Thursday, February 14, 2008

cinta yang tidak ditepuk langsung

saya nak pakai tudung.

tapi bila org sibuk2 nak berkhutbah kat saya, saya jd menyampah. awak bukan abah saya. awak tahu tak, abah saya, walaupun geng2 rakan masjid, dia sangat halus dalam dakwahnya: buat saya jatuh cinta pada konsep bercinta sama Sang Pencipta.

bukan macam awak. sibuk nak bangga dengan diri bertudung, padahal saya tahu awak selalu dating peluk2 mcm janda jual nasi lemak jumpa pelanggan kacak. macam tadi, ye lah, awak sambut valentine, ye?

*batuk* awak tau tak hari ini, beratus2 tahun dulu, panglima2 agama kita bermatian berperang dengan sang kuffar.

awak masih mau beli bunga? dan bangga dengan tudung yang awak pakai?

di hujung sana, gadis pakai tudung molek, baju ketat menayang leher dan separuh dada.
di belah sinun, gadis molek bertudung makan di restoran "Hari2 Jumaat" yang terang2 ada arak dan margarita, atas alasan "bukan minum pun".
yang tang sini, pakai tudung, tapi dari zuhur tadi di sini. sekarang dah maghrib. tak sembahyang pon. takkan semua ahli geng uzur serentak?
yang situ pula, sambil bertudung, cantik meleset di bahu sang arjuna, sambil jemari berlari2 di celah kangkang jeans jejaka itu.

apa ini. kau lelong tudung kau atas nama cinta kah?

betul lah kot... sekurang2nya mereka pakai tudung.. awak tu fynn? seksi pakainya, entah bila mau berubah. asik mau kata orang saja. asik marah orang saja. cuba banyak istighfar.

tahlah. aku nak pakai.. tapi aku nak pakai betul2 terus. bukan semata fesyen2. bukan pasal rambut aku tak cantik. bukan pasal takut ada cik joyah mengadu pada abah.

tapi pasal takut otak menggelegak, pasal rambut jadi tali untuk menggantung tubuh saya yang gemuk ini.

ish.
hati aku mesti dah tak ada permukaan yang jernih lagi, kan..
tuhan pun mesti sudah terlalu marah pada aku.
kan?

*diam*
pasal inikah tuhan duga aku banyak sgt?

*tiba2 teringat*
valentine.
*gelak kecil*
gula2 duniawi.

cakap pasal cinta lagi lah.

orang kata, cintailah orang yang sayang engkau,
jangan kejar orang yang kau sayang tapi tak sayang kau balik,
sbb org yg sayang kau akan layan kau elok,
yang kau sayang tak semestinya sayang kau balik.

soalan saya: siapa orang tu?
sesiapa pun dia, pasti dia dasar pembohong.

tak percaya?

ada kisah cinta, yang manusia itu sanggup disepak terajang dihalau caci, tapi masih menunggu di tepi pintu, mencari harap untuk diterima. dan dia bahagia. biarpun cinta itu hanya dia yang rasa. biarlah ada berjuta lain yang menagih cintanya.

disayang orang itu tak seindah menyayang kisah cinta terlarang.
tak setulus.
tak sehebat.

biarlah dibodoh2, dimaki2 singkatnya sang akal. tapi bagi mereka cukuplah.
benar, ada manusia yang puas begitu.

ada kisah lain, yang manusia itu sanggup menunggu kosong di setiap penjuru semata untuk memandang dari jauh. mengharap pd sesekali tertembung pandang. merah jambunya langit hanya dia yang merasa ertinya.

disayang orang itu tak sesuci menyayang insan yang langsung tidak sadar wujud dirinya.
tak sekuat.
tak segagah.

juga ada lagi satu kisah, yang manusia itu sudah menadah2 muka, tapi tetap tidak dimahukan. kerana muka ditadah pada manusia yang menunggu cinta jasad lain. sanggup menanti (sang manusia tak malu itu), akan satu hari yang diterima cintanya setelah penat manusia idaman itu menunggu jasad yang satu lagi.

ada masa penantian itu berbaloi, tapi lebih banyak kesnya cinta itu sekejapan saja. alasan? orang yang dinanti manusia-yang-dia-suka itu sudah mula melayan, maka penanti pertama tadi ditinggal begitu saja dengan alasan yang direka2 seperti alasan kanak2 kecil pada bunda yang menangkap sang anak curi2 makan di bulan ramadhan.

disayang orang itu tak seseronok menyayang fantasi yang kita cipta untuk kita dan dia.
tak sebahagia.
tak semanis.

banyak lagi kes seumpama. natijahnya, cenderung cinta agung adalah pada yang menyiksa jiwa. menoreh rasa. menikam akal. meronyok rasa.

kerana berapa orang yang akan ingat kisah2 filem yang berakhir dengan bahagia?
kerana kita akan ingat akhiran yang heronya mati, atau heroinnya bernikah dengan musuh keluarga, yang cintanya sampai mati takkan berpegangan.

cinta itu tak bisa dipaksa2.

kau bawalah pedang bilah tajam mencincang kilat sekali pun, kalau sudah namanya rasa di dalam diri, takkan bisa dibuang2.

kau tampallah notis2 bertulis "bodoh" atau "bingai" pada kepala sang pencinta itu, kalau sudah namanya cinta yang tertanam, takkan mampu kau siat2kan dan diamkan.

dan rasa itu akn terpancar, semata untuk memalukan sang pencinta bodoh itu juga.

kasihan.
sangat kasihan.

10 comments:

marhaen vintaj said...

buat ini, kita akan dikatakan sebegini.
buat itu, kita akan dikritik sebegitu.

dan, kita akan bertanya dan bertempik, lalu kamu mahu kita ini buat bagaimana?

dan mereka berkata, cinta itu kalau bertepuk sebelah tangan tiada akan berbunyi.
dan kita berkata, cinta itu kalaupun tidak ditepuk sekali pun tetap akan berbunyi bunyian.

[siti] said...

saya pernah jadi sibodoh itu. Harapnya skrg sudah sedikit pandai. InsyaAllah semakin pandai. Amin.



Kamu kata kamu gemuk?

*geleng2 kepala.. tsk tsk tsk*

Nnt saya belikan cermin besar ya.. tak pun timbang berat yang ada peratusan fat dlm badan tu. Mungkin kamu akan rasa sedikit ringan lps tu

hihihihihihihi

fynn jamal said...

nota:

kalau pun tak ada bunyik tepuknya, sekurang2nya terasa angin yang beralun pun jadi.

kitalah sang bodoh yang dilihat oleh semua dalam dunia cinta ini,
tapi satu hari nanti, bila dipandang semula, mereka akan katakan:

gila hebat definasi cinta dia.

fynn jamal said...

siti:

gemuk dosa, cik siti. rambut nak menampung badan yang berat dengan keji.

haih.
bagaimana ya...

ainfazrin said...

kite lama dah jadi pembaca setia.cuma sebelum ni lebih suka baca dari berkata-kata.

kalau cakap pasal cinta,rasanya kite penah jadi semua.kite penah jadi si bodoh, si yang dimalukan, si yang tak ada malu..pernah juge jadi si yang disimpan dalam kelambu.em.kite lah si bodoh itu.

sekarang,kite belajar biar jadi pandai sikit.bukan sampai pandai yang boleh membodohkan orang lain, cuma biarlah sekurang-kurangnya boleh nilai silap sendiri.

kak,komen untuk kesemua entri sebelum ni..kite takkan cakap kite paham apa kak rasa.tapi kite pernah lah terkena sekali dua insiden yang sama.

tapi yang seronoknya, pasal abah kak fynn. baca pasal dia, buat kite rasa sedih, dan gembira.sedih sebab kenapalah abah kite pandang anak-anak dia cume sebagai orang-orang yang berbin dan berbintikan namanya.gembira, sebab kite boleh tumpang rasa kasih ayah dari apa yang kak fynn cerita.

one final statement.
ada pernah dengar orang kata, anak kedua ni memang pelik, kadang2 bermasalah orangnya.
tapi nanti dia juga lah yang boleh diharap keluarga.dan juga diharap oleh teman-teman sekelilingnya.

jaga diri,kak.kite anak kedua ni harapan terbesar semua.macam tak masuk akal, tapi statement ni kak mesti percaya.

[siti] said...

ainfazrin:

ya. dlm ilmu psychology ada, namanya second child syndrome, atau ada juga panggil middle child sindrome.



Fynn:

Aih.. jika gemuk dosa susah mahu cakap, kerna perkara ghaib, Tuhan saja yang tahu gemuk kurus kita ni.

Bak kata dialog tipikal, semayang tonggang tonggeng pun belum tentu diterima Tuhan. Lagi mahu ukur amal orang.

Apa pun.. bila sampai masa.. sampai seru.. kita pasti kan kembali kedakapan kasihNya, secara ikhlas.. InsyaAllah..

emme~ said...

yerp sissy...

setuju same kamu...
name jek pakai tudong..
tp perilaku..?

tah la...
dosa masing2..

setuju ngan siti..

mane ade kamu gemok fynn..?
haih..

duniawi~

Edna Sinn said...

kita tak diberi mandat utk mengukur dosa sendiri...
cumanya Alhamdulillah jika sedar...

norma daud said...

emmmmmm tak tau la apa erti cinta yg sebenar
saye cinta org tapi org tak cinta saya
saya tak cinta orang tapi org cinta saya
saya tak nak cinta tapi cinta cari saya
maungkin saya tak dapat cinta sbb saya tak cinta pada tuhan
saya banyak dugaan cinta sbb saya kurang cinta pada tuhan..
padan la muka saya!!!
saya rasa baiklah saya cinta tuhan,
kalau tuhan tak balas cinta saya sekarang, tapi sekurang2 nya saya tahu tuhan akan balas cinta saya kemudian......

p/s saya berharap org yang tak cinta saya... arap dapat appreciate saya.... sementara saya masih ada sekelumit cinta pada dia..... dan sementara saya masih diberi nyawa

Rubina Yunal said...

Kakak pasti lebih manis bila ditutup semuanya, eksklusif bukaannya hanya untuk cinta hati yang sanggup tempuh gelora api, bersalam melafaz akad, sumpah janji bersama sampai mati.

Tapi lebih indah jika menutup tanpa rasa terpaksa, atau untuk dipuji menyedapkan hati lain semata, bukan? :) Niat kakak di kepala entri tadi saja sudah cukup buat saya tersenyum syukur.

Saya kira, Tuhan lebih lebar senyumNya untuk kakak.

It's okay, slow-slow, tiada salahnya pada mata manusia biasa spt saya, spt kita. Cuma sempat atau tidak, dan sampai bila itu yang mampu jadi pendorong utk sesuatu keputusan itu dizahir.

Saya fikir, saya sendiri ada juga membuat silap, terlupa sedetik yang ditutup sebenarnya bukanlah rambut dan kulit ini. Yang ditutup ini tujuannya membentuk perlakuan diri.

Tapi manusia. Fitrahnya pelupa.

Saya doakan untuk kakak. Mudah-mudahan baik semuanya.