Monday, February 25, 2008

konsep cinta yang mahu disempurnakan.

hari ini kita bualkan konsep cinta sempurna yang tipikal. jgn risau, tidak ada kena-mengena sama kamu, dia, aku juga mereka.

hidup aku kan indah. mana ada masalah.
*chuckles*

--------------------------------------

minah dan abu datang dari dua dunia berbeza. minah perempuan joget. abu penoreh getah.
berjuta suka bermatian pada minah. tapi minah sepenuhnya sukakan abu. namun abu cuma suka sedikit tentang minah.

bukan sebab minah perempuan joget.
tapi sebab minah mcm perempuan bongkak, mungkin kerana selama hidupnya senang: sekadar bergelek minah sudah dapat wang.

yang dia tidak tahu, minah tidak tahu apa makna sayang.

dia dimiliki tokey chua sejak dijual oleh tokey lim dengan harga lima ringgit. bagi minah, itu cinta. kerana ada yang sanggup membelinya.

tapi masa hari itu yang minah terserempak sama abu, hatinya terpaut sangkut bertaut. abu bukan lelaki lain yang cuma mahu tubuhnya. memang minah pernah melihat abu memandang sedikit2 pada liuknya, tapi pandangan abu luhur.

diketahui minah akan si abu itu orangnya sendiri, tiada siapa, bersunyi-sunyi. minah sayu. minah mahu. "aku juga sama, abu. ramai di kakiku, tapi di malam, aku berseorang: celaru"

minah yang selama ini dikejar-kejar orang kampung dan digila-gila orang seberang, kini rasa longlai direnung abu. maka dia memberi senyum.

abu tahu minah sudah suka padanya. abu rela. dan abu pun suka.

di permatang hijau mereka ciptakan langit ke sebelas yang berwarna perak dan putih.
di belakang reban mereka pegang tangan dan sangkutkan cinta di ampai.
di hujung hujan mereka berlari mandi air awan sambil terkekeh dan bahagia.
di mana-mana.
di banyak masa.

sayangnya, tidak pula si minah ini tunjuk pada dunia akan kasih disimpan pada abu. tokey chua tuannya. tali barut ramai, bagaimana nantinya?

habis bulan2 penuh madu, minah minta abu kabut. sebelum terlewat, madahnya. sebelum terlambat. abu dengan sedu bicarakan tentang hatinya itu haknya sendiri, minta dibiarkan. minah semakin takut.

tuhan, jangan sampai seluruh nyawa aku gadai...

maka minah cuba membenci abu. dicipta segala untuk dibenci pula. setiap satu-persatu menjadi berbuku. maka biar abu angkat kakinya.

tapi semakin dipaksa diri, semakin bertatih rasa cinta.
semakin disuruh pergi, semakin banyak curahnya.

minah tewas, tapi dia diam. dia sudah ada tokey...

mungkin abu sudah penat tidak memahami minahnya; mungkin minah yang perempuan joget itu ada khilafnya sepanjang bercinta; mungkin juga terlalu banyak jiwa difikirkan, abu pening kepala; mungkin itu dan ini, dicipta semua segala; semua kemungkinan itu, abu mula berjauh pula.

apa silap aku? tangis minah.
sedikit. kerana sifat kamu. kata abu.

minah yang sudah jatuh ke gaung sayang berserah. malam itu dia nekad dan dikemas bagasi kecil. dia mau lari dari rumah joget itu. dia mahu bersama abu, menoreh getah, menebas lalang, memasak sayur tumbuh di tepi rumah.

tapi abu pegang tangannya dan memaksanya pulang.

minah sayu. apa terlambatkah dia mengemas beg hitamnya itu. yang abu sudah tak mahu lagi melewatkan rajuk dan menundanya nanti2?

"sudah habiskah cinta abu pada minah?"
"belum"
"sudah ada gadis anak ustazkah, abu?"
"tidak"

minah tetap tegak di depan mata abu, menharap simpati, kalaupun bukan cinta.

"baliklah berjoget, minah"
"tak mahu"
"aku tidak punya apa"
"dari dulu"
"sampai bila, dik?"
minah diam.

tidak cukup tinggikah cinta abu padanya? "belilah aku, abu..." desir minah dalam hati. "...dan aku jadi hamba kamu di setiap hari". tapi dia teka abu tidak akan mahu.

kalaulah minah bisa luahkan pada abu.

abu beredar sebentar ke dalam rumah. minah masih di tangga pintu menunggu dilawa. dalam beberapa detik, abu turun pada minah.

hati minah berbunga.

tapi abu cuma menghulur dua kepal tangan.
dipusing, dibuka telapaknya. diperlihatkan pada minah.

tangan kanan racun tikus,
tangan kiri cuka getah.
pilih.

diberi kata dua yang bermakna satu. pisah. putus. jauh. mati.
kejam.

kasihan minah. cintanya ditolak sudah. padan muka juga, kerana lewat meluah.
kasihan abu. menolak cinta yang dimahu. padan muka juga, kerana tidak memberitahu.

dan sejak itu, malam tidak pernah ada suara cengkerik dan suluhan bulan.
minah melarat dan mati.
abu pun sudah pergi.

mungkin sudah disurat minah itu lahir menjadi perempuan joget.
kasihan dia.
sangat kasihan.

--------------------------------------

mencari lelaki sempurna itu macam mencari kuku mati yang baru dipotong di selirat permaidani 3 inci. hampir mustahil.

cerita ala2 hindi ini sangat menjengkelkan, kerana di setiap kali, kita akan tegak di depan tv menjerit2 "argh!!! bodohnya!!! dia tu depan matalah!!!!" atau "tertekanlah tengok hero yang bodoh2 ini!!!!"

tapi kamu bukan dalam cerita itu, kan?

entahlah. adakah lelaki sempurna di luar sana? kalau wang melimpah, hati sengsara, bahagiakah? jika paras indah, jiwa tersiksa, sentosakah?

tidak cukupkah cinta?
memang tidak.

tidak mahukah usaha?
takkan mampu.

oh, lelaki sempurna, celakalah engkau kerana menjadi tiang standard hidup yang normal.

aku mahu lelaki biasa2. yang tidak punya sesiapa. yang tidak mahu apa2.
selain cinta saya.
selain memandang saya.
selain mendengar saya.

aku mahu cinta seperti abah dan mak.
yang bermain simbah2 di dapur.
yang berkejar2 bersembunyi di belakang anak.
yang bertengkar lalu berpeluk.

aku mahu kamu.
kenapa mahu kau buang aku.

selamat malam, bulan.
hari ini malam terakhir aku dapat sinar yang kamu pinjam dari matahari.
dengar2 dia sudah minta kau pulangkan.

kasihan kau bulan.

9 comments:

weirdwEEda said...
This comment has been removed by the author.
weirdwEEda said...

hidup terasa bahagia kan bila takde masalah..tapi masalah la yang mengajar kita erti hidup..

marhaen vintaj said...

aku mahu lelaki biasa2. yang tidak punya sesiapa. yang tidak mahu apa2.
selain cinta saya.
selain memandang saya.
selain mendengar saya.

huhuhuhu...
suka banget ayat ayat di atas yang ditulis oleh kamu.

tapi, mana ada orang yang tida punya sesiapa,
dia juga punya keluarga, paling paling pun punya ayah, ibu, aik beradik, kawan kawan, saudara mara...

seperti mana kita mahu dia yang biasa biasa.....
bukankah dia jua mahu perkara yang sama,
kita yang biasa biasa, yang tidak punya sesiapa. yang tidak mahu apa2.
selain cinta dia.
selain memandang dia.
selain mendengar dia.
mampukah kita?

ahhh... dunia ini penuh dengan keinginan dan kemahuan yang tiada kesudahan.

bila mahu bulan pulangkan sinar yang dipinjamkan oleh mentari, kasihan kah bulan?
atau kasihan pada bintang yang berkelipan tiada yang pandang,
atau kasihan lagi pada si pungguk yang sejak dahulu tidak dilayan oleh sang rembulan...

ahh... kacau...
kenapa sampai melalut lalut...

fynn jamal said...

weeda:

mana ada hidup tiada masalah.
yg untungnya, kalaulah tiada, tak mungkin saya bisa menulis2 begini kan.
yg ruginya, hati kita hancur belaka.

nota:

disatu cerita, ada lapan mata yang bercerita. kasihan bulan meminta disempurnakan suria. kasihan pungguk menunggu bulan. kasihan bintang tak terhiraukan. kasihan rumput tidak pernah terceritakan.

kasihan semua.
kasihan segala.

kalau bisa, kalau ada yang sebatang kara, saya mahu. kerana saya mahu menjadi satu.

kenapa tiada, kan...?

MDM FARAH FAIZURA said...

hi saya lelaki

ehehehe

Hanafiah Ghazali said...

kasihan abu dan minah
ikut hati mereka mati

cinta indah itu ada
namun tiada lelaki sempurna
juga tiada wanita sempurna

cuma perlukan jiwa kental, hati yang bisa digores namun bertaup kembali tiada luka, akal yang bisa dikawal waras, pada kamu dan dia, kamu jumpa cinta indah kamu.

pungguk itu tiada pernah peduli ia bulan namun bulan itu di mana-mana harap pungguk melihatnya. menyuluh bulan diri sendiri meminjam sinar sang mentari, sayu ia si pungguk tiada peduli. tiba masa sinar pulang ke mentari sedihla ia kerna tiada nampak pungguk akan dirinya lagi. namun cinta bulan tiada henti.

fynn jamal said...

hanafiah:

jangan tersilap baca.
ini kisah minah dan abu.
kalau pun benar ada cinta begitu,
malang sekali, saya tidak merasa.

cuma diberi kecap sedikit, kemudia diambil semula

Shaira Amira said...

kak fynn, dulu saya juga mahu dicinta dan disayang,berulit dan berkasih tp tiada siapa yg mahu. dianjingkan org tp sanggup menjaja diri utk secangkir cinta.

adakah namanya yang cinta itu?

Anonymous said...

itu rasa yang lahir dari jiwa
jiwa itu tahu kah..
jgn sedihan lagi..
hari itu akan tiba
bila2 masa...