aku bukan perempuan kuat.
akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa.
tapi aku ada penyakit degil.
degil untuk kalah.
degil untuk tewas.
degil untuk biar jiwa tersepah.
hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya
kemujarabannya. aku cuma ada aku sebagai bukti.
titik tolaknya--
kena percaya janji tuhan seratus tujuh puluh peratus bila
dia kata "minta-- dan aku bagi".
dan jangan sekadar minta sekali.
kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk
kita--
lambat laun sampai juga ke tangan kita.
kalaulah tak kunjung tiba--
ajarlah hati untuk terima yang tuhan itu maha tahu.
sesungguhnya dia pencipta segala.
dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang
mahukan sesuatu, apa lagi tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak
azali dulu.
dan yang penting--
sabar dalam menunggu.
insyaAllah,
inilah random kindness of the day aku.
1) demi mahukan zuriat.
rabbi laa tazarni fardan,
wa antal khairul waarithiin.
tuhanku, janganlah dibiarkan aku ini berseorangan,
dan sesungguhnya engkaulah yang terbaik dalam memberi waris.
wallahi, tak sempat dua bulan mengamalkan ayat ini seusai
solat, kami didatangi bunda juna yang bertanya sama ada aku sudi menjaga
zuriatnya yang bakal lahir ke dunia.
2) demi mempermudah segala masalah.
rabbi yassir walaa tu'assir,
rabbi tammim bilkhair.
tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit,
tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.
gunakanlah ayat ini di SETIAP kali datang permasalahan.
sebelum kau buat keputusan, bacakan ini, moga2 datang pertolongan dari tuhan
yang akan membantu kau dalam keserabutan dalam menghadap manusia, masalah atau
apa saja.
3) demi rezeki yang cukup asal cukup.
wamayyattaqillah yaj'allahu makhraja.
wayarzuquhu min haithu laa yahtasibu.
wamayyattawakkal 'alallah-- fahua hasbuhu.
innallah baalighu amrihi qad ja'alallahi kulli syai inqadra.
dan sesiapa bertakwa kepada allah-- diadakan allah jalan
keluar.
dan dibagi rezeki padanya dari jalan yang tak disangka2.
dan sesiapa berserah sehabis2nya pada allah-- padanya dibagi
kecukupan.
sesungguhnya telah diadakan ketentuan pada setiap sesuatu
pada sesiapa yang dikehendaknya.
amalkan ini dan kau akan rasa tenang-- rasa tak perlu
disegala2nya, cukup dengan sekadar cukup-- rasa malu untuk terlalu mahu. kerana
apa perlu semua itu, bila telah ada tuhan di setiap jalan engkau itu.
4) demi meminta pertolongan.
ya hayyu ya qayyuum,
birahmatika astagheethu.
aslihli sya'li kullaha--
walaa takiluni ila nafsi--
turfata 'ainin
wahai tuhan yang maha hidup, wahai tuhan yang maha memasak
kami,
dengan rahmatmu aku mencari bantuan dan perlindungan,
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya--
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma
diriku--
walau dalam sekelip mata cuma.
ayat ini aku hafal apakala aku dengar kisah dari ustaz kazim
al-hafiz. dia ceritakan rasulullah melihat fatima hidup dalam keadaan susah,
dan dipesannya supaya fatimah mengamalkan ayat ini sebelum baginda pulang. bila
baginda datang sekali lagi, dia dapati fatimah masih dalam keadaan sama.
rasulullah terus menegur fatimah "ternyata kau tidak mengamalkannya".
buat sementara, aku hulurkan ini dulu.
moga2 ada terlekat satu dua dalam kepala kalian semua.
moga2 ini jariah aku sementara aku ada kesempatan
menyampaikannya.
pesan aku--
tuhan itu ada.
percaya dan bukan sekadar kata.
yakin.
dia selalu ada untuk kita--
tak kiralah buruk mana kita--
tak pedulilah walau orang kata kita tak layak untuk tuhan
kita.
tuhan itu sifatnya ADA.
12 comments:
Dia yang maha Ada. terima kasih kakak untuk sebanyaknya ini perkongsian. sudah cukup banyak.
Semoga tuhan membalasnya dengan lebih baik untuk akak sekeluarga.
Insyaallah.
terbaikkkk...
kak fynn! mbace post kak fynn kali ni..mbuat kn sy bfikir..ttg sesuatu..tentang seseorg..tp insyaallah..Allah ADA.. :)
alhamdulillah...syukran.
Kak Fynn, mohon share entri ni
Terima kasih kakak ^_^
Thanks so much sebab berkongsi.
Sungguh hati, kadang kala libang libu...
Thanks for sharing.
Sungguh diri ini, selalu alpa.
thanz sharing.. usrah bersama =))
Assalamualaikum,
Terima kasih atas perkongsian ini. Insya Allah mungkin ada sesuatu untuk sy dr Nya. Terima kasih
as salam. kak fynn, saya copy ayat seribu dina tu untuk bagi kat kawan. mekaseh akak. :
-yani
Post a Comment