidak mahu menerima dia bukan tuhan.
Rasulullah SAW dibaling najis kerana kaumnya tidak mahu menerima ajarannya.
berlambak kisah2 seumpama. patinya satu: tidak menerima kerana bodoh/ dengki/ sombong/ dengar kata orang/ blur.
haih.
apa yang aku mau untuk hari ini?
tidaklah sebanyak yang aku mau untuk anak2 aku satu hari nanti.
apa pun jua, aku mahukan satu gagasan yang kuat, yang mampu. siapa pun di atas sana, tun kah, pak lah kah, najib kah, sammy vellu kah, yang penting aku setia pada yang telah setia pada keluarga tok nenek aku selama ini.
undi perjuangan.
bukan personaliti.
ini bukan realiti tv, yang kau sms semata kerana kau rasa mawi itu manusia alim ulama'. bukan juga dayang nur faizah semata kerana bakatnya yang unik dan hebat. bukan faizal tahir kerana dia ada tulisan 'S' di perut boroinya (perasan superman. kasi 6-pack dulu la baru kau tunjuk, tongong)
lalu mau undi yang bagaimana ha?
ini masa depan, kawan2.
maka, ini adalah entri untuk kita2, yang mampu memanjat menara gading bukan dengan wang ayahbunda yang hanya memandu bas sekolah, atau berniaga kedai runcit.
ini adalah entri untuk kita2, yang mampu meminjam ringgit tanpa cagaran, dan secara buta2 percuma semata kita bumiputera.
ini adalah entri untuk kita2, supaya lahir rasa malu. kerana kita manusia alpa dan pelupa.
politikus.
ini Malaysia.
golden khersones kita.
10 comments:
ya.. perjuangan itu mmg dicintai
sedari dulu
namun penggeraknya yang kadang2 buat diri lelah mendengar cerita politik
kerana penggeraknya yang tidak cintakan perjuangan itu
penggeraknya yang lebih cintakan wang ringgit
oppurtunis
namun bukan semua, sebilangan
harap2 jumlahnya akan menurun
:)
x pnh daftar utk ngundi...
abes..utk ape.. ??
di rumah...tiade eletrik..tiade kemudahan air...tiade jalan tar..
so...malas mau layan sessi mengundi..
huhuhuhu
BN= Barang Naik. Nuff said.
futnot: maaf, nenda sebelah bunda org kelantan (pasir mas). maka sentimen terhadap PAS atau keADILan atau apa saja pn disokong mati-matian.
Saya orang kelantan. pure.
Ibu saya amat kuat fanatiknya pada PAS. Kelas usrahnya membawa ibu saya kepada politik PAS.Tapi tidak bagi saya. Abah saya. Adik-beradik saya.
Baliklah anak2 Kelantan untuk mengundi. Mereka2 yang sudah jauh umurnya sudah sebati dengan fahaman mereka. Tak mampu untuk diubah apa2.
Tapi kita sebagai anak muda mampu mengubah kehidupan kita di masa hadapan. Kehidupan anak-anak kita di masa hadapan. Saya kesian pada anak2 Kelantan. Terpaksa bekerja di luar. Yg di sini ramai yg hanya suka pada benda2 haram. Dadah dan gam. Pil kuda pon ada juga. Walaupun orang yg kuat agama yg memerintah Kelantan.
Saya kecewa. Anak Kelantan berada di Kelantan. Ingin perubahan.
Saya tidak melihatkan pada nakhodanya. Kerana manusia hidup penuh dengan sifat hasad dengki. Saya hanya mahu kapal yang saya naiki tidak karam di tengah lautan.
Terima kasih Fynn. Kerana bangkitkan isu ini. Lega rasanya dapat berbicara.
Notakaki: takpe kan orang johor? tumpang ruang sket je. terima kasih.
cha / shaira:
jgn risau. harap kita ttp teman walau berbeza pandang.
sy ini, bukan kirakan siapa2. cuma takut anak2 tidak merasa apa yang saya ada.
harga barang ditentukan org kafir. negara semakin bankrupt melayan siswazah kita yang tidak reti bngkit dan mnjadi melayu hebat.
ayuh, tampar teman2 yang alpa, yuk?
siti / cha:
samalah. nakhodanya akan silih berganti. kadang2 berbunuh2 mahu merampas takhta.
kita anak2 kapal duduk diam. pandangkan saja.
selagi belum disuruh terjun ke laut, kita pandangkan.
kalau sudah mau melampau, kita bangkit.
:)
orang Melayu sudah tidak punya apa di Tanah Melayu. kuasa ekonomi bukan milik kita, tanah-tanah pun sudah banyak tergadai. hanya kuasa politik yang tinggal dan ini pun jika kita tidak mahu pertahankan, entah la.
orang politik adalah penentu dasar dan polisi negara. institusi pemerintahan tertinggi negara dimiliki orang politik. jika institusi ini jatuh ke tangan orang lain maka pelbagai dasar boleh mereka cipta membelakangkan orang-orang Melayu. tidak mustahil juga mereka akan melupuskan hak-hak Raja yang merupakan pelindung dan pendukung orang-orang Melayu selama ini.
maka, sokongan kamu sangat2 diperlukan, bukan oleh Pak Lah atau Dato' Najib, tetapi oleh anak-anak kamu yang ingin merasakan hidup sebagai tuan di tanah sendiri.
kasihanilah mereka.
p/s: jika ada kelapangan jemputlah datang ke bilik gerakan pemuda BN DUN subang di USJ1. hubungi saya jika perlukan panduan @ 0123384731.
maaf menumpang lalu,
cha, kamu tinggal di mana? benarkah masih tidak punya kemudahan air, jalan tar, elektrik?
hanafiah.. benar sekali.. sile ke blog saye.. entry (19/2) di situ kamu boleh lihat.. perit idup sbg "icha" .. hahahah
tp..ttp bersyukur
pak lah itu boneka saja yg nakhodanya isteri kedua. sang timbalan menteri juga berbunuh-bunuhan untuk kepentingan sendiri.
saya takut negara ini direnyukkan dan dibaling sisa-sisanya pada anjing. lihat sja sekarang, bukan kita yg pegang tampuk ekonomi, kerana terlalu selesa dalam dunia sendiri sedikit2 kita melepaskan bumi kita pada org dagang.
Post a Comment