Friday, July 23, 2010

aku bukan ahli muzik

kenapa aku masih mahu meratap,
sedang dari dahulu aku selalu menceramah tentang
betapa manusia itu sememangnya plastik dan penuh pura2?

*senyum*

kenapa masih aku sentap,
sedang aku sudah lama tahu itu semua?

*diam*

haih...
manusia alahai manusia.

tak apalah.
mungkin sungguh tidak ada patutnya aku ke tempat itu, tempat manusia2 gah dan mencari takhta dalam hidup. aku? apa ada? jiwa kosong yang cuma biasa2. bernyanyi hodoh, berlagu bodoh.

aku terlihatkan sebagai badut yang ada demi menyeri.
aku terikutkan tidak kerana bakat tinggi;
tapi semata2 sesuatu yang org lain tidak ketahui.

*diam*

aku wujud di situ dimarahkan.
"kenapa perlu ada fynn?"
"main instrumen tidak tahu"
"bikin melodi tidak tahu"

sungguh.
aku juga tidak tahu.

selarlah aku apa2.
kelarlah hati aku sampai luka.
tapi jangan berterang2 sebegitu sekali.
aku ada keluarga.
mereka ada hati.

ya. kalian terhebat.
kerabatmu dan kronimu termantap.
cuma kalian yang punya bakat.
dan aku hanya ada jiwa yang sentap.

benar,
aku drama.
dan kau tanya2kan apa seni aku.

maka dengar sini.

aku mungkin tidak ada alat untuk menyampaikan bunyi.
suara aku mungkin busuk dan menggeli.
tapi aku ada puisi dalam jiwa aku.

mungkin tidak relevan untuk engkau2.
untuk muzik kau.
tapi sekurang2nya aku tak pernah jual bunyi aku untuk kepuasan orang melainkan aku sendiri.
aku tidak perlu meniru2.
aku tidak tertakluk pada definasi.
aku tidak bohong pada diri sendiri.

ya aku drama.
lelonglah kenyataan itu pada antero.
biarlah.

aku tak mahu cuma ada dalam telinga.
aku mahu teguh dalam hati.

aku orang puisi.
bukan org radio.

40 comments:

esumi-lynn said...

kak, kamu tetap teguh dalam hati kami kami. :)
mereka tak faham seni kamu sebab mereka terlalu takut untuk mencuba yang baru. tapi kakak masih ada kami kami yang sayang kamu dan akan terus sayang kamu. jadi karya kamu, kami hormatkan dan kami dahagakan. iloveyou. serius. :)

adrenalin said...

kak, its d matter of time aje ppl knows dat kdg2 apa yg nampak cantik, bunyi yg kononnya menarik, sbnrnya zero. tak ada makna. if u can touch a heart dgn puisi akak, buat apa nak dikisah mrk2? insyaallah ;)

along nordin said...

pedulikan kata org fynn,kami di sini sentiasa ada dgn awak,biar la jd minoriti asalkan x sakit hati.

Para Jamaludin said...

hihi. kokping, whatever it is la kan. whatever it is.

you are first on my list.

keep rocking dgn cara yang fynn jamal yang saya kenal.

bukan cara radio yang mereka inginkan. =)

eM. said...

rasanya tak perlulah kroni2 org lain mengganggu kroni2 fynnjamal.kacau sajalah fynnjamal.sbb klau diganggu fynnjamal pun, fynnjamal hati tabah, tetap senyum dan ketawa.

iYda Juhar said...

sedih dan suka, itu lumrah dan fitrah manusia. setiap berlaku pasti ade hikmah.

usah ditanye kenapa ia berlaku.

mus said...

kakak, jujur saya kata, kakak dan puisi kakak itu penguat semangat saya utk bangun. serius.

cik salmah said...

ahhh, persetankan mereka yg tidak faham.
jadi diri sendiri lebih baik, bukan?
senyum fynn!
;)

Anonymous said...

kakak jangan cepat mengalah. mereka mahukan kakak jadi seperti apa yang mereka mahu. tetapi mereka tak sedar, apa yang mereka mahukan itu hanyalah pantulan diri mereka sendiri. jadi, kakak pedulikan mereka ya? tolong tolong. andai kakak terluka, bersedih, saya juga turut rasakannya. benar, saya bukan siapa siapa pada kakak tapi ketahuilah kakak, saya hanya manusia biasa yang kosong jiwanya dan puisi kakak telah mencantumkan kembali jiwa jiwa saya yang suatu ketikanya pernah lebur. :)

Y u Z z 9071 said...

kak fynn...

1st time jatuh hati dengar lagu kak fynn..

wish u all the best..

yaya. said...

kak, saya mungkin agak telat sedikit utk mengenali siapa fynn jamal tapi saya kagum kerana anda ORANG PUISI DAN BUKAN ORANG RADIO. :D

nuridrin said...

sebab tu saya risau awak pergi.
dan saya suka awak balik.
saya tamakkan awak dan segala suara jiwa awak,
yang dulu-dulu cuma dalam sini.
cuma di tepi-tepi sini.

kakak,
awak tak pernah mati dari hati.
tak akan.
tahu?

appledia said...

Apa perlukah "semua" itu...?
Biarkan saja..ia lalu..dan pergi.
Dan ya,kamu memang bukan ahli muzik.Pasti

♥naematulsaadahismail♥ said...

salam kakak.
walaupun saya tak pernah tgk keynote
walaupun saya bukan org puisi atau seni.
tapi saya suka cara penulisan kak fynn.
kalau dulu kak fynn penah ranap dan sekarang boleh bediri balik.. amek balik semangat tu,
apa la sangat dengan cakap2 orang kan?
bertabah okay,berjuang terus ;)

Baby Tiger said...

huih. biar fynn, biar diorang tu. awak ada saya. ada kami. gang tepi jalan. puisi hidup dalam diri kami. jiwa kami.

sofea said...

kak fynn, you're the best. orang yang tak tahu hargai puisi, tak boleh judge kak fynn. mereka bias. biarlah mereka dengan penyokong mereka. kak fynn lebih baik :)

sofea said...

kak fynn, you're the best. orang yang tak tahu hargai puisi, tak boleh judge kak fynn. mereka bias. biarlah mereka dengan penyokong mereka. kak fynn lebih baik :)

the sastraboy said...

fynn jamal = inspirasi!!!!!!!

:)

mang0range said...

gah mereka tapi untuk apa kalau buta dalam menilai jiwa seni.
we r always here.
read n ensure
dat we we can still have ur soul in here

PAP said...

jangan kau penah bersedih.

kau tak perlu sedih dengan orang yang tak tahu siapa kau.

jangan kau pernah bazirkan air mata kau hanya untuk orang yang tidak pernah kenal kau siapa.

kau selalu ada di dalam ruang hati para pecinta kata-kata.

kata-kata kau akan terus di baca.

kak fynn. jangan pernah berhenti berharap. kami harapkan kau.

m|ss ju|ia said...

kakak. cukup hebat pada saya!

jangan peduli kata orang ok. jangan ambil peduli langsung. biar kami-kami saja tahu puisi dan lagu itu indah bila digabungkan.

syg kakak.

pemuzik amatur said...

Muzik pop secara teratur tu dah lama ditolak oleh punk. Mereka dah lama nampak kenapa muzik mesti ada 4 beat, mest ada bridge atau chorus. Itu sungguh klise la Fernandez.

Muzik adalah lagu dalam jiwa. Adakah lagu dalam jiwa kita dipecahkan kepada korus intro dan bridge...alahai... baru belajar muzik barat dah ingat itulah kemestian. Sedangkan muda-mudi pun dah bosang sebab itu kini ada alternatif muzik.

Muzik sepatutnya dari hati dan seronok di dengar. Fernandex bilang "apa itu" pada lagu Fynn...? Hahaha

Itulah the new sound, En Fernandez. Fynn perlu terus berkarya tanpa form klise barat. Muzik ada di dalam hati tanpa nota2 taugeh.

Satu yang saya notis Fynn boleh menghairankan semua pemuzik pop tradisional. Mcm M Nasir, Aidit atau MS Ramli sebab mereka tak ikut muzik Fynn di youtube.

Its the new muzik form Fynn... you must continue.. get your muzik up on youtube..

Secara tidak sedar anda telah discover your natural musical instinct. Alat muzik barat bukan pengukur muzikaliti...

Your music is commercial Fynn among the new Malay generation bukan generasi Fernandex...

So please continue your pelik muzik....it so fun or funny. Its better than Yuna or Lan the typewriter.

fynn jamal said...

pemuzik amatur:

saya terus jadi takut. saya sesungguhnya biasa2 yang bermain muzik mengikut hati dan rasa. tanpa rencah dan resepi tetap.

tapi dgn kata2 kalian, saya jadi terpujuk. terima kasih semua. terima kasih!

mynnbachok said...

kak fynn.
kau ada muzik kau. lagu puisi kau dendangkan hanya pada-pada kami yang hargai kau. tabah kakak. kau masih ada. :)

Ainee Cumi said...

Ainee sentiasa sokong kak fynn! GO KAK FYNN JAMAL!! Kak Fynn tetap pemenang di hati ainee. Suara Kak Fynn suara sebenar, tak ada tipunya, tiada bohongnya. KAK FYNN JUARA!!

Mustaffa Bukhari said...

sabarlar kak fyn...hidup ini belum tentu sampai esok....

tort said...

fynn jamal:


kau bukan ahli muzik
tapi kau berbahasa cantik

biar,
biarkan kata dan puisi berputik
biarkan jiwa-jiwa ini terusik
dibuai sang pemuisi cantik ;]

Fiq said...

bodoh atau hodoh

aku suka kak fynn seadanya.

kita tetap kita kak fynn..

anaKefli said...

awak juga punya bakat.
jgn endahkan kata org...
siapa kita apa mahu kita
tentukanlah dgn hati yg teguh.
bermohonlah pd ALLAH selalu.

jari | jemari said...

kata terakhir akak paling best. :)

pembuang sampah said...

so it was really you. :)

Ayyman Rahim said...

Kenapa kita perlu menjadi apa-apa baru semua nak pandang. Kalau kita biasa, siapa yang sudi? Apa la mengarut sekarang.

indienajones said...

Sudah jangan meratap.

There s money to be made in being indie.

You must realise you are not main stream. The earlier you understand that the better.

Follow the indie path.. the muzik alternatif path

and make your money while the sun shine...

ana said...

kak fynn, jangan ditangisi kekalahan. pertempuran yang sebenar belum bermula pun. musik2 kak fyyn yang puitis dan bermelodi indah telahpun memikat kami sebagai pendengar dan kami sentiasa akan mendengar puisi2 indah kak fynn. takkan pernah berhenti dan takkan pernah penat mendengar puisimu.

Marsha~ said...

fynn.. saya tonton rancangan itu... tapi keliru.. kamu sebenarnya bertudung atau tidak?

fynn jamal said...

marsha:

malangnya, tidak. doalah. insyaAllah.

mochitsuki said...

ya. kalian terhebat.
kerabatmu dan kronimu termantap.
cuma kalian yang punya bakat.
dan aku hanya ada jiwa yang sentap.

fynn.. pinjam ayat ko yang ini..
aku suke.. :)

Anonymous said...

uit kakak, yang bukan ahli muzik.

tak dosa. cacatnya tak sampai 4 bar.

jari telunjuk aku keras, tangan aku naik pantas, bukan untuk melihat kamu bermain muzik di atas pentas.

teruskan kerja buat kamu. itu lebih suci daripada suci. lebih telus daripada tulus.

jadi kamu saja. itu nawaitu aku memilih kamu.

"sorry kalau i ada buat masalah sepanjang berada kat sini" - itu bukan kamu. kalau kamu masalah, maknanya aku yang bawa masalah. kalau kamu aids, akulah penagih dadah tegar yang berkongsi jarum itu.

usah tembak orang yang bersenjata pistol kayu. mereka mungkin terus mati, tapi pedih itu kamu yang dapat - melekat di hati.

biarkan. lari tidak, sorok tidak. menang sorak bukan menang mutlak.

rima itu harus kekal. itu kamu yang janji dulu. maka, pegang.

Anonymous said...

kak fyNN ..
biar sahaja mereka ,kerna ada segelintir manusia tidak pernah puas untuk melihat org lain lebih dari mereka,manusia tidak pernah puas ,manusia tidak pernah puas melainkan manusia yang tahu ap erti 'kepuasan hidup' mereka akan berhenti untuk itu.

Izd- Orang Bawah pokok said...

Kak Fynn.. Saya jujur kata, memang tak boleh menyanyi seperti mereka. Saya rasa hanya penulisan kekuatan yg kamu ada. Maka kalau orang dah kata begitu.. Terima sahaja seadanya. Bagi peminat2 kamu yang lain, saya rasa mereka pun bukanlah orang yg tahu kurang lebih, baik buruk. Dan apa yg kamu buat pun bukan sesuatu yang baru..mungkin 'baru' untuk 'peminat2' yang berada di sisi kamu. Bagi saya mereka hanya penyedap hati kamu.
Kalau yg saya tgk Keynote tu memang tak disangkal agak drama juga Kak Fynn ni.. Tapi jgn salah anggap. Ambil lah dari sudut positif sahaja. Saya ambil kisah benda ni sebab saya harap Fynn terus-terus sahaja berpuisi/menulis. Maka senyap terus mereka. Sebab yg saya tgk video2 kat youtube tu memang tak kena bunyi sebenarnya. Maaf kalau menyinggung. Yang lagi saya hairan sebenarnya pengikut/pendengar sedia ada di malaysia ni mungkin lebih suka pada sesuatu yang sumbang bunyinya. MAka yang sumbang itu jadi seni juga. Yang disangka seni dijadi ikutan. Bila dah ikut. ramai yg nak buat juga.Bila ramai yang buat, maka makin banyak yg sumbangnya. Maka itulah Malaysia. Bila semua yang kritik itu salah. Maka apa lagi yang harus dikritik lagi. bila semua jadi sumbang, maka apa perlu yang benar2 menyanyi.