arwah loloq adalah pemuisi yang hebat. katalah apa saja, tapi lirik lagu adalah puisi, jadi diamkan segala bantahan.
satu) dia sudah pun kembali kepada tuhan.
dua) memang tulisannya bagus.
aku masih boleh menitikkan airmata setiap kali aku fokuskan fikiran mendengar lagu awan yang terpilu.
siapa yang tak sayu hati melayan jiwa lagu itu.
satu hari nanti, aku mahu puisi aku dibaca anak2 kecil, diceritakan pada generasi baru tentang aku: penulis yang menghembus nyawa pada tulisan. memang aku belum tiba pada tahap itu, maka azam aku adalah ini: AKU MAHU JADI SEPERTI ITU.
teringin. sangat mahu melihat tulisan2 picisan aku dicetak dirujuk. diumpamakan seperti penulis2 hebat seperti otai2 di rumah gapena, di event2 spoken words, di luar sana, di sejarah dulu.
erm, malam tadi buat pertama kali berkumpul bersama kawan2 junior musisi. Chapit (adik yg terlalu banyak menolong aku), ubenn, ajoi, aizat, GG bersama aku, ira dan ocham bertemu di pandan. rasa teruja pula. mereka adalah antara yang giat mahu menaikkan lagu2 puisi aku. yang pernah mengiring aku dlm freestyle puisi.
begitu terharu.
semuanya bermula dari apexx e.g.o art, yang menjemput aku mempersembah puisi bulan 4 ini. aku ceritakan pada chapit, yang mana dicadangkan aku sediakan line-up pengiring musik terus. seperti kumpulan tongkat yang hebat itu.
yang lain2 pun sangat beriya mahu membantu.
kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan.
tak sangka, mereka sangat suka sama puisi aku, mahu membantu aku juanglawankan hak puisi. ah. membahagiakan. dicadangkan puisi2 aku yang difreestyle dulu dibuat dan disusunsemula menjadi lebih mantap.
ah. ada juga yang mahu membantu.
soalannya, ada kah sesiapa di luar sana yang mahu mendengar lagi?
takut pula.
ketika jammin mlm tadi pun, sibuk diminta satu dua puisi freestyle. tidak sebagus mana. aku tidak berpuas hati. ocham pun memberi nasihat bijak semalam: aku sudah terlalu rapat sama puisi bunda dan lagu cinta buat ayahanda tempoh hari, segalanya sekarang berkisar itu. aku harus jadi lebih mantap dan terkembang. terima kasih ocham.
*senyum*
puisi aku sudah mendapat tempat di hati ramai.
ini semua kerana kalian, kawan2 blog, yang sibuk meniup semangat pada aku.
terima kasih, terima kasih.
satu hari nanti, nur affina yanti akan dikisahkan sebagai perempuan gila yang memberi makna baru pada suara jiwa puisi.
aku punya satu soalan pada anda2: ada cadangan nama kumpulan puisi aku?
10 comments:
ohh~ harap cita2 kamu tercapai.
ya, kami cinta puisi kamu.
jiwamu halus fynn.
sayep cemburu dengan affina yanti
*senyum*
hahaha. tiga2 kamu sangat comel.
terima kasih, dari ulu jiwa saya. jujur. sgt terima kasih
shaye akan terUs mendengar puisi kakak...
cadangan utk dialbumkan sgtlah bijak...
rendu luahan jerit pekik kamu..sy tiada idea tentang nama kump puisi kamu cuma sy antara peminat 'si perempuan gila' yang handal berpuisi ni dan akan sentiasa begitu..=)..puisi2 baru kamu dh sy amek jd simpanan..mintak izin..huhu..bolehkn?
inilah yg saya nanti2 kan..
puisi kak fynn banyak mengajar saya!~
kak fynn!!!
how about...
"kecy poets"?
skali lagi mira mengarut..
xskali2 pn aku pantas mengambil nama kecy utk diberi cadangan.
maka nama yang lain saja.
kak fynn, bulan 4 di mana event tu?
nak tgk kak fynn live,boleh merasa sama cerita derita dan suka yang xtertanggung.
1.aku derita jiwa sengsara
2.gadis pemuitis
3.puisi
4.guna je nama sy sebagai theme,hahahah
teruskan berseni..!
fynn, saya cikgu comel..! =D
guna nama melayu ye fynn.
baru indah namanya.
Post a Comment