Thursday, October 11, 2012

cium mulut


satu soalan yang super brilliant dari seorang kawan lama diajukan pada khalayak. dan aku sedang rajin nak berbincang tentangnya.

"cium anak di bibir. bincangkan"

bukan sekali didatangi teguran yang menegah perbuatan mengucup anak di mulut. antara hujah2 mereka:

1) tak bagus. cium di mulut nanti anak kuat melawan cakap mak bapak, macam cium di kaki akan menjadikan anak kaki penerajang.
2) berdosa. kerana seksual.
3) tak baik. kerana menggalakkan seksual.
4) tak cantik. sebab itu budaya orang kafir. *insert hadith yang mengatakan meniru budaya kafir itu sama dengan menjadi kafir*

*tepuk kepala*

serius ke?
pergh.
mudah macam GITU je jatuh hukum?

tak bagus. berdosa. tak baik. tak cantik.
macam TU je.

tak ada yang nak nampak kasih sayang.
tak ada yang peduli air jiwa yang mengalir di setiap sedutan nafas anak yang menembusi hidung kecil dan tertumpah ke permukaan bibir anak itu.
tak ada yang nak percaya di luar sana ada berjuta manusia yang suka menyedut bau berbanding sekadar bersentuh demi melafaz sayang.

haih.
penat la aku nak borak pasal prejudis.
sebab ini bukan penyakit malaysia je.
tapi kanser satu dunia.
asal nama manusia, pasti ada busuk hati.

ye. prejudis adalah busuk hati.
yang dialas dengan alasan 'mengikut norma dan hukum'.
kalau kita adalah manusia dengan cinta--
kita akan terima manusia dan buruknya (selagi tak menyusahkan manusia sekelilingnya).

hence my question:
orang cium mulut anak mereka--
kenapa kau yang bernanah?

tak cukup dengan mereka-cipta hukum,
ajukan soalan2 yang vague kepada para ustaz ustazah.
soalan2 yang memang menjemput hukuman yang menampakkan islam ini agama menyusahkan.

beringatlah dengan kaum musa.
tuhan minta korban lembu seekor.
sibuk tanya warna apa, jantan betina, umur berapa.
seekor lembu.
seekor sudah.

kita ni-- suka menyusah.
kenapa?

asal nampak pelik;
budaya kafir.
padahal memilih.
budaya dia suka, tak pulak mau ditanya.
tanya tentang benda dia tak buat.
sahaja.

apebende?
dah lah prejudice, bias pulak tu.

zaman semua benda dihujung jari,
internet dah jadikan satu dunia satu budaya.
bohonglah kalau nak kata kita melayu islam jitu.
bohong.

kita memilih.
budaya yang kita rasa tak apa, kita tak apakan.
macam bersanding.
bertunang bukan main meriah bagai.
tak ke kafir tu?
tak apa pulak?

kita abaikan. sebab bagi kita, itu tak ada connotation menuhankan berhala atau sembahan mereka.
ok.

agama mana yang kata kalau cium mulut anak itu menduakan tuhan?
agama mana yang kata bertindik lidah itu menidakkan shahadah?
agama mana yang kata bertunang gah itu seperti menyambut jesus yang menyebar cinta?

*geleng kepala*

kita main cakap.
tapi kita memilih dalam cakap kita.
benda yang kita sendiri buat--
kita pejam mata.

internet bukan budaya islam.
malah digunakan para kuffar dalam menyebarkan segala dakyah.
berlebih lagi, internet adalah salah satu rancangan beratus tahun free mason.

sekarang.
NAK DISCONNECT?






-----
sekadar tengok2 bagi yang rajin:

hukumnya harus mencium mulut anak-anak yang masih kecil berdasarkan athar dari sahabat yang menyatakan perbuatan Rasulullah yang mencium mulut cucunya Hussain ketika Hussain masih kecil.

-Ibn Kathir, Al-Bidayah wal Nihayah. Riwayat Sahih.
-----

1 comment:

Red said...

persoalan dan jawapan yang sangat bernas..simple tapi penuh maksudnya.