7 tahun lepas, ketika masih junior exec di sebuah
international event management company-- kerja pertama aku sejurus tamat
pengajian, aku pergi kerja naik lrt dari gombak ke klcc, gerak lepas subuh dan
dalam train semua mata akan lalu sekurang2nya sekali pada mangkuk tingkat besi
aku.
gadis2 sebaya aku yang ketika itu 23 tahun normanya
membimbit beg alas cantik2.
aku--
jinjing mangkuk tiga tingkat--
derk muka ketat.
aku berani kerat jari takkan ada siapa pun yang sedang
pandang aku dulu terfikir yang satu hari nanti perempuan muka kering ini akan
duduk russia hari ini.
takkan ada.
termasuk aku.
betapa manisnya habuan sabar.
dalam satu tahun, aku dibagi juna, dibagi peluang hijrah,
dibagi terus pulang ke sujudnya.
dan selayaknya--
manusia yang patut dianugerah adalah suami aku.
kerana bersabar menunggu dengan aku.
bersekali dengan setiap kawan2 yang datang pergi,
musuh2 yang silih berganti,
ujian cabaran yang asyik kembali,
hadiah rezeki yang berselang seli.
kerana tanpa semua ini,
takkan ada peluang aku mengamal sabar.
:)
aku pinjamkan kata kekuatan yang aku genggam di setiap
kali--
laa takhaaf.
walaa tahzan.
jangan takut.
dan jangan bersedih.
innallah ma'a na.
sesungguhnya tuhan bersama kita.
whatever you are facing right this moment;
happiness, sadness, luck, goddamn fuct--
this, too, shall pass.
2 comments:
terima kasih atas post yang memberangsangkan. :)
dan ya, aku pun sedang melalui saat saat pahit getir kehidupan, post ini cukup untuk memberi semangat kepada insan lemah macam sy.
semoga satu hari nanti saya pun jadi macam kak fynn. In Shaa Allah, berjaya atas kaki sendiri.
:)
This....is so inspiring...
Post a Comment