Thursday, October 25, 2012

mino majo roti


fakta tak berapa faham no 72:

bila homoseksual bangga jadi gay--
kita panggil human rights.
CUBA heteroseksual bangga jadi straight--
habis!
kita yang kena panggil prejudis.

bila orang kutuk kerajaan--
kita panggil revolusi.
CUBA orang kutuk bukan kerajaan--
naya!
kita yang kena panggil barua.

bila orang kelantan bangga diri--
kita panggil patriotik.
CUBA negeri lain dabik dada--
mati!
kita yang kena panggil busuk hati.

bila lady gaga jalan pakai spender--
kita panggil art at its best.
CUBA kita... *pause* ok tu aku geli.

apa pun juga--
sebenarnya--
zaman ini dah tak ada istilah minoriti dan majoriti.

orang cuma akan suka kita kalau kita sokong dia.
itu saja.

macam--

bila orang like status kita--
kita panggil "oh, ai rili laik yu"
CUBA orang pertikai hujah kita--
TERUS LAJU!

fakyu.

7 comments:

Unknown said...

2-3 hari lepas dlm salah satu akhbar, seorang perempuan cedera dipukul kerana meninggalkan komen yang tidak menyokong pada perempuan yang lain(saspek).

**nmpknya aku juga perlu menyokong kamu sentiasa fynn...=P...

hahahaha

Anonymous said...

fynn, aku nak tny soalan yg berbentuk penyibuk. but seriyesly aku nak tau walaupun sebenarnye kau x perlu explain pun kat org. tp since aku curious dan btul2 nak tau, aku tny jugak...

kenapa kau kejap pakai tudung kejap pakai skirt pendek eh? klu nak kata kat kazakhs xleh pakai tudung, aku rs kau xperlu berpakaian menjolok mata kot.. aku confuse atau kau confuse identiti..

ok, sekian soalan penyibuk.. lega rsnye dh dpt tny, ala2 kiah propa gayanye.. ;p

~fam~ said...

salam...kak fynn!
ku kira, sudah jatuh cinta dengan karya puitis mu....

salam perkenalan...
ingin sangat kenal ngan kak fynn:)
dan juga juna...

~fam~ said...

salam kak fynn!
ku kira sudah jatuh cinta dnegan karya puitis mu...

ingin sangat kenal dengan akak...
dengan juna juga...:)

moga2 bahagia milik kalian...

Anonymous said...

sangat sangat setuju dgn kak fynn :)

Merok said...

amboi, berfalsafahah.

Abu said...

indeed kak fynn :)