Wednesday, October 10, 2012

menghanjing


kita semua ada satu kawan yang kaki menganjing stok melampau-tak-jaga-hati-tapi-rasa-dia-kelakar-nak-mampos.

kawan macam ni, walau dia cuma ulang lawak nganjeng kawan2 lain (yang pada asalnya kelakar je)-- dtg dari dia-- entahlah. macam sial je bunyinya. mungkin sebab cara dia cakap. atau kita dapat rasa dia bukan menganjing tapi membahasa kita.

ya.
kita semua ada kawan macam tu.

tiba2 hari ini aku teringat kawan macam tu.
dan aku teringat nganjengan dia pasal kaki aku besar.

ye.
kalau kau perempuan, kau kena kaki saiz kecik.
kalau kaki kau besar, kau akan kena panggil ronald mcD sbb kaki kau bersaiz badut.

aku sebenarnya xde la defensiv sangat bab kaki.
sbb aku sedar aku orang darat (bahasa kampung untuk merujuk orang berumah hampir dengan hutan dalam)-- dan kami semua mewarisi kaki atok yang terleper kerana sedari muda sampai sekarang naik ke darat berkaki ayam.

"perempuan kaki besar rezeki murah", aku ulang cakap atok dulu kepada kawan aku tadi.

tapi macam biasalah.
komfem kena sambung nganjeng punya.
punya tak kelakor, sampai kawan2 satu meja mamak boleh senyap dan signal2 mata suruh sabar.

ya.
kita semua ada satu kawan yang kaki menganjing stok melampau-tak-jaga-hati-tapi-rasa-dia-kelakar-nak-mampos.

dan biasanya kawan yang macam ni memang kelebihannya banyak. lebih sikit. tak adalah ekstrim menawan. tapi lebihlah dari kita.
yang mana, dalam situasi ini, kaki dia saiz kecik.
memang perempuan sempurnalah saiznya.

jadi, kita nak buat macammana.

aku teringat Survivor 6 di mana pemenangnya (seorang perempuan cantik) mengadu dan mengeluh "ingat senang ke jadi cantik-- asyik kena judge, tau".

ya.
jadi cantik itu satu kekurangan.
moga2 akan ada jabatan mendaftarkan kecantikan sebagai kekurangan upaya agar golongan ini boleh mendapat perhatian lebih atas halangan hidup mereka.

haih.
kita semua ada satu kawan yang kaki menganjing stok melampau-tak-jaga-hati-tapi-rasa-dia-kelakar-nak-mampos.
tapi kita diamkan.

kan?

ada batas nak buat lawak menganjing.
melawaklah ttg peristiwa, tentang perangai, tentang benda2 yang wujud kerana situasi-- BUKAN atas sesuatu yang memang tuhan dah bagi.

lawak2 gemuk, juling, hidung jongket, kaki tempang TAK PERNAH kelakar.

serius.
mungkin kau tak tau.
maka aku khabarkan.

itu tak kelakar.
itu sial, namanya.

3 comments:

Nazgold said...

Setuju!..

Zyta Masly said...

Bijak sis!!

farayani said...

betol kokping. kadang bile die kene drop-mula tarik muka.die menganjingkan orang tak pe. kene batang idong sendiri nk touching. apekah?