kalaulah aku ini elemen;
aku air.
setenang2nya ia,
segarang2nya ia.
aku sesungguhnya seperti air.
dan sepertimana aku ini tidak pernahnya pegun dan teguh,
aku begitu mudah dipecahgoyangkan,
aku begitu murah direnyahhilangkan.
ada juga mungkin dalam fitrah ini, aku tidak mampu untuk cuma hidup di satu2 ruang.
mungkin di muara, mungkin di kuala.
mungkin di permukaan,
mungkin juga disedut ke langit sana,
demi kemungkinan untuk aku menghujan kembali rasa mendiami bumi bulat kita.
penat menjadi aku.
penat kerana tak reti setempat.
aku air.
dan keteguhan aku dalam sesuatu mampu menyompek besi waja yang tak terhancurkan.
sekali dengan amarahku ada upaya untuk menghancur dan membinasakan.
aku air.
dan aku takkan larat diempangkan.
12 comments:
air, boleh jadi yang mendamaikan, juga boleh membinasakan.
dont messed up wit fynn. kan!
waterbender nih.. macam dalam citer avatar the last airbender..
adaptif itu penting.
rraaww..! gotta agree with adzman. ehhee
Adam dan Hawa
tercampak dari langit
dalam keadaan malu dan hina
Anak bani Adam
asal dari titisan air
titisan air hina
ingin dapat tempat
tempat ysng diatas sana
tempat yang tiada tolok bandingnya
seperti singgahsana
singgahsana Adam dan Hawa
pada awal mula
pertama mula
Adam dan Hawa
aku seperti angin.
tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa kewujudan aku.
tapi aku bukan sebarangan angin.
dalam banyak2 puisi, yang ini paling menusuk. tak tahu kenapa.
lupa dok.. aku tmbh skit..
"sgarang-garang api, cuak gak kat aku", kata si Air.. hehehe
sgt mendalam mksudnya
...air mata -na-
teruskan mengalir
thanks kak fynn for last night.
masa kak fynn buat lagu biar dekat perindu tempoh hari gf gua menangis.
semalam, dua2 banjir.
fynn..fynn...kenapa aku sudah mula berkenan dengan kamu...
Post a Comment